You are on page 1of 8

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN PANDAN JAYA


55100 CHERAS KUALA LUMPUR
SELANGOR DARUL EHSAN
TEL : 03-92838210 FAX : 03 – 92838019
NO FAIL PIBG : SEL : 854.JPS 2500/(M) P.246

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-18


SESI 2013/2014

TARIKH : 23 FEBRUARI 2013

MASA : 8:00 PAGI

TEMPAT : DEWAN BESTARI, SK PANDAN JAYA

KEHADIRAN GURU : 48 orang

KEHADIRAN IBU BAPA : 106 orang

AGENDA MESYUARAT :

1. UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS


1.1 Ucapan Yang Dipertua PIBG sesi 2013/2013
1.1.1 YDP PIBG Tuan Haji Harun Bin Jaafar mengucapkan jutaan terima kasih di atas
kesudian semua ibu bapa meluangkan masa serta mengalu-alukan kehadiran
semua hadirin ke mesyuarat PIBG kali ke-18 sesi 2012/2013 ini.
1.2 Majlis dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab
1.3 YDP PIBG kemudiannya meminta para hadirin menyemak agenda mesyuarat yang
terdapat dalam buku program.
Tindakan : Semua ahli yang hadir

2. PEMBENTANGAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 18 SESI


2013/2014
2.1 YDP PIBG Tuan Haji Harun memohon para hadirin untuk menyemak minit mesyuarat yang
terdapat dalam buku program bermula dengan muka surat 8 hingga 13. Ianya disemak satu
persatu.
2.2 Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG SKPJ kali ke 17 telah dicadangkan oleh Puan
Faridah binti Sulaiman dan disokong oleh Puan Jamaliah Salwa Binti Muhidir dan diterima
sebulat suara oleh ahli yang lain.
Tindakan : YDP PIBG

3. MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG SKPJ SESI


2012/2013
3.1 Laporan dibentangkan oleh YDP PIBG Tuan Haji Harun dengan menerangkan serba sedikit
program yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2012 dan peranan PIBG terhadap
kejayaan aktiviti-aktiviti tersebut bagi pembangunan sekolah

1
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN PANDAN JAYA
55100 CHERAS KUALA LUMPUR
SELANGOR DARUL EHSAN
TEL : 03-92838210 FAX : 03 – 92838019
NO FAIL PIBG : SEL : 854.JPS 2500/(M) P.246

3.2 Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada para penaja dan juga orang
perseorangan yang telah menjayakan aktiviti anjuran PIBG, serta menyumbangkan wang
mahupun barangan sepanjang tahun 2012.
3.3 Seterusnya beliau juga memberi peluang kepada ahli untuk mengajukan pertanyaan
berkaitan laporan yang dinyatakan dalam buku program tersebut.
3.4 En Mohd Nadzri Bin Hj Noor telah mengutarakan soalan dengan bertanyakan mengenai
Penyelaras DUN Cempaka Yang Berbahagia En Hishamuddin Bin Mohamad diberi peluang
untuk merasmikan hampir semua program-program anjuran PIBG mahupun sekolah
sedangkan beliau adalah calon dari parti pembangkang yang mana beliau merasakan wakil
dari parti pemerintah Selangor lebih layak untuk menjalankan tugas tersebut.
3.5 YDP PIBG Tuan Haji Harun menjelaskan situasi yang berlaku dan menyatakan bahawa mana-
mana pihak berhak merasmikan mana-mana program selagi mana dipanggil oleh pihak
sekolah.
3.6 Penasihat PIBG, Puan Mintal turut menjelaskan bahawa jemputan telah diberikan kepada YB
Dato’ Ong Tee Keat namun kesibukan menjadi halangan kepada beliau untuk turut serta.
Beliau juga menyatakan bahawa arahan dari pihak Kementerian ada menyatakan bahawa
mana-mana wakil kerajaan BN sesuatu kawasan itu boleh dipanggil untuk merasmikan
mana-mana program kelolaan kementerian. Selain itu beliau juga menjelaskan supaya tidak
perlu dibangkitkan pertanyaan atau usul yang berbaur politik sewaktu mesyuarat dijalankan.
3.7 Encik Ridzham Zaidi Razuan menyarankan agar persoalan dan pertelagahan mengenai isu
politik ini tidak dibincangkan lebih lama. Ini kerana perbincangan yang berlaku sudah jauh
menyimpang dari tujuan utama meyuarat PIBG diadakan. Beliau juga memberi cadangan
supaya pembangunan dan perkembangan anak-anak di sekolah perlu diberi keutamaan.
Selanjutnya beliau memberi cadangan agar diadakan lawatan sambil belajar anjuran PIBG
untuk murid-murid SKPJ menjalankan lawatan ke muzium Bank Negara bagi menyediakan
pendedahan lebih meluas kepada anak-anak bagi mengetahui nilai mata wang negara asing
yang lain sebagai penambahan ilmu pengetahuan dan pengalaman. Selain itu beliau juga
memberi cadangan lain seperti membuat lawatan ke Balai Bomba berdekatan untuk
menerima taklimat ringkas mengenai cara pencegahan awal kebakaran mahupun tindakan
yang perlu diambil sewaktu kecemasan berlaku.
Tindakan : Makluman semua ahli PIBG

4. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN PIBG SKPJ YANG BERAKHIR PADA
31 DISEMBER 2012.
4.1 Pembentangan laporan kewangan telah dibentangkan oelh YDP PIBG Tuan Haji Harun Bin
Jaafar dan beliau memohon para hadirin untuk merujuk laporan kewangan dalam book
program di muka surat 25.
4.2 Baliau melaporkan bahawa pendapatan sepanjang tahun 2012 adalah sebanyak
RM39,208.36 dan perbelanjaan adalah sebanyak RM31,758 serta masih berbaki RM7,450.36
di bank.
4.3 Encik Nadzri bertanyakan tentang duit pembangunan sekolah bernilai RM 5 000.
4.4 Penasihat PIBG, Puan Mintal telah menjelaskan bahawa duit pembangunan tersebut telah
dibelanjakan bagi membiayai pembinaan pondok, kolam ikan yang baru, upah mengecat dan

2
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN PANDAN JAYA
55100 CHERAS KUALA LUMPUR
SELANGOR DARUL EHSAN
TEL : 03-92838210 FAX : 03 – 92838019
NO FAIL PIBG : SEL : 854.JPS 2500/(M) P.246

melukis mural, membeli penghawa dingin di bilik mesyuarat serta lebihan digunakan untuk
kelas tambahan hari Ahad, buku kerja dan aktiviti merezo kertas.
4.5 Beliau juga menjelaskan bahawa setiap aliran tunai yang dikeluarkan perlu mendapat
persetujuan bersama dalam mesyuarat bukan dilakukan berdasarkan autoriti pihak tertentu.
4.6 Puan Muhayon mengesahkan penyata kewangan PIBG SKPJ dan disokong oleh En Husin Bin
Daud.
Tindakan : Bendahari PIBG
5. HAL-HAL BERBANGKIT
5.1 Tiada

Tindakan : Makluman semua ahli PIBG

6. PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2012/2013


6.1 YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada ahli yang hadir serta memohon maaf sekiranya
disepanjang menjalankan tugas ada perkara yang tidak memuaskan mana-mana pihak.
Beliau juga telah membubarkan AJK PIBG sesi 2012/2013 secara rasmi.

Tindakan : Makluman semua ahli PIBG

7. PERLANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA


7.1 Penasihat melantik semula YDP PIBG sebagai pengerusi sementara untuk lantikan AJK PIBG
sesi 2013/2014.

8. PEMILIHAN AJK PIBG (IBUBAPA) SESI 2013/2014


8.1 Pemilihan YDP:
8.1.1 Encik Nadzrin mencadangkan Encik Ridzham dan disokong oleh ahli yang lain.
8.1.2 Puan Fatimah mencadangkan Encik Zaharin dan disokong oleh ahli yang lain.
8.1.3 Cikgu Rizal mencadangkan Encik Mazlan dan disokong oleh ahli yang lain.
8.1.4 Cikgu Rizal mencadangkan supaya cadangan ditutup dan disokong oleh Puan
Muhayon
8.1.5 Encik Ridzham Zaidi Razuan telah mendapat undian tertinggi dan telah dipilih
menjadi YDP PIBG sesi 2013/2014
8.2 Pemilihan NYDP
8.2.1 Cikgu Erniyuyanti telah mencadangkan Encik Harun dan disokong oleh Encik Nadzri
8.2.2 Puan Muhayon telah mencadangkan Encik Mazlan dan disokong oleh Puan Faridah.
8.2.3 Cikgu Rizal mencadangkan agar cadangan ditutup dan disokong oleh Puan
Vijayarani.
8.2.4 Encik Mazlan telah mendapat undian tertinggi dan dipilih sebagai NYDP PIBG sesi
2013/2014.
8.3 Pemilihan AJK IBU BAPA:
8.3.1 Cikgu Suhaida telag mencadangkan Puan Yanti dan disokong oleh Cikgu Rashid
8.3.2 Puan Zulaikha telah mencadangkan Puan Maszidah dan disokong oleh ahli yang lain.
8.3.3 Puan Vijayarani telah mencadangkan Puan Zuraidah dan disokong oleh Puan
Muhayon.
8.3.4 Encik Mazlan telah mencadangkan Encik Zahrin dan disokong oleh Puan Fatimah

