You are on page 1of 92

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN

MENGARANG SAJAK DAN

MENULIS ESEI BAHASA MELAYU
TAHUN 2021

(EDISI DALAM TALIAN)

Anjuran:
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pendidikan Malaysia
PERTANDINGAN MENGARANG SAJAK

1.0 PENDAHULUAN
Sajak dikenali sebagai puisi Melayu moden yang merupakan karangan berangkap
berbentuk bebas. Karya sastera ini menggunakan suasana bahasa yang indah
dalam mengungkapkan perasaan dan melafazkan fikiran berkaitan aspek
kehidupan. Pertandingan ini memberi ruang dan peluang kepada murid-murid
sekolah untuk berkongsi pendapat, cerita, perasaan dan pengalaman mereka
secara kreatif melalui karangan sajak mengikut tema yang telah ditetapkan.

2.0 OBJEKTIF PERTANDINGAN

2.1 Meningkatkan penguasaan kemahiran menulis murid dalam bahasa
Melayu.
2.2 Menyediakan wadah kepada murid untuk menonjolkan bakat menulis
dengan menggunakan bahasa yang tepat, teratur, gramatis secara berseni
dan kreatif.
2.3 Menyemai minat murid terhadap bidang penulisan sajak bahasa Melayu.

3.0 KATEGORI PERTANDINGAN

Pertandingan ini terbuka kepada murid sekolah rendah dan menengah di bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pertandingan ini terbahagi kepada
empat (4) kategori;
Sekolah Rendah : Murid Tahun 4 - 6
Sekolah Menengah Rendah : Murid Tingkatan 1 - 3
Sekolah Menengah Atas : Murid Tingkatan 4 - 5
Kolej/Kelas Tingkatan 6 : Murid Tingkatan 6

3
4.0 TEMA
Semua tema bagi setiap kategori akan diberikan oleh pihak penganjur.

Sekolah Rendah : Jejak-Jejak Kejayaan

Sekolah Menengah Rendah : Negara Cantik Budaya Menarik
Sekolah Menengah Atas : Sumpah Generasi Merdeka
Kolej/Kelas Tingkatan 6 : Remaja Pewaris Pemimpin Negara

5.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

5.1 Penyertaan terbuka kepada murid-murid sekolah rendah dan sekolah
menengah warganegara Malaysia sama ada di Sekolah
Rendah/Menengah Kebangsaan, Sekolah Rendah/Menengah Bantuan
Kerajaan, Sekolah Rendah/Menengah Agama Negeri dan Sekolah
Agama Bantuan Kerajaan. Manakala, Sekolah Swasta yang berdaftar
dengan KPM dibenarkan menyertai tetapi penyertaan sehingga peringkat
negeri sahaja. Penyertaan ini tidak termasuk Maktab Rendah Sains
Mara (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

5.2 Setiap murid hanya dibenarkan menghantar satu (1) sajak sahaja.
5.3 Setiap sajak mestilah disertakan dengan borang penyertaan yang lengkap
dan ditandatangani oleh peserta. Pihak penganjur berhak menolak borang
penyertaan yang tidak lengkap.
5.4 Sajak mestilah karya murid sendiri, belum pernah disiarkan oleh mana-
mana penerbitan dan tidak diplagiat daripada sumber-sumber lain. Karya
plagiat atau terjemahan akan dibatalkan penyertaan dengan serta merta.

5.5 Karya tidak boleh mengandungi unsur-unsur negatif serta menyentuh

sensitiviti bangsa, agama dan kaum mana-mana pihak.
5.6 Format penulisan sajak:
5.6.1 Sajak mestilah dilengkapi dengan tajuk sahaja. Sebarang penyataan
maklumat peribadi perlu dilengkapkan dalam borang penyertaan.
5.6.2 Sajak mestilah ditaip menggunakan fonts Times New Roman,
bersaiz dua belas (12) dan dalam jarak langkau 1.5 sahaja.

4
5.6.3 Sajak yang telah ditaip hendaklah dihantar dalam bentuk PDF
kepada guru sekolah masing-masing.
5.6.4 Pihak sekolah akan menghantar karya murid melalui pautan yang
akan dimaklumkan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi
penjurian peringkat daerah dan negeri.
5.6.5 Had baris sajak adalah mengikut kategori pertandingan:
i. Sekolah rendah : 12 hingga 16 baris
ii. Sekolah menengah rendah : 12 hingga 20 baris
iii. Sekolah menengah atas : 16 hingga 24 baris
iv. Tingkatan enam : 16 hingga 24 baris
5.7 Penyuntingan sajak adalah tidak dibenarkan di semua peringkat
pertandingan setelah dihantar. Karangan yang sama yang telah ditulis di
peringkat sekolah akan dihantar tanpa suntingan ke peringkat daerah dan
negeri dan seterusnya ke peringkat kebangsaan.
5.8 Setiap JPN diminta menghantar tiga (3) sajak terbaik dalam setiap kategori
yang dipertandingkan ke peringkat kebangsaan.
5.9 Setiap sajak yang dihantar tidak akan dikembalikan kepada penulis dan
pihak penganjur berhak untuk mencetak dan menerbitkan sajak-sajak yang
memenangi pertandingan ini. Walau bagaimanapun, hak cipta kekal
menjadi milik penulis.
5.10 Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan
berkaitan dengan plagiarisme terhadap peserta oleh mana-mana pihak
yang berkaitan.

6.0 KEPUTUSAN PERTANDINGAN

6.1 Sajak akan disemak oleh panel hakim yang dilantik oleh pihak KPM
mengikut peringkat pertandingan.
6.2 Markah akan diperuntukkan mengikut rubrik pemarkahan yang telah
ditetapkan:
i. Isi kandungan : 50 markah
ii. Bahasa : 50 markah

5
6.3 Pemenang akan ditentukan berdasarkan undi majoriti yang dibuat oleh
panel hakim secara kolektif.
6.4 Markah individu adalah sulit dan tidak akan didedahkan.
6.5 Panel hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.
6.6 Sekiranya urus setia mendapati peserta melanggar syarat 5.3 selepas
keputusan diumumkan, urus setia berhak menarik kembali hadiah
pertandingan.

7.0 HADIAH DAN PENGHARGAAN

7.1 Setiap peserta akan menerima sijil penyertaan mengikut tahap penyertaan
murid.
7.2 Setiap pemenang akan menerima hadiah dan sijil pencapaian mengikut
tahap pencapaian murid.

8.0 HAL-HAL YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang
pengecualian mengenai pematuhan syarat-syarat pertandingan atau semua
perkara di luar jangka atau mengenai tafsiran akan diputuskan oleh pihak
Jawatankuasa Pengelola pertandingan yang mana keputusan adalah muktamad.

6
PERTANDINGAN MENULIS ESEI

1.0 PENDAHULUAN
Esei merupakan karangan pendek berbentuk formal dan tidak formal yang
menggariskan perspektif atau cerita daripada sudut pandangan penulis.
Pertandingan ini memberi ruang dan peluang kepada murid-murid sekolah untuk
berkongsi pendapat, cerita, perasaan dan pengalaman mereka secara kreatif
melalui penulisan esei mengikut tema yang telah ditetapkan.

2.0 OBJEKTIF PERTANDINGAN

2.1 Meningkatkan penguasaan kemahiran menulis murid dalam bahasa
Melayu.
2.2 Menyediakan wadah kepada murid untuk menonjolkan bakat menulis
dengan menggunakan bahasa yang tepat, teratur, gramatis secara berseni
dan kreatif.
2.3 Menyemai minat murid terhadap bidang penulisan bahasa Melayu.

3.0 KATEGORI PERTANDINGAN

Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah dan menengah di
bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pertandingan ini terbahagi
kepada empat (4) kategori;
Sekolah Rendah : Murid Tahun 4 - 6
Sekolah Menengah Rendah : Murid Tingkatan 1 - 3
Sekolah Menengah Atas : Murid Tingkatan 4 - 5
Kolej/Kelas Tingkatan 6 : Murid Tingkatan 6

7
4.0 TEMA
Semua tema bagi setiap kategori akan diberikan oleh pihak penganjur.

Sekolah Rendah : Jati Diri Anak-Anak Bermula Di Rumah

Sekolah Menengah Rendah : Rumah Terbuka Masyarakat Sejahtera
Sekolah Menengah Atas : Seikat Bagai Sirih, Serumpun Bagai
Serai
Kolej/Kelas Tingkatan 6 : Pembelajaran Secara Dalam Talian
Cabaran dan Harapan

5.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

5.1 Penyertaan terbuka kepada murid-murid sekolah rendah dan sekolah
menengah warganegara Malaysia sama ada di Sekolah
Rendah/Menengah Kebangsaan, Sekolah Rendah/Menengah Bantuan
Kerajaan, Sekolah Rendah/Menengah Agama Negeri dan Sekolah
Agama Bantuan Kerajaan. Manakala, Sekolah Swasta yang berdaftar
dengan KPM dibenarkan menyertai tetapi penyertaan sehingga peringkat
negeri sahaja. Penyertaan ini tidak termasuk Maktab Rendah Sains
Mara (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

5.2 Setiap murid hanya dibenarkan menghantar satu (1) esei sahaja.
5.3 Setiap esei mestilah disertakan dengan borang penyertaan yang lengkap
dan ditandatangani oleh peserta. Pihak penganjur berhak menolak borang
penyertaan yang tidak lengkap.
5.4 Esei mestilah karya murid sendiri, belum pernah disiarkan oleh mana-mana
penerbitan dan tidak diplagiat daripada sumber-sumber lain. Karya plagiat
atau terjemahan akan dibatalkan penyertaan dengan serta merta.

5.5 Karya tidak boleh mengandungi unsur-unsur negatif serta menyentuh

sensitiviti bangsa, agama dan kaum mana-mana pihak.
5.6 Format penulisan esei:
5.6.1 Esei mestilah dilengkapi dengan tajuk sahaja. Sebarang penyataan
maklumat peribadi perlu dilengkapkan dalam borang penyertaan.

8
5.6.2 Esei mestilah ditaip menggunakan fonts Times New Roman, bersaiz
dua belas (12) dan dalam jarak langkau 1.5 sahaja.
5.6.3 Esei yang telah ditaip hendaklah dihantar dalam bentuk PDF kepada
guru sekolah masing-masing.
5.6.4 Pihak sekolah akan menghantar karya murid melalui pautan yang
akan dimaklumkan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi
penjurian peringkat daerah dan negeri.
5.6.5 Had perkataan mengikut kategori pertandingan:
i. Sekolah rendah : 250 hingga 350 patah perkataan
ii. Sekolah menengah rendah : 400 hingga 500 patah perkataan

iii. Sekolah menengah atas : 750 hingga 1,000 patah perkataan

iv. Tingkatan enam : 1,000 hingga 1,300 patah

5.7 Penyuntingan esei adalah tidak dibenarkan di semua peringkat

pertandingan setelah dihantar. Karangan yang sama yang telah ditulis di
peringkat sekolah akan dihantar tanpa suntingan ke peringkat daerah dan
negeri dan seterusnya ke peringkat kebangsaan.
5.8 Setiap JPN diminta menghantar tiga (3) esei terbaik dalam setiap kategori
yang dipertandingkan ke peringkat kebangsaan.
5.9 Setiap esei yang dihantar tidak akan dikembalikan kepada penulis dan
pihak penganjur berhak untuk mencetak dan menerbitkan esei-esei yang
memenangi pertandingan ini. Walau bagaimanapun, hak cipta kekal
menjadi milik penulis.
5.10 Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan
berkaitan dengan plagiarisme terhadap peserta oleh mana-mana pihak
yang berkaitan.

6.0 KEPUTUSAN PERTANDINGAN

6.1 Esei akan disemak oleh panel hakim yang dilantik oleh pihak KPM mengikut
peringkat pertandingan.

6.2 Markah akan diperuntukkan mengikut rubrik pemarkahan yang telah

ditetapkan:

9
i. Isi kandungan : 50 markah
ii. Bahasa : 50 markah

6.3 Pemenang akan ditentukan berdasarkan undi majoriti yang dibuat oleh
panel hakim secara kolektif.
6.4 Markah individu adalah sulit dan tidak akan didedahkan.
6.5 Panel hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.
6.6 Sekiranya urus setia mendapati peserta melanggar syarat 5.3 selepas
keputusan diumumkan, urus setia berhak menarik kembali hadiah
pertandingan.

7.0 HADIAH DAN PENGHARGAAN

7.1 Setiap peserta akan menerima sijil penyertaan mengikut tahap penyertaan
murid.
7.2 Setiap pemenang akan menerima hadiah dan sijil pencapaian mengikut
tahap pencapaian murid.

8.0 HAL-HAL YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang
pengecualian mengenai pematuhan syarat-syarat pertandingan atau semua
perkara di luar jangka atau mengenai tafsiran akan diputuskan oleh pihak
Jawatankuasa Pengelola pertandingan yang mana keputusan adalah muktamad.

10
KERTAS KONSEP
KARNIVAL BAHASA MELAYU

PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK

TAHUN 2021

(EDISI DALAM TALIAN)

Anjuran:
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pendidikan Malaysia
PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK

1.0 PENGENALAN

Sajak ialah puisi moden yang berbentuk karangan berangkap, berbentuk bebas
dan tidak terikat pada jumlah baris, perkataan sebaris, suku kata sebaris,
rangkap, rima dan sebagainya. Deklamasi sajak membawa makna membaca
sesuatu hasil sastera yang berbentuk puisi dengan lagu atau gerak tubuh
sebagai alat bantu. Gerak yang dimaksudkan ialah gerak alat bantu yang puitis,
yang seirama dengan isi bacaan.

2.0 OBJEKTIF PERTANDINGAN

2.1 Mencungkil bakat baharu dalam bidang deklamasi puisi.

2.2 Memberikan ruang dan pendedahan kepada golongan remaja untuk
mengetengahkan bakat mereka dalam bidang pengucapan sastera, sekali
gus membina keterampilan dan jati diri bangsa.
2.3 Memupuk minat dan kecintaan terhadap terhadap bahasa dan sastera
Melayu, khususnya puisi.

3.0 KATEGORI PERTANDINGAN

Pertandingan ini terbuka kepada murid sekolah rendah dan menengah di
bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pertandingan ini terbahagi
kepada empat (4) kategori;
Sekolah Rendah : Murid Tahun 4 - 6
Sekolah Menengah Rendah : Murid Tingkatan 1 - 3
Sekolah Menengah Atas : Murid Tingkatan 4 - 5
Kolej/Kelas Tingkatan 6 : Murid Tingkatan 6

4.0 TEMA
Terima Kasih Adiwira Negara

5.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

5.1 Penyertaan terbuka kepada murid-murid sekolah rendah dan sekolah

menengah warganegara Malaysia sama ada di Sekolah
Rendah/Menengah Kebangsaan, Sekolah Rendah/Menengah Bantuan
Kerajaan, Sekolah Rendah/Menengah Agama Negeri dan Sekolah
Agama Bantuan Kerajaan. Manakala, Sekolah Swasta yang berdaftar
dengan KPM dibenarkan menyertai tetapi penyertaan sehingga peringkat
negeri sahaja. Penyertaan ini tidak termasuk Maktab Rendah Sains
Mara (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

2
5.2 Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu melalui pihak sekolah
dan mendapat kebenaran daripada ibu bapa.
5.3 Setiap Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) hanya boleh menghantar seorang
peserta deklamasi sajak.
5.4 Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu menggunakan borang
penyertaan yang disediakan oleh urus setia dan dihantar mengikut tarikh
yang ditetapkan.

