You are on page 1of 3

KUIZ SAINS DAN TEKNOLOGI 2022

Syarat penyertaan
i. Peserta mestilah terdiri daripada pelajar berumur antara 16-17 tahun daripada
sekolah yang sama. Sekolah-sekolah yang boleh menyertai kuiz ini boleh terdiri
daripada sekolah menengah berasrama penuh, sekolah menengah swasta dan
MRSM.

ii. Setiap sekolah hanya boleh menghantar satu (1) pasukan.

iii. Setiap pasukan diwakili tiga orang peserta dan seorang peserta simpanan daripada
sekolah yang sama.

iv. Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu melalui pihak sekolah.

v. Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu menggunakan borang


penyertaan yang disediakan oleh urus setia dan dihantar mengikut tarikh yang
ditetapkan.

Format Pertandingan
i. Kuiz ini dijalankan secara dalam talian.

ii. Kuiz ini dijalankan melalui peringkat saringan, separuh akhir dan akhir.

iii. Kuiz terdiri daripada empat pusingan. Dalam pusingan pertama hingga keempat,
peserta akan menjawab soalan mengikut giliran, iaitu bermula dengan peserta
pertama, kedua dan ketiga daripada pasukan masing-masing.

iv. Setiap pertandingan akan mempunyai seorang jurukuiz yang terdiri daripada guru,
pegawai DBP atau individu yang difikirkan layak.

v. Juara setiap kumpulan akan mewakili kumpulan masing-masing untuk kelayakan


peringkat seterusnya, iaitu peringkat separuh akhir dan akhir.

vi. Undian sekolah pada setiap kumpulan akan diputuskan oleh Jawatankuasa
Penganjur.

Format Soalan

1
i. Soalan kuiz merangkumi aspek pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu,
pengetahuan am bahasa Melayu dalam bidang sains dan teknologi.

ii. Soalan akan dikemukakan dalam empat pusingan. Setiap peserta akan menjawab
soalan mengikut giliran. Soalan berbentuk objektif. Soalan hendaklah dijawab secara
individu oleh setiap peserta tanpa ada perbincangan dalam kalangan ahli kumpulan.

iii. Skop soalan adalah seperti berikut:


Pusingan Skop
1 Tatabahasa, Perbendaharaan Kata dan Istilah
2 Bahasa Kiasan dan Pengetahuan Am Bahasa Melayu
3 Kesusasteraan Melayu
4 Bahasa Melayu dalam bidang Sains dan Teknologi

iv. Skop soalan bagi pusingan pertama merupakan soalan-soalan yang berkisar tentang
tatabahasa, perbendaharaan kata dan istilah bahasa Melayu.

v. Skop soalan bagi pusingan kedua meliputi peribahasa, simpulan bahasa,


perumpamaan dan pepatah. Manakala pengetahuan am bahasa Melayu meliputi
pengetahuan am tentang perancangan bahasa Melayu, dasar bahasa, tokoh bahasa
dan organisasi DBP.

vi. Skop soalan bagi pusingan ketiga meliputi sejarah perkembangan sastera, genre
sastera (puisi dan prosa), tokoh sastera, glosari sastera, anugerah sastera dan
kegiatan sastera yang dilaksanakan oleh DBP.

vii. Skop soalan bagi pusingan empat merupakan pengetahuan tentang istilah sains dan
teknologi dalam bahasa Melayu.

Peraturan Pertandingan dan Pemarkahan


i. Jurukuiz akan membaca soalan sebanyak satu kali bagi setiap soalan dalam pusingan
pertama hingga pusingan keempat.

ii. Setiap peserta hanya dibenarkan menjawab soalan sebaik sahaja jurukuiz selesai
membaca soalan.
iii. Setiap peserta diberi masa 10 saat bagi menjawab setiap soalan.

2
iv. Bagi pusingan pertama hingga keempat, peserta yang menjawab dengan betul akan
mendapat empat markah. Kosong markah jika peserta tidak menjawab soalan atau
salah menjawab soalan.

v. Markah yang diputuskan oleh hakim adalah muktamad.

vi. Peserta perlu memberikan jawapan yang muktamad kepada hakim dengan suara
yang jelas.

vii. Peserta tidak dibenarkan berbincang atau membantu rakan peserta lain dalam semua
pusingan.

viii. Tiada sebarang bantuan daripada luar boleh diberikan semasa peserta untuk
menjawab soalan dalam semua pusingan. Sekiranya perkara ini terjadi, hakim berhak
membatalkan markah peserta berkenaan.

ix. Kedudukan pemenang akan ditentukan berdasarkan markah tertinggi. Jika berlaku
persamaan markah, pemenang akan ditentukan dengan soalan tambahan.

x. Keputusan hakim adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.

Hadiah
i. Setiap peserta yang bertanding akan menerima e-sijil penyertaan.
ii. Hadiah kepada pemenang berupa wang tunai dan e-sijil kepada pemenang.
Tempat pertama : RM700.00 dan e-sijil pemenang
Tempat kedua : RM500.00 dan e-sijil pemenang
Tempat ketiga : RM400.00 dan e-sijil pemenang
Sagu hati x 3 : RM200.00 dan e-sijil pemenang

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:

Bahagian Pengembangan Kesusasteraan


Kanak-kanak dan Remaja,
Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Aras 22, Menara DBP,
Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur

Telefon: 03-2147 9208 / 012-9677626 (Azlin binti Asmuni)

E-mel : azlin_asmuni@dbp.gov.my

You might also like