You are on page 1of 40

TERHAD

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

PEPERIKSAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)

Manual Kerja Kursus


Sains Sukan (Latihan Amali)
Kertas 4 (966/4)

STPM 2022

PERINGATAN:
Manual ini khusus untuk kegunaan guru atau pemeriksa dan tidak boleh diberikan kepada orang yang
tidak dibernarkan.
___________________________________________________________________________

Manual Kerja Kursus ini terdiri daripada 99 halaman bercetak.


Ó Majlis Peperiksaan Malaysia 2021

TERHAD
TERHAD

KERJA KURSUS SAINS SUKAN (LATIHAN AMALI) STPM 2022

Rekod Pelajar

PENTAKSIRAN KERJA KURSUS (LATIHAN AMALI)


SAINS SUKAN (KERTAS 966/4) STPM 2022

Sesi
Nama sekolah/institusi
Nama calon
No. pusat/Angka giliran S / No. K/P

Markah untuk penilaian kriteria Jumlah Jumlah


Semester
Tarikh Amali markah markah Catatan
pembelajaran A B C pemeriksa penyelaras

Amali 1
1
Amali 2

Amali 3

Amali 4

2 Amali 5

Amali 6

Amali 7

Amali 8

Amali 9

Amali 10
3
Amali 11

Amali 12

Amali 13

Jumlah markah keseluruhan

*PERAKUAN PEMERIKSA ATAU/ DAN PENYELARAS.


*Saya/Kami mengesahkan bahawa markah dan maklumat yang direkodkan di atas adalah betul.

Tandatangan pemeriksa:……………………………......... Tandatangan penyelaras:………………..........………..............


Nama:………………………………................................. Nama: ……………………………….........................................
Tarikh:………………………………................................ Tarikh:………………………………........................................
Nombor telefon bimbit:………………………………...... Nombor telefon bimbit:………………………………..............

*Potong yang mana tidak berkenaan.

35 TERHAD
TERHAD

KERJA KURSUS SAINS SUKAN (LATIHAN AMALI) STPM 2022

Bahagian 2: Manual Pelajar Sains Sukan (Latihan Amali)

2.1 Panduan

2.1.1 Pentaksiran Kerja Kursus Sains Sukan dilaksanakan sepanjang tiga semester pengajian
tingkatan enam.

2.1.2 Latihan amali hendaklah dijalankan pada setiap semester dan berakhir sebelum
3 minggu peperiksaan bertulis setiap semester bermula.

2.1.3 Sebanyak 13 latihan amali wajib dilaksanakan oleh pelajar. Semua latihan amali ini
ditaksir oleh guru dalam setiap semester masing-masing.

2.1.4 Pelajar perlu terlebih dahulu merancang latihan amali mereka sebelum
melaksanakannya sekiranya diperlukan.

2.1.5 Latihan amali wajib dilaksanakan oleh pelajar sama ada secara individu/berpasangan/
berkumpulan.

2.1.6 Laporan latihan amali perlu diserahkan kepada guru pada hari yang sama latihan amali
tersebut dilaksanakan. Laporan latihan amali yang disiapkan di rumah, hendaklah
diserahkan kepada guru tidak lebih daripada tiga hari selepas tarikh latihan amali
dilaksanakan. Penalti, dengan menolak 2 markah, akan dikenakan kepada laporan yang
lewat diserahkan kepada guru. Laporan latihan amali yang diserahkan lewat tujuh hari
dari tarikh yang ditetapkan akan diberi markah ‘0’.

2.1.7 Masa yang diperuntukkan bagi setiap latihan amali adalah seperti yang dinyatakan
dalam Jadual Ringkasan Latihan Amali pada halaman 8.

2.1.8 Bagi pelajar yang berpindah ke sekolah baharu, sekolah sebelumnya perlu menghantar
rekod pelajar tersebut, yang separa siap dan ditandatangani oleh guru mata pelajaran
Sains Sukan dan Pengetua ke sekolah baharu pelajar terbabit.

2.1.9 Laporan latihan amali yang tidak dihantar oleh pihak sekolah kepada MPM akan
menyebabkan calon dianggap sebagai tidak melaksanakan latihan amali dan tidak hadir
bagi kertas 966/4.

2.2 Skim Pentaksiran

2.2.1 Skim pentaksiran bagi latihan amali adalah berdasarkan kepada kriteria penilaian bagi
setiap latihan amali.

2.2.2 Kriteria penilaian adalah berbeza mengikut setiap latihan amali.

2.2.3 Kriteria penilaian adalah berdasarkan kepada kemahiran yang perlu dikuasai oleh
pelajar sebelum, semasa, dan selepas menjalankan latihan amali.

38 TERHAD
TERHAD

KERJA KURSUS SAINS SUKAN (LATIHAN AMALI) STPM 2022

2.2.4 Kriteria penilaian adalah seperti di bawah.

Markah untuk penilaian Kriteria penilaian

A Persediaan sebelum latihan amali

B Pelaksanaan semasa latihan amali

C Pelaporan selepas latihan amali

39 TERHAD
TERHAD

KERJA KURSUS SAINS SUKAN (LATIHAN AMALI) STPM 2022

2.3 Tugasan Latihan Amali

Amali 1

Nama pelajar:……………………………………….. Angka giliran:……………………………….


Sekolah:……………………………………………… No. Kad Pengenalan:………………………..

Tajuk: 2 Pengurusan Sukan

Subtajuk: 2.6 Pengurusan Pertandingan Sukan

Tujuan: Merancang dan melaksanakan satu pertandingan sukan/permainan

Hasil Pembelajaran:
Di akhir latihan amali ini, pelajar dapat
(a) merancang satu pertandingan sukan/permainan;
(b) melaksanakan satu pertandingan sukan/permainan;
(c) menyediakan laporan pertandingan sukan/permainan.

Peralatan:
Tiada

Prosedur:
1. Tugasan ini hendaklah disiapkan secara berkumpulan (4 hingga 6 orang pelajar dalam satu
kumpulan).
2. Setiap kumpulan dikehendaki menentukan pertandingan yang ingin dirancangkan. Keputusan
ini hendaklah dibuat secara kolektif di dalam kumpulan.
3. Satu cadangan kertas kerja pertandingan sukan/permainan disediakan untuk memohon
kelulusan daripada pihak pengurusan sekolah.
4. Pertandingan sukan/permainan dilaksanakan.
5. Laporan pertandingan sukan/permainan disediakan.

Garis Panduan Latihan Amali:


1. Format kertas kerja
(a) Muka depan kertas kerja perlu mempunyai maklumat mengandungi yang berikut:
(i) Nama sekolah
(ii) Tajuk kertas kerja
(iii) Nama ahli kumpulan dan nombor kad pengenalan

(b) Cadangan kertas kerja pertandingan sukan/permainan perlu mengandungi maklumat yang
berikut.
(i) Nama program
(ii) Dikemukakan kepada pihak yang berkenaan
(iii) Penganjur
(iv) Tempat

40 TERHAD
TERHAD

KERJA KURSUS SAINS SUKAN (LATIHAN AMALI) STPM 2022

(v) Masa
(vi) Tarikh
(vii) Penyertaan/peserta
(viii) Tema
(ix) Rasional
(x) Pengenalan
(xi) Matlamat
(xii) Objektif
(xiii) Struktur organisasi
Jawatankuasa Induk:
• Penaung
• Penasihat
• Pengerusi
• Naib Pengerusi
• Setiausaha
• Bendahari
Jawatankuasa Kecil Pelaksana:
• AJK Pertandingan
• AJK Teknik dan Peralatan
• AJK Kepegawaian
• AJK Pendaftaran
• AJK Keselamatan dan Pertolongan Cemas
• AJK Hadiah dan Cenderamata
• AJK Buku Program
• AJK Siaraya
• AJK Publisiti dan Dokumentasi
• AJK Minuman
(xiv) Program tentatif pertandingan sukan/permainan
(xv) Anggaran perbelanjaan
(xvi) Sumber kewangan
(xvii) Penutup
(xx) Disediakan oleh
2. Pelaksanaan pertandingan sukan/permainan.
(a) Melaksanakan pertandingan sukan/permainan seperti dalam kertas cadangan
(b) Mencatat keputusan setiap perlawanan sukan/permainan
(c) Memantau pelaksanaan pertandingan sukan/permainan
3. Penyediaan laporan pertandingan sukan/permainan berdasarkan yang berikut:
(a) Ringkasan butiran pertandingan sukan/permainan
(b) Program
(c) Kelebihan/kekuatan
(d) Kekurangan/kelemahan
(e) Cadangan penambahbaikan

41 TERHAD
TERHAD

KERJA KURSUS SAINS SUKAN (LATIHAN AMALI) STPM 2022

Amali 2

Nama pelajar:……………………………………….. Angka giliran:……………………………….


