You are on page 1of 15

HARI KECEMERLANGAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH KE-41, 2014

PERINGKAT ZON


` 1
PERATURAN DAN PANDUAN
PERTANDINGAN BAHAS PIALA PERDANA MENTERI, HKSBP KE-41, 2014

1.0 NAMA:

1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri, Hari Kecemerlangan
Sekolah Berasrama Penuh, PPM, HKSBP Kementerian Pendidikan Malaysia.

2.0 FORMAT:

2.1 Setiap pasukan bahas yang mewakili sekolah hendaklah dianggotai oleh tiga (3) orang
pembahas utama dan seorang (1) pembahas simpanan.

2.2 Pasukan pencadang yang dikenali sebagai Pasukan Kerajaan akan bertanding dengan
pasukan pembangkang yang dikenali sebagai Pasukan Pembangkang.

2.3 Pembahas pertama pihak kerajaan dikenali sebagai Perdana Menteri, pembahas kedua
sebagai Menteri Kedua dan pembahas ketiga sebagai Menteri Ketiga. Pembahas pertama
pihak pembangkang dikenali sebagai Ketua Pembangkang, pembahas kedua dikenali
sebagai Pembangkang Kedua dan pembahas ketiga dikenali sebagai Pembangkang Ketiga.

2.4 Peruntukan masa dan giliran berdebat:














2.6 Pembahas pertama daripada kedua-dua pasukan dibenarkan mengutarakan satu hujah
sahaja. Pembahas kedua mengutarakan dua hujah. Pembahas ketiga tidak boleh
mengutarakan hujah-hujah baharu tetapi tugas mereka ialah membidas hujah-hujah pasukan
lawan.

2.7 Semasa satu pihak berucap, ahli pasukan lawan boleh meminta izin laluan mulai minit kedua
hingga minit ketujuh. Pembahas ini boleh menerima atau menolak izin laluan daripada pihak
lawan.

2.8 Selepas semua pembahas berucap, pembahas pertama atau pembahas kedua daripada
kedua-dua pihak akan memberi ucapan penggulungan. Pihak pembangkang akan membuat
penggulungan terlebih dahulu kemudian diikuti oleh pasukan kerajaan.






NO


KERAJAAN

MASA

NO

PEMBANGKANG

MASA
1 Perdana Menteri 8 minit 2 Ketua Pembangkang 8 Minit
3 Menteri Kedua 8 minit 4 Pembangkang Kedua 8 Minit
5 Menteri Ketiga 8 minit 6 Pembangkang Ketiga 8 Minit
8 Ucapan
Penggulungan:
Perdana Menteri /
Menteri Kedua
4 minit 7 Ucapan Penggulungan:
Ketua Pembangkang /
Pembangkang Kedua
4 Minit
HARI KECEMERLANGAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH KE-41, 2014
PERINGKAT ZON

2

3.0 KELAYAKAN:

3.1 Pertandingan ini terbuka kepada Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pendidikan
Malaysia. SEMBILAN Pasukan Terbaik bagi Zon Utara (termasuk SBP Negeri Sarawak) Zon
Tengah (termasuk MTD & SBP Negeri Sabah), Zon Selatan dan Zon Timur akan bertanding di
peringkat kebangsaan.

3.2 Setiap sekolah yang bertanding hanya dibenarkan menghantar satu pasukan sahaja untuk
pertandingan ini.

3.3 Setiap pasukan hanya boleh mendaftarkan empat (4) orang pembahas (termasuk seorang
pembahas simpanan).

3.4 Pendaftaran pasukan hendaklah disahkan secara rasmi oleh Ketua Kontinjen sebelum
diserahkan kepada Urus Setia Pertandingan pada hari pendaftaran.

3.5 Ahli pasukan yang telah didaftarkan dan disahkan secara rasmi tidak boleh diganti oleh peserta
lain sepanjang pertandingan. Pelanggaran terhadap peraturan ini akan membatalkan
penyertaan pasukan yang terlibat.

3.6 Sebuah sekolah hanya boleh diwakili oleh murid yang sedang belajar di sekolah tersebut.

3.7 Umur peserta/pembahas tidak boleh melebihi 18 tahun pada 1 Januari tahun pertandingan.

3.8 Hanya seorang murid bukan bumiputera dibenarkan dalam sesebuah pasukan.


4.0 PENGHAKIMAN:

4.1 Hakim Pertandingan Bahas PPM, HKSBP mesti terdiri daripada guru-guru Bahasa Malaysia
dan Bahasa Inggeris. (Sila rujuk Lampiran)

4.2 Semua pertandingan bahas mestilah dihakimi oleh barisan panel hakim yang terdiri daripada
tidak kurang tiga (3) orang hakim.

4.3 Pada pusingan separuh akhir dan akhir, lima/tujuh (5/7) orang hakim akan menghakimi
pertandingan tersebut yang terdiri daripada golongan profesional yang ditentukan oleh KPM.

4.4 Para hakim mestilah diberi taklimat tentang peraturan penghakiman sebelum pertandingan
dimulakan.

4.5 Kehadiran hakim untuk giliran bertugas adalah wajib. Kehadiran hakim akan direkodkan dan
akan dipaparkan di papan kenyataan kehadiran hakim di Bilik Urus Setia Bahas. Salinan rekod
kehadiran tersebut juga akan diedarkan ke sekolah-sekolah selepas HKSBP berakhir.