3
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN PANDAN JAYA
55100 CHERAS KUALA LUMPUR
SELANGOR DARUL EHSAN
TEL : 03-92838210 FAX : 03 – 92838019
NO FAIL PIBG : SEL : 854.JPS 2500/(M) P.246

8.3.5 Puan Muhayon telah mencadangkan Puan Mazuin dan disokong oleh ahli yang lain.
8.3.6 Cikgu Hazliza telah mencadangkan PUan Ramizah dan disokong oleh ahli yang lain.
8.3.7 Cikgu Rashid mencadangkan agar cadangan ditutup dan disokong oleh Cikgu Rizal.
8.3.8 Kesemua calon ibu bapa dipilih sebagai AJK Ibu Bapa sesi 2013/2014.
8.4 Pelantikan Pemeriksa Kira-Kira
8.4.1 Puan Faridah Sulaiman telah mencadangkan Puan Bahyatul dan disokong oleh Puan
Jamaliah.
8.4.2 Puan Vijayarani telah mencadangkan agar cadangan ditutup dan disokong oleh Encik
Zahrin.
8.4.3 Puan Bahyatul telah dipilih secara sebulat suara oleh ahli PIBG yang lain manakala
pemilihan bagi pemeriksa kira-kira guru pula telah dilantik oleh pihak sekolah
kepada Cikgu Ahmad Asmar Ali.

9. PEMILIHAN AJK PIBG (GURU) SESI 2013/2014


9.1 Pelantikan AJK Guru telah ditentukan oleh pihak sekolah.

4
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN PANDAN JAYA
55100 CHERAS KUALA LUMPUR
SELANGOR DARUL EHSAN
TEL : 03-92838210 FAX : 03 – 92838019
NO FAIL PIBG : SEL : 854.JPS 2500/(M) P.246

10. AJK PENUH SK PANDAN JAYA SESI 2013/2014


10.1 Setelah dibuat undian dan disokong oleh ahli yang hadir dalam mesyuarat agung kali ini,
berikut adalah senarai penuh AJK PIBG 2013/2014:

PENASIHAT
PUAN MINTAL BINTI MASRI
(GURU BESAR SK PANDAN JAYA)

YANG DIPERTUA
ENCIK RIDZHAM ZAIDI RAZUAN

NAIB YANG DIPERTUA


ENCIK MAZLAN BIN MAULUD

SETIAUSAHA
CIK UMRAH BINTI ABD MUIN

BENDAHARI
PUAN SITI MAIMON MARSIO

AJK IBU BAPA


ENCIK ZAHRIN ZAMBERA
PUAN MAZWIN ABDUL KARIM
PUAN NORYANTY NOER
PUAN MASZIDAH RASIP
PUAN ZURAIDAH ZAINAL
PUAN RAMIZAH RAMLAN

AJK GURU
ENCIK MD NAROL IDRIS
ENCIK NIK AZEHAR BIN NIK MAT
PUAN WAN NORHIDAYAH WAN MOHAMAD
PUAN SALAWATI SALLEH
CIK NORFARIDA YUSUF

PEMERIKSA KIRA-KIRA
PUAN BAHIYATON MOKTI
ENCIK AHMAD ASMAR ALI

5
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN PANDAN JAYA
55100 CHERAS KUALA LUMPUR
SELANGOR DARUL EHSAN
TEL : 03-92838210 FAX : 03 – 92838019
NO FAIL PIBG : SEL : 854.JPS 2500/(M) P.246

