You are on page 1of 15

Cikgu Roslan Daud

SET
1 ARAS CEMERLANG

Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

Bahan 1

CIKGU DAHARI: Sebenarnya cikgu terlibat dengan PLKN ini untuk modul PPSB.

SUNDARANI: Apa itu PPSB?

CIKGU DAHARI: PPSB itu singkatan bagi Program Penghayatan Sastera dan Budaya.

AH TIAU: Apakah aktiviti untuk PPSB?

CIKGU DAHARI: Dalam modul PPSB, pelatih akan diperkenalkan tentang sastera dan budaya.

AIMAN: Sekarang zaman teknologi dan maklumat. Apa perlunya sastera dan budaya dalam kehidupan kita sekarang ini?
Nak angan-angan macam Mat Jenin?

CIKGU DAHARI: Setiap bangsa dan negara di dunia ini mempunyai budaya tersendiri. Walau maju macam mana sekalipun
sesuatu bangsa itu, mereka tetap memegang jati diri bangsa mereka. Hal ini menjadikan mereka mempunyai jati diri
tersendiri tanpa mengikut acuan mana-mana individu. Hal ini menunjukkan individu yang pintar. Berbalik kepada soalan
untuk aktiviti dalam modul PPSB itu, pelatih akan diperkenalkan dengan puisi tradisional dan moden, seperti syair,
pantun, seloka, gurindam dan nazam. Pelatih akan dibahagikan dalam kumpulan dan setiap kumpulan akan membuat
persembahan pentas selama 10 minit. Sajak menjadi teras utama dalam persembahan tersebut.
Dipetik daripada drama ‘Berkhidmat untuk Negara’ oleh Afixx Zulkarnaen Adam
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahan 2

PANTUN BUDAYA BANGSA

Anggun dara berbaju sutera, Orang Rokan menjerat rusa,


Bersama selendang lalu di cerun; Terkena helang berbulu carik;
Budaya bangsa wajar dipelihara, Budaya warisan pelbagai bangsa,
Warisan moyang turun-temurun. Pelancong bertandang rasa tertarik.

Ke Kota Senggora belayar kelasi, Budak berkejar di tengah beranda,


Emas berbungkal di dalam cepuk; Makan sentul sambil bertandak;
Budaya bangsa sama dikongsi, Budaya diajar kepada pemuda,
Perpaduan nasional mesra dipupuk. Asal usul dilupa tidak.

Sumber : Internet

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud membuat persembahan. [2 markah]

1
Cikgu Roslan Daud

(ii) Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2 , nyatakan kepentingan-kepentingan memelihara budaya bangsa. [3 markah]

(iii) Makanan tradisional merupakan antara budaya bangsa yang perlu dipertahankan kepada generasi muda.
Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan makanan tradisional dilupakan. [3 markah]

(iv) Anda merupakan Pengerusi Kelab Seni Budaya di sekolah. Anda mahu rakan-rakan mengenali budaya bangsa supaya
tidak dilupakan.
Sebagai remaja yang prihatin, cadangkan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan untuk memperkenalkan budaya bangsa
kepada rakan-rakan. [4 markah]

SET 2
2
Cikgu Roslan Daud

Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

Bahan 1

Proses keremajaan diri sendiri mulai terasa. Dia giat melemparkan pandangan ke bawah dari pucuk kepala yang tinggi
menjulang.
Eh, wajah geruh babah dan ibunya bersedia hendak menyambutnya dengan hamparan tilam empuk yang gebu, persis
sambutan penuh kemeriahan dan istiadat kepulangan angkasawan negara sesudah beberapa minggu di Stesen Angkasa
Antarabangsa dan kemudian beberapa minggu lagi di permukaan bulan.
Fikir Aiman, adakah dia akan terjun bersama-sama dengan beberapa biji buah kelapa seperti Si Luncai yang terjun
dengan labu-labunya?
Tengok sekarang, dia sedang menyusun sepuluh jarinya. Babah dan ibunya sedar akan perkara itu. Jari-jemarinya
jelas montok dan gebu; padat berisi sebagai tanda perut yang tergalas secukupnya. Makanan seimbang dan amalan gaya
hidup sihat selalu menjaduali rutin hariannya di tengah-tengah keluarganya yang bengis dan kasar.
Dipetik daripada cerpen ‘Hipertensi’,
oleh ....
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahan 2

Bahan 2

PANTUN MENJAGA KESIHATAN DIRI

Berdagang rempah ke Tanah Sulu,


Raja berburu di hutan Senggora,
Di Batu Sawar berhenti menyinggah;
Penat berjalan menjerat nuri;
Aktiviti riadah diamalkan selalu,
Masalah terbuku diluah segera,
Peluh keluar penyakit dicegah.
Elak tekanan menguasai diri.

