You are on page 1of 10

KARNIVAL FITRAH

SEKOLAH-SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PERINGKAT KEBANGSAAN
TAHUN 2020/1441H

PERATURAN DAN BORANG


NASYID
ACARA MURID ORANG ASLI

DISEDIAKAN OLEH:
PEMBANGUNAN PROGRAM ADAB DAN NILAI (PPADNI)
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
KEMENTEIRIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PERATURAN PERTANDINGAN
NASYID (MURID ORANG ASLI)
KARNIVAL DAKWAH SEKOLAH-SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2020

A. PENDAHULUAN

Kesenian seumpama nasyid telah wujud sejak zaman Rasulullah


S.A.W dan sebelumnya. Pada awal perkembangannya di Malaysia, ia lebih
dikenali melalui irama padang pasir atau tradisional. Kini nasyid telah
menerima pelbagai lagu baru yang dikenali sebagai lagu kontemporari.

Nasyid mampu memupuk minat murid Orang Asli kepada seni lagu
yang mengandungi unsur dakwah yang mengajak pendengar kepada
melakukan kebaikan. Adalah diharapkan dengan penganjuran acara Nasyid
bagi murid Orang Asli ini akan dapat menyemarakkan lagi program dakwah
bil hal dalam kalangan mereka.

B. TEMA :

- Akidah Mampan Insan Cemerlang -

C. PENYERTAAN :

1. Penyertaan kumpulan

1.1. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid Orang Asli Sekolah
Rendah.
1.2. Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar satu kumpulan nasyid
yang mengandungi hanya 4 orang sahaja.
1.3. Kumpulan yang mewakili negeri, tidak disyaratkan daripada satu
sekolah yang sama.
1.4. Anggota kumpulan yang bertanding hendaklah terdiri daripada satu
jantina sahaja.
1.5. Anggota kumpulan boleh terdiri daripada murid Islam dan bukan
Islam.
1.6. Setiap negeri hanya boleh menghantar 1 pasukan ke peringkat
kebangsaan.
1.7. Semua peserta hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada
ibubapa/penjaga.
1.8. Setiap kumpulan hendaklah menghantar borang penyertaan yang
lengkap ketika pendaftaran.

2. LAGU :

2.1. Setiap kumpulan dikehendaki mempersembahkan dua buah lagu


dengan iringan ’muzik tanpa suara’ (minus one).
2.2. Kedua-dua lagu boleh berbentuk kontemporari atau tradisional.
2.3. Rentak berunsur hardrock, heavy metal, dan yang seumpamanya
adalah dilarang sama sekali.

2
2.4. Mana-mana pasukan yang melanggar syarat-syarat di atas, tidak
akan diberikan markah.
2.5. Lagu boleh diambil daripada mana-mana sumber namun akta hak
cipta perlu diberikan perhatian oleh peserta.

3. LIRIK :

3.1. Lirik lagu pertama hendaklah mengikut tema pertandingan nasyid


tahun 2020 iaitu ( Akidah Mampan Insan Cemerlang )
3.2. Lirik lagu kedua pula hendaklah mengikut isi Sukatan Pelajaran
Pendidikan Islam KSSR.
3.3. Bahasa ibunda Orang Asli boleh diselitkan dalam lirik berkenaan
dan hendaklah disertakan terjemahan.
3.4. Kedua-dua lirik lagu tidak boleh menyentuh isu-isu sensitif dan
negatif.
3.5. Mana-mana pasukan yang melanggar syarat-syarat di atas, tidak
diberikan markah.

4. PERSEMBAHAN :

4.1. Segala aktiviti kumpulan nasyid di pentas bermula daripada naik


hinggalah turun dari pentas adalah dianggap sebagai satu
persembahan.
4.2. Hanya pergerakan yang bersesuaian dengan lagu yang disampaikan
dan gerakan tidak keterlaluan dibenarkan.
4.3. Setiap kumpulan dilarang sama sekali memperkenalkan
nama/identiti negeri dalam apa bentuk sekalipun.