Sekolah:……………………………………………… No. Kad Pengenalan:………………………..

Tajuk: 3 Kesenggangan dan Rekreasi

Subtajuk: 3.6 Perkhemahan

Tujuan: Merancang dan melaksanakan satu perkhemahan

Hasil Pembelajaran:
Di akhir latihan amali ini, pelajar dapat
(a) merancang satu perkhemahan;
(b) mengelolakan perkhemahan yang dirancang;
(c) melaporkan pengelolaan perkhemahan.

Peralatan:
Peralatan ditetapkan oleh guru mengikut bilangan pelajar.

Prosedur
1. Membentuk jawatankuasa induk dan jawatankuasa pelaksana perkhemahan.
2. Mendapat penerangan daripada guru untuk merancang satu perkhemahan berdasarkan
perkara yang berikut:.
(a) Tempoh perkhemahan selama tiga hari dua malam
(b) Penentuan lokasi perkhemahan
(c) Aktiviti yang boleh dilaksanakan semasa perkhemahan
(d) Perancangan makanan dan minuman sepanjang perkhemahan
3. Meninjau kawasan atau lokasi perkhemahan (aspek keselamatan, kesesuaian melaksanakan
aktiviti, keluasan kawasan untuk perkhemahan, dan kemudahan yang terdapat di lokasi
perkhemahan)
4. Mengenal pasti pegawai/fasilitator/guru pengiring yang boleh membantu dalam melaksanakan
perkhemahan dan aktiviti perkhemahan
5. Menyediakan kertas kerja untuk pengelolaan program perkhemahan.
6. Memohon kebenaran ibu bapa/penjaga/Pejabat Pelajaran Daerah/Jabatan Pelajaran Negeri
untuk melaksanakan perkhemahan
7. Menghubungi pihak berkuasa tempatan yang berkaitan seperti polis/hospital/pihak yang
menguruskan kawasan/tapak perkhemahan, perhilitan dan lain-lain lagi untuk mendapat
kebenaran/bantuan/makluman
8. Memastikan tahap kesihatan dalam keadaan baik
9. Menyediakan insuran kepada peserta, pegawai, fasilitator, dan guru pengiring
10. Menyediakan dan menyemak peralatan yang diperlukan
11. Memohon atau menyewa kenderaan yang sesuai sekiranya diperlukan

42 TERHAD
TERHAD

KERJA KURSUS SAINS SUKAN (LATIHAN AMALI) STPM 2022

12. Mengenal pasti peraturan perkhemahan/keselamatan/kebersihan


13. Menyediakan senarai semak untuk setiap peserta dan kumpulan
14. Menganjurkan dan melaksanakan aktiviti perkhemahan yang telah dirancang
15. Menilai aktiviti yang dilaksanakan oleh peserta
16. Mengadakan post mortem dan laporan setelah tamat perkhemahan

Garis Panduan Latihan Amali:


1. Setiap kumpulan terdiri daripada tiga hingga enam orang pelajar dikehendaki mendirikan
khemah dan menurunkan khemah selepas perkhemahan.
2. Setiap pelajar dikehendaki membuat ikatan dan simpulan yang berikut:
(a) Manuk
(b) Tindih Kasih
(c) Bunga Keti
(d) Lilitan Permati Biasa
(e) Buku Sila
3. Penilaian setiap peserta dilakukan sepanjang perkhemahan dilaksanakan. Penilaian berdasarkan
kepada beberapa aspek yang berikut:
(a) Kerjasama/Kerja berpasukan
(b) Kepemimpinan
(c) Penyelesaian masalah
(d) Komunikasi
(e) Hormat-menghormati
5. Setiap kumpulan dikehendaki untuk menyediakan laporan setelah tamat aktiviti/program
perkhemahan.

43 TERHAD
TERHAD

KERJA KURSUS SAINS SUKAN (LATIHAN AMALI) STPM 2022

Amali 3

Nama pelajar:……………………………………….. Angka giliran:……………………………….


Sekolah:……………………………………………… No. Kad Pengenalan:………………………..

Tajuk: 5 Kecergasan Fizikal dan Kesejahteraan

Subtajuk: 5.3 Daya Tahan Kardiovaskular

Tujuan: Mengaplikasikan konsep senaman daya tahan kardiovaskular

Hasil Pembelajaran:
Di akhir latihan amali ini, pelajar dapat
(a) mengenal pasti kedudukan denyutan nadi karotid dan arteri radial;
(b) menentukan denyutan kadar nadi rehat pada kedua-dua lokasi;
(c) menjalankan ujian bagi menentukan tahap kecergasan kardiovaskular individu.

Peralatan:
1. Jam randik
2. Pemain cakera padat
3. Kon
4. Cakera padat bleep
5. Borang skor

Garis Panduan Latihan Amali:

1. Pelajar melakukan aktiviti secara berpasangan.


2. Aktiviti dilakukan mengikut garis panduan latihan amali yang ditetapkan.

Prosedur:
1. Duduk diam dalam keadaan rehat selama tiga minit sebelum memulakan latihan amali ini.
2. Gunakan jari telunjuk dan jari hantu yang dirapatkan untuk mengesan lokasi denyutan nadi pada
arteri karotid.
3. Tekan kedua-dua jari tersebut sehingga denyutan nadi dapat dirasai/dikesan. (Peringatan:
Jangan tekan terlalu kuat pada arteri).
4. Mulakan jam randik sambil mengira denyutan nadi selama 10 saat.
5. Ulang prosedur empat bagi mengira denyutan nadi selama 15 saat.
6. Rekodkan keputusan anda dalam borang skor.
7. Ulang prosedur satu hingga enam pada arteri radial.
8. Hitungkan kadar nadi sasaran anda menggunakan formula Karvonen. (Pilih kadar nadi arteri
karotid atau ateri radial)

44 TERHAD
TERHAD

KERJA KURSUS SAINS SUKAN (LATIHAN AMALI) STPM 2022

Keputusan:

1. Denyutan Kadar Nadi Rehat Karotid:

……………...× 6 = ……………...denyutan seminit

……………...× 4 = ……………... denyutan seminit

Purata Denyutan Nadi Rehat Karotid = ……………...denyutan seminit

2. Denyutan Kadar Nadi Rehat Radial:

……………...× 6 =……………...denyutan seminit

……………...× 4 =……………...denyutan seminit

Purata Denyutan Nadi Rehat Radial =……………...denyutan seminit

3. Tentukan sasaran denyutan kadar nadi latihan pada intensiti 60% – 80% (intensiti kerja
sederhana – tinggi) denyutan nadi maksimum.

(i) Kadar Nadi Sasaran (pada intensiti 60 %):


Kadar Nadi Rehat (KNR) =……………... denyutan seminit
Kadar Nadi Maksimum (KNM) = 220 – umur
Kadar Nadi Latihan (KNL) = (KNM) × 0.6 (60 % intensiti)

(ii) Kadar Nadi Sasaran (pada intensiti 80 %):


Kadar Nadi Rehat (KNR) =……………... denyutan seminit
Kadar Nadi Maksimum (KNM) = 220 – umur
Kadar Nadi Latihan (KNL) = (KNM) × 0.8 (80 % intensiti)

45 TERHAD
TERHAD

KERJA KURSUS SAINS SUKAN (LATIHAN AMALI) STPM 2022

Penentuan Tahap Kecergasan Kardiovaskular – Ujian Bleep

Garis Panduan Latihan Amali:


Mengikut garis panduan latihan amali yang ditetapkan.