Keris bersadur dari Kukup, Tiga pemuda duduk berehat,


Berwarna suasa eloknya dicanang; Sambil menghidu mawar semerbak;
Rehat dan tidur pastikan cukup, Doktor dijumpa jika tak sihat,
Rasa gembira kerja pun tenang. Mengawal dahulu sebelum merebak.

Menjalar galak pokok tuba, Burung nuri di pohon saga,


Dipetik rapi si anak kelasi; Berkicau sebentar terbang ke hulu;
Rokok dan arak jangan dicuba, Kesihatan diri mari dijaga,
Jantung dan hati terjejas fungsi. Penyakit dihindar ceria selalu.

Sumber: Internet

(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud diluah segera. [2 markah]


3
Cikgu Roslan Daud

(ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan cara-cara untuk mengekalkan kesihatan sepanjang hayat. [4 markah]

(iii) Pemakanan yang berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran amat penting untuk kesihatan.
Pada pendapat anda, apakah kepentingan-kepentingan makan buah-buahan dan sayur-sayuran? [3 markah]

(iv) Rakan anda mempunyai masalah tekanan perasaan akibat keputusan peperiksaannya yang tidak memuaskan. Dia tidak
mahu datang ke sekolah dan berjumpa dengan rakan-rakan kerana malu.
Sebagai rakan yang prihatin, cadangkan cara-cara yang boleh anda lakukan untuk membantunya. [4 markah]

SET 3

4
Cikgu Roslan Daud

Baca semua bahan yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
Bahan 1

Perasaanku membuak-buak bangga apabila memikirkan ini merupakan pengorbanan yang besar, iaitu satu amanah dan
tanggungjawab yang perlu aku laksanakan dan sudah cukup buat bakal pahalaku setahun.
Pepohon hijau melambai-lambai mengikut alunan bayu mengiringi perjalanan kami menuju ke kampung tersebut.
Pemandangan yang aku tatap ini jauh berbeza dengan suasana di ibu kota. Jika di Kuala Lumpur, mata sarat dengan bangunan
pencakar langit, suasana pagi yang sibuk dengan deretan manusia bersesak merebut tempat di dalam LRT. Semua berkejar
ingin ke tempat kerja. Namun di sini, begitu tenang, tepian jalan penuh dengan tumbuhan hijau yang meraikan alam dan udara
bersih yang mendamaikan.
Dipetik daripada cerpen ‘Kelas Pohon Rendang’
oleh Hidaya Ibrahim Shah, Tunas Cipta, Bil.
5/2021
Bahan 2

Bahan 2

KEMARAHAN ALAM
1 Hujan, panas, salji, musim bunga dan musim luruh 4 Salji yang melampau
berganti saban bulan dan ketika semuanya membawa rahmat pada menggerunkan manusia
sekalian umat kerana runtuhnya
namun, bagaimana andainya cuaca yang lumrahnya silih menunggu mangsa.
berkitar mengikut putaran
tiba-tiba berubah rupa?
Wahai insan mampukah kita mengawal kejadian alam?
5
terdayakah kita menahan kedatangannya? layakkah
Hujan dengan lebatnya bisa menjadi bah
2 kita menyalahkan takdir?
lantas menghanyutkan segalanya
pernahkan kita bersyukur atas segala kurniaan-Nya?
mengorbankan nyawa.

Andai kita masih terlalu jauh daripada Ilahi andai


Panas nan terik membakar 6
hati kita masih lalai akan suruhan-Nya andai kita
3 membuatkan manusia tak keruan jadinya masih bergelumang dengan dosa bolehkah kita
hangat bahangnya menjadikan tanaman kekontangan malah, jiwa juga menyalahkan Yang Esa?
turut terkorban.