5. PAKAIAN :

Pakaian peserta mestilah menutup aurat dan bersopan seperti berikut:

5.1 Lelaki :
Memakai pakaian kebangsaan (bersamping dan bersongkok hitam)
yang lengkap dan berkasut. Sandal atau selipar tidak dibenarkan
sama sekali. Aksesori yang tidak keterlaluan boleh digunakan.

5.2 Perempuan :
Berbaju kurung dan bertudung yang sempurna dan berkasut. Sandal
atau selipar tidak dibenarkan sama sekali. Hiasan dan solekan
hendaklah sederhana dan tidak keterlaluan.Pakaian, hiasan dan
solekan boleh mempengaruhi pemarkahan. Aksesori yang tidak
keterlaluan boleh digunakan.

6. MASA :

6.1 Setiap kumpulan diberi masa 12 minit untuk mempersembahkan


kedua-dua buah lagu. Tiada markah yang diberikan pada intro dan
selingan persembahan.
6.2 Masa dikira bermula apabila peserta mula menaiki pentas.

3
6.3 Markah akan dipotong jika persembahan melebihi masa 12 minit yang
telah ditetapkan.

D: PENGHAKIMAN DAN PEMARKAHAN

1. Terdapat empat bidang yang dihakimi dalam pertandingan nasyid


iaitu:

1. Suara - 40 markah
2. Lagu - 20 markah
3. Lirik - 20 markah
4. Persembahan - 20 markah

2. Penghakiman Pertandingan Nasyid :

2.1 Penghakiman Suara (40 markah):

Setiap lagu dinilai dari aspek berikut:


i. Kualiti ton - 8 markah
ii. Ketepatan pic, nada, tempo dan frasa - 10 markah
iii. Sebutan - 6 markah
iv. Dinamik - 8 markah
v. Keseimbangan /harmoni - 8 markah

2.2 Penghakiman Lagu (20 markah):

Setiap lagu dinilai dari aspek berikut:


i. Melodi - 5 markah
ii. Kesesuaian rentak - 5 markah
iii. Kreativi ti - 5 markah
iv. Kesepaduan - 5 markah

2.3 Penghakiman Lirik (20 markah)

Setiap lirik dinilai dari aspek berikut :


i. Kesesuaian dengan Tema dan sukatan Pendidikian Islam
KSSR - 4 markah
ii. Kejelasan mesej - 6 markah
iii. Kesinambungan isi - 6 markah
iv. Bahasa - 4 markah

2.4 Penghakiman Persembahan (20 markah):

Setiap persembahan dinilai dari aspek berikut:

i. Gaya dan penampilan - 5 markah


ii. Etika - 5 markah
iii. Ekspresi - 5 markah
iv. Keberkesanan persembahan - 5 markah

4
E: PENENTUAN KEPUTUSAN :

1. Kumpulan Nasyid Terbaik

1.1 Kumpulan yang mendapat markah tertinggi akan


diisytiharkan sebagai Johan.
1.2 Kumpulan yang mendapat markah kedua tertinggi akan
diisytiharkan sebagai Naib Johan dan begitulah seterusnya.
1.3 Sekiranya terdapat persamaan dari segi markah, penilaian
akan dirujuk kepada :
-Pertama : Suara
-Kedua : Persembahan
-Ketiga : Lirik
-Keempat : Lagu.
1.4 Sekiranya masih sama, Jemaah Hakim akan bersidang dan
membuat keputusan.

2. Solo Terbaik

2.1 Solo yang mendapat markah tertinggi daripada hakim suara


akan dikira sebagai pemenang.
2.2 Sekiranya terdapat persamaan markah, Jemaah hakim akan
bersidang dan membuat keputusan.

F: BANTAHAN :

1. Sebarang bantahan hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada


Pengerusi Jemaah Hakim menggunakan Borang Bantahan Rasmi
yang disediakan.
2. Sebarang bantahan hendaklah disertakan dengan bukti dan saksi.
3. Sebarang bantahan hendaklah diterima oleh Pengerusi Jemaah Hakim
sebelum keputusan pertandingan diumumkan.