Prosedur:
1. Pilih pasangan untuk memerhati dan rekodkan larian.
2. Berdiri di belakang garisan permulaan.
3. Mulakan larian apabila menerima arahan dari rakaman audio/pemain kaset/cakera padat yang
dimainkan.
4. Lari ulang alik sejauh 20 meter mengikut isyarat bleep. Sebelah kaki hendaklah mencecah atau
melepasi garisan semasa sampai di garisan.
5. Tunggu isyarat bleep sebelum meneruskan larian.
6. Berhenti berlari sekiranya anda gagal mencecah garisan setelah bunyi bleep sebanyak dua kali
berturut-turut.
7. Rekodkan tahap aras dan ulangan yang terakhir dicapai pada borang skor.
8. Ulang prosedur untuk pasangan anda.
9. Daripada skor aras dan ulangan, tentukan anggaran pengambilan oksigen maksimum (VO2max)
menggunakan jadual seperti dalam Lampiran 1.

Keputusan:

Pelajar: …………………………………………………………………………………………

Jantina: …………………………………………………………………………………………

Umur: ………………………………………………………………………………………….

Tahap Ulangan Skor VO2 max

Pre Test

Post Test

46 TERHAD
TERHAD

KERJA KURSUS SAINS SUKAN (LATIHAN AMALI) STPM 2022

Lampiran 1
Jadual Tahap dan Ulangan Bleep Test

Tahap Ulangan VO2 maks Tahap Ulangan VO2 maks Tahap Ulangan VO2 maks
2 1 26.0 9 1 43.7 14 1 60.9
2 2 26.1 9 2 43.9 14 2 61.1
2 3 26.3 9 3 44.2 14 3 61.4
2 4 26.8 9 4 44.5 14 4 61.7
2 5 27.1 9 5 44.9 14 5 62.0
2 6 27.6 9 6 45.2 14 6 62.2
2 7 28.0 9 7 45.5 14 7 62.5
2 8 28.3 9 8 45.8 14 8 62.7
2 9 28.7 9 9 46.2 14 9 63.0
3 1 29.1 9 10 46.5 14 10 63.2
3 2 29.5 9 11 46.8 14 11 63.5
3 3 29.9 10 1 47.1 14 12 63.7
3 4 30.2 10 2 47.4 14 13 64.0
3 5 30.6 10 3 47.7 15 1 64.3
3 6 31.0 10 4 48.0 15 2 64.6
3 7 31.4 10 5 48.4 15 3 64.9
3 8 31.8 10 6 48.7 15 4 65.1
3 9 32.2 10 7 49.0 15 5 65.4
4 1 32.5 10 8 49.3 15 6 65.6
4 2 32.9 10 9 49.6 15 7 65.9
4 3 33.3 10 10 49.9 15 8 66.2
4 4 33.6 10 11 50.2 15 9 66.5
4 5 34.0 11 1 50.5 15 10 66.7
4 6 34.3 11 2 50.8 15 11 67.0
4 7 34.7 11 3 51.1 15 12 67.2
4 8 35.0 11 4 51.4 15 13 67.5
4 9 35.4 11 5 51.7 16 1 67.8
5 1 35.7 11 6 51.9 16 2 68.0
5 2 36.1 11 7 52.2 16 3 68.2
5 3 36.4 11 8 52.5 16 4 68.5
5 4 36.8 11 9 52.8 16 5 68.8
5 5 37.1 11 10 53.1 16 6 69.0
5 6 37.5 11 11 53.4 16 7 69.3
5 7 37.8 11 12 53.7 16 8 69.5
5 8 38.2 12 1 54.0 16 9 69.7
5 9 38.5 12 2 54.3 16 10 69.9
6 1 38.9 12 3 54.6 16 11 70.2
6 2 39.2 12 4 54.8 16 12 70.5
6 3 39.6 12 5 55.1 16 13 70.7
6 4 39.9 12 6 55.4 16 14 70.9
6 5 40.2 12 7 55.7 17 1 71.2
6 6 40.5 12 8 56.0 17 2 71.4
6 7 40.8 12 9 56.3 17 3 71.7
6 8 41.1 12 10 56.5 17 4 71.9
6 9 41.5 12 11 56.8 17 5 72.2
7 1 41.8 12 12 57.1 17 6 72.4
7 2 42.1 13 1 57.4 17 7 72.7
7 3 42.4 13 2 57.6 17 8 72.9
7 4 42.7 13 3 57.9 17 9 73.2
7 5 43.0 13 4 58.2 17 10 73.4
7 6 43.1 13 5 58.3 17 11 73.7
7 7 43.2
7 8 43.3
7 9 43.4
8 1 43.5
8 2 43.5
8 3 43.6
8 4 43.7
8 5 43.7
8 6 43.7

47 TERHAD
TERHAD

KERJA KURSUS SAINS SUKAN (LATIHAN AMALI) STPM 2022

Amali 4

Nama pelajar:……………………………………….. Angka giliran:……………………………….


Sekolah:……………………………………………… No. Kad Pengenalan:………………………..

Tajuk: 5.0 Kecergasan Fizikal dan Kesejahteraan

Subtajuk: 5.5 Kekuatan otot

Tujuan: Menentukan kekuatan otot menerusi ujian bangkit tubi pelbagai tahap

Hasil pembelajaran:
Di akhir latihan amali ini pelajar dapat
(a) mengenal pasti ujian bangkit tubi pelbagai tahap;
(b) mengendalikan ujian bangkit tubi pelbagai tahap;
(c) mengklasifikasikan tahap kekuatan otot mengikut ujian bangkit tubi pelbagai tahap.

Peralatan:
1. Beban 2.5 kg (5 lb) dan 5 kg (10 lb)
2. Alas/tikar senaman

Prosedur:
1. Pelajar dikehendaki melaksanakan latihan amali ini secara berpasangan (pelaku dan
pembantu).
2. Pelaku melakukan ujian bangkit tubi pelbagai tahap.
3. Pembantu mencatatkan skor kekuatan otot pelaku berdasar keupayaannya.
4. Prosedur 2 dan 3 diulangi terhadap rakan yang lain.

Garis Panduan Latihan Amali:


1. Pelajar dikehendaki memanaskan badan sebelum membuat latihan amali.
2. Rujuk perihalan lakuan tahap ujian bangkit tubi pelbagai tahap dalam jadual di bawah dan
tandakan (Ö) mengikut tahap kemampuan pelajar.

Tandakan
Tahap Perihalan Lakuan
(Ö)
0 Tidak berupaya melakukan lakuan bangkit tubi.
1 Dengan kedua belah tangan berkeadaan lurus, naikkan badan.
Tapak tangan menyentuh lutut.
2 Dengan kedua belah tangan berkeadaan lurus, naikkan badan.
Siku menyentuh lutut.
3 Dengan kedua belah tangan berpegangan di atas abdomen,
naikkan badan. Dada menyentuh paha.

48 TERHAD
TERHAD

KERJA KURSUS SAINS SUKAN (LATIHAN AMALI) STPM 2022

Tandakan
Tahap Perihalan Lakuan
(Ö)
4 Dengan tangan menyilang di dada, naikkan badan. Lengan
bawah menyentuh paha.
5 Dengan kedua belah tangan berpegangan di belakang kepala,
naikkan badan. Dada menyentuh paha.
6 Dengan kedua belah tangan memegang beban 2.5 kg di belakang
kepala, naikkan badan. Dada menyentuh paha.
7 Dengan kedua belah tangan memegang beban 5.0 kg di belakang
kepala, naikkan badan. Dada menyentuh paha.

3. Pastikan teknik lakuan yang betul untuk memperoleh prestasi optima dan menggelakkan
kecerderaan.

4. Pelajar hendaklah melakukan aktiviti gerak kendur selepas ujian.

49 TERHAD
TERHAD

KERJA KURSUS SAINS SUKAN (LATIHAN AMALI) STPM 2022

Amali 5

Nama pelajar:……………………………………….. Angka giliran:……………………………….


Sekolah:……………………………………………… No. Kad Pengenalan:………………………..

Tajuk: 5.0 Kecergasan Fizikal dan Kesejahteraan

Subtajuk: 5.6 Komposisi badan

Tujuan: Menganggarkan peratusan lemak menerusi ukuran lipatan kulit

Hasil pembelajaran:
Di akhir latihan amali ini pelajar dapat
(a) mengenal pasti lokasi lipatan kulit untuk ukuran bagi lelaki dan perempuan;
(b) melaksanakan pengukuran lipatan kulit dengan teknik yang betul;
(c) menganggarkan peratusan lemak badan.