6.0 PELAKSANAAN PERTANDINGAN

6.1 Johan peringkat negeri akan mewakili negeri ke pertandingan peringkat

kebangsaan.
6.2 Jawatankuasa pertandingan peringkat negeri hendaklah menetapkan
tarikh dan seterusnya memaklumkan mengenai keputusan pertandingan
kepada urus setia di peringkat kebangsaan.
6.3 Peserta yang menyertai pertandingan peringkat negeri akan diberikan sijil
penyertaan oleh pihak JPN.

7.0 KAEDAH PERTANDINGAN

Pertandingan akan diadakan secara dalam talian. Peserta perlu memuat naik
rakaman video persembahan sajak masing-masing berserta nama, nama
sekolah, tajuk sajak dan tanda pagar (hastag) yang sudah ditetapkan mengikut
JPN masing-masing.

8.0 PEMILIHAN SAJAK

8.1 Penganjur pertandingan akan menyediakan tema sajak mengikut kategori

pertandingan. Berdasarkan tema tersebut peserta dikehendaki mencipta
sajak yang panjangnya tidak lebih tiga puluh (30) baris sahaja.
8.2 Sajak yang akan disampaikan pada peringkat negeri dan kebangsaan
hendaklah berdasarkan senarai tema sajak yang telah disediakan.
Penyampaian sajak selain daripada tema yang disenaraikan akan
menyebabkan penyertaan peserta terbatal.
8.3 Pada pertandingan peringkat negeri, peserta boleh menyampaikan satu
sajak berdasarkan tema yang telah disenaraikan oleh urus setia.
8.4 Pada pertandingan peringkat kebangsaan, pihak penganjur membenarkan
peserta menggunakan tema sajak yang sama kepada peserta yang
menjadi johan peringkat negeri.

3
9.0 PERATURAN PERTANDINGAN

9.1 Peraturan Am
a) Peserta pada peringkat negeri hendaklah mencipta dan
mendeklamasikan sajak berdasarkan tema sajak yang telah
disenaraikan oleh pihak penganjur. Teks hendaklah dihantar
bersama-sama rakaman yang telah dibuat.
b) Peserta tidak dibenarkan menggunakan muzik latar.
c) Durasi persembahan sajak tidak melebihi lima belas (15) minit.
Persembahan yang melebihi masa yang ditetapkan akan dipotong
lima (5) markah daripada markah keseluruhan.
d) Aspek kreativiti video juga akan dikira di dalam pemarkahan tetapi
tidak dibenarkan mengedit dari segi pengadun alih suara
(dubbing), segerak suara (miming) atau mengadakan kesan bunyi
(sound effect).
e) Perlakuan yang kurang sopan semasa di atas pentas adalah
dilarang.
f) Peserta yang melanggar mana-mana peraturan di atas akan
dibatalkan penyertaannya serta-merta.
g) Setiap peserta perlu memberi jaminan bahawa apa-apa bahan
penerbitan semasa menghasilkan video tidak melanggar mana-
mana hak cipta yang ada dan tidak melanggar mana-mana
undang-undang atau yang mengaibkan. Sekiranya berlaku
kemungkiran jaminan ini, penganjur tidak akan bertanggungjawab
dan segala kerugian ditanggung oleh peserta.
h) Pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang
masalah yang melibatkan penghantaran video dan masalah video
tidak berfungsi.
i) Video yang dihasilkan hendaklah belum pernah disiarkan atau
digunakan untuk menyertai mana-mana pertandingan.
j) Peserta tidak dibenarkan merujuk teks.
k) Peserta dibenarkan memakai kostum atau pakaian yang
bersesuaian dengan tema sajak.

9.2 Peraturan Semasa Rakaman

a) Peserta dikehendaki menyampaikan persembahan di hadapan
kamera (komputer, telefon pintar atau peranti lain) dengan jelas
merangkumi aspek visual dan audio. Format video hendaklah dibuat
syot penuh (full shot) dan hendaklah dirakam secara melintang
dalam format AVI atau MP4 dengan resolusi 1080P/720P serta
dihantar dalam bentuk pautan kepada negeri penganjur.
b) Wajah peserta hendaklah jelas (tidak terlindung). Elakkan zum dekat
(zoom in) dan zum jauh (zoom out) semasa sedang merakam video.

4
c) Peserta dikehendaki memastikan audio rakaman kedengaran jelas
dan tidak terganggu oleh bunyi persekitaran seperti bunyi kipas,
bunyi kenderaan dan sebagainya.
d) Pencahayaan latar video mestilah baik dan tidak gelap.
e) Peserta hendaklah menghafal teks sajak. Penggunaan telepandu
(teleprompter) adalah tidak dibenarkan.

10.0 PENGHAKIMAN

10.1 Tiga (3) orang hakim akan menghakimi pertandingan peringkat negeri dan
peringkat kebangsaan, termasuk ketua hakim.
10.2 Hakim pertandingan peringkat negeri boleh terdiri daripada guru bahasa
Melayu, guru Sastera dan pegawai pendidikan jabatan pendidikan negeri,
Munsyi Dewan (Bahasa), penggiat sastera atau pegawai KPM.
10.3 Markah yang diberikan untuk aspek yang dinyatakan di atas adalah
muktamad tiada kelemahan dalam deklamasi sajak. Markah akan dipotong
jika terdapat kelemahan seperti yang dinyatakan di bawah:
i. Peserta yang membaca teks tidak layak untuk diumumkan sebagai
pemenang pada semua peringkat pertandingan walaupun mampu
mendeklamasikan sajak dengan baik.
ii. Mengubah teks sajak daripada teks asal yang telah dihantar.
iii. Tersasul atau tersilap menyebut perkataan dalam rangkap sajak.
iv. Tertinggal perkataan tertentu dalam rangkap sajak.
v. Mengulang bait yang sama dalam rangkap sajak.
vi. Mengulang rangkap sajak yang sama
vii Membuat perlakuan negatif semasa dalam rakaman. Antara
perlakuan negatif termasuklah:
- Ketawa dan tidak serius semasa mendeklamasikan sajak.
- Berkata-kata (selain teks sajak) semasa mendeklamasikan sajak.
- Pergerakan yang keterlaluan.
- Membelakangi hakim dan khalayak semasa mendeklamasikan
sajak.
10.4 Keputusan panel hakim adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan
dilayan..

11.0 ASPEK PEMARKAHAN

Markah akan diperuntukkan mengikut rubrik pemarkahan yang telah ditetapkan:

i. Suara : 70 markah
ii. Gaya dan Teknik : 30 markah

5
12.0 TINDAKAN

Pihak penganjur dan KPM berhak membatalkan penyertaan kumpulan yang

melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam kertas konsep.

13.0 HAK MILIK VIDEO

Pihak KPM berhak menyiarkan rakaman video pertandingan di mana-mana

platform bagi tujuan hebahan atau pendidikan.

14.0 HAL-HAL YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang
pengecualian mengenai pematuhan syarat-syarat pertandingan atau semua
perkara di luar jangka atau mengenai tafsiran akan diputuskan oleh pihak
Jawatankuasa Pengelola pertandingan yang mana keputusan adalah
muktamad.

6
BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK 2021

A. MAKLUMAT PESERTA
Nama Peserta : Sila lampirkan gambar ukuran saiz kad pengenalan

No. Kad Pengenalan : Sila lampirkan salinan kad pengenalan

Tarikh Lahir : Umur:

Jantina : Bangsa:
No. Telefon Bimbit :
E-mel :

Alamat Surat-menyurat :

Nama dan Alamat Sekolah :

Tingkatan :
Tajuk Sajak :
Link URL :

B. MAKLUMAT GURU PEMBIMBING

Nama Guru Pembimbing :

No. Telefon Bimbit :
E-mel :

C. PENGESAHAN PENGETUA

Dengan ini disahkan bahawa pelajar di atas adalah pelajar sekolah kami:

Tandatangan Pengetua :

Cap Sekolah :
No. Tel. :
No. Faks. :

7
KERTAS KONSEP
KARNIVAL BAHASA MELAYU

PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR

TAHUN 2021

(EDISI DALAM TALIAN)

Anjuran:
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pendidikan Malaysia
PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR

1.0 PENGENALAN

Syair tergolong dalam puisi tradisional yang merupakan peninggalan masyarakat

lama yang terus hidup dan berperanan dalam masyarakat semasa. Fungis syair
adalah untuk menyampaikan cerita dan pengajaran serta digunakan juga dalam
kegiatan-kegiatan yang berunsur keagamaan. Dendangan syair membawa
makna membaca sesuatu hasil sastera yang berbentuk puisi dengan lagu atau
gerak tubuh sebagai alat bantu. Gerak yang dimaksudkan ialah gerak alat bantu
yang puitis, yang seirama dengan isi bacaan.

2.0 OBJEKTIF PERTANDINGAN

2.1 Mencungkil bakat baharu dalam bidang dendangan syair.

2.2 Memberikan ruang dan pendedahan kepada golongan remaja untuk
mengetengahkan bakat mereka dalam bidang pengucapan sastera, sekali
gus membina keterampilan dan jati diri bangsa.
2.3 Memupuk minat dan kecintaan terhadap terhadap bahasa dan sastera
Melayu, khususnya syair.

3.0 KATEGORI PERTANDINGAN

Pertandingan ini terbuka kepada murid sekolah rendah dan menengah di bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pertandingan ini terbahagi kepada
empat kategori;
Sekolah Rendah : Murid Tahun 4 - 6
Sekolah Menengah Rendah : Murid Tingkatan 1 - 3
Sekolah Menengah Atas : Murid Tingkatan 4 - 5
Kolej/Kelas Tingkatan 6 : Murid Tingkatan 6

4.0 TEMA
Cinta Anugerahmu

5.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

5.1 Penyertaan terbuka kepada murid-murid sekolah rendah dan sekolah

menengah warganegara Malaysia sama ada di Sekolah
Rendah/Menengah Kebangsaan, Sekolah Rendah/Menengah Bantuan
Kerajaan, Sekolah Rendah/Menengah Agama Negeri dan Sekolah
Agama Bantuan Kerajaan. Manakala, Sekolah Swasta yang berdaftar
dengan KPM dibenarkan menyertai tetapi penyertaan sehingga peringkat
negeri sahaja. Penyertaan ini tidak termasuk Maktab Rendah Sains

2
Mara (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Penyertaan
berbilang kaum amat digalakkan.
5.2 Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu melalui pihak sekolah
dan mendapat kebenaran daripada ibu bapa.
5.3 Setiap Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) hanya boleh menghantar seorang
peserta deklamasi syair.
5.4 Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu menggunakan borang
penyertaan yang disediakan oleh urus setia dan dihantar mengikut tarikh
yang ditetapkan.

6.0 PELAKSANAAN PERTANDINGAN

6.1 Johan peringkat negeri akan mewakili negeri ke pertandingan peringkat

kebangsaan.
6.2 Jawatankuasa pertandingan peringkat negeri hendaklah menetapkan
tarikh dan seterusnya memaklumkan mengenai keputusan pertandingan
kepada urus setia di peringkat kebangsaan.
6.3 Peserta yang menyertai pertandingan peringkat negeri akan diberikan sijil
penyertaan oleh pihak JPN.

7.0 KAEDAH PERTANDINGAN

Pertandingan akan diadakan secara dalam talian. Peserta perlu memuat naik
rakaman video persembahan syair masing-masing berserta nama, nama sekolah,
tajuk syair dan tanda pagar (hastag) yang sudah ditetapkan mengikut JPN masing-
masing.

8.0 PEMILIHAN SYAIR

8.1 Penganjur pertandingan akan menyediakan tema syair mengikut kategori

pertandingan. Berdasarkan tema tersebut peserta dikehendaki mencipta
syair yang panjangnya tidak lebih lima (5) rangkap.
8.2 Syair yang akan disampaikan pada peringkat negeri dan kebangsaan
hendaklah berdasarkan senarai tema syair yang telah disediakan.
Penyampaian syair selain daripada tema yang disenaraikan akan
8.3 menyebabkan penyertaan peserta terbatal.
8.4 Pada pertandingan peringkat negeri, peserta boleh menyampaikan satu (1)
syair berdasarkan tema yang telah disenaraikan oleh urus setia.
8.5 Pada pertandingan peringkat kebangsaan, pihak penganjur membenarkan
peserta menggunakan tema syair yang sama kepada peserta yang menjadi
johan peringkat negeri.

3
8.6 Berikut merupakan irama syair yang dibenarkan:
 Irama Seledang Delima
 Irama Tuk Kenali
 Irama Perantau
 Irama Narasi
 Irama Mayang
 Irama Batu Belah
 Irama Hiasan
 Irama Perindu
 Irama Dodoi
 Irama Dandan Setia

9.0 PERATURAN PERTANDINGAN

9.1 Peraturan Am
a) Peserta pada peringkat negeri hendaklah mencipta dan
mendendangkan syair berdasarkan tema syair yang telah
disenaraikan oleh pihak penganjur. Teks hendaklah dihantar
bersama-sama rakaman yang telah dibuat.
b) Peserta tidak boleh mendendangkan syair dengan iringan alat
muzik.
c) Durasi persembahan syair tidak melebihi lima belas (15) minit.
Persembahan yang melebihi masa yang ditetapkan akan dipotong
lima (5) markah daripada markah keseluruhan.
d) Aspek kreativiti video juga akan dikira di dalam pemarkahan tetapi
tidak dibenarkan mengedit dari segi pengadun alih suara (dubbing),
segerak suara (miming) atau mengadakan kesan bunyi (sound
effect).
e) Perlakuan yang kurang sopan semasa di atas pentas adalah
dilarang.
f) Peserta yang melanggar mana-mana peraturan di atas akan
dibatalkan penyertaannya serta-merta.
g) Setiap peserta perlu memberi jaminan bahawa apa-apa bahan
penerbitan semasa menghasilkan video tidak melanggar mana-
mana hak cipta yang ada dan tidak melanggar mana-mana undang-
undang atau yang mengaibkan. Sekiranya berlaku kemungkiran
jaminan ini, penganjur tidak akan bertanggungjawab dan segala
kerugian ditanggung oleh peserta.
h) Pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang
masalah yang melibatkan penghantaran video dan masalah video
tidak berfungsi.
4
i) Video yang dihasilkan hendaklah belum pernah disiarkan atau
digunakan untuk menyertai mana-mana pertandingan.
j) Peserta tidak dibenarkan merujuk teks.
k) Peserta dibenarkan memakai kostum atau pakaian yang
bersesuaian dengan tema syair.