Mu’az Suhaimi
Dewan Siswa, Bil. 4/2017

Bahan 3

PANTUN ALAM SEKITAR


1 Tembikar berukir mari dibeli, 2 Panglima Hitam sudah ternama;
Letak bersama si asam jawa; Laut dan pulau berani diharung;

5
Cikgu Roslan Daud

Sungai mengalir bersih sekali, Lestarikan alam kewajiban bersama,


Berkat usaha kebersamaan semua. Hutan menghijau berkicau burung.

Sumber : Internet

(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud menggerunkan manusia. [2 markah]

(ii) Berdasarkan semua bahan, kemukakan beberapa keindahan alam semula jadi ciptaan Tuhan. [4 markah]

(iii) Kerosakan alam sekitar yang berlaku di seluruh dunia disebabkan oleh aktiviti manusia yang tidak terkawal.
Pada pendapat anda, apakah aktiviti-aktiviti tersebut? [3 markah]

(iv) Anda tinggal di sebuah bandar raya yang mempunyai kadar pencemaran yang amat tinggi. Kepesatan pembangunan telah
menyebabkan alam sekitar terjejas. Hal ini boleh mendorong masalah kesihatan dan merugikan negara kerana terpaksa
mengeluarkan kos pembersihan yang besar.
Sebagai rakyat yang prihatin, cadangkan cara-cara yang boleh anda lakukan untuk menjaga kebersihan alam sekitar.
[4 markah]

SET 4

Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

Bahan 1

PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS

6
Cikgu Roslan Daud

1 Kuhantar kau mengecapi angin baru 3 Di awan kampus yang sarat ilmu hadir
udara lain dari kampung bendang kuningmu sihir angin bernafas api di pohon kampus
bumantara asing dari yang sering kaumesrai yang tegar status berceracak selumbar
yang sama sekali berbeza noda mengabur fikir di padang kampus
dengan suasana suntimu kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu yang hijau pertimbangan tumbuh gunung
memesrai azimat dan tangkal ego menghalau pekerti.
dari tangga gading.
Pandai-pandailah kau terbang
menongkah awan mulus dan kabus dingin
4
2 jangan kau pulang
Kulepaskan kau menjadi burung putih dengan dengan percikan duka dan balutan luka
sayap berkembang menongkah awan perak dan di sayapmu yang patah.
kabut dingin mengenal kalimat hujan dan bilah
Sazalee Yacob
petir menyelit antara sembilu nasib dan waras
Antologi Sejadah Rindu,
akal.
Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahan 2

Kadang-kadang aku kesian juga dengan emak. Tekun benar dia. Malah tapai ubi sudah menjadi mata pencariannya.
Sejak aku kecil, emak dan bapa sudah berniaga tapai ubi. Aku membesar berkat hasil jualan tapai ubi. Aku belajar berkat
hasil jualan tapai ubi. Bukan aku sahaja, seluruh adik-beradikku hidup atas berkat usaha emak dan bapa membuat tapai ubi
untuk dijual.
“Buat tapai ubi tak boleh bagi orang tahu!” kata emak ketika menabur ragi di atas ubi rebus di dalam sebuah balang
besar. Aku akur dengan petua emak. Aku hanya diam.
“Jangan kena kotoran atau minyak,” sampuk bapa pula yang sedang memotong daun pisang untuk dijadikan
pembungkus tapai. Kadang-kadang bapa menggunakan daun ramai. Bapa tidak mahu menggunakan plastik kerana keaslian
tapai akan hilang.
Rasanya kurang enak. Baunya tidak wangi lagi.
“Tak boleh bising-bising,” bisik emak pula. Aku hanya membatu mendengar petua yang sama sejak aku kecil.
Dipetik daripada
cerpen ‘Legasi Tapai Ubi’ oleh Ghazali
Lateh, antologi Bintang Hati, Kementerian
Pendidikan Malaysia

(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud mata pencarian. [2 markah]

(ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan dua pesanan yang dinyatakan ibu bapa kepada anak-anaknya. [3 markah]

(iii) Pendidikan tinggi amat digalakkan kepada setiap orang memandangkan faedahnya amat banyak.
Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah mempunyai pendidikan tinggi pada masa sekarang? [3 markah]