Peralatan:
1. Kaliper lipatan kulit (digital atau manual)
2. Pita ukur plastik
3. Pensil celak/marker
4. Kalkulator

Prosedur:

Pelajar dihendaki
1. melaksanakan latihan amali ini secara berpasangan (sama jantina).
2. mengenal pasti tiga lokasi pada badan pasangan anda untuk ukuran lipatan kulit.
3. mengunakan pita ukur untuk mengukur/menentukan lokasi lipatan kulit.(tandakan tempat
untuk melakukan ukuran)
4. mencatatkan dapatan ukuran lipatan kulit di borang skor.
5. Menghitung peratusan lemak dengan menggunakan formula berkaitan.

Garis Panduan Latihan Amali:


1. Kepastian lokasi lipatan kulit untuk ukuran bagi lelaki dan perempuan.
(a) Gunakan bahagian sebelah dominan badan untuk semua lokasi pengukuran.
(b) Tanda dan perihalkan lokasi lipatan kulit.

Bahagian badan Deskripsi lokasi lipatan kulit

50 TERHAD
TERHAD

KERJA KURSUS SAINS SUKAN (LATIHAN AMALI) STPM 2022

2. Pengukuran lipatan kulit dengan teknik yang betul


(a) Guna ibu jari dan jari telunjuk untuk menarik/mencubit kulit pada tempat yang hendak
diukur. Jarak antara jari-jari tersebut ialah lebih kurang 2.5 cm.
(b) Buka rahang kaliper dan lepaskan rahang tersebut pada kulit yang telah dicubit lebih
kurang 1.25 cm di bawah ibu jari dan jari telunjuk.
(c) Biar kaliper itu menutup rahangnya selama 2 - 3 saat sebelum mengambil bacaan.
(d) Ulang pengukuran:
(i) Sekiranya kedua-dua ukuran tersebut berbeza antara 1 hingga 2 mm, dapatkan
puratanya.
(ii) Sekiranya kedua-dua ukuran tersebut berbeza lebih daripada 2 mm, lakukan
pengukuran ketiga.
(iii) Jika masih berbeza,, dapatkan median bagi ketiga-tiga ukuran tersebut.

(e) Catatkan bacaan pada jadual di bawah.

Bacaan Bacaan ketiga Bacaan purata atau


Tempat Bacaan kedua
pertama (jika perlu) median

3. Anggaran peratusan lemak badan


(a) (i) Anggaran ketumpatan badan subjek menggunakan persamaan Jackson et al. (Jackson,
et al. (1980)).

Lelaki
Ketumpatan badan = 1.10938 - (0.0008267 × jumlah lipatan kulit bagi 3 lokasi) +
(0.0000016 × kuasa dua jumlah lipatan bagi 3 lokasi) - (0.0002574 × umur dalam
tahun)

Perempuan
Ketumpatan badan = 1.0994921 - (0.0009929 x jumlah lipatan kulit bagi 3 lokasi) +
(0.0000023 X kuasa dua jumlah lipatan kulit bagi 3 lokasi) - (0.0001392 × umur
dalam tahun)
(ii) Catatkan dapatan pada jadual di bawah.

Jumlah lipatan kulit (Jumlah lipatan kulit)2 Ketumpatan badan

51 TERHAD
TERHAD

KERJA KURSUS SAINS SUKAN (LATIHAN AMALI) STPM 2022

(b) (i) Anggaran peratusan lemak badan subjek menggunakan persamaan Siri
(Siri, W. E.1961).
(% Lemak badan = (495 ¸ ketumpatan badan) - 450.
(ii) Catatkan dapatan pada jadual di bawah.

Ketumpatan badan Peratusan lemak badan

52 TERHAD
TERHAD

KERJA KURSUS SAINS SUKAN (LATIHAN AMALI) STPM 2022

Amali 6

Nama pelajar:……………………………………….. Angka giliran:……………………………….


Sekolah:……………………………………………… No. Kad Pengenalan:………………………..

Tajuk: 6 Anatomi dan Fisiologi

Subtajuk: 6.4 Sistem Rangka

Tujuan: Menentukan lokasi tulang, sendi, dan pergerakan yang dapat dilakukan oleh manusia

Hasil Pembelajaran:
Di akhir latihan amali ini, pelajar akan dapat
(a) mengklasifikasikan jenis tulang dan sendi dalam sistem rangka manusia;
(b) mengenal pasti lokasi pelbagai jenis sendi dalam sistem rangka manusia;
(c) melakukan simulasi pergerakan pada sendi yang dikenalpasti;

Peralatan:
Gambar/Model rangka manusia

Prosedur:
1. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2. Setiap kumpulan akan melalui tiga stesen.

Garis Panduan Latihan Amali:


1. Di stesen pertama, setiap kumpulan dikehendaki mengenal pasti nama tulang dan klasifikasi
berdasarkan jenis tulang panjang, pendek, leper, dan tak sama bentuk (daripada gambar/model
rangka manusia yang disediakan)iaitu, yang berikut:
(a) Humerus, femur, dan tibia
(b) Karpal dan tarsal
(c) Rusuk dan sternum
(d) Vertebra dan mandibel
2. Di stesen kedua, setiap kumpulan akan mengenal pasti sendi sinovial di lokasi yang berikut:
(a) Vertebra dan antara tarsal
(b) Siku dan lutut
(c) Bahu dan pinggul
3. Di stesen ketiga, setiap kumpulan perlu melakukan simulasi pergerakan yang dinyatakan di
bawah. Pada setiap pergerakan, ahli-ahli kumpulan perlu menyenaraikan nama tulang dan jenis
sendi yang terlibat seperti yang berikut:.
(a) Fleksi siku
(b) Abduksi bahu
(c) Sirkumduksi bahu
(d) Plantar fleksi

53 TERHAD
TERHAD

KERJA KURSUS SAINS SUKAN (LATIHAN AMALI) STPM 2022

Amali 7

Nama pelajar:……………………………………….. Angka giliran:……………………………….


Sekolah:……………………………………………… No. Kad Pengenalan:………………………..

Tajuk: 6 Anatomi & Fisiologi

Subtajuk: 6.6 Sistem Kardiovaskular

Tujuan: Mengukur denyutan jantung, tekanan darah dan menilai tahap pernafasan semasa senaman
aerobik.

Hasil Pembelajaran:
Di akhir latihan amali ini, pelajar dapat
(a) mengukur denyutan nadi sebelum dan selepas melakukan senaman naik turun bangku (jenis
senaman aerobik)
(b) mengukur tekanan darah sebelum dan selepas melakukan senaman naik turun bangku.

Peralatan:
1. Bangku berketinggian 40 cm untuk lelaki dan 33 cm untuk perempuan
2. Sphygmomanometer digital atau merkuri (alat mengukur tekanan darah)
3. Metronome
4. Jam randik
5. Carta Rate of Perceived Exertion (RPE)

Prosedur:
1. Sebelum memulakan sesi latihan amali, setiap kumpulan perlu dianggotai oleh:
(a) Pencatat data (denyutan nadi, tekanan darah dan RPE)
(b) Penjaga metronome dan masa
(c) Pengukur tekanan darah
2. Guru hendaklah memastikan ketinggian bangku ialah 33 cm bagi pelajar perempuan dan 40 cm
bagi pelajar lelaki.
(a) Pelajar duduk di kerusi yang disediakan bersebelahan bangku dalam keadaan rehat selama
3 minit.
(b) Pada minit terakhir sesi rehat, tekanan darah dan denyutan nadi rehat direkodkan.
(c) Pelajar seterusnya melaksanakan sesi penyesuaian teknik ujian naik turun bangku dengan
bantuan dan bimbingan daripada guru. Pastikan teknik ujian adalah betul. Sesi
penyesuaian mengambil masa selama 1 minit.
(d) Selepas sesi penyesuaian, pelajar kembali duduk dan rehat selama 3 minit sebelum
memulakan sesi ujian sebenar dengan bantuan ritma metronome dan bimbingan guru
(e) Metronome dilaraskan pada tahap 90 bagi memberikan frekuensi naik turun pada 22.5
langkah seminit (setiap bunyi beep menandakan frekuensi naik-naik, turun-turun,
naik-naik dan seterusnya). Ujian adalah selama 3 minit.