9.2 Peraturan Semasa Rakaman

a) Peserta dikehendaki menyampaikan persembahan di hadapan
kamera (komputer, telefon pintar atau peranti lain) dengan jelas
merangkumi aspek visual dan audio. Format video hendaklah dibuat
syot penuh (full shot) dan hendaklah dirakam secara melintang dalam
format AVI atau MP4 dengan resolusi 1080P/720P serta dihantar
dalam bentuk pautan kepada negeri penganjur.
b) Wajah peserta hendaklah jelas (tidak terlindung). Elakkan zum dekat
(zoom in) dan zum jauh (zoom out) semasa sedang merakam video.
c) Peserta dikehendaki memastikan audio rakaman kedengaran jelas
dan tidak terganggu oleh bunyi persekitaran seperti bunyi kipas,
bunyi kenderaan dan sebagainya.
d) Pencahayaan latar video mestilah baik dan tidak gelap.
e) Peserta hendaklah menghafal teks syair. Penggunaan telepandu
(teleprompter) adalah tidak dibenarkan.

10.0 PENGHAKIMAN

10.1 Tiga (3) orang hakim akan menghakimi pertandingan peringkat negeri dan
peringkat kebangsaan termasuk ketua hakim.
10.2 Hakim pertandingan peringkat negeri boleh terdiri daripada guru bahasa
Melayu, guru Sastera dan pegawai pendidikan JPN, Munsyi Dewan
(Bahasa), penggiat sastera atau pegawai KPM.
10.3 Markah yang diberikan untuk aspek yang dinyatakan di atas adalah
muktamad tiada kelemahan dalam dendangan syair. Markah akan dipotong
jika terdapat kelemahan seperti yang dinyatakan di bawah:
i. Peserta yang membaca teks tidak layak untuk diumumkan sebagai
pemenang pada semua peringkat pertandingan walaupun mampu
mendendangkan syair dengan baik.
ii. Mengubah teks syair daripada teks asal yang telah dihantar.
iii. Tersasul atau tersilap menyebut perkataan dalam rangkap syair.
iv. Tertinggal perkataan tertentu dalam rangkap syair.
v. Mengulang bait yang sama dalam rangkap syair.
vi. Mengulang rangkap syair yang sama
vii Membuat perlakuan negatif semasa dalam rakaman. Antara perlakuan
negatif termasuklah:
- Ketawa dan tidak serius semasa mendendangkan syair.
- Berkata-kata (selain teks syair) semasa mendendangkan syair.
5
- Pergerakan yang keterlaluan.
- Membelakangi hakim dan khalayak semasa mendendangkan syair.
10.4 Keputusan panel hakim adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan
dilayan..

11.0 ASPEK PEMARKAHAN

Markah akan diperuntukkan mengikut rubrik pemarkahan yang telah ditetapkan:

i. Irama : 35 markah
ii. Suara : 30 markah
iii. Teks : 20 markah
iv. Gaya persembahan : 15 markah

12.0 TINDAKAN

Pihak penganjur dan KPM berhak membatalkan penyertaan kumpulan yang

melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam kertas konsep.

13.0 HAK MILIK VIDEO

Pihak KPM berhak menyiarkan rakaman video pertandingan di mana-mana

platform bagi tujuan hebahan atau pendidikan.

14.0 HAL-HAL YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang
pengecualian mengenai pematuhan syarat-syarat pertandingan atau semua
perkara di luar jangka atau mengenai tafsiran akan diputuskan oleh pihak
Jawatankuasa Pengelola pertandingan yang mana keputusan adalah muktamad.

6
BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR 2021

A. MAKLUMAT PESERTA
Nama Peserta : Sila lampirkan gambar ukuran saiz kad pengenalan

No. Kad Pengenalan : Sila lampirkan salinan kad pengenalan

Tarikh Lahir : Umur:

Jantina : Bangsa:
No. Telefon Bimbit :
E-mel :

Alamat Surat-menyurat :

Nama dan Alamat Sekolah :

Tingkatan :
Tajuk Sajak :
Link URL :

B. MAKLUMAT GURU PEMBIMBING

Nama Guru Pembimbing :

No. Telefon Bimbit :
E-mel :

C. PENGESAHAN PENGETUA

Dengan ini disahkan bahawa pelajar di atas adalah pelajar sekolah kami:

Tandatangan Pengetua :

Cap Sekolah :
No. Tel. :
No. Faks. :

7
KERTAS KONSEP
KARNIVAL BAHASA MELAYU

PERTANDINGAN MENULIS CERPEN

TAHUN 2021

(EDISI DALAM TALIAN)

Anjuran:
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pendidikan Malaysia
PERTANDINGAN MENULIS CERPEN

1.0 PENDAHULUAN
Cerpen merupakan cerita pendek berbentuk formal dan tidak formal yang
menggariskan perspektif atau cerita daripada sudut pandangan penulis.
Pertandingan ini memberi ruang dan peluang kepada murid-murid sekolah untuk
berkongsi pendapat, cerita, perasaan dan pengalaman mereka secara kreatif
melalui penulisan cerpen mengikut tema yang telah ditetapkan.

2.0 OBJEKTIF PERTANDINGAN

2.1 Meningkatkan penguasaan kemahiran menulis murid dalam bahasa
Melayu.
2.2 Menyediakan wadah kepada murid untuk menonjolkan bakat menulis
dengan menggunakan bahasa yang tepat, teratur dan gramatis secara
berseni dan kreatif.
2.3 Menyemai minat murid terhadap bidang penulisan bahasa Melayu.

3.0 KATEGORI PERTANDINGAN

Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah dan menengah di
bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pertandingan ini terbahagi
kepada empat (4) kategori;

Sekolah Rendah : Murid Tahun 3 - 6

Sekolah Menengah Rendah : Murid Tingkatan 1 – 3
Sekolah Menengah Atas : Murid Tingkatan 4 – 5
Kolej/Kelas Tingkatan 6 : Murid Tingkatan 6

2
4.0 TEMA
Sekolah Rendah : Jiranku Prihatin
Sekolah Menengah Rendah : Makbulnya Doa Ibu Bapa
Sekolah Menengah Atas : Manisnya berbudi Bahasa
Kolej/Kelas Tingkatan 6 : Mulut Biar Manis, Hati Biar Jernih

5.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

5.1 Setiap murid hanya dibenarkan menghantar satu cerpen sahaja.
5.2 Setiap cerpen mestilah disertakan dengan borang penyertaan yang
lengkap dan ditandatangani oleh peserta. Pihak penganjur berhak menolak
borang penyertaan yang tidak lengkap.
5.3 Cerpen mestilah karya murid sendiri, belum pernah disiarkan oleh mana-
mana penerbitan dan tidak diplagiat daripada sumber-sumber lain. Cerpen
plagiat atau terjemahan akan dibatalkan penyertaan dengan serta merta.

5.4 Cerpen tidak boleh mengandungi unsur-unsur negatif serta menyentuh

sensitiviti bangsa, agama dan kaum mana-mana pihak.
5.5 Format penulisan cerpen:
5.5.1 Cerpen mestilah dilengkapi dengan tajuk sahaja. Sebarang
penyataan maklumat peribadi perlu dilengkapkan dalam borang
penyertaan.
5.5.2 Cerpen mestilah ditaip menggunakan fon Times New Roman, dua
belas (12) dan dalam jarak langkau 1.5 (1.5 spacing).
5.5.3 Cerpen yang telah ditaip hendaklah dihantar dalam bentuk PDF
kepada guru sekolah masing-masing.
5.5.4 Pihak sekolah akan menghantar cerpen murid melalui pautan yang
akan dimaklumkan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi
penjurian peringkat daerah dan negeri.

3
5.5.5 Had perkataan mengikut kategori pertandingan:
i. Sekolah rendah : 250 hingga 350 patah perkataan
ii. Sekolah menengah rendah : 400 hingga 500 patah perkataan

iii. Sekolah menengah atas : 750 hingga 1,000 patah perkataan

iv. Tingkatan enam : 1,000 hingga 1,300 patah

5.6 Penyuntingan cerpen adalah tidak dibenarkan di semua peringkat

pertandingan setelah dihantar. Karangan yang sama yang telah ditulis di
peringkat sekolah akan dihantar tanpa suntingan ke peringkat daerah dan
negeri dan seterusnya ke peringkat kebangsaan.
5.7 Setiap JPN diminta menghantar tiga cerpen terbaik dalam setiap kategori
yang dipertandingkan ke peringkat kebangsaan.
5.8 Setiap cerpen yang dihantar tidak akan dikembalikan kepada penulis dan
pihak penganjur berhak untuk mencetak dan menerbitkan cerpen-cerpen
yang memenangi pertandingan ini. Walau bagaimanapun, hak cipta kekal
menjadi milik penulis.
5.9 Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan
berkaitan dengan plagiarisme terhadap peserta oleh mana-mana pihak
yang berkaitan.

6.0 KEPUTUSAN PERTANDINGAN

6.1 Cerpen akan disemak oleh panel hakim yang dilantik oleh pihak KPM
mengikut peringkat pertandingan.
6.2 Markah akan diperuntukkan mengikut rubrik pemarkahan yang telah
ditetapkan:

i. Isi kandungan : 50 markah

ii. Bahasa : 50 markah

4
6.3 Pemenang akan ditentukan berdasarkan undi majoriti yang dibuat oleh
panel hakim secara kolektif.
6.4 Markah individu adalah sulit dan tidak akan didedahkan.
6.5 Panel hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.
6.6 Sekiranya urus setia mendapati peserta melanggar syarat 5.3 selepas
keputusan diumumkan, urus setia berhak menarik kembali hadiah
pertandingan.

7.0 HADIAH DAN PENGHARGAAN

7.1 Setiap peserta akan menerima sijil penyertaan mengikut tahap penyertaan
murid.
7.2 Setiap pemenang akan menerima hadiah dan sijil pencapaian mengikut
tahap pencapaian murid.

8.0 HAK MILIK VIDEO

Pihak KPM berhak menyiarkan rakaman video pertandingan di mana-mana

platform bagi tujuan hebahan atau pendidikan.

9.0 HAL-HAL YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang
pengecualian mengenai pematuhan syarat-syarat pertandingan atau semua
perkara di luar jangka atau mengenai tafsiran akan diputuskan oleh pihak
Jawatankuasa Pengelola pertandingan yang mana keputusan adalah muktamad.

5
BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN MENULIS CERPEN 2021

A. MAKLUMAT PESERTA
Nama Peserta : Sila lampirkan gambar ukuran saiz kad pengenalan

No. Kad Pengenalan : Sila lampirkan salinan kad pengenalan

Tarikh Lahir : Umur:

Jantina : Bangsa:
No. Telefon Bimbit :
E-mel :

Alamat Surat-menyurat :

Nama dan Alamat Sekolah :

Tingkatan :
Tajuk Sajak :
Link URL :

B. MAKLUMAT GURU PEMBIMBING

Nama Guru Pembimbing :

No. Telefon Bimbit :
E-mel :

C. PENGESAHAN PENGETUA

Dengan ini disahkan bahawa pelajar di atas adalah pelajar sekolah kami:

Tandatangan Pengetua :

Cap Sekolah :
No. Tel. :
No. Faks. :

6
KERTAS KONSEP
KARNIVAL BAHASA MELAYU

PERTANDINGAN PIDATO
TAHUN 2021

(EDISI DALAM TALIAN)

Anjuran:
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pendidikan Malaysia
PERTANDINGAN PIDATO

1.0 PENDAHULUAN

Pidato ialah satu cabang seni penyampaian mesej secara lisan yang
mengandungi idea, menaakul konsep, menghuraikan dan merumuskannya
secara berkesan. Penyampaian pidato yang berkesan adalah secara bersahaja
dalam bentuk nasihat, peringatan, penegasan, sindiran dan selingan kecindan
yang bertujuan untuk mempengaruhi audien. Penyampaian pidato yang juga
bergantung kepada kesesuaian nada dan gaya bukannya menggunakan emosi
seperti dengan nada suara yang tinggi, menyanyi, dan bersyair. Sentuhan seni
pidato adalah unik tidak seperti seni bahas yang bertujuan menegakkan dan
mematikan hujah lawan. Justeru, pertandingan pidato ini dijalankan untuk
memastikan kemahiran seni ini tidak terus lenyap ditelan zaman.

2.0 OBJEKTIF PERTANDINGAN

2.1 Membina keyakinan diri.

2.2 Meluaskan pengetahuan.
2.3 Memantapkan kemahiran komunikasi dan Bahasa Melayu baku.
2.4 Memupuk semangat patriotisme.
2.5 Menjana daya saing secara positif.

3.0 KATEGORI PERTANDINGAN

Penyertaan terbuka kepada murid-murid sekolah rendah dan sekolah

menengah warganegara Malaysia sama ada di Sekolah Rendah/Menengah
Kebangsaan, Sekolah Rendah/Menengah Bantuan Kerajaan, Sekolah
Rendah/Menengah Agama Negeri dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
Manakala, Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) dibenarkan menyertai tetapi penyertaan sehingga peringkat
negeri sahaja. Penyertaan ini tidak termasuk Maktab Rendah Sains Mara
(MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Pertandingan ini terbahagi
kepada dua (2) kategori:

Sekolah Rendah : Murid Tahun 4 - 6

Sekolah Menengah Atas : Murid Tingkatan 4 - 5

2
4.0 PELAKSANAAN PERTANDINGAN

4.1 PERINGKAT DAERAH

4.1.1 Semua Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian diminta

mengendalikan pertandingan di peringkat ini.
4.1.2 Seorang peserta hendaklah dipilih mewakili daerah/bahagian ke
pertandingan di peringkat negeri.

4.2 PERINGKAT NEGERI

4.2.1 Pertandingan di peringkat ini hendaklah dikendalikan oleh

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
4.2.2 Satu jawatankuasa pertandingan peringkat negeri perlu
diwujudkan.
4.2.3 Seorang peserta terbaik hendaklah dipilih mewakili negeri ke
pertandingan peringkat kebangsaan.
4.2.4 Jawatankuasa pertandingan peringkat negeri hendaklah
menetapkan tarikh dan tempat pertandingan dan seterusnya
memaklumkannya kepada urus setia di peringkat kebangsaan.

4.3 PERINGKAT KEBANGSAAN

4.3.1 Pertandingan di peringkat ini akan dikendalikan oleh

Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan.
4.3.2 Seorang peserta dari setiap negeri akan mewakili negeri masing-
masing ke pertandingan peringkat kebangsaan.

5.0 FORMAT PERTANDINGAN

Pertandingan dijalankan dalam dua bahagian dan setiap peserta wajib

bertanding dalam kedua-dua bahagian tersebut. Giliran peserta setiap
bahagian ditentukan mengikut undian. Proses undian ini dijalankan oleh Ketua
Hakim di hadapan semua peserta sebelum pertandingan dimulakan.
Pengacara majlis dan peserta pidato tidak dibenarkan memperkenalkan diri,
sekolah dan negeri masing-masing.

5.1 BAHAGIAN PERTAMA

Peserta akan menyampaikan pidato masing-masing dengan tajuk yang

telah disediakan oleh jawatankuasa pertandingan terlebih dahulu.