(iv) Rakan anda menghadapi masalah dalam pelajaran, iaitu keputusan peperiksaannya kurang memuaskan. Dia amat bimbang
memandangkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Rakan anda ingin
lulus dalam SPM untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi demi masa depannya.
Sebagai rakan yang prihatin, cadangkan tindakan-tindakan yang boleh anda lakukan untuk membantunya mengatasi masalah
tersebut. [4 markah]

7
Cikgu Roslan Daud

SET 5
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

Bahan 1

SELOKA KAFE HIPSTER

Dulu dan kini sudah berbeza

Makan di kedai jadi budaya


Gerai, restoran, dan juga kafe
Ada yang biasa ada yang hipster
Tepuklah dada tanya selera
Berbagai-bagai hidangan menarik
Pilih saja jangan membazir
Ada lasagna, churros, dan nachos
Salah disebut lidah terbelit
Identiti kafe cukup tersendiri
Retro, antik mahupun moden
Pelanggan datang tua dan muda
Kenangan tercipta hati gembira
Kafe menarik jadi pilihan
Ruang bersantai bersama rakan
Secawan kopi jadi iringan
Begitu begini kisah teladan.

Alias bin Derais


Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5
Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahan 2

Suasana hingar-bingar menguasai restoran itu. Bising dengan pelbagai suara yang keluar. Bising dalam pelbagai bahasa;
Kantonis, Mandarin, Tamil dan Melayu. Pelbagai bahasa maka pelbagai cerita yang keluar daripada mulut setiap orang.
Dalam keadaan hingar-bingar itu, seorang lelaki menikmati sarapan pagi dengan rasa bahagia. Sekeping roti canai dan
sepiring kuah kari ikan menjadi peneman lelaki ini pada waktu pagi sebelum waktu kerja bermula.
Restoran roti canai Arumugam menjadi tempat makan kedua kepada Azhari, selain daripada warung nasi lemak Pak
Latif. Di restoran inilah Azhari akan memilih sebuah meja yang sedikit ke dalam untuk menikmati rasa enak roti canai yang
dicecah dengan kuah kari tadi.
Walaupun dikelilingi dengan pelbagai suara yang terbit daripada daripada pelanggan yang lain, sekurang-kurangnya dia

8
Cikgu Roslan Daud

tidak perlu memahami apa yang dibualkan. Hanya jika dia terdengar beberapa suara yang berbual dalam bahasa ibundanya,
dia memasang telinga sekejap sebelum membiarkan sahaja mereka dengan dunia mereka. Dia ada dunianya yang sendiri
yang ingin dinikmatinya.
Dipetik daripada
cerpen ‘Sepinggan nasi lemak, sekeping roti canai’ oleh Hafizul Osman,
Dewan Budaya Bil. 5/2020,
Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i) Berdasarkan Bahan 1, nyatakan beberapa faktor yang menyebabkan kafe hipster menjadi pilihan. [3 markah]

(ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, berikan fungsi kafe hipster dan restoran roti canai. [2 markah]

(iii) Kedai makan seperti warung, kafe, restoran dan gerai diusahakan untuk menjanakan pendapatan. Namun begitu,
pengusaha kedai makan ini terpaksa menghadapi pelbagai cabaran sebelum memperoleh keuntungan.
Pada pendapat anda, apakah cabaran-cabaran yang dihadapi pengusaha kedai makan? [3 markah]

(iv) Selepas menonton wayang, anda dan keluarga telah pergi ke satu restoran untuk menjamu selera. Restoran yang
anda pilih kurang dikunjungi pelanggan sungguhpun lokasinya terletak di tempat yang strategik.
Sekiranya anda menjadi pengusaha restoran, apakah langkah-langkah yang anda lakukan untuk meningkatkan
keuntungan jualan? [4 markah]

JAWAPAN SET 1

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud membuat persembahan. Markah


P1 melakukan / menjalankan pertunjukan / pementasan 2m
P2 melakukan / menjalankan persembahan 1m
P3 membuat pertunjukan / pementasan 1m
Isi tepat : 2 markah
Markah maksimum : 2 markah

(ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan kepentingan-kepentingan memelihara budaya bangsa. Markah
P1 mereka mempunyai jati diri tersendiri [B1] 1m
P2 menunjukkan individu yang pintar [B1] 1m
P3 warisan moyang turun-temurun [B2] 1m
P4 perpaduan nasional mesra dipupuk [B2] 1m

9
Cikgu Roslan Daud

P5 pelancong bertandang rasa tertarik [B2] 1m


P6 asal usul dilupa tidak [B2] 1m
Isi cukup : 2 isi
Markah maksimum : 3 markah

(iii) Makanan tradisional merupakan antara budaya bangsa yang perlu dipertahankan kepada generasi muda. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor Markah
yang menyebabkan makanan tradisional dilupakan.

P1 pengaruh makanan luar 1m


P2 kurang pendedahan daripada generasi tua 1m
P3 sukar dihasilkan / bahan yang sukar didapati 1m
P4 tiada kemahiran menghasilkannya 1m
P5 kurang jati diri / tiada berbangga dengan makanan tradisional 1m
P6 generasi muda tidak berminat untuk belajar 1m
Isi cukup : 2 isi
Markah maksimum : 3 markah

(iv) Rakan Anda merupakan Pengerusi Kelab Seni Budaya di sekolah. Anda mahu pelajar mengenali budaya bangsa supaya tidak dilupakan. Markah
Sebagai remaja yang prihatin, cadangkan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan untuk memperkenalkan budaya bangsa kepada pelajar.

P1 mengadakan pameran 1m
P2 menganjurkan bengkel 1m
P3 mengadakan lawatan sambil belajar ke tempat budaya 1m
P4 menganjurkan pertandingan 1m
P5 mengadakan kempen 1m
P6 mengadakan persembahan 1m
Isi cukup : 3 isi
Markah maksimum : 4 markah

JAWAPAN SET 2

(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud diluah segera. Markah


P1 diberitahu / diungkapkan / dimaklumkan cepat / lekas 2m
P2 diberitahu / diungkapkan / dimaklumkan segera 1m
P3 diluah cepat / lekas 1m
Isi tepat : 2 markah
Markah maksimum : 2 markah

(ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan cara-cara untuk mengekalkan kesihatan sepanjang hayat. Markah
P1 makanan seimbang [B1] 1m
P2 gaya hidup sihat [B1] 1m
P3 aktiviti riadah diamalkan selalu [B2] 1m
P4 rehat dan tidur pastikan cukup [B2] 1m
P5 rokok dan arak jangan dicuba [B2] 1m
10
Cikgu Roslan Daud

P6 masalah terbuku diluah segera [B2] 1m


P7 doktor dijumpa jika tak sihat [B2] 1m
Isi cukup : 3 isi
Markah maksimum : 4 markah

(iii) Pemakanan yang berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran amat penting untuk kesihatan. Pada Markah
pendapat anda, apakah kepentingan-kepentingan makan buah-buahan dan sayur-sayuran?
P1 mengelakkan penyakit 1m
P2 membekalkan vitamin 1m
P3 melancarkan penghadaman 1m
P4 mengurangkan berat badan 1m
P5 membekalkan nutrien yang banyak 1m
P6 mencantikkan kulit / melambatkan penuaan 1m
Isi cukup : 2 isi
Markah maksimum : 3 markah

(iv) Rakan anda mempunyai masalah tekanan perasaan akibat keputusan peperiksaannya yang tidak memuaskan. Markah
Dia tidak mahu datang ke sekolah dan berjumpa dengan rakan-rakan kerana malu.
Sebagai rakan yang prihatin, cadangkan cara-cara yang boleh anda lakukan untuk membantunya.
P1 memberikan kata-kata semangat 1m
P2 membawanya berjumpa dengan kaunselor 1m
P3 mengajaknya beriadah / berekreasi / bersukan / bersenam / bersiar-siar 1m
P4 belajar bersama-sama / secara berkumpulan 1m
P5 mendengar luahan perasaannya 1m
P6 menyuruhnya mengamalkan diet yang seimbang 1m
Isi cukup : 3 isi
Markah maksimum : 4 markah

JAWAPAN SET 3

(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud menggerunkan manusia. Markah