4.6 Sekiranya seseorang hakim tidak dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan atas sebab-
sebab tertentu, maka hakim tersebut wajib memaklumkan kepada Jawatankuasa Pertandingan
Bahas secara bertulis secepat mungkin. Hakim tersebut perlu juga mengemukakan bahan
bukti bertulis seperti sijil sakit dan/atau dokumen-dokumen lain yang berkaitan. Kegagalan
mematuhi klausa ini akan menyebabkan hakim tersebut diminta memberi surat tunjuk sebab
kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan,
Kementerian Pendidikan Malaysia (BPSBPSK, KPM).

HARI KECEMERLANGAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH KE-41, 2014
PERINGKAT ZON

3

4.7 Para hakim mesti mematuhi kod etika berpakaian kerja rasmi demi memelihara imej
penghakiman.

4.8 Para hakim dilarang mengadili pertandingan yang melibatkan pasukan sekolah mereka sendiri.
Larangan ini akan terbatal jika tiada hakim lain pada ketika itu setelah mendapat persetujuan
kedua- dua pasukan yang bertanding.

4.9 Pasukan yang mendapat undi majoriti panel hakim akan diumumkan sebagai pemenang
pertandingan. Markah terkumpul setiap pasukan tidak akan dijadikan asas untuk menentukan
pemenang pertandingan.

4.10 Ketua hakim hendaklah mengesahkan dan menandatangani borang keputusan pertandingan.
Ketua Hakim akan mengumumkan keputusan pertandingan bagi setiap sesi satu hingga tiga.
Keputusan pertandingan seterusnya hanya akan diumumkan dalam majlis penutupan dan
penyampaian hadiah. Keputusan hakim adalah muktamad.

4.11 Speaker Dewan akan memungut borang keputusan semua hakim selepas keputusan
diumumkan. Para hakim tidak dibenarkan berbincang atau merujuk dalam kalangan mereka
berhubung dengan keputusan yang telah dibuat.

4.12 Pembahas terbaik akan diputuskan melalui sistem juri. Sekiranya berlaku pertindihan, markah
tertinggi pembahas akan diambil kira untuk menentukan pembahas terbaik. Nama pembahas
terbaik akan diumumkan selepas perbahasan dan dipaparkan pada papan kenyataan
pertandingan.

4.14 Semua hakim dikehendaki membuat ulasan selepas perbahasan berakhir. Hanya satu (1)
minit diperuntukkan untuk para hakim membuat ulasan.

4.15 Ulasan hakim hendaklah berfokus pada kekuatan dan kelemahan dari aspek isi, bahasa, dan
gaya perbahasan secara ringkas. Ulasan tidak menyentuh peribadi mana-mana pembahas
secara khusus.


5.0 STRUKTUR PERTANDINGAN:

5.1 Sistem Pertandingan:

5.1.1 Semua pasukan yang mengambil bahagian akan dibahagikan kepada tiga kumpulan
iaitu Kumpulan A, Kumpulan B dan Kumpulan C.

5.1.2 Pertandingan akan diadakan secara liga dan Pasukan Tuan Rumah layak bertanding di
peringkat kebangsaan secara automatik.

5.2 Sistem Kumpulan:

5.2.1 Kumpulan akan ditentukan melalui undian oleh BPSBSK di peringkat Zon dan Majlis Pengetua
SBP di peringkat kebangsaan.


5.3 Mata:

5.3.1 Dua (2) mata akan diberikan kepada pasukan yang menang dan satu (1) mata diberikan
kepada pasukan yang kalah.

HARI KECEMERLANGAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH KE-41, 2014
PERINGKAT ZON

4

5.3.2 Johan dan Naib Johan daripada setiap kumpulan akan layak memasuki Peringkat Suku Akhir
di peringkat kebangsaan.


5.3.3 Jika terdapat dua pasukan mendapat mata yang sama, undian hakim (skor juri) bagi semua
pertandingan dalam kumpulan akan diambil kira bagi menentukan pemenang kumpulan.

5.3.4 Jika masih terdapat persamaan mata, keputusan pertandingan antara dua pasukan diambil kira.
Pasukan yang menang akan menjadi pemenang kumpulan.

5.3.5 Jika terdapat tiga (3) atau lebih pasukan yang mendapat mata yang sama, pemenang
kumpulan akan ditentukan melalui kiraan undian hakim (skor juri) semua perlawanan dalam
semua pertandingan Pusingan Awal.

5.3.6 Jika masih terdapat persamaan mata, kiraan undi hakim (skor juri) antara pasukan yang
terlibat sahaja akan diambil kira.

5.3.7 Jika masih lagi terdapat persamaan mata, pemenang kumpulan akan ditentukan berdasarkan
purata markah yang diberi oleh hakim dalam ketiga-tiga/keempat-empat pertandingan
melibatkan pasukan yang berkenaan sahaja.

5.3.8 Sekiranya terdapat pasukan yang mempunyai jumlah mata yang sama, semua keputusan
untuk menentukan pemenang kumpulan akan dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal Bahas yang
diketuai oleh wakil daripada BPSBPSK, Kementerian Pendidikan Malaysia.

5.3.9 Sekiranya terdapat pasukan yang memberi kemenangan percuma atau dibatalkan
penyertaannya, maka semua mata, undi majoriti dan/atau markah yang diperoleh oleh pasukan
itu dalam perlawanan terdahulu akan dijadikan sifar atau kosong. Pasukan itu juga akan
dilarang daripada mengambil bahagian dalam pertandingan bahas yang seterusnya.