5.2 BAHAGIAN KEDUA

3
Peserta akan menyampaikan pidato masing-masing secara spontan
atas tajuk yang ditentukan oleh jawatankuasa pertandingan. Peserta
dikehendaki memilih tajuk di dalam sampul yang disediakan di meja
ketua hakim. Pertandingan pidato secara spontan ini dijalankan selepas
sahaja selesai pertandingan pidato bahagian pertama. Setelah
mendapat tajuk, peserta diberi masa satu (1) minit untuk membuat
persediaan di pentas pidato tanpa bantuan oleh mana-mana pihak, alat
tulis, kertas catatan, alat komunikasi dan alat eletronik.

5.3 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

5.3.1 Peserta sekolah menengah diberi masa tujuh (7 minit) untuk

pidato bahagian pertama, dan empat (4 minit) untuk pidato
bahagian kedua.

5.3.2 Bagi peserta sekolah rendah diberi masa lima (5 minit) untuk
pidato bahagian pertama, dan tiga (3 minit) untuk pidato bahagian
kedua

5.3.3 Loceng akan dibunyikan sekali, satu (1 minit ) sebelum tamat, dan
dua kali setelah tamat bagi setiap kategori dan bahagian
pertandingan.

5.3.4 Penyampaian pidato selepas loceng penamat dibunyikan bagi

setiap bahagian pertandingan tidak akan diberi markah.

5.3.5 Sebarang kritikan terhadap isu sensitif yang berkaitan dengan

agama, bangsa dan kebudayaan atau terhadap keperibadian
seseorang adalah dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan
markah adab dipotong.

5.3.6 Penggunaan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan adalah
dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan markah adab
dipotong.

5.3.7 Peserta yang membaca nota atau teks, menyentuh isu sensitif,
menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak sempat
membuat kesimpulan (semua kesalahan tersebut/mana-mana
satu daripadanya) tidak layak untuk diumumkan sebagai
pemenang di semua kategori dan peringkat pertandingan.

5.3.8 Peserta pidato diwajibkan menggunakan pakaian seragam

sekolah/pakaian kebangsaan.

4
5.3.9 Pengerusi majlis berhak menegur peserta yang melanggar mana-
mana peraturan di atas.

5.4 SYARAT-SYARAT TAMBAHAN PERTANDINGAN ATAS TALIAN

5.4.1 Pidato yang dihantar dan dirakam tidak boleh menyentuh

sensitiviti kaum, tiada unsur subversif atau apa-apa yang sensitif
kepada mana-mana pihak.

5.4.2 Pemilihan tajuk pidato. Murid boleh memilih salah satu tajuk
pidato yang disediakan oleh penganjur.

5.4.3 Pidato hendaklah dirakam secara melintang dalam format AVI

atau MP4 dengan resolusi 1080P/720P dan dihantar dalam
bentuk pautan kepada negeri penganjur.oleh peserta tanpa
iringan muzik.

5.4.4 Suntingan audio dan video tidak dibenarkan.

5.4.5 Durasi video (pidato pertama) adalah antara lima (5) hingga tujuh
(7) minit sahaja bagi sekolah menengah dan antara empat (4)
hingga lima minit (5 minit) sahaja bagi sekolah rendah. Manakala
bagi pidato kedua (spontan) paparan masa akan ada pada skrin.
Pengiraan detik “countdown” 5 saat sebelum bermula.

5.4.6 Rakaman video yang telah dirakam hendaklah dimuat naik dalam
google form dan dihantar kepada Pegawai Teknikal atau
e-melkan ke alamat yang diberikan.

5.4.7 Setiap peserta hendaklah menghantar borang penyertaan yang

lengkap bersama-sama dengan rakaman video (melalui e-mel)
atau google form. Peserta dikehendaki berpakaian sekolah yang
lengkap.

5.4.8 Tarikh penghantaran video berdasarkan arahan yang akan

ditentukan kelak.

5.4.9 Pihak JPN akan membuat penjurian selepas tarikh tutup.

Keputusan hakim adalah muktamat.

5.4.10 Sepuluh (10) peserta terbaik akan dihubungi oleh JPN untuk sesi
pidato spontan di peringkat akhir. Johan akan mewakili
negeri/JPN ke peringkat kebangsaan.

5
5.4.11 Peserta yang terpilih mewakili negeri masing-masing akan
bertanding di peringkat kebangsaan juga secara atas talian bagi
pidato pertama dan kedua di JPN masing-masing.

5.5 PEMILIHAN TAJUK

5.5.1 Peringkat Daerah dan Peringkat Negeri

Jawatankuasa setiap peringkat hendaklah menetapkan tajuk

Pidato Bahagian Pertama dan Kedua berdasarkan isu-isu
semasa yang tersiar dalam media massa negara.

5.5.2 Peringkat Separuh Akhir dan Peringkat Akhir Kebangsaan

5.5.2.1 Tajuk pidato bahagian pertama dan kedua di peringkat

ini disediakan oleh Jawatankuasa Pertandingan
Peringkat Kebangsaan.

5.5.2.2 Tajuk pidato bahagian pertama akan dihantar kepada

peserta negeri sebaik sahaja semua keputusan
peringkat negeri diterima oleh Jawatankuasa
Pertandingan Peringkat Kebangsaan.

5.5.2.3 Tajuk pidato bahagian kedua di peringkat ini ditentukan

secara undian oleh Jawatankuasa Pertandingan
Peringkat Kebangsaan.

5.5.2.4 Enam belas (16) peserta setiap negeri dalam

pertandingan peringkat separuh akhir kebangsaan di
bahagi kepada dua kumpulan. Tiga peserta terbaik
setiap kumpulan bagi dipilih untuk ke pertandingan
akhir peringkat kebangsaan.

5.6 PERATURAN PEMARKAHAN

5.6.1 Pembahagian Markah Pidato Bahagian Pertama

4.5.1.1 Idea/Isi (30 markah)

4.5.1.2 Bahasa (20 markah)
4.5.1.3 Penyampaian dan Persembahan (50 markah)

6
5.6.2 Pembahagian Markah Pidato Bahagian Kedua (Spontan)
4.5.2.2 Isi (40 markah)
4.5.2.2 Bahasa (30 markah)
4.5.2.3 Penyampaian dan Persembahan (30 markah)

6.0 HAK MILIK VIDEO

Pihak KPM berhak menyiarkan rakaman video pertandingan di mana-mana

platform bagi tujuan hebahan atau pendidikan.

7.0 HAL-HAL YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang
pengecualian mengenai pematuhan syarat-syarat pertandingan atau semua
perkara di luar jangka atau mengenai tafsiran akan diputuskan oleh pihak
Jawatankuasa Pengelola pertandingan yang mana keputusan adalah
muktamad.

7
BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN PIDATO 2021

A. MAKLUMAT PESERTA
Nama Peserta : Sila lampirkan gambar ukuran saiz kad pengenalan

No. Kad Pengenalan : Sila lampirkan salinan kad pengenalan

Tarikh Lahir : Umur:

Jantina : Bangsa:
No. Telefon Bimbit :
E-mel :

Alamat Surat-menyurat :

Nama dan Alamat Sekolah :

Tingkatan :
Tajuk Sajak :
Link URL :

B. MAKLUMAT GURU PEMBIMBING

Nama Guru Pembimbing :

No. Telefon Bimbit :
E-mel :

C. PENGESAHAN PENGETUA

Dengan ini disahkan bahawa pelajar di atas adalah pelajar sekolah kami:

Tandatangan Pengetua :

Cap Sekolah :
No. Tel. :
No. Faks. :

8
KERTAS KONSEP PESTA PANTUN
TAHUN 2021

(EDISI DALAM TALIAN)

Anjuran:
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pendidikan Malaysia
PESTA PANTUN

1.0 PENGENALAN

Pantun merupakan puisi tradisi Melayu yang diwarisi zaman berzaman. Dalam
usaha untuk mewarisi puisi tradisional ini dihayati oleh generasi muda,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenal pertandingan
berbalas pantun antara Sekolah Menengah Malaysia pada tahun 1989 yang
dikenali sebagai Pesta Pantun Sekolah-sekolah Menengah Malaysia. Dua piala
yang menjadi rebutan ialah Piala Sirih Pulang Ke Gagang sumbangan Berita
Harian dan Piala Keterampilan sumbangan Petronas.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar melalui pertandingan
pantun selaras dengan konsep ‟Perpaduan Melalui Kokurikulum”.
2.2 Mengekal dan mengembangkan pantun serta seni berpantun sebagai
khazanah puisi Melayu tradisional dan warisan bangsa.
2.3 Murid dapat menggunakan daya fikir dalam berpantun dengan cepat dan
tepat serta kritis dan kreatif.
2.4 Murid dapat mengaplikasi kemahiran berbahasa dalam menjual dan
menjawab pantun.
2.5 Murid dapat membina keyakinan diri dan sedia bersaing secara sihat dalam
pertandingan.

3.0 JENIS PERTANDINGAN

Pertandingan Peringkat Kebangsaan dilaksanakan secara ‘Kalah Mati’, yang

menemukan pemenang antara dua kumpulan dalam satu pertandingan bermula
pada peringkat kedua. Walau bagaimanapun, pada pertandingan peringkat
pertama peluang bertemu antara pasukan kalah dan menang dibenarkan seperti
carta pertandingan berikut:

2
CARTA PERTANDINGAN

K1 P1
M1
Negeri 1
Negeri 2
M9 P10

P2
M2 Negeri 3 K2 M1
M17 Negeri 4

P17 P18
K3 P3
Negeri 5
Negeri 6
M11 P12
M21 P4 M22
Negeri 7
M4 K4
P2 P22
K5 P5
K2 M1 Negeri 9 M1 K2
Negeri
P1 P1
P6
M6 Negeri 11 K6
Negeri 12
M19 P20
K7
P7
Negeri 13
M15 Negeri 14 P16

M8 P8 K8
Negeri 15
Negeri 16

P 23
Ke-3 /
Ke-

P 24 ( Akhir)
Johan / Naib

3
4.0 PENYERTAAN/PENDAFTARAN
4.1 Pendaftaran peserta - 5 orang
4.2 Bilangan guru - 1 orang guru pembimbing
4.3 Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid warganegara Malaysia
sekolah rendah dan sekolah menengah sama ada di Sekolah
Rendah/Menengah Kebangsaan, Sekolah Rendah/Menengah Bantuan
Kerajaan, Sekolah Rendah/Menengah Agama Negeri dan Sekolah Agama
Bantuan Kerajaan. Manakala, Sekolah Rendah/Menengah Agama Swasta
yang berdaftar dengan KPM dibenarkan menyertai tetapi penyertaan
sehingga peringkat negeri sahaja. Penyertaan ini tidak termasuk Maktab
Rendah Sains Mara dan Sekolah Berasrama Penuh. Penyertaan berbilang
kaum amat digalakkan
4.4 Setiap negeri hanya dibenarkan menghantar satu pasukan sekolah ke
pertandingan peringkat kebangsaan.
4.5 Setiap pasukan sekolah hanya boleh diwakili oleh murid yang sedang
belajar di sekolah tersebut sahaja. Sekiranya berlaku gabungan murid
sebagai pemantun antara sekolah, pasukan negeri tersebut akan
dibatalkan penyertaannya.
4.6 Pertandingan ini terbahagi kepada dua (2) kategori;
● Sekolah Rendah Tahap Dua : Murid Tahun 4 - 6
● Sekolah Menengah : Murid Tingkatan 1 - 5

5.0 PELAKSANAAN PERTANDINGAN

5.1 Pertandingan akan dijalankan secara dalam talian.
5.1.1 Setiap pasukan akan berada di negeri/lokasi yang ditentukan oleh
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing.
5.1.2 Semua hakim yang dilantik akan berada di lokasi yang ditentukan
oleh KPM atau negeri pengelola secara berpusat.

5.2 Syarat-Syarat Pertandingan

5.2.1 Pantun yang dibenarkan hanyalah jenis empat kerat iaitu pantun
empat baris yang mempunyai dua baris pembayang dan dua baris
maksud. Rima hujung baris mestilah berpolakan “a,b,a,b”.
5.2.2 Peserta pantun ini disertai oleh lima pemantun iaitu tiga pemantun
utama dan dua pemantun simpanan.
5.2.3 Pasukan yang memperoleh markah yang tertinggi dikira sebagai
pemenang. Walau bagaimanapun hakim-hakim mesti berbincang
untuk menentukan pemenang berdasarkan sistem juri sekiranya
terdapat pemberian markah antara hakim tidak seimbang.

4
Contoh:
NEGERI A NEGERI B
HAKIM 1 170 √ 165
HAKIM 2 164 √ 163
HAKIM 3 165 √ 161
HAKIM 4 162 √ 160
HAKIM 5 160 √ 188 √
JUMLAH BESAR 821 837
JURI 4 1

NEGERI A NEGERI B
HAKIM 1 170 √ 165
HAKIM 2 164 166 √
HAKIM 3 165 √ 161
HAKIM 4 162 √ 160
HAKIM 5 160 180 √
JUMLAH BESAR 821 832
JURI 3 2

5.2.4 Jika berlaku seri, pemenang akan ditentukan menerusi sistem juri.
Contoh: Negeri A (812 markah) dan Negeri B (812 markah)
NEGERI A NEGERI B
HAKIM 1 161 165 √
HAKIM 2 164 √ 163
HAKIM 3 165 166 √
HAKIM 4 162 √ 160
HAKIM 5 160 √ 158
JUMLAH BESAR 812 812
JURI 3 2

5.2.5 Jika masih berlaku seri, markah bahagian isi diambil kira.
5.2.6 Masa menjual dan membeli pantun dikira berdasarkan arahan
jurupantun.
5.2.7 Masa dikira mulai jurupantun mengarahkan pantun dijual ialah dua
puluh (20) saat untuk pusingan pertama bagi sekolah rendah dan
menengah.
5.2.8 Masa untuk membeli pantun ialah tujuh puluh (70) saat untuk
ketiga-tiga pusingan bagi sekolah menengah manakala bagi sekolah

5
rendah ialah seratus (100) saat.
5.2.9 Loceng akan dibunyikan selepas dua puluh (20) saat masa untuk
jualan pantun, sekiranya pemantun gagal menjual pantun.
6.0 FORMAT PERTANDINGAN
6.1 Tiada pengenalan pasukan daripada kedua-dua pasukan yang bertanding
6.2 Pertandingan setiap peringkat terbahagi kepada tiga (3) pusingan iaitu:
6.2.1 Pusingan Pertama (Tema diberi awal)
6.2.2 Pusingan Kedua (Tema diberi awal)
6.2.3 Pusingan Ketiga (Tema diberi awal)

7.0 TATACARA PERTANDINGAN

7.1 Pengendalian Pertandingan.
7.1.1 Tema awal diberi kepada pasukan yang bertanding sekurang-
kurangnya dua (2) minggu sebelum pertandingan.

