You are on page 1of 5

PERTANDINGAN

MENULIS ESEI
BAHASA MELAYU DAN
BAHASA INGGERIS
SECARA ATAS TALIAN
SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH

KONSEP PERTANDINGAN
PERTANDINGAN MENULIS ESEI BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS
SECARA ATAS TALIAN

1.0 Pendahuluan

Esei merupakan karangan pendek berbentuk formal dan tidak formal yang
menggariskan perspektif atau cerita daripada sudut pandangan penulis.
Pertandingan ini memberi ruang dan peluang kepada murid-murid sekolah
untuk berkongsi pendapat, cerita, perasaan dan pengalaman mereka secara
kreatif melalui penulisan esei mengikut tema yang telah ditetapkan.

2.0 Objektif pertandingan

2.1 Meningkatkan penguasaan kemahiran menulis murid dalam bahasa


Melayu dan bahasa Inggeris.

2.2 Menyediakan wadah kepada murid untuk menonjolkan bakat menulis


dengan menggunakan bahasa yang tepat, teratur dan gramatis secara
kreatif.

2.3 Menyemai minat murid terhadap bidang penulisan bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris.

3.0 Kategori pertandingan


Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah dan menengah
di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Pertandingan ini terbahagi
kepada 4 kategori;

3.1 Sekolah rendah : murid Tahun 3 - 6


3.2 Sekolah menengah rendah : murid Tingkatan 1 – 3
3.3 Sekolah menengah atas : murid Tingkatan 4 – 5
3.4 Kolej/Kelas Tingkatan 6 : murid Tingkatan 6
4.0 Tema
4.1 Tema bagi kategori sekolah rendah dan sekolah menengah rendah
ialah;

4.1.1 Covid-19: Satu Pengajaran (Bahasa Melayu)


4.1.2 Lesson(s) Learnt During The Covid-19 Movement Control
Order (Bahasa Inggeris)

4.2 Tema bagi kategori sekolah menengah atas dan Kolej Tingkatan 6 ialah;

4.2.1 Norma Baharu Pasca Wabak Covid-19 (Bahasa Melayu)


4.2.2 New Norms Post Covid-19 Pandemic (Bahasa Inggeris)

5.0 Syarat-syarat pertandingan


5.1 Setiap murid hanya dibenarkan untuk menghantar satu esei untuk satu
kategori sahaja sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.
5.2 Setiap esei mestilah disertakan dengan borang penyertaan yang
lengkap dan ditandatangani oleh peserta. Pihak penganjur berhak
menolak borang penyertaan yang tidak lengkap.(rujuk muka surat akhir)
5.3 Esei mestilah karya murid sendiri, belum pernah disiarkan oleh mana-
mana penerbitan dan tidak diplagiat daripada sumber-sumber lain.
Karya plagiat atau terjemahan akan dibatalkan penyertaan dengan
serta merta.
5.4 Karya tidak boleh mengandungi unsur-unsur negatif serta menyentuh
sensitiviti bangsa, agama dan kaum mana-mana pihak.
5.5 Format penulisan esei
5.5.1 Esei mestilah dilengkapi dengan tajuk sahaja. Sebarang
penyataan maklumat peribadi perlu dilengkapkan dalam borang
penyertaan.
5.5.2 Esei mestilah ditaip menggunakan fon Times New Roman, 12
dan dalam jarak langkau 1.5 (1.5 spacing).
5.5.3 Esei yang telah ditaip hendaklah dihantar dalam bentuk pdf
kepada guru sekolah masing-masing. Atau boleh terus hantar
ke emel berikut.
5.5.4 Pihak sekolah akan menghantar esei murid melalui pautan yang
akan dimaklumkan
emel seperti berikut. oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri bagi
penjurian peringkat daerah dan negeri.
(BAGI DAERAH LMS SILA HANTAR MELALUI ALAMAT
EMEL: 'osmanbrahim@gmail.com' sebelum atau pada 24 Julai 2020
5.5 Had perkataan adalah mengikut kategori pertandingan;
i) Sekolah rendah 250 hingga 350 patah perkataan

ii) Sekolah menengah 400 hingga 500 patah perkataan


rendah
iii) Sekolah menengah atas 750 hingga 1,000 patah perkataan

iv) Tingkatan enam 1,000 hingga 1,300 patah


perkataan

5.6 Penyuntingan esei adalah tidak dibenarkan di semua peringkat


pertandingan setelah dihantar. Karangan yang sama yang telah ditulis
di peringkat sekolah akan dihantar tanpa suntingan ke peringkat daerah
dan negeri dan seterusnya ke peringkat kebangsaan.

5.7 Setiap esei yang dihantar tidak akan dikembalikan kepada penulis dan
pihak penganjur berhak untuk mencetak dan menerbitkan esei-esei
yang memenangi pertandingan ini. Walau bagaimanapun, hak cipta
kekal menjadi milik penulis.

5.8 Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk


tuntutan berkaitan dengan plagiarisme terhadap peserta oleh mana-
mana pihak yang berkaitan.

6.0 Keputusan pertandingan


6.1 Esei akan disemak oleh panel pemeriksa yang dilantik oleh pihak KPM
mengikut peringkat pertandingan.
6.2 Markah akan diperuntukkan mengikut rubrik pemarkahan yang telah
ditetapkan:-
i) Isi kandungan - 50 markah
ii) Bahasa - 50 markah
6.3 Pemenang akan ditentukan berdasarkan undi majoriti yang dibuat oleh
panel pemeriksa secara kolektif.
6.4 Markah individu adalah sulit dan tidak akan didedahkan.
6.5 Keputusan panel pemeriksa adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak
akan dilayan.
6.6 Sekiranya urus setia mendapati peserta melanggar syarat 5.3 selepas
keputusan diumumkan, urus setia berhak menarik kembali hadiah
pertandingan.
7.0 Hadiah dan penghargaan
7.1 Setiap peserta akan menerima sijil penyertaan mengikut tahap
penyertaan murid.
7.2 Setiap pemenang akan menerima hadiah dan sijil pencapaian megikut
tahap pencapaian murid.

…………………………………………………………………………………………………..
Kertas konsep ini sah untuk tahun 2020 sehingga pemberitahuan atau semakan lebih
lanjut dari pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan boleh digunakan di semua
peringkat untuk pertandingan yang dianjurkan oleh KPM. Pertandingan akan
mematuhi peraturan di atas sahaja.

Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian,


Kementerian Pendidikan Malaysia
BORANG PENYERTAAN
* Sila pastikan pada muka surat depan esei disediakan kulit yang lengkap dengan:
1. Kategori Esei:
1. Kategori
2. Bahasa Bahasa
MelayuInggeris / Melayu:
/ Inggeris:
2. Kategori SR/Men Ren/Men Atas/Tg 6:
3. Tema esei:
3. Nama peserta:
4. TajukKelas
4. Nama esei:
5. Namasekolah:
5. Nama Peserta:
6. Alamat
Nama Sekolah:
Rumah
7. Emel:
7. Nama Daerah: LMS
8. No. tel hp:
8. No.Tel yang mudah dihubungi:
9.Tema esei:
9. Alamat emel:
Sila hantar esei ini sebelum atau pada 24 Julai 2020 melalui: 'osmanbrahim@gmail.com'

Penyertaan bertaraf peringkat daerah dan akan menerima sijil penyertaan.


Peserta yang mendapat tempat akan dihubungi.

You might also like