5.3.10 Semua keputusan hakim adalah muktamad.

5.4 Bantahan:

5.4.1 Sekiranya terdapat sebarang bantahan terhadap keputusan para hakim, bantahan bertulis
boleh dibuat dalam tempoh satu (1) jam selepas pertandingan kepada Juri Rayuan PPM,
HKSBP. Juri Rayuan akan diketuai oleh Pegawai BPSBPSK, KPM dan dianggotai oleh
Pegawai Teknikal Bahas.

5.4.2 Bayaran sebanyak RM 200.00 akan dikenakan bagi setiap bantahan yang dibuat.

5.4.2 Cagaran bayaran ini tidak akan dikembalikan jika bantahan ditolak oleh Juri Rayuan.
Bayaran ini akan dimasukkan ke akaun tuan rumah untuk menampung perbelanjaan
pengurusan pengelolaan.


6.0 PEMENANG KUMPULAN:

6.1 Pasukan yang memperoleh mata tertinggi dalam kumpulan akan diisytiharkan sebagai
pemenang kumpulan di peringkat kebangsaan.

6.2 Sekiranya terdapat dua (2) atau lebih pasukan mempunyai mata yang sama, pemenang
kumpulan akan ditentukan berasaskan urutan, keutamaan dan kriteria berikut:

HARI KECEMERLANGAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH KE-41, 2014
PERINGKAT ZON

5
6.2.1 Undi majoriti yang diperoleh oleh pasukan yang bersaing.

6.2.2 Senario menang kalah dalam kalangan pasukan yang bersaing.


6.2.3 Markah yang diperoleh oleh pasukan ketika bertanding dengan pasukan lain yang
bersaing.

6.3 Jika terdapat dua pasukan yang terikat dengan jumlah mata yang sama:

6.3.1 Pasukan yang mempunyai undi majoriti tertinggi akan diisytiharkan sebagai pemenang
kumpulan.

6.3.2 Jika terdapat dua pasukan terikat dengan undi majoriti yang sama, maka pasukan yang
telah mengalahkan pesaingnya akan diisytiharkan sebagai pemenang kumpulan.



A1 A2 A3 A4 A5 JUMLAH
MATA
Contoh kiraan:
(1) Jika dua pasukan seri
(A2 dan A4), undian hakim
untuk menentukan
pemenang akan diambil
kira:
A2 = [7 - 5]
A4 = [7 - 5]
(2) Jika masih seri,
pemenang kumpulan
akan ditentukan oleh
keputusan bahas antara
A2 lwn A4: Pasukan
yang menang ialah A2.
A2 menjadi pemenang
kumpulan.
A1
1
(1 - 2)
2
(2 - 1)
1
(1 - 2)
2
(2 - 1)
6
A2 2
(2 - 1)
2
(2 - 1)
2
(2 - 1)
1
(1 - 2)
7
A3 1
(1 - 2)
1
(1 - 2)
1
(1 - 2)
2
(2 - 1)
5
A4 2
(2 - 1)
1
(1 - 2)
2
(2 - 1)
2
(2 - 1)
7
A5 1
(1 - 2)
2
(2 - 1)
1
(1 - 2)
1
(1 - 2)
5


6.3.3 Jika terdapat lebih daripada dua (2) pasukan mempunyai jumlah mata yang sama,
pasukan yang mempunyai undi majoriti tertinggi akan diisytiharkan sebagai pemenang
kumpulan.

6.3.4 Jika lebih daripada dua (2) pasukan mempunyai undi majoriti yang sama, maka
pasukan yang telah mengalahkan pesaing-pesaingnya akan diisytiharkan sebagai
pemenang kumpulan.

6.3.5 Jika terdapat lebih daripada dua (2) pasukan terikat dengan undi majoriti yang sama
dan masih tiada pemenang yang dapat diputuskan, senario menang - kalah dirujuk
dalam kalangan pasukan yang bersaing, maka pasukan yang memperoleh markah
tertinggi semasa pertandingan dengan pesaingnya akan diisytiharkan sebagai
pemenang kumpulan.

6.4 Sekiranya terdapat kesukaran atau masalah dalam menentukan pemenang kumpulan,
Jawatankuasa Teknikal Pertandingan Bahas PPM, HKSBP pada tahun semasa akan
bermesyuarat bagi menyelesaikan masalah tersebut.

6.5 Jawatankuasa Teknikal Pertandingan Bahas PPM, HKSBP pada tahun semasa dipengerusikan
oleh wakil daripada BPSBPSK, Kementerian Pelajaran Malaysia.

HARI KECEMERLANGAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH KE-41, 2014
PERINGKAT ZON

6
6.6 Ahli Jawatankuasa Teknikal Pertandingan Bahas terdiri daripada Pengerusi Jawatankuasa
Pengelola Pertandingan Bahas Bahasa Malaysia PPM, HKSBP dan beberapa orang lagi yang
dilantik oleh wakil daripada BPSBPSK, Kementerian Pelajaran Malaysia.


6.7 Jika terdapat masalah seperti kes yang membabitkan sekolah Ahli Jawatankuasa Teknikal,
maka secara automatik Ahli Jawatankuasa Teknikal tersebut gugur daripada jawatannya dan
Pengerusi Jawatankuasa Teknikal diberi mandat untuk melantik pengganti (sekiranya perlu).

6.8 Ahli Jawatankuasa Teknikal Bahas PPM, HKSBP pada tahun semasa diberi kuasa untuk
melakukan sebarang pengubahsuaian dan pindaan di mana-mana yang sesuai. Semua
keputusan yang dibuat adalah muktamad dan perlu diberi perhatian oleh semua pihak yang
terlibat.