7.2 Sebelum Pertandingan

7.2.1 Setiap pasukan diminta untuk bersedia di tempat yang mempunyai
capaian Internet yang baik.
7.2.2 Pasukan bertanding perlu menyediakan empat (4) peranti kamera
dalam talian iaitu:
● Tiga (3) peranti di setiap Bilik Pertandingan atau premis
masing-masing yang terdiri daripada tiga (3) orang pemantun
sahaja.
● Satu (1) peranti di Bilik Urus Setia yang terdiri daripada
seorang seorang guru pembimbing dan dua (2) orang
Pegawai Teknikal yang dilantik oleh JPN.Pegawai Teknikal
bertanggungjawab memastikan persediaan sebelum
pertandingan dan kelancaran semasa pertandingan.
● Uji talian akan diadakan sehari sebelum pertandingan
bermula.

7.3 Semasa Pertandingan

7.3.1 Setiap pasukan akan mendapat pautan talian bilik maya sehari
sebelum pertandingan dijalankan.
7.3.2 Pasukan haruslah bersedia untuk uji talian bersama juru pantun dan
hakim, tiga puluh minit (30 minit) sebelum pertandingan sebenar
berlangsung. Pasukan yang didapati melanggar peraturan ini tanpa
alasan yang munasabah akan dibatalkan penyertaannya.
7.3.3 Jurupantun dengan arahan/kebenaran ketua hakim boleh memberi
peluang kepada pemantun untuk mengulang pantun jika berlaku
masalah gangguan talian atau sebarang masalah teknikal.

6
7.3.4 Jika masalah tersebut masih berterusan atau tidak dapat
diselesaikan, pertimbangan panel hakim akan digunakan untuk
membuat keputusan muktamad.

8.0 TATACARA PUSINGAN

8.1 Pusingan Pertama
8.1.1 Pertandingan Pusingan Pertama - Tema diberi awal dan pantun
disediakan oleh peserta.
8.1.2 Pantun dijual dalam masa dua puluh (20) saat.
8.1.3 Masa membeli ialah tujuh puluh (70) saat bagi sekolah menengah
manakala seratus (100) saat bagi sekolah rendah.
8.1.4 Menjual/memberi pantun diterima asalkan pemantun memulakan
soalan/jawapan dalam masa yang ditetapkan

PROSES PERTANDINGAN

1 A

2 B

3 C

8.2 Pusingan Kedua

8.2.1 Pertandingan Pusingan Kedua - Tema diberi awal dan pantun
disediakan oleh peserta.
8.2.2 Pantun dijual dalam masa dua puluh (20) saat.
8.2.3 Masa membeli ialah tujuh (70) saat bagi sekolah menengah
manakala seratus (100) saat bagi sekolah rendah.
8.2.4 Menjual/memberi pantun diterima asalkan pemantun memulakan
soalan/jawapan dalam masa yang ditetapkan.

PROSES PERTANDINGAN

7
1 A

2 B

3 C

8.3 Pusingan Ketiga

8.3.1 Pertandingan Pusingan Ketiga - Tema diberi awal dan pantun
disediakan oleh
peserta.
8.3.2 Pantun dijual dalam masa
dua puluh (20) saat.
8.3.3 Masa membeli ialah tujuh
puluh (70) saat bagi
sekolah menengah
manakala seratus
(100) saat bagi sekolah rendah.
8.3.4 Menjual/memberi pantun diterima asalkan pemantun memulakan
soalan/jawapan dalam masa yang ditetapkan.

PROSES PERTANDINGAN

1 A

2 B

3 C

8.4 Tatacara pertandingan dihuraikan seperti yang berikutnya:

PUSINGAN 1 (TEMA DIBERI AWAL)

Tema Penjual Pembeli Pembeli Penjual Tema

1 1 A 1 A A

2 2 B 2 B B

3 3 C 3 C C

8
PUSINGAN 2 (TEMA DIBERI AWAL)
Tema Penjual Pembeli Pembeli Penjual Tema
1 B 1 B
2 C 2 C
3 A 3 A
PUSINGAN 3 ( TEMA DIBERI AWAL)
Tema Penjual Pembeli Pembeli Penjual Tema

1 C 1 C
2 A 2 A
3 B 3 B
Tema Pantun:
a. Tema pantun disediakan oleh pemantun untuk dijual kepada pasukan lawan.
b. Pantun yang dijual mestilah mempunyai nilai murni dan bermesej positif.
c. Pemantun tidak dibenarkan menjual pantun yang berbentuk kuiz/teka-teki.
d. Tema pantun tidak boleh menyentuh perkara-perkara yang sensitif seperti
agama, fahaman politik, kaum dan peribadi individu.

9.0 PEMARKAHAN DAN PENGHAKIMAN

9.1 Markah akan dinilai meliputi aspek-aspek seperti yang berikut:
9.1.1 Isi : 20 markah
9.1.2 Bahasa : 20 markah
9.1.3 Persembahan : 10 markah

9.2 Penghakiman dalam pertandingan ini dihakimi oleh lima (5) orang hakim,
iaitu:
9.2.1 Hakim Bahagian Isi : 2 orang
9.2.2 Hakim Bahagian Bahasa : 2 orang
9.2.3 Hakim Bahagian Persembahan : 1 orang

9.3 Pemantun tidak dibenarkan berbincang antara anggota kumpulan sama

ada secara lisan ataupun bertulis. Sekiranya berlaku
perbincangan,sebanyak lima puluh (50) peratus daripada jumlah markah
keseluruhan pasukan akan dipotong.
9.4 Pemantun dibenarkan bergerak dengan tertib dalam kawasan
pasukannya sahaja.
9.5 Pengiraan markah hendaklah dilakukan di bilik hakim. Keputusan akan
diumumkan/dipaparkan di tempat yang ditetapkan setelah semua
pertandingan setiap peringkat selesai.

9
9.6 Keputusan hakim adalah muktamad.

10.0 PEMILIKAN HAK VIDEO

Pihak KPM berhak menyiarkan rakaman video pertandingan di mana-mana

platform bagi tujuan hebahan atau pendidikan.

11.0 HAL-HAL YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang
pengecualian mengenai pematuhan syarat-syarat pertandingan atau semua
perkara di luar jangka atau mengenai tafsiran akan diputuskan oleh pihak
Jawatankuasa Pengelola pertandingan yang mana keputusan adalah muktamad.

10
11
PANDUAN PERMARKAHAN UNTUK HAKIM

1.1 HAKIM PERTAMA (10 MARKAH)

Menghakimi isi: ketepatan soalan/belian/jawapan jelas dan sesuai dengan tema

1.1 Pantun yang dijual mestilah mempunyai satu soalan yang jelas
1.2 Jika lebih daripada satu soalan, markah tidak akan diberikan.
1.3 Jualan pantun yang merupakan pernyataan dan bukan berbentuk
soalan, markah tidak akan diberikan.
1.4 Jualan pantun yang terkeluar daripada tema tidak mendapat sebarang
markah.
1.5 Pantun yang berupa pelarian iaitu tidak menjawab soalan tidak diberikan
markah.

2.0 HAKIM KEDUA (10 MARKAH)

Menghakimi isi: padat, jitu dan bernilai susila

2.1 Padat dan jitu bermaksud:

● Pemilihan kosa kata yang indah
● Tanpa kesalahan bahasa
● Susunan kosa kata yang betul

2.2 Mempunyai nilai susila:

● Pantun sarat dengan nilai-nilai murni dan dapat dijadikan
panduan/pedoman dalam kehidupan seharian

3.0 HAKIM KETIGA (10 MARKAH)

Menghakimi bahasa: pola rima dan suku kata

3.1 Pola Rima `a,b,a,b’

● Rima di hujung baris - 3 markah
● Rima di tengah - 2 markah

3.2 Suku kata dalam baris

● 8 hingga 12 suku kata - 5 markah
● Lebih daripada 12 suku kata - 3 markah
● Lebih daripada 14 suku kata - 1 markah
● Kurang daripada 8 suku kata - 1 markah

12
4.0 HAKIM KEEMPAT (10 MARKAH)
Menghakimi bahasa: pembayang, maksud dan tautannya

4.1 Pembayang maksud (6 markah)

● Terdapat tautan/kesinambungan dengan baris pertama dengan baris

kedua.
● Pembayang maksud mestilah berkaitan dengan keindahan alam
semesta atau unsur semula jadi atau kerenah manusia.
● Pembayang maksud mestilah mempunyai cerita yang jelas dan
berkaitan.
● Pembayang maksud tidak mengandungi maksud kiasan seperti
metafora, personifikasi, simile dan seumpamanya.

4.2 Tautan pembayang dengan maksud (4 markah)

● Ada hubungan antara baris pembayang dengan baris maksud

5.0 HAKIM KELIMA (10 MARKAH)

Menghakimi persembahan: gerak fizikal, intonasi, jeda, kelancaran dan sebutan
baku

5.1 Gerak-geri yang seimbang dengan pantun (3 markah)

Gerak-geri tangan, jelingan dan senyuman. Jika terdapat aksi yang
berlebihan, tiada markah yang diberikan.

5.2 Intonasi dan jeda (3 markah)

Jeda ialah nada/hentian sebutan bagi suku kata pada setiap baris. Intonasi
ialah nada bagi memisahkan maksud dengan pembayang maksud pantun.

5.3 Kelancaran (2 markah)

Tiada kegagapan dan perulangan dalam pengucapan.

5.4 Sebutan baku dan jelas (2 markah)

BORANG PENGHAKIMAN

13
HAKIM PERTAMA - ISI (10 MARKAH)
PESTA PANTUN PERINGKAT NEGERI / KEBANGSAAN

Sekolah: ____________________________ Negeri :__________________________

Tema Pemantun 1 Pemantun 2 Pemantun 3 Jumlah

Jual Beli Jual Beli Jual Beli

P1: 1 4 5 8 9 12

P2: 13 16 17 20 21 24

P3: 25 28 29 32 33 36

Jumlah
Keseluruhan

LAWAN

Sekolah : ____________________________ Negeri :__________________________

Tema Pemantun A Pemantun B Pemantun C Jumlah

Jual Beli Jual Beli Jual Beli

P1: 1 4 5 8 9 12

P2: 13 16 17 20 21 24

P3: 25 28 29 32 33 36

Jumlah

14
Keseluruhan

Nama Hakim: ___________________________ Tandatangan: ___________________

BORANG PENGHAKIMAN
HAKIM KEDUA - ISI (10 MARKAH)

15
P1: 1 4 5 8 9 12

P2: 13 16 17 20 21 24

P3: 25 28 29 32 33 36

Jumlah
Keseluruhan

Nama Hakim: ___________________________ Tandatangan: ___________________

BORANG PENGHAKIMAN
HAKIM KETIGA - BAHASA (10 MARKAH)
PESTA PANTUN PERINGKAT NEGERI / KEBANGSAAN

Sekolah: ____________________________ Negeri :__________________________

Tema Pemantun 1 Pemantun 2 Pemantun 3 Jumlah

Jual Beli Jual Beli Jual Beli

P1: 1 4 5 8 9 12

P2: 13 16 17 20 21 24

P3: 25 28 29 32 33 36

Jumlah
Keseluruhan

16
LAWAN

Sekolah : ____________________________ Negeri :__________________________

Tema Pemantun A Pemantun B Pemantun C Jumlah

Jual Beli Jual Beli Jual Beli

P1: 1 4 5 8 9 12

P2: 13 16 17 20 21 24

P3: 25 28 29 32 33 36

Jumlah
Keseluruhan

Nama Hakim: ___________________________ Tandatangan: ___________________

BORANG PENGHAKIMAN
HAKIM KEEMPAT - BAHASA (10 MARKAH)
PESTA PANTUN PERINGKAT NEGERI / KEBANGSAAN

Sekolah: ____________________________ Negeri :__________________________

Tema Pemantun 1 Pemantun 2 Pemantun 3 Jumlah

Jual Beli Jual Beli Jual Beli

P1: 1 4 5 8 9 12

P2: 13 16 17 20 21 24

17
P3: 25 28 29 32 33 36

Jumlah
Keseluruhan

LAWAN

Sekolah : ____________________________ Negeri :__________________________

Tema Pemantun A Pemantun B Pemantun C Jumlah

Jual Beli Jual Beli Jual Beli

P1: 1 4 5 8 9 12

P2: 13 16 17 20 21 24

P3: 25 28 29 32 33 36

Jumlah
Keseluruhan

Nama Hakim: ___________________________ Tandatangan: ___________________

BORANG PENGHAKIMAN
HAKIM KELIMA - PERSEMBAHAN (10 MARKAH)
PESTA PANTUN PERINGKAT NEGERI / KEBANGSAAN

Sekolah: ____________________________ Negeri :__________________________

18
Tema Pemantun 1 Pemantun 2 Pemantun 3 Jumlah

Jual Beli Jual Beli Jual Beli

P1: 1 4 5 8 9 12

P2: 13 16 17 20 21 24

P3: 25 28 29 32 33 36

Jumlah
Keseluruhan

LAWAN

Sekolah : ____________________________ Negeri :__________________________

Tema Pemantun A Pemantun B Pemantun C Jumlah

Jual Beli Jual Beli Jual Beli

P1: 1 4 5 8 9 12

P2: 13 16 17 20 21 24

P3: 25 28 29 32 33 36

Jumlah
Keseluruhan

Nama Hakim: ___________________________ Tandatangan: ___________________

19
BORANG RUMUSAN MARKAH PESTA PANTUN
PERINGKAT NEGERI / KEBANGSAAN TAHUN 2021

NEGERI: ________________________________________
(Yang menjual pantun dahulu )

HAKIM 1 2 3 4 5 JUMLAH

PEMANTUN 1

PEMANTUN 2

PEMANTUN 3

JUMLAH

NEGERI: __________________________________

HAKIM 1 2 3 4 5 JUMLAH

PEMANTUN A

PEMANTUN B

PEMANTUN C

JUMLAH

HAKIM 1: _______________________________ TANDATANGAN ____________

HAKIM 2: _______________________________ TANDATANGAN ____________

20
HAKIM 3: _______________________________ TANDATANGAN ____________

HAKIM 4: _______________________________ TANDATANGAN ____________

HAKIM 5: _______________________________ TANDATANGAN ____________

KEPUTUSAN PESTA PANTUN PERINGKAT NEGERI / KEBANGSAAN

TAHUN 2021

PEMENANG PERTANDINGAN PANTUN

● PERINGKAT PUSINGAN AWAL
● SUKU AKHIR
● SEPARUH AKHIR
● PENENTUAN TEMPAT KETIGA DAN KEEMPAT
● AKHIR

PASUKAN

NEGERI

NAMA PEMANTUN TERBAIK:

PASUKAN:

HAKIM 1: _______________________________ TANDATANGAN ____________

HAKIM 2: _______________________________ TANDATANGAN ____________

HAKIM 3: _______________________________ TANDATANGAN ____________

HAKIM 4: _______________________________ TANDATANGAN ____________

HAKIM 5: _______________________________ TANDATANGAN ____________

21
BORANG PERNYATAAN TEMA PANTUN

PUSINGAN KETIGA PERINGKAT NEGERI / KEBANGSAAN

NEGERI: ..............................................................

