You are on page 1of 5

PERTANDINGAN

MENULIS ESEI
BAHASA MELAYU DAN
BAHASA INGGERIS
SECARA DALAM TALIAN
SEKOLAH RENDAH
SEKOLAH MENENGAH RENDAH
SEKOLAH MENENGAH ATAS

KONSEP PERTANDINGAN
PERTANDINGAN MENULIS ESEI BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS
SECARA DALAM TALIAN

1.0 Pendahuluan

Esei merupakan karangan pendek berbentuk formal dan tidak formal yang
menggariskan perspektif atau cerita daripada sudut pandangan penulis.
Pertandingan ini memberi ruang dan peluang kepada murid-murid sekolah
untuk berkongsi pendapat, cerita, perasaan dan pengalaman mereka secara
kreatif melalui penulisan esei mengikut tema yang telah ditetapkan.

2.0 Objektif pertandingan

2.1 Meningkatkan penguasaan kemahiran menulis murid dalam bahasa


Melayu dan bahasa Inggeris.

2.2 Menyediakan wadah kepada murid untuk menonjolkan bakat menulis


dengan menggunakan bahasa yang tepat, teratur dan gramatis secara
kreatif.

2.3 Menyemai minat murid terhadap bidang penulisan bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris.

3.0 Kategori pertandingan


Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah dan menengah
di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Pertandingan ini terbahagi
kepada tiga (3) kategori;

3.1 Sekolah rendah : murid Tahun 3 - 6


3.2 Sekolah menengah rendah : murid Tingkatan 1 – 3
3.3 Sekolah menengah atas : murid Tingkatan 4 – 5

1
4.0 Tema
4.1 Tema bagi kategori sekolah rendah dan sekolah menengah rendah
ialah;

4.1.1 Covid-19: Satu Pengajaran (Bahasa Melayu)


4.1.2 Lesson(s) Learnt During The Covid-19 Movement Control
Order (Bahasa Inggeris)

4.2 Tema bagi kategori sekolah menengah atas ialah;

4.2.1 Norma Baharu Pasca Wabak Covid-19 (Bahasa Melayu)


4.2.2 New Norms Post Covid-19 Pandemic (Bahasa Inggeris)

5.0 Syarat-syarat pertandingan


5.1 Setiap murid hanya dibenarkan untuk menghantar satu esei untuk
satu kategori sahaja sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa
Inggeris.
5.2 Setiap esei mestilah dimuat naik ke dalam google form dengan
butiran yang lengkap. Pihak penganjur berhak menolak borang
penyertaan yang tidak lengkap.
5.3 Esei mestilah karya murid sendiri, belum pernah disiarkan oleh mana-
mana penerbitan dan tidak diplagiat daripada sumber-sumber lain.
Karya plagiat atau terjemahan akan dibatalkan penyertaan dengan
serta merta.
5.4 Karya tidak boleh mengandungi unsur-unsur negatif serta menyentuh
sensitiviti bangsa, agama dan kaum mana-mana pihak.
5.5 Format penulisan esei
5.5.1 Esei mestilah dilengkapi dengan tajuk sahaja. Sebarang
penyataan maklumat peribadi perlu dilengkapkan dalam borang
penyertaan (google form).
5.5.2 Esei mestilah ditaip menggunakan fon Times New Roman, 12
dan dalam jarak langkau 1.5 (1.5 spacing).
5.5.3 Esei yang telah ditaip hendaklah dihantar dalam bentuk pdf
kepada guru sekolah masing-masing.
5.5.4 Pihak sekolah akan menghantar esei murid melalui pautan yang
akan dimaklumkan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri bagi
penjurian peringkat negeri.

2
5.5 Had perkataan adalah mengikut kategori pertandingan;
i) Sekolah rendah 250 hingga 350 patah perkataan

ii) Sekolah menengah 400 hingga 500 patah perkataan


rendah
iii) Sekolah menengah atas 750 hingga 1,000 patah perkataan

5.6 Penyuntingan esei adalah tidak dibenarkan di semua peringkat


pertandingan setelah dihantar. Karangan yang sama yang telah ditulis
di peringkat sekolah akan dihantar tanpa suntingan ke peringkat negeri
dan seterusnya ke peringkat kebangsaan.

5.7 Setiap esei yang dihantar tidak akan dikembalikan kepada penulis dan
pihak penganjur berhak untuk mencetak dan menerbitkan esei-esei
yang memenangi pertandingan ini. Walau bagaimanapun, hak cipta
kekal menjadi milik penulis.

5.8 Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk


tuntutan berkaitan dengan plagiarisme terhadap peserta oleh mana-
mana pihak yang berkaitan.

6.0 Keputusan pertandingan


6.1 Esei akan disemak oleh panel pemeriksa yang dilantik oleh pihak
pengelola di peringkat negeri dan pihak KPM di peringkat kebangsaan.
6.2 Markah akan diperuntukkan mengikut rubrik pemarkahan yang telah
ditetapkan:-
i) Isi kandungan - 50 markah
ii) Bahasa - 50 markah
6.3 Pemenang akan ditentukan berdasarkan undi majoriti yang dibuat oleh
panel pemeriksa secara kolektif.
6.4 Markah individu adalah sulit dan tidak akan didedahkan.
6.5 Keputusan panel pemeriksa adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak
akan dilayan.
6.6 Sekiranya urus setia mendapati peserta melanggar syarat 5.3 selepas
keputusan diumumkan, urus setia berhak menarik kembali hadiah
pertandingan.

3
7.0 Hadiah dan penghargaan
7.1 Setiap peserta akan menerima sijil penyertaan mengikut tahap
penyertaan murid.
7.2 Setiap pemenang akan menerima hadiah dan sijil pencapaian
mengikut tahap pencapaian murid.

You might also like