You are on page 1of 4

KEMENTERIAN-PENDIDlKAN MALAYSIA

Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Tel :03-55186500


Jalan Jambu Bol 4/3E, Seksyen 4 fuks : 03-5510 2133
40604 Shah.Alam, Selangor Laman Web: jpnselangor: moe.gov. my

Ruj. Kami : JPNS.SPM.600-3/5/16 (n)


Tarikh Jun 2020 : %
Pengetua/Guru Besar
Sekolah-sekolah Negeri Selangor

Tuan,

PERTANDINGAN MENGARANG SAJAK BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS


ANJURAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Selangor akan


menganjurkan Pertandingan Mengarang Sajak Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris tahun
2020. Kedua-dua aktiviti ini merupakan inisiatif di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu
dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

3. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah dan menengah di bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia seluruh negeri Selangor. Pertandingan ini terbahagi kepada
4 kategori seperti berikut:

Sekolah Menengah Rendah


Sekolah Menengah Atas
Kolej/Kelas Tingkatan 6

4. Tempoh pertandingan adalah daripada 1 Julai 2020 sehingga 24 Julai 2020.


Penyertaan adalah terbuka kepada satu (1) penyertaan bagi setiap kategori untuk setiap
sekolah. Sila rujuk lampiran 1 untuk syarat-syarat pertandingan. Tema bagi pertandingan
menulis esei adalah seperti berikut:

4.1 Tema bagi kategori sekolah rendah dan sekolah menengah rendah ialah;
4.1.1 Wira Hari Ini (Bahasa Melayu)
4.1.2 Hero(es) of Today (Bahasa Inggeris)
4.2 Tema bagi kategori sekolah menengah atas dan Kolej Tingkatan 6 ialah;
4.2.1 Esok Yang Baharu (Bahasa Melayu)
4.2.2 A New Tomorrow (Bahasa Inggeris)

5. Penghantaran penyertaan sekolah-sekolah adalah melalui pautan Jabatan Pendidikan


Negeri Selangor seperti berikut:
https:llbit.ly/BORANGESEISAJAKONLINE

" JabatanPendldlkan SelangorTerbilang"

certlftedto IS09001:2015 Certtftedlo IS09001:2015 Certified10 1509001:2015


certNQ :AR3375 CanNa :AR3375 CertNo :AA3375
6. Sersama-sama ini disertakan pautan kepada Kertas Konsep Pertandingan
Mengarang Sajak Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk perhatian dan tindakan pihak
tuan.
https:llbit.ly/KERTASKONSEPSAJAKONLINE

7. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas, sila hubungi Encik Muhammad


Hazwan bin Kayun I Encik Imanuddin Sa'dun, Unit Pembangunan Sakat Murid, Jabatan
Pendikan Negeri Selangor melalui talian 03-55138242. Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan
amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

~ '0?\
(HAJIWBIN ISMAIL,(;P., P.J.K)
Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Selangor

s.k. Pegawai Pendidikan Daerah, Negeri Selangor


Lampiran 1

Syarat-syarat pertandingan

1.0 Setiap murid hanya dibenarkan untuk menghantar satu sajak untuk satu kategori sahaja
sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.

2.0 Setiap sajak mestilah disertakan dengan borang penyertaan yang lengkap dan
ditandatangani oleh peserta. Pihak penganjur berhak menolak borang penyertaan yang tidak
lengkap.

3.0 Sajak mestilah karya murid sendiri, belum pernah disiarkan oleh mana- mana penerbitan
dan tidak diplagiat daripada sumber-sumber lain. Karya plagiat atau terjemahan akan
dibatalkan penyertaan dengan serta merta.

4.0 Karya tidak boleh mengandungi unsur-unsur negatif serta menyentuh sensitiviti bangsa,
agama dan kaum mana-mana pihak.

5.0 Format penulisan sajak

5.1 Sajak mestilah dilengkapi dengan tajuk sahaja. Sebarang penyataan maklumat
peribadi perlu dilengkapkan dalam borang penyertaan.

5.2 Sajak mestilah ditaip menggunakan fon Times New Roman, 12 dan dalam jarak
langkau 1.5 (1.5 spacing).

5.3 Sajak yang telah ditaip hendaklah dihantar dalam bentuk pdf kepada guru sekolah
masing-masing. Sajak hendaklah disimpan (Save As) dan dihantar mengikut format
berikut:
Contoh: NAMAPPD.KA TEGORI.TAJUK.KODSEKOLAH

PPDSABAKBERNAM.SAJAKSR.NORMABAHARU.BBA6021
5.4 Pihak sekolah akan menghantar sajak murid melalui pautan pihak Jabatan
Pendidikan Negeri bagi penjurian peringkat daerah dan negeri.

5.5 Had perkataan adalah mengikut kategori pertandingan;

i) Sekolah rendah -12 hingga 16 baris


ii) Sekolah menengah rendah - 12 hingga 20 baris
iii) Sekolah menengah atas -16 hingga 24 baris
iv) Tingkatan enam - 16 hingga 24 baris

5.6 Penyuntingan sajak adalah tidak dibenarkan di semua peringkat pertandingan


setelah dihantar. Sajak yang sama yang telah ditulis di peringkat sekolah akan dihantar
tanpa suntingan ke peringkat daerah dan negeri dan seterusnya ke peringkat
kebangsaan.

5.7 Setiap sajak yang dihantar tidak akan dikembalikan kepada penulis dan pihak
penganjur berhak untuk mencetak dan menerbitkan sajak-sajak yang memenangi
pertandingan ini. Walau bagaimanapun, hak cipta kekal menjadi milik penulis.

5.8 Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan
berkaitan dengan plagiarisme terhadap peserta oleh mana- mana pihak yang berkaitan.

6.0 Keputusan pertandingan

6.1 Sajak akan disemak oleh panel pemeriksa yang dilantik oleh pihak KPM
mengikut peringkat pertandingan.

6.2 Markah akan diperuntukkan mengikut rubrik pemarkahan yang telah ditetapkan:-

i) lsi kandungan - 50 markah


ii) Bahasa - 50 markah

6.3 Pemenang akan ditentukan berdasarkan undi majoriti yang dibuat oleh panel
pemeriksa secara kolektif.

6.4 Markah individu adalah sulit dan tidak akan didedahkan.

6.5 Keputusan panel pemeriksa adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan
dilayan.

6.6 Sekiranya urus setia mendapati peserta melanggar syarat 3.0 selepas keputusan
diumumkan, urus setia berhak menarik kembali hadiah pertandingan.

You might also like