PERINGKAT: ..............................................................

PUSINGAN KETIGA

PEMANTUN NAMA TEMA TANDATANGAN

PUSINGAN KETIGA
PEMANTUN NAMA TEMA TANDATANGAN

22
BORANG CATATAN HAKIM 1

1 Pemantun Baris 3
JUAL
Baris 4

2 Pemantun Baris 3
BELI
Baris 4

3 Pemantun Baris 3
JUAL
Baris 4

4 Pemantun Baris 3
BELI
Baris 4

5 Pemantun Baris 3
JUAL
Baris 4

23
6 Pemantun Baris 3
BELI
Baris 4

BORANG CATATAN HAKIM 2

PADAT DAN JITU PADAT DAN JITU

CATATAN KESALAHAN PEMANTUN CATATAN KESALAHAN PEMANTUN

PADAT DAN JITU BERNILAI SUSILA PADAT DAN JITU BERNILAI SUSILA

5 5 5 5

BAHASA INDAH, 5M AMAT 5M BAHASA INDAH, 5M AMAT 5M

KOSA KATA TEPAT & BERSUSILA KOSA KATA TEPAT & BERSUSILA
TANPA TANPA
KESALAHAN BAHASA KESALAHAN BAHASA

BERNILAI 4M BERNILAI 4M
SUSILA SUSILA

KOSA KATA BETUL 4M KOSA KATA BETUL 4M

TANPA KESALAHAN TANPA KESALAHAN
BAHASA BAHASA

MASIH BERNILAI 3M MASIH 3M

SUSILA BERNILAI
SUSILA

MASIH TEPAT 3M KURANG 2M MASIH TEPAT 3M KURANG 2M

BERNILAI BERNILAI
SUSILA SUSILA

KURANG TEPAT 2M KURANG TEPAT 2M

24
TIDAK BERNILAI 1M TIDAK 1M
SUSILA BERNILAI
SUSILA

TIDAK TEPAT 1M TIDAK TEPAT 1M

BORANG CATATAN HAKIM 3

RIMA (5 Markah) / SUKU KATA (5 Markah)

1 2

RIMA TENGAH RIMA AKHIR RIMA TENGAH RIMA AKHIR

(Bunyi) (Suku Kata) (Bunyi) (Suku Kata)

3 4

RIMA TENGAH RIMA AKHIR RIMA TENGAH RIMA AKHIR

(Bunyi) (Suku Kata) (Bunyi) (Suku Kata)

25
5 6

RIMA TENGAH RIMA AKHIR RIMA TENGAH RIMA AKHIR

(Bunyi) (Suku Kata) (Bunyi) (Suku Kata)

BORANG CATATAN HAKIM 4

1. 2.

Hubungan Hubungan Hubungan Hubungan

Baris /6 Pembayang /4 Baris /6 Pembayang /4

Cerita Amat Serasi 4M Cerita Amat Serasi 4M

Tautan Serasi 3M Tautan Serasi 3M

TIada Kiasan Kurang Serasi 2M TIada Kiasan Kurang Serasi 2M

Markah Tidak Serasi 1M Markah Tidak Serasi 1M

1. 2.

Hubungan Hubungan Hubungan Hubungan

Baris /6 Pembayang /4 Baris /6 Pembayang /4

Cerita Amat Serasi 4M Cerita Amat Serasi 4M

Tautan Serasi 3M Tautan Serasi 3M

26

BORANG CATATAN HAKIM 5

1 2

Aspek Markah Aspek Markah

Gerak Fizikal /3 Gerak Fizikal /3

Intonasi /3 Intonasi /3

Kelancaran /2 Kelancaran /2

Sebutan Baku /2 Sebutan Baku /2

Jumlah /10 Jumlah /10

3 4

Aspek Markah Aspek Markah

27
Gerak Fizikal /3 Gerak Fizikal /3

Intonasi /3 Intonasi /3

Kelancaran /2 Kelancaran /2

Sebutan Baku /2 Sebutan Baku /2

Jumlah /10 Jumlah /10

5 6

Aspek Markah Aspek Markah

Gerak Fizikal /3 Gerak Fizikal /3

Intonasi /3 Intonasi /3

Kelancaran /2 Kelancaran /2

Sebutan Baku /2 Sebutan Baku /2

Jumlah /10 Jumlah /10

28
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN
BAHAS BAHASA MELAYU ALA
PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
TAHUN 2021

(EDISI DALAM TALIAN)

Anjuran:
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pendidikan Malaysia
PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN
SEKOLAH MENENGAH

1.0 PENDAHULUAN

Bahas Ala Parlimen merujuk kepada bentuk perbahasan sesuatu usul atau
cadangan seperti di Parlimen Malaysia. Dalam membahaskan sesuatu usul, pihak
Kerajaan yang diketuai oleh YAB Perdana Menteri dan dibantu oleh dua (2)
menteri lain hendaklah membawa usul tersebut dan menterjemahkannya kepada
beberapa isu untuk dibahaskan. Seterusnya mereka mengemukakan hujah, fakta
dan contoh perihal sebab usul tersebut dikemukakan dan seterusnya
dilaksanakan di dalam negara sekiranya mendapat mandat dua per tiga (2/3) Ahli
Dewan. Pihak Pembangkang yang diketuai oleh Ketua Pembangkang pula akan
menterjemahkan usul (melalui persepsi berlainan) dan cuba menghujah, memberi
fakta dan contoh bantahan secara bersopan serta menjawab sebab usul tersebut
harus ditolak. Setelah sesuatu usul tersebut selesai diperdebatkan barulah Yang
Dipertua Dewan mendapatkan pengundian.

Dalam Pertandingan Bahas Ala Parlimen ini pengundian sebenarnya tidak berlaku
tetapi keputusannya ditentukan oleh Hakim Bahas. Keputusan hendaklah
diumumkan oleh Yang Dipertua Dewan seperti pengumuman yang dibuat oleh
Yang Dipertua Dewan Rakyat.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Memperkenalkan satu (1) format perbahasan yang menarik dan

mencabar kepada murid-murid sesuai dengan institusi persekolahan
sebagai pusat kecemerlangan.
2.2 Melahirkan murid-murid yang bakal menjadi pemimpin yang berani dan
berfikiran tajam serta mempunyai kemahiran hujah secara sopan dan
spontan.
2.3 Melahirkan murid-murid yang berkemahiran mengutarakan hujah-hujah
yang bernas dan teratur.

3.0 JENIS PERTANDINGAN

Pertandingan peringkat kebangsaan dijalankan secara timbal balik yang

menemukan pemenang dua (2) kumpulan yang bermula pada peringkat kedua.
Walau bagaimanapun, pada peringkat pertama peluang bertemu antara pasukan
kalah dan menang dibenarkan seperti gambar rajah yang berikut:

2
CARTA PERTANDINGAN

K1 P1 M1
Negeri 1
Negeri 2
M9 P9 P10 M10

M2 P2 K2 M18
Negeri 3
M17 Negeri 4
P17 P18
K3 Negeri 3 M3
P3
Negeri 5
M11 P11 Negeri 6 12 M12
M21 M22
M4 P4
P21 Negeri 7 P22
Negeri 8

K21 M13 M14 K22

P13 P5
Negeri 9
Negeri 10
M6 K6
M19 P19 P6 P20 M20
Negeri 11
K7 Negeri 12 M7

M15 P15 P16 M16

P7
Negeri 13
M8 Negeri 14 K8

P8
Negeri 15
Negeri 16

Kalah Separuh Akhir

Ke-3 Bersama

P 24 (AKHIR)
Johan & Naib Johan

3
4.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

4.1 Penyertaan terbuka kepada murid-murid sekolah menengah Tingkatan

Satu (1) hingga Tingakatan Lima (5) warganegara Malaysia sama ada di
Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan,
Sekolah Menengah Agama Negeri dan Sekolah Agama Bantuan
Kerajaan. Manakala, Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) dibenarkan menyertai tetapi penyertaan
sehingga peringkat negeri sahaja. Penyertaan ini tidak termasuk Maktab
Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
Penyertaan berbilang kaum amat digalakkan.
4.2 Setiap sekolah/zon/daerah/negeri hanya dibenarkan menghantar satu (1)
pasukan untuk pertandingan tersebut.
4.3 Setiap pasukan hanya boleh diwakili oleh murid yang sedang belajar di
sekolah yang sama.
4.4 Pendaftaran peserta hanya melibatkan lima (5) orang peserta iaitu tiga (3)
orang pembahas utama dan dua (2) orang pembahas simpanan.

5.0 TATACARA PELAKSANAAN PERTANDINGAN

5.1 Pengendalian Pertandingan

5.1.1 Usul diberikan kepada semua pasukan yang bertanding dua (2)
minggu sebelum pertandingan.
5.1.2 Pertandingan akan dilaksanakan secara dalam talian atau secara
hibrid.
5.1.3 Peserta yang bertanding akan berada di lokasi masing-masing.

5.2 Sebelum Pertandingan

5.2.1 Pasukan bertanding perlu menyediakan tiga (3) talian dalam aplikasi
telesidang1 yang mempunyai:

5.2.1.1 Tiga (3) talian yang terdiri daripada tiga (3) orang pembahas
utama.

5.2.2 Pegawai teknikal perlu memastikan lima (5) talian dalam aplikasi
telesidang disediakan yang merangkumi:

5.2.2.1 Tiga (3) talian yang terdiri daripada tiga (3) orang hakim yang
bertugas.
5.2.2.2 Satu (1) talian yang terdiri daripada Yang Dipertua Dewan dan
seorang penjaga masa.

1Aplikasi telesidang yang dicadangkan adalah seperti Google Meet, Zoom, Streamyard, Microsoft Teams
dan Webex. Mana-mana aplikasi telesidang yang bersesuaian dan stabil dibenarkan selagi tidak berlaku
apa-apa permasalahan semasa uji talian dan semasa pertandingan dijalankan.
4
5.2.2.3 Satu (1) talian yang digunakan oleh pegawai teknikal untuk
memantau perjalanan pertandingan.

5.2.3 Uji talian akan diadakan sehari sebelum pertandingan bermula. Setiap
pasukan diminta untuk bersedia di tempat yang mempunyai capaian
Internet yang baik.

5.2.4 Semasa uji talian dijalankan, semua pihak yang terlibat mesti
memberikan kerjasama yang sebaiknya bagi memastikan perjalanan
pertandingan dapat berjalan dengan lancar.

5.3 Semasa Pertandingan

5.3.1 Setiap pasukan akan mendapat pautan telesidang sehari sebelum

pertandingan dijalankan.

5.3.2 Setiap pasukan haruslah bersedia untuk uji talian bersama-sama Yang
Dipertua Dewan tiga puluh minit (30 minit) sebelum pertandingan
sebenar berlangsung.

5.3.3 Semua peserta perlu mengikut arahan sepenuhnya daripada Yang

Dipertua Dewan.

5.3.4 Semua peserta perlu dalam keadaan mod senyap kecuali ketika
menyampaikan hujah dan memberikan izin laluan.

5.3.5 Bilangan peserta semasa pertandingan adalah seperti yang berikut:

5.3.5.1 Lima (5) orang peserta pasukan kerajaan.
5.3.5.2 Lima (5) orang peserta pasukan pembangkang
5.3.5.3 Seorang Yang Dipertua Dewan dan penjaga masa
5.3.5.4 Hakim yang dilantik

5.3.6 Sebarang bantuan daripada pihak ketiga selain daripada peserta yang
bertanding tidak dibenarkan.

5.3.7 Keputusan pertandingan akan diumumkan setelah selesai penjurian

dijalankan selepas pertandingan.

5.3.8 Para peserta dikehendaki berada di bilik pertandingan maya tiga puluh
(30) minit sebelum pertandingan bermula supaya pertandingan dapat
dijalankan dengan lancar. Pasukan yang didapati melanggar peraturan
ini akan dibatalkan penyertaannya.

6.0 FORMAT PERTANDINGAN

6.1 Satu (1) pasukan yang mewakili sekolah dianggotai oleh lima (5) orang
pembahas dari sekolah yang sama. Pertandingan dilaksanakan secara
timbal balik.

5
6.2 Pasukan yang akan mengemukakan usul dikenali sebagai Pasukan
Kerajaan akan bertanding dengan Pasukan Pembangkang.

6.3 Pembahas pertama daripada pihak kerajaan akan disebut sebagai YAB
Perdana Menteri, manakala empat (4) orang lagi pembahas dalam pasukan
tersebut sebagai YB Menteri Kedua, YB Menteri Ketiga, YB Menteri
Keempat dan YB Menteri Kelima. Pembahas pertama daripada pihak
pembangkang akan disebut sebagai YB Ketua Pembangkang, manakala
empat (4) lagi pembahas dalam pasukan tersebut akan disebut sebagai YB
Pembangkang Kedua, YB Pembangkang Ketiga, YB Pembangkang
Keempat dan YB Pembangkang Kelima.

6.4 Peruntukan masa dan giliran berbahas bagi kedua-dua pasukan adalah
seperti yang berikut:

KERAJAAN
PEMBANGKANG MASA
(PENCADANG)
1 Pertama 2 Pertama 10 minit
3 Kedua 4 Kedua 10 minit
5 Ketiga 6 Ketiga 10 minit
Ucapan penggulungan Ucapan penggulungan
8 7 5 minit
(Pertama/Kedua) (Pertama/Kedua)

6.5 Pembahas pertama daripada kedua-dua pasukan hanya mengutarakan satu

(1) hujah manakala pembahas kedua daripada kedua-dua pasukan akan
mengutarakan dua (2) hujah. Pembahas ketiga daripada kedua-dua pasukan
tidak mengutarakan hujah baharu. Tugas mereka adalah untuk membidas
hujah-hujah pasukan lawan.

6.6 Semasa satu (1) pihak berhujah, ahli pasukan lawan boleh memohon ‘Izin
Laluan’. Pembahas ini boleh menerima atau menolak izin laluan daripada
pihak lawan. Pembahas boleh menerima dua (2) izin laluan.

6.7 Selepas semua pembahas berhujah, pembahas pertama atau pembahas

kedua daripada kedua-dua pasukan akan memberi ucapan penggulungan
dimulai oleh pasukan pembangkang dan diikuti oleh pasukan kerajaan.

7.0 PENGHAKIMAN

7.1 Semua pertandingan akan diadili oleh panel hakim yang terdiri daripada
tiga (3) hakim

7.2 Taklimat kepada panel hakim diberi sekurang-kurangnya tiga puluh (30)
minit sebelum perbahasan bermula.

6
7.3 Pasukan yang mendapat undi majoriti daripada panel hakim (sistem juri)
dipilih sebagai pemenang. Para hakim tidak dibenarkan berbincang untuk
memilih pasukan yang menang.

7.4 Selepas selesai perbahasan, ketua hakim akan mengumpulkan dan

merumuskan borang keputusan dan menyerahkannya kepada Yang
Dipertua Dewan untuk mengumumkan keputusan perbahasan.

