You are on page 1of 4

LAMPIRAN 2

GARIS PANDUAN PERTANDINGAN eKUIZ KESIHATAN KELAB DOKTOR


MUDA PERINGKAT NEGERI PERAK 2022

PERATURAN eKUIZ KESIHATAN KELAB DOKTOR MUDA

1. TUJUAN

1.1 Menguji kefahaman ahli Kelab Doktor Muda Sekolah Rendah dan
Sekolah Menengah terhadap ilmu kesihatan yang telah diberikan
sepanjang menjadi ahli Kelab Doktor Muda dan sebagai agen
perubahan kesihatan di sekolah.
1.2 Menggalakkan kerjasama secara kumpulan dalam kalangan ahli Kelab
Doktor Muda.

2. PENYERTAAN

2.1 Pertandingan ini dibuka kepada semua ahli Kelab Doktor Muda
Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah yang telah berdaftar sebagai
ahli kelab di sekolah negeri Perak.
2.2 Setiap daerah akan diwakili oleh empat orang peserta dari sekolah
yang sama.
2.3 Pertukaran peserta kuiz tidak DIBENARKAN.
2.4 Pasukan yang tidak mematuhi atau memenuhi syarat-syarat di atas
tidak layak menyertai pertandingan peringkat akhir dan akan diganti
dengan pasukan yang memperolehi markah tertinggi di peringkat
saringan.

3. SISTEM PERTANDINGAN

3.1 PUSINGAN 1 : SOALAN OBJEKTIF


a. Semua pasukan (empat peserta) yang mewakili daerah akan
menduduki Ujian Bertulis yang diadakan secara serentak oleh
Jawatankuasa Pertandingan. Pendaftaran peserta hendaklah
dibuat dengan menentukan peserta pertama, kedua, ketiga dan
keempat.
b. Semua ahli pasukan dikehendaki menjawab 50 SOALAN
OBJEKTIF YANG DISEDIAKAN DALAM TEMPOH 60 MINIT.
c. Soalan-soalan tersebut akan dihantar kepada penyelaras daerah
(PKD) dalam bentuk pautan google form dan QR Code 10 minit
sebelum bermula.
3.2 PUSINGAN 2 : SOALAN SUBJEKTIF (SOALAN RISIKO & SOALAN
BONUS)

a. Soalan Risiko

Di samping soalan objektif, setiap ahli pasukan akan ditawarkan


untuk menjawab soalan risiko selepas selesai sesi menjawab ke
semua soalan objektif.

Tidak menjadi kesalahan bagi pasukan dan ahlinya yang menolak


untuk menjawab soalan risiko. Adalah diingatkan, sekiranya
pasukan atau ahlinya memberi jawapan yang salah markah akan
dipotong mengikut jumlah kesalahan.

Tempoh menjawab soalan risiko diperuntukan selama 5 minit


sahaja.

b. Soalan Bonus

Selesai sesi menjawab soalan risiko, setiap pasukan kemudian


akan ditawarkan untuk mejawab soalan bonus.

Tidak menjadi kesalah sekiranya ada pasukan dan ahlinya menolak


untuk menjawab soalan bonus yang diberikan. Untuk makluman
tiada pemotongan markah dibuat sekiranya pasukan atau ahli
memberi jawapan yang salah.

Tempoh menjawab soalan bonus diperuntukan selama 5 minit


sahaja.

c. Bentuk dan Teknik Soalan

Bagi Pusingan 1, soalan objektif dikemukan kepada setiap pasukan


dalam bentuk sebanyak 50 soalan.

Bagi Pusingan 2, setiap pasukan akan ditawarkan soalan risiko


terlebih dahulu dan diikuti dengan soalan bonus sebaik selesai sesi
menjawab soalan risiko. Soalan-soalan yang dikemukakan
adalah dalam bentuk subjektif.

d. Masa Menjawab dan Teknik Soalan Dikemukakan

i. Pautan google form atau QR CODE akan diberikan kepada


penyelaras daerah (PKD) 10 minit sebelum bermula dan
dipanjangkan kepada guru penyelaras serta pasukan yang
bertanding mewakili daerah maisng-masing.

ii. Setiap pasukan diberi masa selama 60 minit untuk menjawab


50 soalan objektif bagi Pusingan 1.

iii. Bagi Pusingan 2 diperuntukan selama 5 minit untuk menjawab


soalan risiko dan bonus yang diberikan.

e. Pemberian Markah

i. Sebanyak dua (2) markah akan diberikan kepada jawapan


objektif yang betul dijawab pada Pusingan 1. Manakala bagi
soalan risiko sebanyak 10 markah diberikan dan penolakkan
2 markah bagi setiap jawapan yang salah.

ii. Untuk pusingan bonus, sebanyak 20 markah diberikan


kepada keseluruhan jawapan yang betul dan tiada
penolakkan markah bagi setiap jawapan yang salah.

f. Penentuan Markah

i. Markah bagi soalan objektif adalah merujuk kepada skema


permarkahan dari pihak penganjur.

ii. Manakala markah bagi soalan risiko dan soalan bonus adalah
merujuk kepada skema permarkahan dari pihak penganjur dan
budi bicara panel juri di peringkat negeri.

3.3 KEPUTUSAN KUIZ

a. Penentuan pemenang dibuat berdasarkan jumlah markah yang


tertinggi yang dikumpulkan oleh setiap pasukan.

4. SKOP SOALAN
Soalan-soalan adalah bertumpu kepada perkara-perkara berikut:

i. Semua skop dalam Modul Kelab Doktor Muda.

ii. Isu-isu semasa kesihatan.

iii. Pengetahuan Am berkaitan Program Doktor Muda.


5. BAHASA

Bahasa yang digunakan adalah Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun


istilah-istilah tertentu dalam Bahasa Inggeris boleh digunakan jika perlu.

6. TARIKH PERTANDINGAN PERINGKAT NEGERI


6.1 Pusingan 1 : 10 September 2022 – 9.00 Pagi ditunda pada 24
September bermula jam 9.00 Pagi
6.2 Pusingan 2 : 10 September 2022 – 10.30 Pagi ditunda pada 24
September bermula jam 10.30 Pagi

7. KEPUTUSAN JURI

KEPUTUSAN PERTANDINGAN ADALAH MUKTAMAD. Sebarang bantahan


tidak akan dilayan.

You might also like