54 TERHAD
TERHAD

KERJA KURSUS SAINS SUKAN (LATIHAN AMALI) STPM 2022

(f) Satu minit sebelum tamat ujian, pelajar memberi maklum balas RPE berkenaan tahap
kepayahan ujian dan kadar pernafasan.
(g) Jika pelajar tidak menamatkan lakuan selama 3 minit, skor pelajar ini dibatalkan.
(h) Selepas tamat ujian pelajar dikehendaki kembali duduk serta merta.
(i) Kira kadar nadi dalam masa 10 saat seperti yang dinyatakan dalam latihan amali 4
(tajuk 5.3: Daya tahan kardiovaskular) atau menggunakan Polar Heart Rate Monitor.
(j) Dengan serta merta, mulakan ukuran tekanan darah.

Garis Panduan Latihan Amali:


Ukuran tekanan darah diambil sebaik sahaja selesai senaman dijalankan mengikuti prosedur yang
betul seperti tidak dipam terlalu tinggi sehingga menyebabkan tekanan darah naik terlalu tinggi.

Keputusan

Lengkapkan jadual di bawah.

Denyutan Tekanan RPE RPE


Fasa
Nadi Darah Senaman Keseluruhan Kadar Pernafasan

Rehat

Senaman

Rujuk Carta RPE di bawah untuk mendapatkan RPE senaman keseluruhan pelajar.

Kadar Senaman Pernafasan Percakapan Perihalan

10 Tercungap-cungap Tidak boleh bercakap Sangat tinggi

7-9 Sangat dalam dan cepat Terlalu sukar Sederhana tinggi

5-6 Mendalam tetapi stabil Sukar Berat

4 ketara Agak sukar Kurang berat

3 selesa Senang/mudah Sederhana ringan

2 normal Normal Ringan

1 normal Normal Paling ringan

0 Tiada kesan Tiada kesan Tiada kesan

55 TERHAD
TERHAD

KERJA KURSUS SAINS SUKAN (LATIHAN AMALI) STPM 2022

Soalan

1. Lengkapkan jadual di bawah.

Fasa Denyutan Tekanan RPE RPE


Nadi Darah Senaman Keseluruhan Kadar Pernafasan

Rehat

Senaman

[6]

2. Apakah perubahan yang berlaku pada denyutan nadi dan tekanan darah daripada masa rehat ke
penghujung sesi senaman? Tunjukkan pengiraan.

……………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………
[4]

3. Adakah terdapat perubahan pada denyutan nadi dan tekanan darah? Nyatakan dua kesan positif
daripada aspek fisiologi terhadap keupayaan melakukan senaman.

……………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………..
[3]

4. Dengan merujuk kepada jadual di bawah, apakah klasifikasi kecergasan kardiovaskular pelajar
berdasarkan denyutan nadi pada akhir ujian?

Jantina Cemerlang Baik Sederhana Lemah Sangat Lemah

Lelaki <121 148 - 121 156 - 149 162 - 157 >162

Perempuan <129 158 - 129 166 - 159 170 - 167 >170

Kadar denyutan nadi: ……………………….


Klasifikasi kecergasan kardiovaskular: …………………………….
[2]

56 TERHAD
TERHAD

KERJA KURSUS SAINS SUKAN (LATIHAN AMALI) STPM 2022

Amali 8

Nama pelajar:……………………………………….. Angka giliran:……………………………….


Sekolah:……………………………………………… No. Kad Pengenalan:………………………..

Tajuk: 7 Kejurulatihan Sukan

Subtajuk: 7.7 Kaedah Latihan

Tujuan: Merancang dan mengelolakan aktiviti latihan litar

Hasil pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran, pelajar akan dapat
(a) merancang latihan litar;
(b) melaksana aktiviti latihan litar;
(c) merekod dan melaporkan hasil latihan litar;

Peralatan:
1. Jam randik
2. Wisel
3. Kerusi/bangku setinggi 40 cm ( lelaki)/33 cm (perempuan)
4. Kon
5. Pita pelekat (Masking tape)
6. Penanda stesen

Prosedur:
1. Sediakan enam hingga tujuh stesen latihan litar seperti yang berikut:
(a) Bangkit tubi
(b) Burpee
(c) Lari ulang alik 10 meter
(d) Lentik badan
(e) Lompat bintang
(f) Naik turun bangku
(g) Tekan tubi
2. Kenal pasti turutan aktiviti latihan litar yang sesuai.
3. Pastikan jarak antara setiap stesen berada lebih kurang 5 meter.
4. Jangka masa kerja untuk setiap aktiviti adalah antara 15 hingga 30 saat.
5. Rehat aktif antara stesen adalah antara 30 hingga 60 saat.
6. Jumlah sehimgga set 2.
7. Rehat antara set ialah kadar nadi turun ke 120 dsm.
8. Intensiti kerja adalah sederhana.

57 TERHAD
TERHAD

KERJA KURSUS SAINS SUKAN (LATIHAN AMALI) STPM 2022

9. Ambil kadar nadi pelajar diambil sejurus selepas tamat satu set dan lakukannya setiap satu minit
selepas itu sehingga kadar nadi mencecah 120 dsm.

Garis Panduan Latihan Amali:


1. Guru hendaklah memastikan semua pelajar menjalankan aktiviti memanaskan badan.
2. Pelajar dibahagikan kepada beberapa stesen.

Burpee
Alatan: Tiada
(a) Berdiri tegak, turun dan lutut dibengkokkan.
(b) Kedua-dua tapak tangan menyentuh lantai.
(c) Lunjurkan kedua-dua kaki lurus ke belakang.
(d) Lakukan gerakan mendekam dan terus berdiri.

Bangkit Tubi
Alatan: Tiada
(a) Baring dengan tangan disilangkan di dada.
(b) Lutut dibengkokkan pada sudut 90º.
(c) Kaki dipegang oleh pembantu.
(d) Badan dinaikkan sehingga tangan/dada mencecah paha.

Naik Turun Bangku


Alatan: Bangku/kerusi setinggi 40 cm.
(a) Naik ke atas bangku/kerusi dengan sebelah kaki, diikuti kemudian dengan kaki yang sebelah
lagi.
(b) Turunkan kaki yang pertama naik ke atas bangku/kerusi, diikuti dengan kaki yang sebelah lagi.

Lentik badan
Alatan: Tiada
(a) Meniarap dengan meluruskan kaki.
(b) Dengan kedua-dua tangan berada di bawah dagu, angkat badan dan kedua-dua kaki serentak,
dan turun semula.

Lompat Bintang
Alatan: Tiada
(a) Berdiri tegak
(b) Kaki dirapatkan dan tangan disisi badan.
(c) Lonjak sambil kedua-dua tapak tangan ditepuk di atas kepala. Pada masa yang sama, kaki
dibuka. Kemudian kaki dirapatkan semula dan tangan diturunkan ke sisi badan.

58 TERHAD
TERHAD

KERJA KURSUS SAINS SUKAN (LATIHAN AMALI) STPM 2022

Tekan Tubi
Alatan: Tiada
(a) Kedudukan sokongan ke hadapan, jarak tapak tangan lebih luas daripada bahu.
(b) Bengkokkan siku, sehingga dada mencecah lantai.
(c) Bagi pelajar perempuan, sokongan dilakukan dengan menggunakan lutut.

Lari Ulang Alik 10 meter


Alatan: Tiada
(a) Lari antara dua penanda pada jarak 10 meter.
(b) Sentuh setiap penanda, dan lari balik untuk menyentuh penanda asal.

3. Guru hendaklah memastikan pelajar melakukan aktiviti gerak kendur selepas selesai
keseluruhan latihan litar.

59 TERHAD
TERHAD

KERJA KURSUS SAINS SUKAN (LATIHAN AMALI) STPM 2022

REKOD LATIHAN LITAR

Nama: ………………………………………………… KNR: ………………………………

Umur: ………………………………………………… KNM: ……………………………...

Jantina: ……………………………………………….. KNL: ……………………………….

Masa Dasar: …………………………………. Masa Sasaran: ……………………...