7.5 Keputusan bagi menentukan pembahas terbaik berdasarkan majoriti.

Sekiranya keputusan majoriti tidak dicapai, ketua hakim akan menentukan
pembahas terbaik.

7.6 Keputusan panel hakim adalah muktamad.

8.0 TATACARA PERBAHASAN

8.1 Pengendalian Perbahasan

8.1.1 Usul perbahasan akan diberi kepada pasukan yang bertanding

sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum pertandingan.

8.1.2 Cabutan undi akan dijalankan di bilik urus setia maya untuk
menentukan pihak kerajaan dan pembangkang sebelum
pertandingan. Cabutan undi akan dilakukan secara dalam talian
antara pegawai teknikal dan pembahas daripada kedua-dua
pasukan yang akan bertanding.

8.1.3 Setelah mengetahui kedudukan mereka, pasukan-pasukan yang

terlibat akan dikuarantin di bilik persediaan maya masing-masing
selama lima belas (15) minit pada pusingan awal dan tiga puluh (30)
minit pada pusingan seterusnya.

8.1.4 Hanya peserta dibenarkan berada di dalam bilik persediaan maya.

Pihak lain seperti guru penasihat, jurulatih, ahli keluarga atau
penyokong dilarang berada di bilik persediaan semasa pasukan
dikuarantinkan.

8.1.5 Hanya bahan cetak sahaja dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik
kuarantin maya.

8.1.6 Bilik persediaan maya yang digunakan oleh peserta untuk sesi
kuarantin juga menjadi bilik persidangan maya.

8.1.7 Setiap pembahas yang akan menyampaikan hujah diwajibkan keluar

dari tempat duduknya dan berada di tempat yang bersesuaian.

7
8.2 Peranan Yang Dipertua Dewan

8.2.1 Yang Dipertua Dewan akan membaca ringkasan peraturan

perbahasan dan memperkenalkan penjaga masa, panel hakim dan
pembahas.

8.2.2 Yang Dipertua Dewan tidak dibenarkan membuat apa-apa komen

dan ulasan tentang usul perbahasan ataupun pembahas yang
sedang bertanding.

8.2.3 Yang Dipertua Dewan akan memastikan bahawa hakim telah

bersedia sebelum menjemput pembahas untuk berucap.

8.2.4 Yang Dipertua Dewan akan mengumumkan keputusan

pertandingan.

8.3 Peranan Penjaga Masa

8.3.1 Penjaga masa hendaklah memastikan bahawa sepuluh (10) minit

diperuntukkan untuk pembahas berhujah dan lima (5) minit untuk
ucapan penggulungan. Masa akan diambil kira dari permulaan
pembahas berhujah.

8.3.2 Penjaga masa akan membunyikan loceng sekali pada minit kedua
menandakan bahawa ruang terbuka kepada pasukan lawan
membuat izin laluan. Pada minit kelapan loceng akan dibunyikan
sekali menandakan masa untuk izin laluan telah tamat. Loceng
akan dibunyikan dua (2) kali pada minit kesepuluh sebagai tanda
bahawa masa untuk pembahas berhujah telah tamat.

8.3.3 Bagi ucapan penggulungan, penjaga masa hendaklah memastikan

bahawa kedua-dua pasukan diberi masa lima (5) minit sebagai
masa persediaan sebelum pasukan-pasukan tersebut membuat
penggulungan.

8.3.4 Pada minit keempat masa penggulungan, penjaga masa akan

membunyikan loceng amaran dan pada minit ketiga loceng
dibunyikan dua (2) kali menandakan masa telah tamat untuk
pembahas.

8.3.5 Penunjuk masa secara maya (virtual) akan dipaparkan pada skrin
komputer sebagai panduan masa pembahas untuk menyampaikan
hujah dan bidasan.

8.3.6 Masa kecederaan (masa tambahan) sebanyak dua (2) minit akan
diberikan sekiranya berlaku sebarang gangguan teknikal semasa
pertandingan dijalankan.

8
8.4 Larangan

8.4.1 Isu sensitif yang berkaitan dengan agama, perkauman dan

menyentuh peribadi seseorang adalah dilarang.

8.4.2 Penggunaan ayat-ayat Al-Quran dan hadis serta terjemahan untuk

mengukuhkan hujah adalah dilarang sama sekali.
8.5 Peranan Pembahas

Pembahas Pertama Kerajaan (Perdana Menteri) 10 Minit

8.5.1 Tugas pertama Perdana Menteri adalah untuk memberi definisi atau
pentakrifan terhadap usul yang dibentangkan dalam perbahasan
tersebut.

8.5.2 Tugas kedua adalah untuk menyatakan pendirian pihak kerajaan

berhubung dengan usul yang dibentangkan.

8.5.3 Tugas ketiga Perdana Menteri adalah untuk menyatakan strategi

pihak Kerajaan dan peranan yang akan dilakukan oleh Menteri-
menteri yang lain bagi mengukuhkan pendirian pihak kerajaan.

8.5.4 Tugas keempat Perdana Menteri adalah untuk mengemukakan satu

(1) hujah dan memberi huraian/fakta untuk menyokong usul yang
telah dibentangkan oleh pihak kerajaan.

8.5.5 Tugas kelima Perdana Menteri adalah untuk menegaskan pendirian

pihak Kerajaan bagi menyokong usul yang telah dibentangkan.

Pembahas Pertama Pembangkang (Ketua Pembangkang) 10 Minit

8.5.6 Tugas pertama Ketua Pembangkang adalah untuk menyatakan

pendirian pihak pembangkang sama ada bersetuju dan menerima
definisi usul yang telah diberikan oleh pihak kerajaan atau menolak
definisi tersebut. Sekiranya pihak pembangkang menolak definisi
tersebut. Mereka boleh mengemukakan definisi mengikut takrifan
mereka.

8.5.7 Tugas kedua Ketua Pembangkang adalah untuk membidas hujah

yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri (Pembahas Pertama
Kerajaan).

8.5.8 Tugas ketiga Ketua Pembangkang adalah untuk menyatakan

pendirian pihak pembangkang berhubung dengan usul yang
diperdebatkan dalam perbahasan tersebut.

8.5.9 Tugas keempat Ketua Pembangkang adalah untuk menyatakan

strategi pihak pembangkang dan peranan yang akan dilakukan oleh

9
pembangkang-pembangkang yang lain bagi mengukuhkan
pendirian pihak pembangkang.

8.5.10 Tugas kelima ketua pembangkang adalah untuk mengemukakan

satu (1) hujah dan memberi huraian/fakta berdasarkan pendirian
pihak pembangkang.

8.5.11 Tugas keenam Ketua Pembangkang adalah untuk menegaskan

pendirian pihak pembangkang dalam membahaskan usul yang telah
dibentangkan oleh kerajaan.

Pembahas Kedua Kerajaan (Menteri Kedua) 10 Minit

8.5.12 Tugas pertama Menteri Kedua adalah untuk menyatakan pendirian

pihak kerajaan sama ada bersetuju dan menerima definisi baharu
yang telah diberikan oleh pihak pembangkang atau menolak definisi
tersebut. Sekiranya pihak kerajaan menolak definisi semula oleh
pihak pembangkang, Menteri Kedua hendaklah memberi penegasan
tentang definisi yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri
sebelum ini.

8.5.13 Tugas kedua adalah untuk membidas hujah yang telah dikemukakan
oleh Ketua Pembangkang.

8.5.14 Tugas ketiga adalah untuk mengemukakan dua (2) hujah dan
memberi huraian/fakta untuk menyokong usaha yang telah
dibentangkan oleh pihak kerajaan.

8.5.15 Tugas keempat Menteri Kedua adalah untuk menegaskan pendirian

pihak kerajaan bagi menyokong usul yang telah dibentangkan.

Pembahas Kedua Pembangkang (Pembangkang Kedua) 10 Minit

8.5.16 Tugas pertama Pembangkang Kedua adalah untuk membidas hujah

yang telah dikemukakan oleh menteri kedua.

8.5.17 Tugas kedua Pembangkang Kedua adalah untuk membidas hujah

yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri.

8.5.18 Tugas ketiga Pembangkang Kedua adalah untuk mengemukakan

dua hujah dan memberi huraian/fakta untuk menyokong usaha yang
telah dibentangkan oleh pihak pembangkang.

8.5.19 Tugas keempat Pembangkang Kedua adalah untuk menegaskan

pendirian pihak pembangkang dalam membahaskan usul yang telah
dibentangkan oleh kerajaan.

10
Pembahas Ketiga Kerajaan (Menteri Ketiga) 10 Minit

8.5.20 Tugas pertama Menteri Ketiga adalah untuk membidas hujah yang
telah dikemukakan oleh pembangkang kedua.

8.5.21 Tugas kedua Menteri Ketiga adalah untuk membidas hujah yang
telah dikemukakan oleh Ketua Pembangkang.

8.5.22 Tugas ketiga Menteri Ketiga adalah memperkukuh usul yang telah
dibawa oleh pihak kerajaan dan menegaskan pendirian pihak
kerajaan bagi menyokong usul yang telah dibentangkan.

Pembahas Ketiga Pembangkang (Pembangkang Ketiga) 10 Minit

8.5.23 Tugas pertama Pembangkang Ketiga adalah untuk membidas hujah

yang telah dikemukakan oleh Menteri ketiga.

8.5.24 Tugas kedua Pembangkang Ketiga adalah untuk membidas hujah

yang telah dikemukakan oleh Menteri Kedua.

8.5.25 Tugas ketiga Pembangkang Ketiga adalah untuk membidas hujah-

hujah yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri.

8.5.26 Tugas keempat Pembangkang Ketiga adalah untuk memperkukuh

usul berdasarkan fakta-fakta pihak pembangkang dan menegaskan
pendirian pihak pembangkang dalam membahaskan usul yang telah
dibentangkan oleh kerajaan.

8.6 Peranan Penggulung.

Penggulung Pihak Pembangkang

(Pembahas Pertama/Kedua) - 5 Minit

8.6.1 Tugas pertama penggulung pihak pembangkang adalah untuk

membidas hujah/usul dan fakta-fakta pihak kerajaan serta
menyatakan kelemahan/kesilapan yang telah dilakukan oleh pihak
kerajaan dalam membentangkan usul tersebut.

8.6.2 Tugas kedua penggulung pihak pembangkang adalah menggulung

perbahasan bagi pihak pembangkang dan membuat penegasan
untuk menutup hujah pembangkang dalam membahaskan usul yang
telah dibentangkan oleh kerajaan.

11
Penggulung Pihak Kerajaan
(Pembahas Pertama/Kedua) - 5 Minit

8.6.3 Tugas pertama penggulung pihak Kerajaan adalah untuk membidas

hujah/usul dan fakta-fakta pihak pembangkang dalam
membahaskan usul tersebut.

8.6.4 Tugas kedua penggulung pihak Kerajaan adalah menggulung

perbahasan bagi pihak Kerajaan dan membuat penegasan untuk
menutup hujah Kerajaan dalam menyokong usul yang telah
dibentangkan.

9.0 IZIN LALUAN

9.1 Semasa seorang pembahas sedang berhujah, pihak lawan dibenarkan

untuk membuat izin laluan. Izin laluan ialah celahan formal yang ditujukan
kepada pembahas yang berhujah. Izin laluan boleh dilalukan dalam bentuk:

9.1.1 soalan;
9.1.2 kenyataan;
9.1.3 fakta;
9.1.4 ayat-ayat pendek yang berkaitan dengan isi yang sedang diutarakan
oleh pembahas.

9.2 Tujuan utama izin laluan adalah untuk memberi atau meminta maklumat
tentang sesuatu isi yang sedang dibahaskan. Pihak lawan boleh
membetulkan fakta yang dianggap telah terpesong. Izin laluan juga boleh
digunakan untuk meminta penjelasan dan menyoal pihak lawan.

9.3 Masa selama lima belas (15) saat sahaja diperuntukkan bagi setiap izin
laluan. Izin laluan haruslah padat dan bernas.

9.4 Izin laluan tidak boleh disalahgunakan untuk sengaja mengganggu pihak
lawan kerana terdapat etika yang wajib dipatuhi. Markah akan dikurangkan
jika melanggar etika ini.

9.5 Etika Izin Laluan

9.5.1 Pasukan lawan hanya dibenarkan memohon izin laluan antara minit
ketiga hingga minit kelapan hujahan pembahas. Izin laluan tidak
boleh dilakukan pada dua (2) minit pertama dan minit kelima semasa
pembahas sedang berhujah. Loceng akan dibunyikan untuk
menandakan permulaan dan penutup masa yang ditetap untuk izin
laluan.

9.5.2 Tidak terdapat izin laluan semasa ucapan penggulungan.

12
9.5.3 Isyarat-isyarat yang sopan dan hormat seperti mengangkat tangan
atau berdiri tegak hendaklah dilakukan semasa memohon izin
laluan. Perlakuan yang kasar dan biadab seperti menepuk-nepuk
meja atau tangan, memetik jari, melambai- lambai, bersiul, menjerit
atau apa-apa sahaja yang sengaja dilakukan untuk mengganggu
pihak lawan akan menyebabkan pengurangan markah.

9.5.4 Kata-kata yang diucapkan semasa izin laluan hendaklah halus dan
berbudi bahasa serta mencerminkan tatasusila, adab dan budaya
yang tinggi. Menjerit, marah-marah, dan mengejek pihak lawan
adalah dilarang.

9.5.5 Izin laluan dipohon dengan cara seseorang pembahas berdiri dan
menyebut “Izin Laluan”. Pembahas yang sedang berucap tidak
dimestikan menerima setiap izin laluan yang ditujukan kepadanya.
Pembahas yang sedang berucap boleh:
 Meminta pihak lawannya untuk duduk dengan cara yang hormat;
 Menghabiskan ayatnya dan menerima izin laluan tersebut;
 Menerima izin laluan tersebut ketika itu.

9.6 Memohon dan Menerima Izin Laluan

9.6.1 Sepanjang perbahasan, seorang pembahas diwajibkan memohon

sekurang-kurangnya dua kali izin laluan. Pembahas ini juga mesti
menerima paling kurang dua (2) kali izin laluan yang ditujukan
kepadanya.

9.6.2 Pembahas yang ingin memohon izin laluan hanya perlu mengangkat
kad izin laluan sehingga diterima oleh pihak lawan. Apabila diterima,
pembahas perlu mengaktifkan mikrofon dan menyahaktifkannya
selepas memohon izin laluan.

9.6.3 Pembahas yang memohon izin laluan tetapi tidak diterima oleh pihak
lawan tetap akan diberi markah izin laluan. Manakala pemohon yang
mohon izin laluan kali ketiga untuk pembahas yang sedang
berhujah, perlu bertanya. Jika tidak bertanya dianggap tidak
memohon izin laluan.

9.6.4 Pembahas yang memohon izin laluan kurang daripada dua (2) kali
akan kehilangan markah isi dan strategi.
 Markah isi ditolak kerana gagal mengambil peluang keemasan.
 Markah strategi ditolak kerana tidak memenuhi peranan sebagai
pembahas.

