You are on page 1of 7

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN

MENULIS ESEI BAHASA MELAYU


TAHUN 2022

(EDISI DALAM TALIAN)

Anjuran
Pejabat Pendidikan Daerah Lawas
PERTANDINGAN MENULIS ESEI

1.0 PENDAHULUAN
Esei merupakan karangan pendek berbentuk formal dan tidak formal yang
menggariskan perspektif atau cerita daripada sudut pandangan penulis.
Pertandingan ini memberi ruang dan peluang kepada murid-murid sekolah untuk
berkongsi pendapat, cerita, perasaan dan pengalaman mereka secara kreatif
melalui penulisan esei mengikut tema yang telah ditetapkan.

2.0 OBJEKTIF PERTANDINGAN


2.1 Meningkatkan penguasaan kemahiran menulis murid dalam bahasa
Melayu.
2.2 Menyediakan wadah kepada murid untuk menonjolkan bakat menulis
dengan menggunakan bahasa yang tepat, teratur, gramatis secara
berseni dan kreatif.
2.3 Menyemai minat murid terhadap bidang penulisan bahasa Melayu.

3.0 KATEGORI PERTANDINGAN


Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah dan menengah di
bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pertandingan ini terbahagi
kepada 1 kategori;

Sekolah Rendah : Murid Tahun 4 - 6

4.0 TEMA
Tema bagi setiap kategori akan diberikan oleh pihak penganjur.

Sekolah Rendah : Jati Diri Anak-Anak Bermula Di Rumah


Cabaran dan Harapan

2
5.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
5.1 Penyertaan terbuka kepada murid-murid sekolah rendah dan
sekolah menengah warganegara Malaysia sama ada di Sekolah
Rendah/Menengah Kebangsaan, Sekolah Rendah/Menengah Bantuan
Kerajaan, Sekolah Rendah/Menengah Agama Negeri dan Sekolah
Agama Bantuan Kerajaan.
5.2 Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar satu (1) esei sahaja.
5.3 Setiap esei mestilah disertakan dengan borang penyertaan yang lengkap
dan ditandatangani oleh peserta. Pihak penganjur berhak menolak borang
penyertaan yang tidak lengkap.
5.4 Esei mestilah karya murid sendiri, belum pernah disiarkan oleh mana-
mana penerbitan dan tidak diplagiat daripada sumber-sumber lain. Karya
plagiat atau terjemahan akan dibatalkan penyertaan dengan serta merta.

5.5 Karya tidak boleh mengandungi unsur-unsur negatif serta menyentuh


sensitiviti bangsa, agama dan kaum mana-mana pihak.
5.6 Format penulisan esei:
5.6.1 Esei mestilah dilengkapi dengan tajuk sahaja. Sebarang
penyataan maklumat peribadi perlu dilengkapkan dalam borang
penyertaan (Google Form).
5.6.2 Esei mestilah ditaip menggunakan fonts Times New Roman,
bersaiz dua belas (12) dan dalam jarak langkau 1.5 sahaja (1.5
spacing).

5.6.3 Esei yang telah ditaip hendaklah dihantar dalam bentuk PDF untuk
dimuat naik ke Google Form pendaftaran.
5.6.4 Pihak sekolah akan menghantar karya murid melalui pautan yang
akan dimaklumkan oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah/ Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN) bagi penjurian peringkat negeri.
5.6.5 Had perkataan mengikut kategori pertandingan:

i. Sekolah rendah : 250 hingga 350 patah perkataan

5.7 Penyuntingan esei adalah tidak dibenarkan di semua peringkat


pertandingan setelah dihantar. Karangan yang sama yang telah ditulis di

3
peringkat sekolah akan dihantar tanpa suntingan ke peringkat daerah dan
negeri dan seterusnya ke peringkat kebangsaan.
5.8 Setiap PPD akan menghantar tiga (3) esei terbaik dalam setiap
kategori yang dipertandingkan ke peringkat negeri.
5.9 Setiap esei yang dihantar tidak akan dikembalikan kepada penulis dan
pihak penganjur berhak untuk mencetak dan menerbitkan esei-esei yang
memenangi pertandingan ini. Walau bagaimanapun, hak cipta kekal
menjadi milik penulis.
5.10 Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan
berkaitan dengan plagiarisme terhadap peserta oleh mana-mana pihak
yang berkaitan.

6.0 KEPUTUSAN PERTANDINGAN


6.1 Esei akan disemak oleh panel hakim yang dilantik oleh pihak pengelola di
peringkat daerah dan pihak KPM mengikut peringkat pertandingan.

6.2 Markah akan diperuntukkan mengikut rubrik pemarkahan yang telah


ditetapkan:

i. Isi kandungan : 50 markah


ii. Bahasa : 50 markah

6.3 Pemenang akan ditentukan berdasarkan undi majoriti yang dibuat oleh
panel hakim secara kolektif.
6.4 Markah individu adalah sulit dan tidak akan didedahkan.
6.5 Panel hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.
6.6 Sekiranya urus setia mendapati peserta melanggar syarat 5.3 selepas
keputusan diumumkan, urus setia berhak menarik kembali hadiah
pertandingan.

4
7.0 HAK MILIK VIDEO

Pihak JPN/KPM berhak menyiarkan rakaman video pertandingan atau karya


penulisan di mana-mana platform bagi tujuan hebahan atau pendidikan.

8.0 TARIKH DAN TEMPAT

TARIKH : 1 -16 Mei 2022


(Tarikh Penghantaran bahan video ke PPD/ Pengelola)

TEMPAT : Secara dalam talian

PENGELOLA : ZON B

5
9.0 HADIAH/ SIJIL

BIL. PERKARA CATATAN


1. Johan Hadiah dan Sijil Pencapaian
2. Naib Johan Hadiah dan Sijil Pencapaian
3. Tempat Ketiga Hadiah dan Sijil Pencapaian
4. Tempat Keempat Sijil Pencapaian
5. Tempat Kelima Sijil Pencapaian

10.0 AM

10.1 Konsep pertandingan peringkat negeri ini adalah selaras dengan konsep
pertandingan peringkat kebangsaan tahun 2021.
10.2 Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Jabatan Pendidikan Negeri
Sarawak.

Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum)


Sektor Pembangunan Murid
Pejabat Pendidikan Daerah Lawas

6
BORANG PENDAFTARAN PERTANDINGAN MENULIS ESEI BAHASA MELAYU 2022

A. MAKLUMAT PESERTA
Nama Peserta :
No. MyKad/ Kad Pengenalan :
Tarikh Lahir : Umur:
Jantina : Bangsa:
No. Telefon Bimbit :
E-mel :

Alamat Surat-menyurat :

Nama dan Alamat Sekolah :

Tahun :
Tajuk Esei :

B. MAKLUMAT GURU PEMBIMBING

Nama Guru Pembimbing :


No. Telefon Bimbit :
E-mel :

C. PENGESAHAN GURU BESAR

Dengan ini disahkan bahawa murid di atas adalah murid sekolah kami:

Tandatangan Guru Besar :

Cap Sekolah :
No. Tel. :

You might also like