7.0 TATACARA:

7.1 Pengendalian Pertandingan Bahas:

7.1.1 Sebanyak lima/enam/tujuh (5/6/ 7 ) tema dan skop akan diberi kepada sekolah-sekolah
yang bertanding. Tema dan skop untuk setiap sesi telah ditetapkan oleh Jawatankuasa
Teknikal Bahas PPM, HKSBP pada tahun semasa bersama-sama pegawai BPSBPSK,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

7.1.2 Usul bahas bagi setiap tema ditentukan oleh Jawatankuasa Teknikal Bahas PPM,
HKSBP pada tahun semasa dan akan diumumkan oleh Jawatankuasa Teknikal
Bahas PPM, HKSBP selepas undian peranan sama ada sebagai pihak kerajaan atau
pembangkang. Undian akan dibuat pada setiap sesi pertandingan.

7.1.3 Undian untuk menentukan peranan dan usul akan dibuat satu (1) jam sebelum
pertandingan bermula. Guru pengiring wajib hadir pada setiap kali undian dibuat.

7.1.4 Setelah mengetahui usul dan peranan, guru pengiring diminta terus berada di dalam
bilik undian dan tidak dibenarkan sama sekali berhubung dengan para pembahas
dengan apa-apa cara sekali pun manakala para pembahas akan diiring ke bilik
kuarantin. Semua pasukan akan dikuarantinkan di bilik persediaan masing-masing di
bawah kawalan seorang petugas.

7.1.5 Hanya pembahas dalam setiap pasukan; tiga (3) orang pembahas utama dan seorang
(1) pembahas simpanan, dibenarkan berada di dalam bilik kuarantin. Pihak-pihak lain
seperti guru pengiring / jurulatih / ahli keluarga / penyokong dilarang berada di bilik
kuarantin semasa pasukan dikuarantinkan.

7.1.6 Sebarang percubaan untuk menceroboh masuk ke bilik kuarantin atau tindakan yang
boleh mencemarkan suasana bilik kuarantin, sama ada dengan niat atau tidak, dalam
tempoh kuarantin dijalankan akan disabitkan dengan pelanggaran peraturan
pertandingan bahas yang serius. Jawatankuasa Pengelola boleh mengambil tindakan
terhadap pihak terbabit termasuk merujuk perkara ini kepada Jawatankuasa Teknikal
Bahas untuk tindakan selanjutnya.

7.1.7 Penggunaan komputer riba, akses kepada laman sesawang tidak dibenarkan semasa
kuarantin dan semasa bertanding. Penggunaan telefon bimbit tidak dibenarkan sama
sekali. Peserta hanya dibenarkan membawa bahan bercetak sewaktu kuarantin.

HARI KECEMERLANGAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH KE-41, 2014
PERINGKAT ZON

7
7.1.8 Pasukan-pasukan yang bertanding disarankan agar membawa modem mudah alih
untuk memastikan kemudahan akses kepada laman sesawang diperoleh pada setiap
masa. Namun begitu, penyediaan kemudahan akses internet tertakluk kepada
keupayaan pihak tuan rumah pertandingan bahas menyediakannya . Manakala bagi
kemudahan internet jalur lebar tertakluk kepada keupayaan perkhidmatan oleh syarikat
telekomunikasi . (boleh digunakan semasa persediaan sahaja )

7.1.9 Masa kuarantin pembahas ialah selama 60 minit.

7.1.10 Pasukan bahas dikehendaki berada di dalam bilik pertandingan 10 minit sebelum
perbahasan bermula supaya pertandingan dapat dijalankan dengan lancar. Pasukan
yang gagal mematuhi peraturan ini akan dibatalkan penyertaannya. Pasukan Kerajaan
akan dikuarantin di Bilik Pertandingan dan Pasukan Pembangkang di Bilik Pengundian.

7.1.11 Sebarang bantuan daripada penonton atau penyokong ketika perbahasan dijalankan
tidak dibenarkan sama sekali. Speaker Dewan berhak memaklumkannya kepada
Ketua Hakim untuk tindakan selanjutnya.

7.1.12 Sebarang bentuk rakaman (audio dan video) semasa pertandingan dijalankan dilarang
sama sekali, kecuali yang dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola dan BPSBPSK,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

7.2 Peranan Speaker Dewan:

7.2.1 Setiap sesi pertandingan bahas akan dipengerusikan oleh Speaker Dewan.
7.2.2 Speaker Dewan bertanggungjawab memastikan kelancaran pertandingan.

7.2.3 Speaker Dewan hendaklah memperkenalkan penjaga masa, barisan panel hakim dan
para pembahas sebelum pertandingan berlangsung. Speaker Dewan tidak boleh
menyebut nama kedua-dua sekolah yang bertanding dan nama sekolah para hakim
yang mengadili pertandingan.

7.2.4 Speaker Dewan mesti membaca peraturan pertandingan perbahasan sebelum
perbahasan bermula.

7.2.5 Speaker Dewan tidak boleh membuat sebarang ulasan terhadap pembahas dan
perbahasan semasa pertandingan sedang berlangsung.

7.2.6 Speaker Dewan mesti peka pada sebarang bentuk bantuan yang diberikan kepada
pembahas dan memberitahu Ketua Hakim untuk tindakan selanjutnya. Ketua Hakim
berkuasa untuk meminta pihak yang terbabit meninggalkan bilik perbahasan bagi
memastikan pertandingan dapat berlangsung dalam suasana yang adil dan selesa.

7.2.7 Speaker Dewan perlu memberi masa yang sesuai kepada para hakim untuk mengisi
markah. Speaker Dewan hendaklah menunggu isyarat daripada Ketua Hakim sebelum
meneruskan perbahasan oleh pembahas seterusnya.

7.2.8 Speaker Dewan perlu menjemput semua hakim untuk memberikan ulasan dalam masa
satu (1) minit bermula dengan Hakim ketiga.

7.2.9 Keputusan pertandingan dan pembahas terbaik mestilah diumumkan oleh Ketua Hakim
dan bukan Speaker Dewan. Speaker Dewan perlu memastikan semua hakim
menandatangani borang penghakiman sebelum borang tersebut dipungut.
HARI KECEMERLANGAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH KE-41, 2014
PERINGKAT ZON

8



7.2.10 Speaker Dewan perlu memastikan semua keputusan, fail hakim dan peralatan
perbahasan dihantar ke Bilik Urus Setia Bahas setelah pertandingan perbahasan
selesai.

7.3 Peranan Penjaga Masa:

7.3.1 Penjaga masa perlu memastikan setiap pembahas mendapat lapan (8) minit untuk
berbahas.

7.3.2 Penjaga masa akan membunyikan loceng selepas minit pertama dan pada akhir minit
ketujuh untuk menandakan masa yang diperuntukkan untuk izin laluan. Pada akhir
minit kelapan, loceng akan dibunyikan sebanyak dua kali. Kad masa akan ditunjukkan
oleh penjaga masa bagi memberitahu baki masa yang tinggal pada setiap 1 minit.

7.3.3 Memberi masa maksimum sebanyak tiga (3 ) minit kepada kedua-dua pasukan untuk
menyediakan ucapan penggulungan.

7.3.4 Semasa ucapan penggulungan, penjaga masa akan membunyikan loceng sekali pada
minit ketiga bagi menandakan pembahas mempunyai baki masa sebanyak 1 minit.
Pada akhir minit keempat, loceng akan dibunyikan dua kali untuk menandakan
berakhirnya ucapan penggulungan.


8.0 GARIS PANDUAN PERANAN PEMBAHAS:



NO

KERAJAAN


NO

PEMBANGKANG
1 PERDANA MENTERI % MINIT 2 KETUA PEMBANGKANG % MINIT
1 Definisi/Pentakrifan tajuk 10 1 1 Setuju/ terima/tolak definisi 10 1
2 Nyatakan peranan
pencadang
10 1 2 Bidas pendirian dan hujah
pencadang pertama
25 2
3 Nyatakan peranan
pembahas pertama,
kedua dan ketiga
10 1 3 Nyatakan pendirian
pembangkang
10 1
4 Mulakan hujah dan beri
huraian menyokong kes
pencadang
30 3 4 Nyatakan peranan
pembangkang pertama,
kedua dan ketiga
5 1/2
5 Pertegas kes 5 1 5 Mulakan hujah berdasarkan
pendirian pihak
pembangkang
5 1/2
6 Izin Laluan 10 1 6 Pertegas kes pembangkang 5 1/2
7 Izin Laluan 10 1
3 MENTERI KEDUA % MINIT 4 PEMBANGKANG KEDUA % MINIT
1 Terima / tolak definisi.
Beri penegasan semula (
jika definisi
pembangkang tidak
disentuh bermakna
definisi diterima )
10 1 1 Bidas tegasan dan hujah
pencadang kedua
30 2
HARI KECEMERLANGAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH KE-41, 2014
PERINGKAT ZON

9
2 Bidasan tegasan hujah
Ketua Pembangkang
40 3 2 Bidas hujah Perdana Menteri 20 2
3 Nyatakan hujah kedua
dan ketiga untuk
menguatkuasakan kes
40 3 3 Nyatakan hujah kedua dan
ketiga yang bertentangan
dengan pencadang
40 3

4 Izin Laluan 10 1 4 Izin Laluan 10 1
5 MENTERI KETIGA % MINIT 6 PEMBANGKANG KETIGA % MINIT
1 Bidas hujah-hujah
pembangkang kedua
40 3 1 Bidas hujah-hujah Menteri
Ketiga
40 3
2 Bidas hujah-hujah ketua
pembangkang
30 2 2 Bidas hujah-hujah Menteri
Kedua
30 2
3 Perkukuh kes kerajaan 20 2 3 Bidas hujah-hujah Perdana
Menteri
10 1
4 Izin Laluan 10 1 4 Perkukuh kes pembangkang 10 1
5 Izin Laluan 10 1
3 MINIT UNTUK PERSEDIAAN
8 UCAPAN
PENGGULUNGAN
% MINIT 7 UCAPAN
PENGGULUNGAN
% MINIT
1 Bidas kes pembangkang 25 2 1 Bidas kes kerajaan 25 2
2 Menggulung dan
penegasan kes
pencadang
25 2 2 Menggulung dan
menegaskan kes
pembangkang
25 2


9.0 SISTEM PEMARKAHAN

9.1 UCAP UTAMA: 8 MINIT

9.1.1 Setiap pembahas akan diberikan markah mengikut pembahagian berikut:

a. Isi = 30 markah
b. Gaya = 20 markah
c. Strategi = 30 markah
d. Bahasa = 20 markah
____________________________________
Jumlah = 100 markah
____________________________________


9.1.2 Setiap pembahas diberi 8 minit untuk berucap.

9.1.3 Garis Panduan /Skala Pemarkahan:

MUTU /
TAHAP
ISI
(30)
GAYA
(20)
STRATEGI
(30)
BAHASA
(20)
JUMLAH
(100)
A Cemerlang 25-30 17-20 25-30 17-20 84-100
B Kepujian 19-24 13-16 19-24 13-16 64-83
C Baik 13-18 09-12 13-18 09-12 41-63
D Sederhana 07-12 05-08 07-12 05-08 21-40
E Lemah 01-06 01-04 01-06 01-04 04-20




HARI KECEMERLANGAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH KE-41, 2014
PERINGKAT ZON

10



9.2 UCAPAN PENGGULUNGAN: 4 MINIT

9.2.1 Setiap pembahas akan diberikan markah mengikut pembahagian berikut:

a. Bidasan = 25 markah
b. Rumusan = 25 markah


Jumlah = 50 markah


9.2.2 Pembahas Pertama atau Kedua akan menyampaikan Ucapan Penggulungan.
Pihak Pembangkang akan memulakan Ucapan Penggulungan dan diikuti oleh
pihak kerajaan.

9.2.3 Setiap pembahas diberikan 4 minit untuk berucap.

9.2.4 Garis Panduan / Skala Pemberian Markah.

MUTU /
TAHAP
BIDASAN
(25)
RUMUSAN
(25)
JUMLAH
(50)
A Cemerlang 19-25 19-25 37-50
B Baik 10-18 10-18 20-36
C Sederhana 1-9 1-9 2-19


10.0 RUJUKAN UNTUK BORANG PEMARKAHAN:

10.1 AGIHAN MARKAH:

Peruntukan markah bagi setiap pembahas adalah seperti berikut :

ISI = 30 markah
GAYA = 20 markah
STRATEGI = 30 markah
BAHASA = 20 markah

10.2 ISI:

10.2.1 Hakim harus menilai isu dari segi hujah yang disampaikan dan bukan dari gaya
menyampaikan hujah. Hakim sewajarnya (harus) menilai ketepatan dan kemantapan hujah
tanpa dipengaruhi oleh kepandaian pembahas berkata-kata.

10.2.2 Penilaian isi juga termasuk penilaian dari segi ketepatan dan kemantapan bidasan. Hakim
dinasihati mengikut tahap kemampuan pelajar sekolah menengah.

10.2.3 Tugas hakim adalah untuk menilai kemantapan dan ketepatan hujah dan bukannya sama ada
lawan boleh membidas hujah yang diberi. Jikalau hujahnya kurang dari segi isi, markah untuk
isi adalah kurang walaupun lawannya tidak membidas.
HARI KECEMERLANGAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH KE-41, 2014
PERINGKAT ZON

11



10.2.4 Jikalau hujah yang diberi adalah lemah dari segi kemantapan dan ketepatan isi dan hujah itu
tidak dilawan oleh pihak lawan, maka pihak yang tidak membidas hujah tersebut telah
melakukan kesalahan yang lebih serius berbanding pihak yang menyampaikan hujah yang
lemah itu kerana tidak mengambil kesempatan membidas hujah yang lemah itu. Namun begitu,
bidasan yang dibuat harus berdasarkan hujah dan bukannya berdasarkan contoh dan analogi.

10.2.5 Hakim haruslah mengelakkan diri daripada persepsi dan prejudis atau kerjaya masing-masing
contohnya, jikalau anda seorang peguam dan anda mengetahui isu yang diperkatakan oleh
pembahas telah diumumkan oleh Majlis Antarabangsa (MPA) pada minggu lepas, anda tidak
seharusnya mengambil kira pengetahuan itu melainkan pengumuman MPA itu telah diketahui
umum dengan meluasnya.

10.3 GAYA:

10.3.1 Hakim seharusnya tidak terpengaruh dengan gaya pembahas yang keterlaluan.

10.3.2 Gaya termasuk cara pembahas berhujah iaitu sebutan dan bahasa gerak badan.

10.3.3 Penggunaan nota dan kad nota dibenarkan dan tidak harus didenda kecuali
pembahas ternyata membaca nota.

10.3.4 Hakim dinasihati bertoleransi dengan gaya bertutur dan kepantasan menyampaikan
hujah dan markah hanya dipotong jika gaya pembahas melampaui batas.


10.4 STRATEGI:

10.4.1 Strategi memerlukan perhatian yang lebih dan meliputi dua (2) konsep iaitu struktur
dan peruntukan masa penghujahan, dan pembahas memahami usul bahas.

10.4.2 Struktur Penghujahan yang bermutu mempunyai pendahuluan, huraian dan penutup
yang jelas. Semasa penghujahan diberikan, kata kunci akan diberi sebagai panduan
arah tuju pembahas. Penghujahan harus bersifat logik dan menunjukkan
kesinambungan. Hal ini penting terutamanya semasa pembahas pertama mewakili
kerajaan dan pembahas ketiga bagi pihak pembangkang menyampaikan hujah
mereka. Oleh itu, hujah merupakan salah satu komponen strategi.

10.4.3 Tempoh masa penghujahan adalah penting. Terdapat dua (2) aspek yang berkaitan
dalam hal ini iaitu berhujah dalam masa yang dibenarkan dan memberi tempoh masa
yang secukupnya untuk isu perhujahan.

10.4.4 Pembahas sepatutnya memberi keutamaan kepada isi yang penting dan diikuti oleh isi
yang kurang penting. Secara umum, adalah lebih baik jikalau pembahas menyatakan
bidasan sebelum menyatakan isi / hujah kerana lebih logik untuk menafikan pendirian
pihak lawan sebelum menegakkan pendirian pembahas.

10.4.5 Hakim tidak harus menghakimi kemantapan dan ketepatan penghujahan sahaja tetapi
juga harus mengambil kira ketepatan masa dan keutamaan isu.

10.4.6 Pemahaman tentang isu Pembahas harus memahami isi-isi penting dalam
perbahasan. Berlaku pembaziran masa jikalau persoalan yang penting tidak dibidas.
HARI KECEMERLANGAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH KE-41, 2014
PERINGKAT ZON

12
Dalam keadaan pembahas tidak memahami isu yang penting dalam perbahasan itu, ini
bermakna pembahas tidak akan mendapat markah yang tinggi dalam strategi.


10.4.7 Hakim mesti memahami antara strategi dengan isi. Bayangkan dalam situasi seorang
pembahas cuba membidas suatu isi yang penting tetapi tidak membidas dengan baik,
bermakna pembahas itu akan mendapat markah yang rendah bagi isi kerana
bidasannya. Namun pembahas itu akan mendapat markah yang agak baik untuk
strategi kerana dapat membidas hujah yang sepatutnya.

10.4.8 Dua (2) markah strategi akan ditolak sekiranya para pembahas menambah / meminda
usul perbahasan.

10.5 BAHASA:

10.5.1 Aspek bahasa yang harus diambil kira ialah:
a. gaya bahasa / laras bahasa
b. struktur ayat
c. tatabahasa
d. kosa kata

10.5.2 Aspek bahasa lain yang turut dinilai ialah:
a. sebutan (baku )
b. kelancaran
c. nada
d. intonasi

10.6 BIDASAN:

10.6.1 Pembahas sepatutnya membidas hujah dan bukan contoh, misalnya pembahas pihak
kerajaan telah memberikan contoh yang lemah tetapi hujahnya tepat dan mantap
maka pembangkang sepatutnya membidas hujah dan bukan contoh.

10.6.2 Selain itu, pembahas mungkin boleh memberikan beberapa contoh / analogi bagi
menerangkan hujah yang sama. Oleh itu, jika pembahas daripada pihak lawan dapat
membuat satu bidasan untuk menumbangkan semua contoh yang diberi maka tidak
perlu membidas setiap contoh.


10.7 UCAPAN PENGGULUNGAN:

10.7.1 Penggulungan merupakan rumusan tentang pendirian pembahas mengenai isu yang
diperdebat. Oleh itu, pembahas sepatutnya hanya menyatakan isu isu pasukan
masing-masing dalam perbahasan tersebut.

10.7.2 Dalam penggulungan, pembahas tidak digalakkan memfokus kepada perkara yang
remeh-temeh atau contoh-contoh. Pembahas sepatutnya menitikberatkan isu-isu
utama yang boleh menyokong pendirian mereka dan seterusnya menggoyah pendirian
pihak lawan. Sebagai panduan, jikalau pembahas memfokus kepada contoh dalam
penggulungan bermakna pembahas itu mungkin tidak memahami isu perbahasan atau
mungkin tidak memahami teknik perbahasan yang berkesan.

10.7.3 Semasa sesi penggulungan, pembahas tidak boleh mengemukakan hujah baharu.


HARI KECEMERLANGAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH KE-41, 2014
PERINGKAT ZON

13





10.8 IZIN LALUAN:

10.8.1 Semasa seseorang pembahas sedang berucap, pihak lawan dibenarkan memohon izin
laluan. Izin laluan ialah celahan formal yang ditujukan kepada pembahas yang sedang
berucap. Izin laluan boleh dilakukan dalam bentuk:

Kenyataan
Fakta
Ayat-ayat pendek yang berkaitan dengan isu yang sedang diutarakan oleh
pembahas.

10.8.2 Tujuan utama izin laluan adalah untuk memberi atau meminta maklumat lanjut tentang
sesuatu isi yang sedang diucapkan. Pihak lawan boleh membetulkan fakta yang
dianggap terpesong. Izin laluan juga boleh digunakan untuk meminta penjelasan dan
menyoal pihak lawan.

10.8.3 Izin laluan boleh dilakukan oleh pihak lawan ketika seseorang pembahas menyatakan
hujahnya. Pembahas itu boleh menerima atau menolak izin laluan itu. Jikalau izin
laluan itu diterima, pihak lawan itu boleh membetulkan maklumat pembahas itu atau
menyatakan soalan tentang isu yang dinyatakan dalam perbahasan tersebut,
khususnya yang baru diutarakan oleh pembahas.

10.8.4 Dengan adanya izin laluan bermakna setiap pembahas akan mengambil bahagian dari
awal hingga akhir perbahasan dijalankan dan bukan hanya ketika menyatakan hujah
masing-masing.

10.8.5 Pembahas seharusnya memainkan peranan memberi pandangannya. Walaupun
pandangannya mungkin tidak boleh diterima tetapi sekurang-kurangnya menunjukkan
pembahas itu ada mengambil bahagian atau cuba melibatkan diri dalam perbahasan.

10.8.6 Masa selama 15 saat sahaja diperuntukkan untuk setiap izin laluan. Izin laluan
haruslah padat dan bernas.

10.8.7 Izin laluan tidak boleh disalahgunakan untuk sengaja mengganggu pihak lawan kerana
terdapat etika yang wajib dipatuhi. Markah strategi akan dikurangkan sekiranya
melanggar etika ini.

10.9 ETIKA IZIN LALUAN:

10.9.1 Pasukan lawan hanya dibenarkan memohon izin laluan antara minit ke-2 dan minit ke-
7 ucapan pembahas. Izin laluan tidak boleh dilakukan pada minit pertama dan minit
terakhir semasa pembahas sedang berucap. Loceng akan dibunyikan untuk
menandakan permulaan dan penamat masa yang ditetapkan untuk izin laluan.

10.9.2 Tiada izin laluan semasa sesi penggulungan.

10.9.3 Isyarat-isyarat hormat seperti mengangkat tangan atau berdiri tegak hendaklah
dilakukan semasa memohon izin laluan. Perlakuan yang kasar dan biadap seperti
menepuk-nepuk meja atau tangan, memetik jari, melambai-lambai, bersiul, menjerit
HARI KECEMERLANGAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH KE-41, 2014
PERINGKAT ZON

14
dan apa-apa sahaja yang sengaja dilakukan untuk tujuan mengganggu pihak lawan
akan mengurangkan markah strategi.



10.9.4 Kata-kata yang diucapkan semasa izin laluan hendaklah sopan dan berbudi bahasa
serta mencerminkan tatasusila, adab, budaya yang tinggi. Menjerit, marah-marah dan
mengejek pihak lawan adalah dilarang.


10.9.5 Izin laluan dipohon dengan pembahas-pembahas berdiri dan menyebut izin Laluan.
Pembahas yang sedang berucap tidak semestinya menerima setiap izin laluan yang
ditujukan kepadanya. Pembahas boleh:

Meminta pihak lawannya untuk duduk
Habiskan ayatnya dan terima izin laluan tersebut
Menerima izin laluan ketika itu


10.10 MEMOHON DAN MENERIMA IZIN LALUAN:

10.10.1 Sepanjang perbahasan seseorang pembahas diwajibkan memohon sekurang-
kurangnya dua (2) kali izin laluan. Pembahas juga mesti menerima sekurang
kurangnya dua (2) kali izin laluan yang ditujukan kepadanya.

10.10.2 Pembahas yang memohon izin laluan kurang daripada dua (2) kali akan kehilangan
markah strategi.

10.10.3 Pembahas yang tidak menjawab atau tidak menerima izin laluan daripada pihak
lawan juga akan kehilangan markah strategi.

10.10.4 Izin laluan dalam tempoh yang dibenarkan perlu dihabiskan oleh penyoal terlebih
dahulu sebelum dijawab oleh penerima. Markah ditolak jika melanggar etika ini.

10.10.5 Panel hakim juga boleh menilai sama ada pembahas itu berbahas secara spontan
ataupun terikat kepada teks ucapan berdasarkan penglibatannya dalam izin laluan.


11.0 PROSES PENGHAKIMAN BAHAS:

11.1 Tuliskan nama pasukan yang bertanding. Pasukan yang di sebelah kanan Speaker ialah
Pasukan Kerajaan, manakala pasukan di sebelah kiri Speaker ialah Pasukan Pembangkang.

11.2 Isikan nama pembahas dalam borang penghakiman. Pembahas pertama duduk berhampiran
dengan Speaker Dewan, di tengah Pembahas kedua dan berhampiran dengan penonton
Pembahas Ketiga.

11.3 Semasa menjalankan penghakiman, seseorang hakim perlu melakukan dua (2)
perkara iaitu :

11.3.1 Memerhatikan bahawa setiap pembahas itu menjalankan tugas/peranan masing-
masing.

11.3.1 Menghakimi dan memberi markah kepada setiap pembahas.
HARI KECEMERLANGAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH KE-41, 2014
PERINGKAT ZON

15





11.4 Setiap kali pembahas berhujah, hakim perlu mengisikan markah pada ruang yang disediakan
dalam Borang Pemarkahan.

11.5 Cara mengisi markah:

11.5.1 Setelah mendengar hujah pembahas, berilah pertimbangan untuk
mengklasifikasikannya dalam kategori cemerlang, sangat baik, baik, sederhana atau
lemah.

11.5.2 Markah tidak diisi dahulu kerana izin laluan juga menentukan naik turunnya markah
seseorang pembahas. Jika pembahas memberikan komen yang bernas atau
berkeupayaan untuk bertanya soalan yang berkualiti maka markahnya akan
bertambah.

11.5.3 Markah boleh juga diubah suai setelah mendengar hujah kedua dua pihak.

11.5.4 Pengubahsuaian markah ini hendaklah dibuat oleh hakim itu sendiri.

11.6 Ulasan hakim :

11.6.1 Setiap hakim perlu membuat ulasan setelah selesai sesi perbahasan.

11.6.2 Ulasan hendaklah bermula dengan Hakim Ketiga diikuti dengan Hakim Kedua dan
Ketua Hakim.

11.6.3 Ulasan mesti berdasarkan isu yang telah dibahaskan oleh para pembahas dan setiap
hakim bebas untuk menyentuh apa-apa aspek yang boleh membantu mutu
perbahasan. Sebaik-baiknya setiap hakim menyentuh aspek yang berbeza.

11.7 Semua hakim perlu melengkapkan Borang Pemarkahan dan menandatangani setiap borang.



SOP YANG DISEDIAKAN ADALAH MENGIKUT TAHUN
SEMASA. SEBARANG PERUBAHAN TERTAKLUK KEPADA
KEPUTUSAN MESYUARAT.

You might also like