P1 menakutkan / mengerikan / menggentarkan / mengharukan mahluk / insan / orang 2m
P2 menakutkan / mengerikan / menggentarkan / mengharukan manusia 1m
P3 menggerunkan mahluk / insan / orang 1m
Isi tepat : 2 markah
Markah maksimum : 2 markah

(ii) Berdasarkan semua bahan, kemukakan beberapa keindahan alam semula jadi ciptaan Tuhan. Markah
P1 pepohon hijau melambai-lambai mengikut alunan bayu [B1] 1m
P2 tepian jalan penuh dengan tumbuhan hijau yang meraikan alam [B1] 1m
P3 udara bersih yang mendamaikan [B1] 1m
P4 salji [B2] 1m
P5 musim bunga [B2] 1m
P6 musim luruh [B2] 1m

11
Cikgu Roslan Daud

P7 sungai mengalir bersih sekali [B3] 1m


P8 Hutan menghijau berkicau burung [B3] 1m
Isi cukup : 3 isi
Markah maksimum : 4 markah

(iii) Kerosakan alam sekitar yang berlaku di seluruh dunia disebabkan oleh aktiviti manusia yang tidak terkawal. Markah
Pada pendapat anda, apakah aktiviti-aktiviti tersebut?
P1 pembuangan sampah sarap ke dalam saliran 1m
P2 pengaliran sisa toksik oleh kilang 1m
P3 pembakaran terbuka oleh petani / masyarakat 1m
P4 pembalakan haram di hutan 1m
P5 pembangunan kawasan tempat tinggal / pembinaan bangunan 1m
P6 kegiatan pertanian / perladangan / penternakan yang membuang sisa 1m
P7 penggunaan kenderaan berplumbum 1m
P8 penggunaan peralatan rumah berkloflourokarbon 1m
Isi cukup : 2 isi
Markah maksimum : 3 markah

(iv) Anda tinggal di sebuah bandar raya yang mempunyai kadar pencemaran yang amat tinggi. Kepesatan Markah
pembangunan telah menyebabkan alam sekitar terjejas. Hal ini boleh mendorong masalah kesihatan dan
merugikan negara kerana terpaksa mengeluarkan kos pembersihan yang besar.
Sebagai rakyat yang prihatin, cadangkan cara-cara yang boleh anda lakukan untuk menjaga kebersihan
alam sekitar.
P1 saya perlulah berjalan kaki / menggunakan pengangkutan awam / basikal 1m
P2 saya haruslah membuang sampah ke dalam tong sampah / tidak membuang sampah di merata-rata tempat 1m
P3 saya hendaklah mengamalkan kitar semula / pengasingan sisa 1m
P4 saya wajarlah mengelakkan diri melakukan pembakaran terbuka / sampah 1m
P5 saya seharusnya bergotong-royong membersihkan persekitaran rumah 1m
P6 saya perlulah menyokong kempen kesedaran untuk menjaga alam sekitar 1m
P7 saya hendaklah menanam pokok / bercucuk tanam di rumah 1m
Isi cukup : 3 isi
Markah maksimum : 4 markah

12
Cikgu Roslan Daud

JAWAPAN SET 4
(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud mata pencarian. Markah
P1 sumber / punca rezeki / pendapatan / pemerolehan 2m
P2 sumber / punca pencarian 1m
P3 mata rezeki / pendapatan / pemerolehan 1m
Isi tepat : 2 markah
Markah maksimum : 2 markah

(ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan dua pesanan yang dinyatakan ibu bapa kepada anak-anaknya. Markah
P1 menikmati suasana di menara gading / kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu [B1] 1m
P2 bijak membawa diri / pandai-pandailah kau terbang[B1] 1m
P3 jangan pulang dengan kegagalan / jangan kau pulang dengan percikan duka dan balutan luka [B1] 1m
P4 buat tapai ubi tak boleh bagi orang tahu [B2] 1m
P5 jangan kena kotoran atau minyak [B2] 1m
P6 Tak boleh bising-bising [B2] 1m
Isi cukup : 3 isi
Markah maksimum : 4 markah

(iii) Pendidikan tinggi amat digalakkan kepada setiap orang memandangkan faedahnya amat banyak. Markah
Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah mempunyai pendidikan tinggi pada masa sekarang?