11. PEMBENTANGAN CADANGAN DAN USUL


11.1 Sebanyak 15 usul telah disuarakan oleh ibu bapa yang merangkumi ketiga-tiga unit iaitu
Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum. Sila rujuk buku program muka surat 39
hingga 42.
11.2 Penasihat telah memberikan maklum balas terhadap usul yang pertama di mana kelas
tambahan untuk murid HALUS akan diadakan pada bulan Mac
11.3 Penasihat juga memberikan maklum balas terhadap usul yang ketiga dengan
mengenakan denda yang positif kepada anak-anak murid seperti membuat kerja dengan
menyalin semula dalam kadar yang banyak(tidak menggunakan rotan sebagai denda).
11.4 Beliau juga menyatakan bahawa guru yang tegas tidak sama dengan guru yang garang.
Beliau juga mengingatkan bahawa para guru yang mengajar murid tahun 1 merupakan
guru yang tegas dan terlatih dengan cara mengendalikan murid tahun 1.
11.5 Selain itu beliau juga menyatakan bahawa ibu bapa diharap agar tidak menunggu murid
sewaktu proses pembelajaran dan pengajaran berlaku bagi membudayakan budaya
berdikari di kalangan anak-anak.
11.6 Beliau juga memaklumkan bahawa kelas tambahan bukan sahaja diadakan bagi murid
kelas hadapan sahaja tetapi untuk semua tahap murid. Namun begitu, kehadiran murid
dari kelas belakang sangat mengecewakan. Jadi diharapkan bantuan dan kerjasama para
ibu bapa untuk memastikan kehadiran mereka memenuhi jadual yang ditetapkan.
11.7 Puan Mintal juga menjelaskan bahawa murid miskin di sekolah sentiasa diberi perhatian
dengan terlaksananya program Rancangan Murid Miskin (RMT) di mana bilangan terkini
ialah 38 orang. Namun begitu kadang kala terdapat juga murid RMT ini tidak mengambil
makanan, jadi bagi mengelakkan pembaziran, senarai murid ganti disediakan.
11.8 Beliau juga memaklumkan bahawa aduan terhadap kantin boleh dibuat terus kepada
pengusaha kantin.
11.9 Bagi usul yang ke-10 mengenai kehilangan buku teks. Puan Mintal telah member
maklum balas dengan menyatakan bahawa kadang-kadang kehilangan buku teks ini
bukan disebabkan oleh sesiapa tetapi salah murid itu sendiri. Beliau sering terjumpa
buku teks ditinggalkan di pondok-pondok serta berada dalam keadaan yang
menyedihkan. Murid ini selalunya tidak mengaku apabila buku mereka itu dalam
keadaan yang rosak.
11.10 Bagi usul yang ke 11 pula, Puan Mintal telah menyatakan bahawa kebersihan kantin
merupakan tanggungjawab pengusaha kantin dan penjual yang menjual makanan tidak
berkhasiat di luar sekolah telah ditegur oleh pihak sekolah agar tidak menjaja ditepi
pagar sekolah. Namun begitu masih terdapat juga peniaga yang degil dan pihak sekolah
telah mengadukan hal ini kepada pihak MPAJ (Majlis Perbandaran Ampang Jaya) untuk
tindakan yang sewajarnya. Namun begitu peranan ibu bapa sangat penting dalam
memastikan perkara ini dapat dibendung dengan melarang anak-anak mereka membeli
makanan daripada penjaja di luar sekolah.
11.11 Puan Mintal juga ada menyatakan bahawa perbelanjaan aktiviti selenggara prasarana
sekolah yang kecil ditanggung oleh pihak sekolah sendiri atau PIBG.

Tindakan : Makluman semua ahli PIBG

6
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN PANDAN JAYA
55100 CHERAS KUALA LUMPUR
SELANGOR DARUL EHSAN
TEL : 03-92838210 FAX : 03 – 92838019
NO FAIL PIBG : SEL : 854.JPS 2500/(M) P.246

