You are on page 1of 3

PERATURAN IHTIFAL

BAHAGIAN PELAJARAN
JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN ( JAWI )

ACARA AZAN

1. Syarat Penyertaan
1.1 Terbuka kepada semua murid Sekolah Rendah Agama (SRA), Sekolah
Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) dan Kelas Al-Quran dan Fardu
Ain (KAFA) di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Wilayah
Persekutuan.
1.2 Kategori acara azan adalah kategori lelaki sahaja.
1.3 Peserta hendaklah Warganegara Malaysia.

2. Syarat Peserta
2.1 Peserta mestilah berumur di bawah 13 tahun.
2.2 Peserta hanya dibenarkan menyertai satu pertandingan dalam
satu-satu masa.
2.3 Sekolah hanya dibenarkan menghantar 1 orang peserta sahaja.
2.4 Peserta terdiri daripada seorang lelaki.
2.5 Peserta wajib berpakaian jubah, kopiah atau serban berwarna
Putih sahaja di Ihtifal Peringkat Zon.
2.6 Peserta wajib berpakaian sepertimana yang telah ditetapkan oleh
Jawatankuasa Pertandingan Ihtifal Peringkat Jabatan.
2.7 Sekiranya keuzuran atau kes kecemasan kepada peserta, boleh
diganti dengan peserta lain sebelum rakaman diserahkan.
3. Syarat Pertandingan
3.1 Azan yang dipersembahkan adalah:
3.3.1 Wajib Azan Solat Subuh sahaja

4. Cara Pertandingan
4.1 Peserta akan melaungkan azan tanpa tempoh masa ditetapkan.
4.2 Pelaksanaan sepeti berikut:

Tasbih Azan Doa

5. Penghakiman Azan
5.1 Hakim akan menghakimi bahagian yang ditetapkan oleh Jawatankuasa
Ihtifal.
5.2 Markah keseluruhan adalah 100 markah. Bahagian yang dihakimi
adalah seperti berikut:
5.2.1 Bahagian Tajwid dan Fasohah - 50 markah.
5.2.2 Suara dan Lagu - 50 markah.
5.3 Jika terdapat persamaan markah, Jemaah Hakim akan
merujuk kepada:
5.3.1 Markah Tajwid dan Fasohah atau
5.3.2 Markah Suara dan Lagu
5.4 Keputusan hakim adalah muktamad

6. Kaedah Rakaman Video

6.1 Jarak antara video rakaman dengan peserta lebih kurang 2 meter.
6.2 Video dirakam menggunakan video kamera sedia ada yang terdapat
pada peranti tanpa menggunakan aplikasi lain. (contoh : Viva Video)
6.3 Peranti Video dirakam dalam keadaan statik dengan gambar dan
suara yang jelas.
6.4 Diwajibkan menggunakan MICROPHONE EXTERNAL dimana suara
peserta masuk terus ke dalam peranti rakaman yang digunakan.
6.5 Video tidak boleh disunting sama sekali.
7. Kaedah Penghantaran video
7.1 Video dihantar oleh penyelaras ihtifal atau wakil guru kepada
jawatankuasa ihtifal bagi peringkat zon.
7.2 Bagi peringkat wilayah Persekutuan penghantaran video akan
diuruskan oleh penyelaras ihtifal setiap zon.
7.2 Video dihantar dalam format softcopy
7.4 Video mesti dihantar sebelum atau pada tarikh akhir yang telah
ditetapkan.
7.5 Fail video perlu dinamakan mengikut susunanberikut: Zon, Kod
Sekolah, Acara, Kategori ( contoh : ZON 1, WPA001, SRA SAIDINA
ALI, HAFAZAN, LELAKI )

You might also like