You are on page 1of 29

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TUN ABDUL RAZAK


KOTA SAMARAHAN
SARAWAK

BUKU LOG
KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

NAMA : JOSEPHEN LIJAI ANAK KENDAWANG

KUMPULAN : SN31118

NAMA KURSUS :

KOD KURSUS :

SEMESTER : 2

PENSYARAH PENASIHAT : ENCIK ABU BAKAR SHAM BIN JAMIL


1.0 PENGENALAN KRS
SEJARAH PENUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani Bin
Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong , Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987
Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan
pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya
adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan I dan 2. Matlamat
utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN, DAN
BERAMAL , berakhlak mulia , bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha
dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020.

Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan
Wilayah Persekutuan . Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA
KEHIDUPAN (AD DEEN). Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan
telah mula menubuhkan KPIM. Di antaranya ialah Sek. Men. Tmn Tun Dr Ismail di bawah
pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla Bin Abdul Ghani , Sek. Men Seri Titiwangsa di bawah pimpinan
En. Anuar Bin Abd Aziz dan Sek. Men. Agama Ma'ahad Hamidiah , Kajang , Selangor di bawah
pimpinan En. Abu Hassan Bin Morad. Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah Sekolah Menengah
di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan
bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu
pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan
Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Di dalam
pertemuan ini tesis mengenai KPIM telah dibentangkan. Hasilnya, sebuah jawatankuasa kecil
telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet.Jawatankuasa ini mencadangkan agar pasukan
ini diberi nama KADET PUTERA - PUTERI ISLAM (KPIM. Walau bagaimanapun nama pasukan
ini kemudiannya ditukar kepada KADET REMAJA ISLAM (KRIS)

Sementara itu taklimat dan pendedahan kepada Pengarah--Pengarah Bahagian Kementerian


Pendidikan yang diadakan pada bulan Oktober 1993 dan dipengerusikan oleh yang berbahagia
Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid telah membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar
kepada KADET REMAJA SEKOLAH ( KRS ) yang bertujuan agar keahliannya terbuka kepada
semua kaum sama ada pelajar lelaki atau perempuan. Upacara Pelancaran KADET REMAJA
SEKOLAH Peringkat Kebangsaan telah dilaksanakan pada 20 Jun 1995 bersamaan 21
Muharam 1416 oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak, Menteri
Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah , Jalan Kepong, