You are on page 1of 2

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN NASYID

PENDIDIKAN KHAS DAERAH KLANG 2017

1. Terbuka kepada 1 kumpulan murid Bermasalah Pembelajaran Rendah, 1 kumpulan


Bermasalah Pembelajaran Menengah dan 1 kumpulan Bermasalah Penglihatan terbuka.
2. Satu kumpulan nasyid mengandungi tidak kurang daripada 8 orang murid dan tidak lebih
daripada 10 orang murid bagi setiap kumpulan termasuk pemain muzik. Boleh dianggotai oleh
satu jantina atau bercampur lelaki dan perempuan.
3. Kedua-dua buah lagu hendaklah bertemakan Maal Hijrah tahun semasa 1438H iaitu :
Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah.
4. Setiap kumpulan dikehendaki menyampaikan 2 buah lagu : irama padang pasir berentak Masri
(lagu pertama) dan Nasyid Kontemporari/ nasyid moden (lagu kedua). Hanya lirik lagu pertama
wajib menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya (kecuali Qasidah menggunakan Bahasa
Arab). Lirik lagu kedua boleh menggunakan Bahasa Melayu, Arab atau Inggeris atau gabungan
dua atau tiga bahasa tersebut.
5. Lagu dan lirik ciptaan sendiri akan diberi markah bonus (merujuk kepada Borang Penghakiman
Lagu dan Lirik Terbaik Nasyid Pendidikan Khas KPM, muka surat 113-114, Garis Panduan
Pelaksanaan Aktiviti Ko-Akademik Pendidikan Khas KPM)
6. Tiga salinan lirik lagu nasyid hendaklah diserahkan kepada pihak Urus Setia/ AJK Persediaan
Tempat Pertandingan sebelum pertandingan.
7. Setiap persembahan hanya boleh diiringi dengan alat perkusi muzik tradisional nasyid seperti
kompang, bongo, conga, darbuka, Turkish, tomolo, shaker, tambourine, djembe, cabasa,
gendang, maracas, rebana, cajon drum (box drum) dan bar chime sahaja. Penggunaan minus
one tidak dibenarkan.
8. Masa persembahan kedua-dua buah lagu tidak melebihi 12 minit. Masa akan dikira bermula
dari peserta pertama mula naik ke pentas dan berakhir berdasarkan peserta terakhir turun
pentas. Markah akan dipotong jika persembahan kurang dari 8 minit dan melebihi masa 12
minit yang telah ditetapkan.
9. Pemarkahan :
BIL ASPEK DINILAI MARKAH
1 Suara 40
2 Gaya persembahan 10
3 Lirik 20
4 Lagu 30
Jumlah 100

10. 3 kumpulan akan dipilih sebagai Pemenang.


11. Keputusan hakim adalah muktamad
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN SYARAHAN AGAMA
PENDIDIKAN KHAS DAERAH KLANG 2017

1. Penyertaan terbuka kepada kepada murid-murid kategori Bermasalah Pembelajaran dan


Kurang Upaya Pendengaran sekolah menengah lelaki dan perempuan yang beragama Islam.
2. Pakaian peserta dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah.
3. Setiap peserta dilarang membawa sebarang bahan bercetak atau sebarang bentuk bahan yang
boleh membantu peserta pertandingan.
4. Setiap peserta perlu memilih satu tajuk syarahan shaja seperti berikut :
i. Solat Membentuk Pelajar Berdisiplin
ii. Keluarga Bahagia Negara Sejahtera
iii. Bersyukur Amalan Mulia
iv. Rasulullah S.A.W Pemimpin Terbilang
v. Zakat Membentuk Peribadi Mulia
5. Tiga salinan skrip syarahan hendaklah diserahkan kepada pihak Urus Setia/ AJK Persediaan
Tempat Pertandingan sebelum pertandingan.
6. Masa bagi tiap-tiap peserta menyampaikan syarahan ialah 8 minit. Masa yang melebihi 8 minit
tidak diberi markah
7. Loceng pertama akan dibunyikan sekali apabila masuk minit ke-7. Locengan kedua akan
dibunyikan dua kali pada minit ke-8 menandakan masa sudah tamat.
8. Pemarkahan :
BIL ASPEK DINILAI MARKAH
1 Isi 30
2 Penyampaian 50
3 Bahasa 20
JUMLAH 100

9. 3 peserta akan dipilih sebagai pemenang


10. Keputusan hakim adalah muktamadnnbbbgfvy

You might also like