9.6.5 Pembahas yang tidak menjawab atau menerima izin laluan daripada
pihak lawan juga kehilangan markah isi dan strategi.
 Kehilangan markah dalam isi disebabkan oleh pembahas tidak
memberi peluang kepada pihak lawan.

13
 Kehilangan markah strategi disebabkan oleh pembahas tidak
menjalankan peranan sebagai pembahas dan takut untuk
menghadapi cabaran.

9.6.6 Panel hakim juga boleh menilai sama ada pembahas itu berdebat
secara spontan ataupun terikat pada teks perbahasannya dengan
menilai daripada penglibatannya dalam izin laluan.

10.0 HAK MILIK VIDEO

Pihak KPM berhak menyiarkan rakaman video pertandingan di mana-mana

platform bagi tujuan hebahan atau pendidikan.

11.0 HAL-HAL YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang
pengecualian mengenai pematuhan syarat-syarat pertandingan atau semua
perkara di luar jangka atau mengenai tafsiran akan diputuskan oleh pihak
Jawatankuasa Pengelola pertandingan yang mana keputusan adalah muktamad.

14
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN
VIDEO DRAMA KOMSAS
TAHUN 2021

(EDISI DALAM TALIAN)

Anjuran:
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pendidikan Malaysia
PERTANDINGAN VIDEO DRAMA KOMSAS

1.0 PENGENALAN

Drama bermaksud karya kreatif yang unik kerana mengandungi dua aspek
sastera dan aspek teater. Aspek sastera mengandungi cerita dan unsur
karya kreatif seperti pemikiran, plot, watak, bahasa dan latar. Manakala
aspek teater pula drama dilihat sebagai hasil pementasan. Dengan kata lain,
skrip drama yang ditulis akan dipersembahkan di atas pentas. Komponen
Sastera Melayu atau KOMSAS merujuk kepada pengajaran dan
pembelajaran teks komponen sastera dan aktiviti kokurikulum akademik.
Pandemik Covid-19 telah mencetuskan idea untuk Drama KOMSAS ini
divideokan bagi memberi peluang kepada murid-murid sekolah menengah di
seluruh tanah air menghasilkan video drama karya terpilih masing-masing
berdasarkan teks KOMSAS semasa.

2.0 OBJEKTIF PERTANDINGAN

2.1 Mencungkil bakat dan potensi murid-murid dalam bidang lakonan di

peringkat sekolah.
2.2 Mengasah bakat murid-murid untuk menyampaikan skrip dalam
bentuk dialog dan penghayatan mengikut watak.
2.3 Mengasah kemahiran dan ilmu murid-murid dalam dalam bidang
rakaman dan suntingan video.

3.0 TEMA

Nilai-nilai Murni Ke Arah Menjana Kecemerlangan Modal Insan.

4.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

4.1 Penyertaan terbuka kepada murid-murid sekolah menengah iaitu

Tingkatan Satu (1) hingga Tingkatan Lima (5) warganegara Malaysia
sama ada di Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Menengah
Bantuan Kerajaan, Sekolah Menengah Agama Negeri dan Sekolah
Agama Bantuan Kerajaan. Manakala, Sekolah Swasta yang berdaftar
dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dibenarkan menyertai
tetapi penyertaan sehingga peringkat negeri sahaja. Penyertaan ini tidak
termasuk Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Berasrama
Penuh (SBP). Penyertaan berbilang kaum amat digalakkan.
4.2 Sumber drama dan cerpen wajib digunakan daripada teks KOMSAS
Tingkatan Satu (1) hingga Tingkatan Lima (5).
2
4.3 Jumlah murid yang terlibat dalam produksi hendaklah di antara lima (5)
hingga sepuluh (10) orang peserta sahaja.
4.4 Penggunaan Bahasa Melayu standard wajib digunakan manakala
bahasa rojak adalah tidak dibenarkan.
4.5 Pakaian pelakon hendaklah sopan dan sesuai dengan watak yang
dilakonkan.
4.6 Video drama yang dihasilkan boleh melalui proses suntingan bagi
memudahkan penghasilan video lengkap berdurasi tidak melebihi 15
minit sahaja. Rakaman video mestilah dilakukan di rumah peserta
masing-masing dan sesi bersemuka tidak dibenarkan sama sekali. Video
tersebut hendaklah dirakam secara melintang dalam format AVI atau
MP4 dengan resolusi 1080P/720P dan dihantar dalam bentuk pautan
kepada negeri penganjur.
4.7 Senarai nama pelakon dan tenaga produksi yang telah mendapat
pengesahan daripada pengetua hendaklah dihantar kepada penganjur
bersama-sama pautan drama tersebut
4.8 Dua (2) orang guru pembimbing/jurulatih hendaklah dilantik dalam
kalangan guru.

5.0 PELAKSANAAN PERTANDINGAN

5.1 Peringkat sekolah

- Sekolah dikehendaki mengadakan pertandingan video drama di
peringkat sekolah melalui aktiviti Persatuan Bahasa Melayu.

5.2 Peringkat zon/daerah

- Pertandingan peringkat daerah dikendalikan oleh Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD).

5.3 Peringkat negeri

- Pertandingan peringkat negeri akan dikendalikan oleh Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN).

5.4 Peringkat kebangsaan

- Pertandingan Video Drama KOMSAS peringkat kebangsaan akan
dikendalikan oleh KPM. Johan peringkat negeri akan bertanding ke
peringkat kebangsaan.

3
6.0 SKRIP DRAMA

6.1 Petikan skrip daripada mana-mana buku teks KOMSAS Tingkatan

Satu (1) hingga Tingkatan Lima (5) iaitu drama atau cerpen semasa.
6.2 Skrip drama boleh diimprovisasi tetapi tidak terpesong daripada skrip
asal.
6.3 Cerpen daripada teks KOMSAS semasa boleh diadaptasikan tetapi
tidak terpesong daripada cerita asal.
6.4 Skrip video drama mestilah dilengkapi dengan tajuk. Format penulisan
skrip mestilah ditaip menggunakan fonts Times New Roman, bersaiz
dua belas (12) dan dalam jarak langkau 1.5 sahaja. Skrip yang telah
ditaip hendaklah dihantar dalam bentuk PDF kepada kepada pihak
penganjur mengikut kaedah yang telah ditetapkan.
Skrip video drama wajib dihantar kepada urus setia sebanyak lima (5)
salinan.

7.0 DISIPLIN RUANG

7.1 Prop yang perlu dan bersesuaian dengan skrip sahaja dibenarkan.
Penggunaan prop yang berbahaya sama ada digunakan atau
sebagai hiasan sewaktu video dirakam seperti benda-benda tajam
atau senjata dalam bentuk asal adalah tidak dibenarkan, sebaliknya
hendaklah menggunakan replika yang selamat sahaja.
7.2 Penggunaan bahan letupan, gas, ledakan dan api tidak
dibenarkan.
7.3 Rakaman drama tidak dibenarkan memaparkan unsur-unsur
mengghairahkan/berbaur lucah sama ada melalui perlakuan, dialog
atau kostum yang dipakai. Unsur-unsur yang bertentangan dengan
nilai-nilai murni masyarakat tempatan, serta bercanggah dengan
agama dan keperibadian bangsa Malaysia juga dilarang dalam
rakaman.
7.4 Rakaman drama juga dilarang mempamerkan aksi-aksi
kekejaman terhadap manusia atau haiwan serta perkara-perkara yang
bertentangan dengan undang-undang dan dasar kerajaan.
7.5 Guru pembimbing atau jurulatih setiap kumpulan tidak dibenarkan
memberi sebarang arahan atau bantuan (side coaching) semasa
persembahan sedang dirakam.

4
8.0 DURASI PERSEMBAHAN

8.1 Video drama tidak melebihi lima belas (15) minit sahaja. Persembahan
yang melebihi masa yang ditetapkan akan dipotong lima (5) markah
daripada markah keseluruhan.
8.2 Durasi persembahan video drama dikira bermula daripada intro
persembahan sama ada dalam bentuk muzik, aksi atau dialog.

9.0 PEMARKAHAN

9.1 Bahasa (30 markah)

9.1.1 Pengucapan dialog yang lancar menggunakan struktur ayat
yang betul dari segi tatabahasa dan sesuai dengan watak.
9.1.2 Pemilihan kosa kata yang betul, jelas dan sesuai dengan
watak.
9.1.3 Intonasi dan nada suara yang kuat, jelas dan sesuai dengan
watak.
9.1.4 Penggunaan kata, frasa, bahasa kiasan, peribahasa,
perumpamaan dan pantun mengikut situasi yang sesuai
dengan watak
9.1.5 Memperlihatkan penggunaan ragam bahasa yang sesuai
dengan watak dan budaya setempat
9.1.6 Pengolahan bahasa yang baik dan indah serta gramatis

9.2 Persembahan (30 markah)

9.2.1 Memperlihatkan persembahan yang meyakinkan.
9.2.2 Memperlihatkan persembahan yang menarik.
9.2.3 Memperlihatkan persembahan yang kreatif.
9.2.4 Memperlihatkan persembahan yang kaya dengan eleman
dramatik.
9.2.5 Memperlihatkan persembahan yang berjaya mengangkat tema,
pemikiran dan nilai-nilai murni dengan jelas.

9.3 Lakonan (20 markah)

9.3.1 Pelakon berjaya mentafsir dan membentuk watak
serta perwatakan dengan baik.
9.3.2 Pelakon berjaya memperlihatkan lakonan melalui pergerakan
(gerak, gerak isyarat/gesture dan ekspresi) dengan baik.
9.3.3 Pelakon berjaya memperlihatkan kesatuan lakonan (suara –
artikulasi, intonasi dan projeksi) yang baik .
9.3.4 Pelakon berjaya memperlihatkan kesatuan lakonan (sebagai
satu ensembel) dengan baik.
5
9.3.5 Pelakon berjaya memperlihatkan penghayatan watak dengan
baik.
9.3.6 Pelakon berjaya mengolah bahasa dengan baik dan indah.

9.4 Sinografi (10 markah)

9.4.1 Rekaan set yang menarik, berfungsi dan dimanfaatkan.
9.4.2 Rekaan/pilihan prop yang menarik, berfungsi
dan dimanfaatkan.
9.4.3 Rekaan cahaya yang menarik dan bermakna.
9.4.4 Tatarias yang memperkuatkan watak dan perwatakan.
9.4.5 Rekaan/pilihan kostum atau busana yang sesuai, menarik
dan mampu memperkuatkan watak dan perwatakan.
9.4.6 Kesan khas dan kesan bunyi yang menarik dan berkesan.

9.5 Pengarahan (10 markah)

9.5.1 Pengarah berjaya melakukan tafsiran yang tepat dan
menarik terhadap skrip.
9.5.2 Pengarah berjaya mentafsir dan membentuk watak serta
perwatakan dalam drama
9.5.3 Pengarah berjaya membentuk dan mengawal keseluruhan
lakonan dengan baik.

10.0 PENGHAKIMAN/PENILAIAN
10.1 Peringkat Daerah dinilai oleh tiga (3) hingga lima (5) orang hakim,
termasuk Ketua Hakim.
10.2 Peringkat Negeri dinilai oleh tiga (3) hingga lima (5) orang hakim,
termasuk Ketua Hakim.
10.3 Peringkat Kebangsaan dinilai oleh lima (5) orang hakim termasuk
Ketua Hakim.
10.4 Setiap hakim akan menilai pertandingan secara keseluruhan.
10.5 Keputusan rasmi dibuat secara sistem juri.
10.6 Hakim mesti mematuhi peraturan pertandingan kertas konsep KPM.
10.7 Keputusan Panel Hakim adalah muktamad.

11.0 TINDAKAN

Pihak penganjur dan KPM berhak membatalkan penyertaan kumpulan yang

melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam kertas konsep.

6
12.0 HAK MILIK VIDEO

Pihak KPM berhak menyiarkan rakaman video pertandingan di mana-mana

platform bagi tujuan hebahan atau pendidikan.

13.0 HAL-HAL YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang
pengecualian mengenai pematuhan syarat-syarat pertandingan atau semua
perkara di luar jangka atau mengenai tafsiran akan diputuskan oleh pihak
Jawatankuasa Pengelola pertandingan yang mana keputusan adalah
muktamad.

7
BORANG PEMARKAHAN PERTANDINGAN VIDEO DRAMA KOMSAS

PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2021

Sekolah/Negeri: …………………………………………………………………….

Tajuk Drama: ……………………………………………………………………..

Perkara Kriteria Penskoran Markah Catatan

Bahasa Struktur tatabahasa yang betul, sebutan jelas dan Lemah (1-10) / Baik (11-20)
(30 markah) lancar. Pengolahan bahasa yang baik, indah dan Cemerlang (21- 30)
gramatis

Meyakinkan/menarik/Kreativiti/Dramatik/Pemikiran Lemah (1-10) / Baik (11-20)

Persembahan Cemerlang (21- 30)

(30 markah)

Lakonan Penghayatan watak Gesture/gerak isyarat Lemah (1-6) / Baik (7-14)

(20 markah) Kesatuan lakonan/Pentafsiran watak Cemerlang (15- 20)

Sinografi Rekaan set prop, kesan bunyi, kesan cahaya, Lemah (1-3) / Baik (4 -7)
busana dan tatarias Cemerlang: 8 - 10
(10 markah)

Tafsir skrip, bentuk watak dan kawalan Lemah (1-30) / Baik (4- 7)
Pengarahan keseluruhan Cemerlang (8-10)

(10 markah)

100
JUMLAH

Tandatangan Hakim: ..........................................

8
BORANG KEPUTUSAN HAKIM INDIVIDU PERTANDINGAN VIDEO DRAMA KOMSAS
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2021

Nama: ................................................................ Tarikh : ................................

GILIRAN PESERTA MARKAH KEDUDUKAN

HAKIM

1/2/3/4/5

Tandatangan Hakim: ………………………………..

9
BORANG PENENTUAN KEPUTUSAN PERTANDINGAN VIDEO DRAMA KOMSAS
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2021

GILIRAN HAKIM 1 HAKIM 2 HAKIM 3 HAKIM 4 HAKIM 5 JUMLAH KEDUDUKAN

PESERTA

Pengesahan oleh Ketua Hakim

………………………………………

( )

10
BORANG KEPUTUSAN RASMI PERTANDINGAN VIDEO DRAMA KOMSAS
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2021

A. KEPUTUSAN KESELURUHAN

KEDUDUKAN GILIRAN PESERTA JUDUL DRAMA

JOHAN

NAIB JOHAN

KETIGA

KEEMPAT

KELIMA

11
B. KEPUTUSAN INDIVIDU

ANUGERAH WATAK JUDUL DRAMA GILIRAN

PELAKON LELAKI TERBAIK

PELAKON PEREMPUAN TERBAIK

PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK

PELAKON PEMBANTU PEREMPUAN TERBAIK

SINOGRAFI TERBAIK

SKRIP TERBAIK

PENGARAH TERBAIK

ANUGERAH KHAS JURI

12
PENGESAHAN HAKIM

HAKIM NAMA TANDATANGAN TARIKH

13

You might also like