You are on page 1of 8

Nama : ______________________ 1 OKTOBER 2021

BAHASA MELAYU SPM ( kssm)


TATABAHASA : pemahaman

BAHAGIAN B: PEMAHAMAN

[35 markah]

Soalan 6 : Petikan Umum

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Otak dan minda manusia ialah anugerah Tuhan yang tiada bandingannya di muka bumi ini. Hal ini
demikian kerana potensi dan kemampuan otak amatlah tidak terbatas. Otak mempunyai kekuatan untuk
mencipta, menyimpan, menganalisis dan mempelajari pelbagai jenis maklumat dari persekitaran
sekeliling. Otak orang dewasa mengandungi 10 bilion sel saraf. Pada setiap hari, hampir 14 juta saraf ini
akan berinteraksi dengan lebih 16 juta saraf pada tubuh untuk membolehkan manusia melakukan
pelbagai aktiviti. Secara amnya, otak terbahagi kepada dua bahagian, iaitu otak kiri dan otak kanan.
Hasil kajian menunjukkan otak kiri lebih banyak digunakan untuk proses berfikir secara analitik verbal,
dan selaras manakala otak kanan lebih digunakan untuk berfikir secara visual, intuitisi dan kreatif. Baik
otak kiri mahupun otak kanan berperanan penting dalam mengatur seluruh fungsi tubuh untuk menjalani
aktiviti

seharian.

Dipetik dan diubah suai daripada

‘'Keajaiban Otak Manusia’


oleh Nor Azisa Ishak,
Dewan Siswa Bil 04/2021

Dewan Bahasa dan Pustaka

Bahan 2

Perunding Perubatan dan Neurologi, Dr Hiew Fu Liong berkata, sistem saraf manusia terbahagi
kepada dua iaitu sistem saraf periferal (PNS) dan sistem saraf pusat (CNS).“Sistem saraf pusat dikaitkan
dengan otak dan saraf tunjang, manakala sistem saraf periferal berfungsi dengan bantuan neuron yang
juga dinamakan sel saraf. Sistem saraf menjalankan tugas penting dalam mengawal semua fungsi tubuh
manusia seperti degupan jantung, deria, pernafasan dan sebagainya. Menerusi sistem saraf juga,
manusia boleh memahami dan bertindak balas dengan persekitaran. Terdapat ribuan saraf yang
membawa isyarat sebagai gelombang elektrokimia dari badan terus ke otak. Kemudian, ia menyalurkan
mesej dari otak dan menyampaikan ke bahagian tertentu badan untuk proses berikutnya. Namun, fungsi
penghantaran mesej ini boleh terjejas sekiranya berlaku gangguan atau kerosakan pada struktur
saraf terutama PNS

mengakibatkan masalah periferal neuropati,” katanya.

Dipetik dan diubah suai daripada

‘'Saraf Rosak, Mesej Terjejas’


oleh Aniza Zainudin,
Berita Harian 7 / 2019
(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud penghantaran mesej.

[2 markah]

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan fungsi-fungsi otak dan saraf terhadap manusia.

[3 markah]

(iii) Kesihatan mental merupakan salah satu aspek penting yang perlu dijaga demi kesejahteraan diri
dan persekitaran sosial.

[3 markah]

(iv) Anda dan rakan-rakan anda sentiasa ceria dan aktif serta menjalinkan hubungan baik dengan
semua rakan sekelas. Namun demikian, anda mendapati salah seorang rakan sekelas anda
tiba-tiba menyendiri dan menjauhi orang lain. Dia yang sebelum ini dikenali dengan sifat peramah
dan ceria juga berubah menjadi seorang yang pemarah dan panas baran. Perubahan sikap yang
ditunjukkan itu disedari oleh rakan-rakan yang lain.

[4 markah]
Soalan 7: Petikan Sastera

Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Seni Pertahanan Diri

Langkah demi langkah

Tingkah-bertingkah

Hebatnya seni pertahanan diri

Terpikat hati untuk diketahui


Buku dibuka ilmu dicari
Laman sesawang dilayari

Seni pertahanan diri

Tidak jemu untuk diketahui Begitu


banyak untuk dipelajari Bermula
sejarah hingga gerak-geri

Seni pertahanan diri

Bukan hanya pandai berlawan


Juga untuk semangat setia kawan
Menyatukan hati kekal sekawan

Dahulu hanya melihat

Dahulu hanya membaca

Kini aku ahli seni pertahanan diri

Terasa badanku sihat

Terasa kukuh keyakinan diri

Tidak rugi ilmu dicari

Untuk maslahat diri dan masyarakat

Sumber : Internet

Bahan 2
HALIM: Tuk memang hebat! Dalam keadaan demam pun tuk dapat kalahkan empat orang
perompak bersenjata!

TUK WALI: Itu semua kebetulan saja! Kalau disuruh ulang sekali lagi, taubat tuk tak berani! RIPIN:
Kisah tuk dengan empat orang perompak tu tak seberapa, lebih hebat lagi kisah Tuk Wali berperang
mempertahankan kampung ini daripada serangan komunis. Ramai yang tumpas dibunuh oleh Tuk
Wali!

HALIM: Nampaknya, saya kena datang sekali lagi untuk bercerita panjang!
JAMIL: Macam saya ni boleh ke belajar silat, tuk?

TUK WALI: Kalau Si Mariam ni boleh, kenapa engkau tidak? Tapi, untuk apa engkau belajar?
JAMIL: Untuk mempertahankan diri daripada orang jahat, tuk!

HALIM: Bolehlah tunjukkan dua tiga jurus, tuk!

Dipetik daripada drama ‘Gelanggang Tuk Wali’


oleh Ismail Kassan dalam antologi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka
Bahan 3

Pantun Silat Cekak

Lahirnya Cekak kerana kesedaran


bukan bermusuh sebagai tujuan

untuk mendaulatkan seni kebangsaan


menyesuaikan dengan makna kemerdekaan

Silat Cekak benar-benar asli tidak


bercampur hak luar negeri
hendaklah belajar bersungguh hati
untuk menjaga diri sendiri

Silat Cekak tersangatlah mudah

bagi mereka yang mendapat hidayah


sungguhpun begitu hendaklah tabah
InsyaAllah mendapat faedah

Silat Cekak pada lahirnya


pengertian gerak pada batinnya
hendaklah mahir seluruh anggota
hendaklah jujur pada jiwanya

Sumber : Internet

(i) Berdasarkan Bahan 3, berikan maksud mendapat hidayah.

markah]

[4 markah]
(iii) Seni mempertahankan diri merupakan salah satu warisan bangsa yang semakin dilupakan oleh
masyarakat.

Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengekalkannya?

[3 markah]
(iv) Pada waktu rehat, anda telah pergi ke tandas sekolah untuk membasuh tangan. Tiba-
tiba anda melihat beberapa orang pelajar sedang bergaduh di dalam tandas tersebut.
Anda berasa cemas melihat situasi tersebut .

Sebagai seorang Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) yang prihatin, apakah tindakan-
tindakan yang perlu anda lakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut?

[4 markah

You might also like