Dosej Dosej Minggu 1 Minggu 2


Bil Stesen Maksimum Latihan
Ulangan Set Ulangan Set
1

Selepas latihan
Kadar Denyutan Nadi

Selepas 1 minit
Selepas 2 minit
Selepas 3 minit
Selepas 4 minit
Selepas 5 minit

Tandatangan pelajar: ………………………………………………..

Nama guru: …………………………………………………………

Tandatangan guru: ………………………………………………….

60 TERHAD
TERHAD

KERJA KURSUS SAINS SUKAN (LATIHAN AMALI) STPM 2022

Amali 9

Nama pelajar:……………………………………….. Angka giliran:……………………………….


Sekolah:……………………………………………… No. Kad Pengenalan:………………………..

Tajuk: 7 Kejurulatihan Sukan

Subtajuk: 7.8 Program Latihan

Tujuan: Merancang dan menjalankan satu sesi latihan

Hasil pembelajaran:
Pada akhir latihan amali ini, pelajar akan dapat
(a) melaksanakan aktiviti latihan fizikal,
(b) merekod dan melaporkan hasil yang dilakukan.

Peralatan:
1. Pita ukur
2. Kon
3. Wisel
4. Jam randik
5. Masking tape
6. Marker pen

Prosedur:
1. Pelajar dikehendaki melaksanakan aktiviti latihan Fartlek terkawal seperti yang berikut:.
(a) Memanaskan badan
(b) Jalan pantas 50 m
(c) Joging 200 m
(d) Lari naik tangga dua tingkat bangunan/bukit/pantai/sawah
(e) Lari turun tangga dua tingkat bangunan/bukit/pantai/sawah
(f) Larian langkah panjang 60 m
(g) Lari pecut 40 m
(h) Berjalan perlahan
(i) Aktiviti gerak kendur
2. Pelajar diberi penerangan oleh guru tentang langkah keselamatan yang perlu diambil ketika
menjalankan aktiviti.
3. Pelajar merekodkan masa menyiapkan aktiviti dari (b) hingga (g).
4. Pelajar menyiapkan laporan.

61 TERHAD
TERHAD

KERJA KURSUS SAINS SUKAN (LATIHAN AMALI) STPM 2022

Garis Panduan Latihan Amali:


1. Penilaian dibuat secara individu dan dilakukan secara kumpulan.
2. Pastikan kadar nadi mencapai 120 dsm sebelum melakukan aktiviti Fartlek.
3. Rekodkan masa menyiapkan aktiviti dari (b) hingga (g).
4. Laporan disiapkan berdasarkan kepada maklumat yang berikut:
(a) Ringkasan butiran aktiviti
(b) Takrifkan latihan Fartlek
(c) Prinsip-prinsip latihan Fartlek
(d) Merekodkan keputusan setiap ahli dalam kelas serta membuat rumusan berkaitan masa
yang diambil oleh ahli untuk menghabiskan latihan Fartlek

62 TERHAD
TERHAD

KERJA KURSUS SAINS SUKAN (LATIHAN AMALI) STPM 2022

Amali 10

Nama pelajar:……………………………………….. Angka giliran:……………………………….


Sekolah:……………………………………………… No. Kad Pengenalan:………………………..

Tajuk: 9 Lakuan motor

Subtajuk: 9.3 Pembelajaran motor

Tujuan: Menjelaskan proses pembelajaran motor menggunakan model Fitts dan Posner

Hasil pembelajaran:
Di akhir latihan amali ini, pelajar dapat
(a) Memahami peningkatan pembelajaran motor bermula daripada peringkat kognitif, hubung kait
dan autonomous serta membezakan antara dua kaedah pembelajaran motor (whole dan part-
part-whole).

Peralatan:
1. Sekurang-kurang 6 biji bola tenis/bola getah bersaiz kecil /pundi kacang yang berlainan warna
2. Dua keping kertas graf

Prosedur:
1. Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan dinamakan whole practice dan part
practice.
2. Kumpulan whole practice melakukan aktiviti latihan amali menggunakan kaedah whole,
manakala kumpulan part practice menggunakan kaedah part-part-whole.
3. Setiap kumpulan akan melakukan latihan amali sebanyak empat set mengikut program yang
ditetapkan. Aktiviti dijalankan secara berpasangan iaitu, kumpulan whole sebagai pelaku, dan
kumpulan part-part whole sebagai pencatat. Kira bilangan yang dapat menjungel dengan
lengkap.
4. Rehat antara set adalah 10 minit.
5. Rekodkan pencapaian pelajar dalam borang skor.

Garis Panduan Latihan Amali:


1. Arahan untuk kumpulan whole practice.
Lakukan latihan menjugel bola tenis seperti di bawah:
Set 1: Jumlah latihan = 40 cubaan latihan mengikut blok yang berikut:
Blok latihan 1 = 10 cubaan menggunakan 3 biji bola tenis
Blok latihan 2 = 10 cubaan menggunakan 3 biji bola tenis
Blok latihan 3 = 10 cubaan menggunakan 3 biji bola tenis
Blok latihan 4 = 10 cubaan menggunakan 3 biji bola tenis*

63 TERHAD
TERHAD

KERJA KURSUS SAINS SUKAN (LATIHAN AMALI) STPM 2022

Set 2: Jumlah latihan = 40 cubaan latihan mengikut blok yang berikut:


Blok latihan 1 = 10 cubaan menggunakan 3 biji bola tenis
Blok latihan 2 = 10 cubaan menggunakan 3 biji bola tenis
Blok latihan 3 = 10 cubaan menggunakan 3 biji bola tenis
Blok latihan 4 = 10 cubaan menggunakan 3 biji bola tenis*

Set 3: Jumlah latihan = 20 cubaan latihan mengikut blok yang berikut:


Blok latihan 1 = 10 cubaan menggunakan 3 biji bola tenis*
Blok latihan 2 = 10 cubaan menggunakan 3 biji bola tenis*

Set 4: Jumlah latihan = 20 cubaan latihan mengikut blok yang berikut:


Blok latihan 1 = 10 cubaan menggunakan 3 biji bola tenis*
Blok latihan 2 = 10 cubaan menggunakan 3 biji bola tenis*

Apabila pelajar hendak menjugel 3 biji bola sekali gus, dia akan memulakannya dengan
2 biji bola di tangan kanan dan 1 biji bola di tangan kiri. Mula menjugel dengan melambung ke
atas sebiji bola yang berada di tangan kanan. Ini adalah Bola 1. Apabila Bola 1 sampai di
puncak, lambung ke atas bola yang di tangan kiri. Ini adalah Bola 2. Apabila Bola 2 sampai di
puncak, lambung bola terakhir yang di tangan kanan. Kitaran ini perlu berterusan untuk
menjugel dengan jayanya. Sentiasa menangkap bola yang di udara menggunakan tangan yang
berlawanan dengan tangan yang melambung bola tersebut. Menjugel 3 biji bola memerlukan
sebiji bola sentiasa berada di udara.

Menjugel (juggling) 3 biji bola

Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3

Langkah 4 Langkah 5

2. Arahan untuk kumpulan part practice.

Lakukan latihan menjugel bola tenis seperti di bawah:

Set 1: Jumlah latihan = 40 cubaan latihan mengikut blok yang berikut:


Blok latihan 1 = 10 cubaan menggunakan 1 biji bola tenis
Blok latihan 2 = 10 cubaan menggunakan 1 biji bola tenis
Blok latihan 3 = 10 cubaan menggunakan 2 biji bola tenis
Blok latihan 4 = 10 cubaan menggunakan 3 biji bola tenis*

64 TERHAD
TERHAD

KERJA KURSUS SAINS SUKAN (LATIHAN AMALI) STPM 2022

Set 2: Jumlah latihan = 40 cubaan latihan mengikut blok yang berikut:


Blok latihan 1 = 10 cubaan menggunakan 1 biji bola tenis
Blok latihan 2 = 10 cubaan menggunakan 2 biji bola tenis
Blok latihan 3 = 10 cubaan menggunakan 2 biji bola tenis
Blok latihan 4 = 10 cubaan menggunakan 3 biji bola tenis*

Set 3: Jumlah latihan = 20 cubaan latihan mengikut blok yang berikut:


Blok latihan 1 = 10 cubaan menggunakan 3 biji bola tenis*
Blok latihan 2 = 10 cubaan menggunakan 3 biji bola tenis*

Set 4: Jumlah latihan = 20 cubaan latihan mengikut blok yang berikut:


Blok latihan 1 = 10 cubaan menggunakan 3 biji bola tenis*
Blok latihan 2 = 10 cubaan menggunakan 3 biji bola tenis*

Apabila menjugel sebiji bola, lambungkan bola tersebut dari tangan kanan ke kiri dan balik ke
tangan kanan. Fokus lambungan pada satu titik di atas sedikit dari aras mata berhadapan dengan
muka anda. Cuba melambung bola tersebut pada titik yang sama dengan setiap lambungan.
Hadkan 10 kali lambungan bagi setiap cubaan.

