You are on page 1of 4

KERTAS CADANGAN PERTANDINGAN KOMBO

SEKOLAH - SEKOLAH RENDAH


NEGERI SEMBILAN

1. PENDAHULUAN

Muzik sebagai rekreasi atau kesenggangan amat sesuai sebagai pilihan aktiviti
kokurikulum di sekolah-sekolah terutama dalam keadaan wujudnya gejala sosial
khususnya di kalangan generasi muda.

Muzik dapat memberi penekanan ke arah pembentukan kualiti diri dan sahsiah
pelajar merangkumi aspek perasaan, kreativiti, nilai sosialisasi, estetika dan
etika. Di samping sebagai pendorong yang berfungsi sebagai penggerak minda
untuk berfikir dengan lebih ke arah peningkatan diri, penglibatan dalam aktiviti
muzik memerlukan komitmen dan disiplin diri yang tinggi.

Muzik juga dapat mencungkil bakat pelajar yang sekali gus membina keyakinan
kental dalam diri.

2. LATAR BELAKANG

Pertandingan kugiran telah diperkenalkan pada awal tahun 70 an lagi. Asalnya ia


dipertandingkan dalam Pesta Muzik Sekolah-sekolah Negeri Sembilan. Tetapi,
acara ini berubah ubah setiap tahun mengikut peruntukan kewangan kesesuaian
semasa atau permintaan pertandingan di Peringkat Kebangsaan.

3. RASIONAL

3.1 Mengembangkan bakat seni yang ada di dalam jiwa murid ke arah hobi
yang berfaedah.
3.2 Mempunyai pilihan kerjaya pada masa akan datang.
3.3 Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang aktiviti muzik yang
dijalankan di peringkat sekolah secara terancang.

4. OBJEKTIF

4.1 Dapat melahirkan generasi yang seimbang berdasarkan Falsafah


Pendidikan Kebangsaan yang menjurus kepada
jasmani,emosi,rohani,dan intelektual (JERI) di dalam aktiviti muzik yang
sihat serta bermoral.
4.2 Menarik minat pelajar khasnya dan orang ramai amnya terhadap nilai
estetika di dalam muzik.
4.3 Menambah jumlah pengiat seni muzik di Malaysia.
4.4 Menarik minat masyarakat untuk menghargai bakat seni muzik dari
golongan pelajar sekolah seluruh Negeri Sembilan.
4.4 Memberi peluang pelajar untuk mengembangkan seni yang ada pada
mereka.

1
5. MATLAMAT

Melahirkan pelajar yang seimbang selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran


Malaysia.

6. KUMPULAN SASARAN

Penyertaan mestilah terdiri daripada pelajar pelbagai kaum ( sekurang –


kurangnya 2 kaum ) – 5 markah bonus akan diberikan bagi pasukan yang
memenuhi syarat ini.

7. SYARAT – SYARAT PERTANDINGAN

7.1 Keanggotaan :

7.1.1 Setiap kumpulan mestilah mempunyai 6 hingga 8 orang anggota.


7.1.2 Setiap kumpulan boleh terdiri dari lelaki sahaja atau
perempuan sahaja atau campuran lelaki dan perempuan.
7.1.3 Pembentukan kumpulan adalah terdiri daripada satu sekolah
rendah yang sama yang masih belajar di sekolah tersebut.

7.2 Format Persembahan :

7.2.1 Persembahan hendaklah dimulakan dengan sesi lagu pengenalan


( introduction) tidak melebihi 1 minit.
7.2.2 Setiap kumpulan diwajibkan mempersembahkan sebuah lagu
dengan vokal dalam Bahasa Melayu daripada artis dan pencipta
tempatan.

7.3 Etika Pakaian :

7.3.1 Peserta hendaklah berpakaian sopan mengikut etika berpakaian


seorang pelajar. (jeans dan pakaian mencolok mata adalah
dilarang sama sekali – melanggar peraturan ini boleh
menyebabkan pasukan tersebut DIBATALKAN
penyertaannya)

7.4 Etika Persembahan :

7.4.1 Para peserta dilarang sama sekali menyentuh soal-soal politik,


perkauman, dasar kerajaan (kecuali untuk menerangkan kebaikan
dan faedah), hal-hal agama (kecuali yang bermaksud mengajak
berbuat baik) dan hal-hal yang sensitif.
7.4.2 Para peserta dilarang daripada menunjukkan perlakuan-perlakuan
yang kurang sopan, gerak geri yang melampau yang boleh
menimbulkan kemarahan atau gerak laku yang boleh didaftarkan
sebagai lambang perlakuan seks atau seumpamanya dan
perlakuan yang melambangkan unsur-unsur anti negara.

2
7.5 Masa Persembahan :

7.5.1 Masa yang diperuntukkan untuk setiap kumpulan tidak melebihi


7 minit.
7.5.2 Persembahan yang melebihi minit ke- 7 akan dipotong 2 markah.

7.6 Peralatan :

7.6.1 Peralatan WAJIB bagi setiap kumpulan terdiri daripada

a. drum set
b. gitar bass
c. gitar utama
d. gitar irama
e. kibod
f. perkusi

8. PEMARKAHAN

i. Nyanyian - 40 markah
- Pengeluaran suara
- Frasa/interpretasi/penghayatan
- Artikulasi/jelas sebutan

ii. Muzik Iringan


- Gubahan - 15 markah
- Harmoni - 10 markah
- Imbangan - 10 markah
- Tempo - 10 markah
- Attack/release - 10 markah
- Intonasi/ artikulasi - 5 markah

8.1 Jika terdapat persamaan jumlah markah antara kumpulan peserta


maka pemenang akan dirujuk kepada jumlah markah tertinggi
mengikut susunan pemarkahan yang telah disenaraikan diatas.
8.2 Keputusan hakim adalah muktamad.

9. HADIAH

Johan : trofi + sijil penghargaan


Naib Johan : trofi + sijil penghargaan
Ketiga : trofi + sijil penghargaan
Sijil penyertaan untuk semua peserta

3
10. TARIKH DAN TEMPAT :

TARIKH : 2 APRIL 2020


TEMPAT : SMK PENDETA ZABA, SEREMBAN

11.BANTAHAN

11.1 Bantahan hendaklah dibuat sebelum keputusan rasmi diumumkan.


11.2 Bantahan wajib disertakan dengan surat rasmi (bertulis tangan
diterima) beserta wang tunai RM100.00. (wang tidak akan
dikembalikan)
11.3 Bantahan mestilah dari pihak sekolah. Bantahan yang dibuat oleh
ibu bapa, penjaga, keluarga, jurulatih bukan guru dan lain-lain pihak tidak akan
diterima.

You might also like