11.12 Puan Erniyuyanti mencadangkan agar sebuah surau dibina di kawasan sekolah bagi
menjaga kebajikan agama anak-anak dan warga sekolah. Cadangan disokong oleh Puan
Mazuwin. Beliau juga mencadangkan agar program seperti Bacathon diadakan bagi
mencari sumbangan untuk membiayai pembinaan surau tadi dan disokong oleh semua
ahli.
11.13 Beliau juga menjelaskan bahawa banyak lagi perkara perlu diperbaiki dan dinaik taraf
kepada sesuatu yang lebih berkualiti terutama berkaitan pembangunan murid tahun 6
di mana penglibatan yang aktif dari pihak ibu bapa bagi menjayakan program anjuran
sekolah sangat memberi erti yang baik. Contohnya pemberian sumbangan dan
perkongsian tenaga pengajar bagi mengajar murid-murid tahun 6 semasa kelas
tambahan di hujung minggu.
11.14 Puan Hazel Sophia menyatakan bahawa satu persetujuan telah dicapai sewaktu Program
Permuafakatan Ibu Bapa-Guru tahun 6 pada 19 Januari 2013 yang lalu di mana mereka
bersetuju untuk mengutip sebanyak RM100 setiap seorang bagi membiayai kos
perbelanjaan semua program kecemerlangan akademik murid tahun 6. Cadangan Puan
Hazel ini disokong dan diterima oleh semua ahli PIBG.
11.15 Beliau juga mencadangkan agar diadakan lawatan luar bagi memberi pengetahuan dan
pengalaman yang lebih meluas kepada murid-murid Tahun 6. Cadangan ini disokong
oleh Puan Yanti.
11.16 Puan Mintal juga menyatakan bahawa kelas tuisyen tahun 6 diperlukan pembayaran
sebanyak RM30 seorang bagi menanggung kos kertas.
11.17 Puan Nurul Ashikin Mohd telah mengusulkan agar Buku Teks Latihan dihabiskan
sebelum menjelangnya peperiksaan supaya murid dapat mengulangkaji semula semua
yang telah dipelajarinya.
11.18 Puan Mintal memberi maklum balas terhadap usul tersebut dengan menyatakan
bahawa beliau akan mengingatkan para guru agar menghabiskan latihan Buku Teks yang
disediakan dan beliau juga mengingatkan ibu bapa tentang tarikh ujian kali pertama
yang akan diadakan tidak lama lagi (4 Mac 2013- Isnin).
11.19 Encik Mohd Nadzri telah mengusulkan supaya sekolah berusaha lebih kuat dan mencari
formula yang lebih berkesan bagi mengembalikan kecemerlangan akademik yang lebih
unggul buat SKPJ pada tahun –tahun akan datang memandangkan bilangan murid yang
memperoleh 5A semakin menurun setiap tahun.
11.20 Puan Mintal memberi maklum balas dengan menyatakan bahawa keberkesanan
sesebuah sekolah bergantung bukan hanya kepada guru tetapi kepada kesatuan kukuh
antara ibu bapa dengan pihak sekolah. Beliau menyatakan juga program-program
kecemerlangan sentiasa tersusun dalam takwim sekolah tetapi keberhasilan sesuatu
program itu akan menampakkan hasil yang lebih positif sekiranya kerjasama yang erat
ditunjukkan oleh ibu bapa.
11.21 Beliau juga mengharapkan kerjasama ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah
lebih awal pada hari Jumaat kerana sekolah telah menyediakan program bacaan Yasin
setiap pagi Jumaat sewaktu perhimpunan pagi.

Tindakan : Makluman semua ahli PIBG

7
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN PANDAN JAYA
55100 CHERAS KUALA LUMPUR
SELANGOR DARUL EHSAN
TEL : 03-92838210 FAX : 03 – 92838019
NO FAIL PIBG : SEL : 854.JPS 2500/(M) P.246

11.22 Puan Mintal juga mengharapkan perubahan bakal terjadi dan beliau juga mengingatkan
bahawa pengaruh yang baik bermula dari rumah. Jadi asuhlah anak-anak dengan
didikan yang baik agar mereka menjadi manusia yang berguna dan bersahsiah
11.23 Beliau juga menyatakan hasrat untuk mengadakan program keibu bapaan untuk semua
ahli PIBG dan beliau mengharapkan kehadiran yang positif juga diberi oleh para ibu bapa
terhadap penganjuran program tersebut.

Tindakan : Makluman semua ahli PIBG

12. UCAPAN PENANGGUHAN


12.1 Puan Mintal mengingatkan para ibu bapa agar dapat mendidik anak-anak dengan lebih
baik untuk mendapatkan hasil yang terbaik di masa akan datang.
12.2 Beliau juga mengharapkan barisan perlantikan AJK PIBG bagi sesi yang baru ini akan
lebih proaktif dalam pembangunan insan anak-anak di sekolah ini.
12.3 En Ridzham selaku YDP PIBG yang baru mengucapkan ribuan terima kasih di atas
perlantikan beliau dan juga AJK PIBG sesi 2013/2014 yang lain. Beliau berharap agar
semua ahli dapat memberikan kerjasama yang padu kepada semua AJK PIBG yang baru
dilantik ini agar mereka dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan baik.
Kerjasama semua pihak adalah sangat penting bagi mencapai kejayaan dalam setiap
aktiviti yang dirancang oleh PIBG.
12.4 Mesyuarat Agung Kali Ke-18 ini ditangguhkan pada pukul 1:15 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

________________________ __________________________
(CIK UMRAH BINTI ABD MUIN) (ENCIK RIDZHAM ZAIDI RAZUAN)
Setiausaha PIBG Yang Dipertua PIBG,
SK Pandan Jaya SK Pandan Jaya
Sesi 2013/2014 Sesi 2013/2014

Disemak Oleh,

_______________________
(PUAN MINTAL BINTI MASRI)
Penasihat PIBG
SK Pandan Jaya
Sesi 2013/2014

You might also like