Apabila menjugel dengan dua biji bola, mulakan dengan sebiji bola di tangan kanan dan sebiji
lagi di tangan kiri. Lambungkan bola di tangan kanan dahulu ke titik yang sama anda gunakan
pada mulanya. Apabila bola tersebut sampai ke puncak, lambungkan bola yang di tangan kiri.
Menjugel dua biji bola adalah janggal kerana anda perlu berhenti selepas dua biji bola
dilambungkan.

Apabila menjugel 3 biji bola sekali gus, mulakan dengan 2 biji bola di tangan kanan dan sebiji
bola di tangan kiri. Mula menjugel dengan melambung ke atas sebiji bola yang berada di tangan
kanan. Apabila bola ini sampai di puncak, lambung ke atas bola yang di tangan kiri. Apabila
bola kedua sampai di puncak, lambung bola terakhir yang di tangan kanan. Kitaran ini perlu
berterusan untuk menjugel dengan jayanya. Sentiasa menangkap bola yang di udara
menggunakan tangan yang berlawanan dengan tangan yang melambung bola tersebut. Menjugel
3 biji bola memerlukan sebiji bola sentiasa berada di udara.

3. Rekodkan jumlah tangkapan bagi setiap blok latihan pada borang skor yang disediakan. Jumlah
tangkapan adalah bilangan setiap tangkapan yang berjaya dilakukan sebelum bola jatuh ke
tanah.
4. Lakarkan jumlah tangkapan individu bagi setiap blok latihan yang bertanda (*) pada graf yang
sama.

5. Hitung min bagi setiap blok latihan yang bertanda (*) pada setiap set . Rekodkan skor min
tersebut di bawah.

(a) Blok Latihan 1

……………………………………………………………………………………....................................

(b) Blok Latihan 2

……………………………………………………………………………………....................................

65 TERHAD
TERHAD

KERJA KURSUS SAINS SUKAN (LATIHAN AMALI) STPM 2022

(c) Blok Latihan 3

……………………………………………………………………………………....................................

(d) Blok Latihan 4

……………………………………………………………………………………....................................

(e) Blok Latihan 5

……………………………………………………………………………………....................................

(f) Blok Latihan 6

……………………………………………………………………………………....................................

6. Lakarkan skor min di soalan (5) dalam satu graf

7. Bincangkan data yang anda peroleh dalam sesi latihan selama empat set.

……………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………

66 TERHAD
TERHAD

KERJA KURSUS SAINS SUKAN (LATIHAN AMALI) STPM 2022

Lampiran Data Pembelajaran Motor Kumpulan: Part ( )/Whole ( )

Set 1
1. 11. 21. 31.
2. 12. 22. 32.
3. 13. 23. 33.
4. 14. 24. 34.
5. 15. 25. 35.
6. 16. 26. 36.
7. 17. 27. 37.
8. 18. 28. 38.
9. 19. 29. 39.
10. 20. 30. 40.*

Min: ………………

Set 2
1. 11. 21. 31.
2. 12. 22. 32.
3. 13. 23. 33.
4. 14. 24. 34.
5. 15. 25. 35.
6. 16. 26. 36.
7. 17. 27. 37.
8. 18. 28. 38.
9. 19. 29. 39.
10. 20. 30. 40.*

Min: ………………

Set 3
1. 6. 11. 16.
2. 7. 12. 17.
3. 8. 13. 18.
4. 9. 14. 19.
5. 10.* 15. 20.*

Min: ……..………

Set 4
1. 6. 11. 16.
2. 7. 12. 17.
3. 8. 13. 18.
4. 9. 14. 19.
5. 10.* 15. 20.*

Min: ……..……….

67 TERHAD
TERHAD

KERJA KURSUS SAINS SUKAN (LATIHAN AMALI) STPM 2022

Amali 11

Nama pelajar:……………………………………….. Angka giliran:……………………………….


Sekolah:……………………………………………… No. Kad Pengenalan:………………………..

Tajuk: 9 Lakuan motor

Subtajuk: 9.5 Klasifikasi Kemahiran Motor

Tujuan: Memerihalkan klasifikasi kemahiran motor

Hasil pembelajaran:
Di akhir pembelajaran, pelajar dapat
(a) Mengenal pasti kemahiran sukan berdasarkan klasifikasi kemahiran motor (tertutup/terbuka,
kasar/halus, bersiri/berterus/diskret),
(b) Membandingkan antara kemahiran tertutup dengan kemahiran terbuka.

Peralatan:
1. Bola sepak
2. Tiang gol/kon

Prosedur:
1. Pelajar diberikan tugasan latihan amali untuk dilaksanakan.
2. Pelajar melakukan tugasan latihan amali secara berpasangan.

Garis Panduan Latihan Amali:


1. Letakkan jenis kemahiran di bawah pada garisan kontinum:
(a) (i) Servis tenis [1]
(ii) Lempar cakera [1]
(iii) Menghadang bola tampar [1]

Kemahiran Kemahiran
tertutup terbuka

(b) (i) Joging [1]


(ii) Membaling dart [1]
(iii) Tekel dalam ragbi [1]

Kemahiran Kemahiran
motor motor
kasar halus

68 TERHAD
TERHAD

KERJA KURSUS SAINS SUKAN (LATIHAN AMALI) STPM 2022

(c) (i) Berenang [1]


(ii) Lompat kijang [1]
(iii) Servis tenis [1]

Kemahiran Kemahiran Kemahiran


berterusan bersiri diskrit

2. Bersama dengan pasangan masing-masing, ambil sebiji bola sepak. Tentukan pemain penyerang
dan penjaga gol (satu lawan satu).
(a) Pemain penyerang melakukan tendangan dari tempat sepakan penalti.
(i) Adakah ini kemahiran terbuka atau tertutup? [1]

……………………………………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………………………………..

(ii) Nyatakan persamaan kemahiran sepakan penalti ini dengan hayunan kayu golf? [1]

……………………………………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………………………………..

(b) Pemain penyerang menggelecek bola daripada satu garisan sejauh 15 meter dari luar
kotak penalti. Penjaga gol perlu mengikuti undang-undang permainan bola sepak sewaktu
menjaga gol. Pemain penyerang hanya dibenarkan membuat sepakan ke arah gol sewaktu
berada dalam kotak penalti. Adakah kemahiran ini lebih kepada kemahiran terbuka atau
tertutup berbanding dengan kemahiran di (a)? [1]

……………………………………………………………………………………………………..

(c) Letakkan ketiga-tiga kemahiran pada garisan kontinum di bawah berdasarkan kepada
soalan 2 (a). [3]

Kemahiran Kemahiran
tertutup terbuka

69 TERHAD
TERHAD

KERJA KURSUS SAINS SUKAN (LATIHAN AMALI) STPM 2022

(d) Jelaskan bagaimana anda boleh menjadikan kemahiran menendang bola lebih terbuka.
[2]

……………………………………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………………………………..

(e) Perihalkan bagaimana anda boleh menggunakan pengetahuan ini untuk mengajar
kemahiran menendang bola. [3]

……………………………………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………………………………..

Catatan:
(i) warm up [1]
(ii) cooling down [1]
(iii) praktikal 2(a) [1]
(iv) praktikal 2(b) [2]

Jumlah Skor / 25 × 15

70 TERHAD
TERHAD

KERJA KURSUS SAINS SUKAN (LATIHAN AMALI) STPM 2022

Amali 12

Nama pelajar:……………………………………….. Angka giliran:……………………………….


Sekolah:……………………………………………… No. Kad Pengenalan:………………………..