G: HADIAH PERTANDINGAN PERINGKAT KEBANGSAAN :

1. Johan
2. Naib Johan
3. Tempat ketiga
4. Solo Terbaik

5
Borang Penghakiman
Pertandingan Nasyid (Murid Orang Asli)
Karnival Fitrah Sekolah-Sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia

Giliran Kumpulan : ( ) Tarikh : ………………………….


Tempat : ………………………….
BAHAGIAN LAGU ( 20 MARKAH )

LAGU PERTAMA LAGU KEDUA

Perkara di Hakimi Markah Catatan/Komen Perkara di Hakimi Markah Catatan/Komen

Melodi Melodi
5 markah 5 markah

Kesesuaian rentak Kesesuaian rentak


5 markah 5 markah

Markah penuh lagu 1 : 10 Markah penuh lagu 2 : 10

Markah diperolehi : _______ Markah diperolehi : _______ JUMLAH : ______

Tandatangan Hakim :………………………………………………. Tandatangan Hakim : ……………………..…………………………….


(Nama : ) (Nama: )

6
Borang Penghakiman
Pertandingan Nasyid (Murid Orang Asli)
Karnival Fitrah Sekolah-Sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia

Giliran Kumpulan : ( ) Tarikh : ………………………….


Tempat : ………………………….
BAHAGIAN LIRIK ( 20 MARKAH )

LAGU PERTAMA LAGU KEDUA

Perkara di Hakimi Markah Catatan/Komen Perkara di Hakimi Markah Catatan/Komen

Tema Tema

2 Markah 2 Markah
Kejelasan mesej Kejelasan mesej

4 markah 4 markah

Kesinambungan isi Kesinambungan isi

2 markah 2 markah
Bahasa Bahasa

2 markah 2 markah

Markah penuh lagu 1 : 10 Markah penuh lagu 2 : 10

Markah diperolehi : _______ Markah diperolehi : _______ JUMLAH :______

Tandatangan Hakim :………………………………………………. Tandatangan Hakim : ……………………………………………….


(Nama : ) (Nama : )

7
Borang Penghakiman
Pertandingan Nasyid (Murid Orang Asli)
Karnival Fitrah Sekolah-Sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia

Tarikh :………………………….

Tempat : ………………………….
BAHAGIAN SUARA ( 40 MARKAH )

LAGU PERTAMA LAGU KEDUA

Perkara di Hakimi Markah Catatan/Komen Suara Perkara di Hakimi Markah Catatan/Komen Suara
Solo Solo

(10) (10)
Kualiti Ton 8 Markah Kualiti Ton 8 Markah
Ketepatan pic, nada, Ketepatan pic, nada,
tempo dan frasa tempo dan frasa
10 markah 10 markah
Sebutan 6 markah Sebutan 6 markah
Dinamik 8 Markah Dinamik 8 Markah
Keseimbangan/ harmoni Keseimbangan/ harmoni
8 markah 8 markah

Markah penuh lagu 1 : 40 Markah suara solo : _____ Markah penuh lagu 2 : 40

Markah diperolehi : _______ (setelah dibahagi dua) Markah diperolehi : _______ (setelah dibahagi dua)

Tandatangan Ketua Hakim : ………………………………… Tandatangan Hakim : ……………………………


(Nama : ) (Nama : )

8
Borang Penghakiman
Pertandingan Nasyid (Murid Orang Asli)
Karnival Fitrah Sekolah-Sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia

Tarikh :
Giliran Kumpulan : ( ) Tempat :

BAHAGIAN PERSEMBAHAN ( 20 MARKAH )


Tandatangan Ketua Hakim :

Tandatangan Hakim :

Perkara dihakimi Markah Catatan/Komen

Gaya dan Penampilan


8 markah
Ekspresi
3 markah
Etika
3 markah
Keberkesanan persembahan
3 markah

Markah penuh : 20 Markah diperolehi :……….

……………………………… ………………………………………

Tandatangan Ketua Hakim Tandatangan Hakim

Nama: Nama :

You might also like