13
Cikgu Roslan Daud

P1 meningkatkan martabat diri / dipandang tinggi 1m


P2 memperoleh pekerjaan yang baik 1m
P3 membalas jasa ibu bapa 1m
P4 membina potensi diri 1m
P5 melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan 1m
P6 menggalakkan budaya pembelajaran sepanjang hayat 1m
P7 membina pemimpin yang hebat dan cemerlang 1m
Isi cukup : 2 isi
Markah maksimum : 3 markah
(iv) Rakan anda menghadapi masalah dalam pelajaran, iaitu keputusan peperiksaannya kurang memuaskan. Dia Markah
amat bimbang memandangkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hanya tinggal beberapa bulan
sahaja lagi. Rakan anda ingin lulus dalam SPM untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi
demi masa depannya.
Sebagai rakan yang prihatin, cadangkan tindakan-tindakan yang boleh anda lakukan untuk membantunya
mengatasi masalah tersebut.
P1 belajar / mengulang kaji bersama-sama / secara berkumpulan 1m
P2 membawanya berjumpa dengan kaunselor sekolah 1m
P3 mencadangkannya untuk pergi ke pusat tuisyen / kelas tambahan 1m
P4 menyuruhnya untuk bertanya kepada guru / rakan yang lebih mahir jika tidak faham 1m
P5 mendengar masalahnya supaya boleh melepaskan tekanan 1m
P6 mengajaknya beriadah / berekreasi / bersukan / bersenam 1m
Isi cukup : 3 isi
Markah maksimum : 4 markah
JAWAPAN SET 5
(i) Berdasarkan Bahan 1, nyatakan beberapa faktor yang menyebabkan kafe hipster menjadi pilihan. Markah
P1 makan di kedai jadi budaya 1m
P2 berbagai-bagai hidangan menarik 1m
P3 identiti kafe cukup tersendiri 1m
P4 kafe menarik jadi pilihan 1m
Isi cukup : 2 isi
Markah maksimum : 3 markah

ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, berikan fungsi kafe hipster dan restoran roti canai. Markah
P1 ruang bersantai bersama rakan [B1] 1m
P2 menikmati sarapan pagi [B2] 1m
P3 menjadi tempat makan [B2] 1m
P4 menikmati rasa enak roti canai yang dicecah dengan kuah kari [B2] 1m
P5 berbual [B2] 1m
Isi cukup : 2 isi
Markah maksimum : 3 markah

(iii) Kedai makan seperti warung, kafe, restoran dan gerai diusahakan untuk menjanakan pendapatan. Namun Markah
begitu, pengusaha kedai makan ini terpaksa menghadapi pelbagai cabaran sebelum memperoleh keuntungan.
Pada pendapat anda, apakah cabaran-cabaran yang dihadapi pengusaha kedai makan?
P1 persaingan dengan pengusaha lain 1m

14
Cikgu Roslan Daud

P2 kekangan modal 1m
P3 cita rasa pelanggan yang berbeza-beza 1m
P4 risiko kerugian 1m
P5 kesukaran memperoleh sijil halal 1m
P6 masalah ekonomi / inflasi 1m
P7 pemasaran yang tidak menarik 1m
Isi cukup : 2 isi
Markah maksimum : 3 markah

(iv) Selepas menonton wayang, anda dan keluarga telah pergi ke satu restoran untuk menjamu selera. Restoran Markah
yang anda pilih kurang dikunjungi pelanggan sungguhpun lokasinya terletak di tempat yang strategik.
Sekiranya anda menjadi pengusaha restoran, apakah langkah-langkah yang anda lakukan untuk
meningkatkan keuntungan jualan?
P1 saya perlulah mengadakan promosi / mengedarkan risalah kepada orang ramai 1m
P2 saya haruslah menawarkan harga yang murah / diskaun 1m
P3 saya hendaklah menyediakan pakej yang menarik 1m
P4 saya wajarlah mengupah tukang masak yang hebat / berpengalaman 1m
P5 saya seharusnya membuat kajian / soal selidik kepada pelanggan 1m
P6 saya perlulah menyediakan suasana yang kondusif / selesa / menarik 1m
P7 saya hendaklah membuat konsep restoran yang berbeza 1m
Isi cukup : 3 isi
Markah maksimum : 4 marka

15

You might also like