Tajuk: 10 Pengurusan Kecederaan Sukan

Subtajuk: 10.3 Penilaian Kecederaan

Tujuan: Menaksir kecederaan sukan pada seorang atlet

Hasil Pembelajaran:
Diakhir latihan amali pelajar dapat membuat penilaian tahap kecederaan sekunder (Secondary
Survey).

Prosedur:
1. Pelajar berpasangan melakukan aktiviti.
2. Dengan menganggap seorang atlet bola sepak mengalami kecederaan akibat terseliuh pada
bahagian buku lali (ankle sprain), lakukan penaksiran kecederaan terhadap atlet itu.

Garis Panduan Latihan Amali:


1. Berjumpa dengan atlet yang cedera.
2. Tenangkan atlet dan kenalkan diri anda sebagai perawat.
3. Dapatkan maklumat bagaimana kecederaan terjadi, masa dan tempat, mekanisma kecederaan
sambil menunjukkan bahagian/tempat/lokasi yang paling sakit (TALK).
4. Perhatikan dengan teliti lokasi kecederaan sama ada terdapat luka, kemerahan, benjolan atau
lebam (OBSERVE).
5. Pegang lokasi kecederaan dengan cermat dan berhati-hati. Lihat reaksi atlet, tentukan kawasan
mana yang paling sakit/sensitif. Sentuh bahagian yang cedera untuk mengetahui sama ada
terdapat peningkatan haba. Adakah terdapat benjolan, rasa berpeluh, dan dingin? (TOUCH).
6. Seterusnya, minta atlet menggerakan kaki (foot) sendiri pada semua julat pergerakan sendi
terlibat (plantar, dorsi flexion, inversion, eversion). Lihat julat pergerakan (ROM). Minta atlet
membuat penilaian pergerakan yang terhad. (ACTIVE MOVEMENT)
7. Akhir sekali, perawat menggerakan secara perlahan-lahan semua julat pergerakan sendi atlet
yang cedera (plantar, dorsi flexion, inversion, eversion). Perawat membuat penilaian dengan
menentukan pergerakan yang manakah yang paling sakit. (PASSIVE MOVEMENT)
8. Membuat penilaian kecederaan dalam borang penilaian yang disediakan.

71 TERHAD
TERHAD

KERJA KURSUS SAINS SUKAN (LATIHAN AMALI) STPM 2022

BORANG PENILAIAN SEKUNDER

Nama pelajar:……………………………………………..

Tarikh:…………………………………………………......

Teknik penilaian Perlakuan Tandakan


(Ö )
Bagaimana berlaku?
Apa yang berlaku?
Bercakap
Adakah rasa sakit?
(TALK)
Di mana tempat yang paling sakit?
Bila berlaku?
Bengkak/benjol
Perhati
Perubahan warna kulit
(OBSERVE)
Pendarahan
Rasa kesakitan
Sentuh
Peningkatan haba
(TOUCH)
Kulit berpeluh/dingin
Dorsi flex
Pergerakan aktif Plantar flex
(ACTIVE MOVEMENT) Eversion
Inversion
Dorsi flex
Pergerakan pasif Plantar flex
(PASSIVE MOVEMENT) Eversion
Inversion

Tandatangan guru:………………………………………..

Nama guru:………………………………………………..

72 TERHAD
TERHAD

KERJA KURSUS SAINS SUKAN (LATIHAN AMALI) STPM 2022

Amali 13

Nama pelajar:……………………………………….. Angka giliran:……………………………….


Sekolah:……………………………………………… No. Kad Pengenalan:………………………..

Tajuk: 10 Pengurusan Kecederaan Sukan

Subtajuk: 10.5 Kecederaan Tisu Lembut

Tujuan: Memberikan rawatan bantu mula pada kecederaan tisu lembut

Hasil Pembelajaran:
Di akhir latihan amali ini, pelajar dapat:
(a) melakukan teknik rawatan asas bantu mula,
(b) mengetahui turutan penggunaan ais untuk merawat kecederaan tisu lembut,
(c) mengetahui langkah keselamatan dalam penggunaan ais.

Peralatan:
1. Bekas ais
2. Ais
3. Tuala/kain atau plastik tebal
4. Pembalut (bandage)

Prosedur:
1. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil atau berpasangan.
2. Anggarkan salah seorang pelajar dalam kumpulan yang cedera tersebut mengalami kecederaan
dibahagian siku/lutut/pergelangan kaki/tangan.
3. Pelajar yang lain dikehendaki melakukan rawatan RICE terhadap bahagian yang cedera.

Garis Panduan Latihan Amali:


1. Lakukan pemeriksaan pada bahagian yang cedera. [1]
2. Pastikan tiada luka terbuka atau tanda-tanda patah pada bahagian kecederaan. [1]
3. Minta pesakit duduk/baring dengan tenang berdasarkan kepada lokasi bahagian kecederaan.
Bahagian yang cedera mesti melebihi paras jantung. [1]
4. Dapatkan ketulan ais yang secukupnya dan masukkannya ke dalam tuala atau plastik. Plastik
yang terlalu nipis perlu dilapis sebanyak dua atau tiga kali lapisan. [1]
5. Bungkusan ketulan ais tersebut sebaiknya dikecilkan saiznya supaya balutan itu nanti dapat
memberikan tekanan yang sama rata pada bahagian yang cedera. [1]
6. Balut bahagian yang cedera dengan bungkusan ais itu. Jika perlu, gunakan balutan yang lain
bagi membuat balutan yang lebih kemas. [1]
7. Perhatikan jika ada perubahan warna pada jari dan kuku pesakit (pastikan balutan yang
dilakukan tidak terlalu kuat). [1]
8. Periksa nadi pesakit dan catatkannya dari semasa ke semasa. [1]

73 TERHAD
TERHAD

KERJA KURSUS SAINS SUKAN (LATIHAN AMALI) STPM 2022

9. Bertanya kepada pesakit tentang kesan rawatan ais yang diberikan. [1]
10. Minta pesakit berehat dan beritahu dia agar membiarkan balutan ais tersebut selama 15 hingga
20 minit. [1]
11. Apabila tamat masa simpan ais tersebut serta lakukan pemerhatian semula pada bahagian yang
cedera. [1]
12. Laporan penilaian disertakan dengan gambarajah/foto. [4]

74 TERHAD
TERHAD

KERJA KURSUS SAINS SUKAN (LATIHAN AMALI) STPM 2022

SENARAI SEMAK RAWATAN RICE

Nama pelajar:……………………………………………..

Tarikh:………………………………………………….....

Teknik penilaian Perlakuan Tandakan


(Ö )
Lakukan pemeriksaan pada bahagian yang cedera.
Pastikan tiada luka terbuka atau tanda-tanda patah pada
Rehat bahagian yang cedera
(R - Rest) Minta pesakit duduk/baring dengan tenang berdasarkan
kepada lokasi bahagian yang tercedera.
Bahagian yang cedera mesti melebihi paras jantung.
Dapatkan ketulan ais yang secukupnya dan masukkannya
ke dalam tuala atau plastik.

Ais Plastik yang terlalu nipis perlu dilapisi sebanyak dua atau
tiga kali lapisan
(I – Ice)
Bungkusan ketulan ais sebaiknya dikecilkan saiznya
supaya balutan itu nanti dapat memberikan tekanan yang
sama rata pada bahagian yang cedera.
Balut bahagian yang cedera dengan bungkusan ais.
Gunakan balutan yang lain untuk membuat balutan yang
lebih kemas.
Tekanan Perhatikan jika ada perubahan warna pada jari dan kuku
pesakit (pastikan balutan yang dilakukan tidak terlalu kuat).
(C - Compression)
Periksa nadi dan catatkan dari semasa ke semasa.
Bertanya kepada pesakit untuk memastikan tidak berlaku
kebas akibat rawatan yang diberi.
Bahagian yang dibalut hendaklah melebihi paras jantung.
Memberitahu pesakit supaya berehat.membiarkan balutan
Elevasi ais pada bahagian yang tercedera selama 15 hingga 20
(E - Elevation) minit.
Biarkan balutan ais pada bahagian yang tercedera selama
15 hingga 20 minit.

Tandatangan guru:………………………………………..

Nama guru:………………………………………………..

75 TERHAD

You might also like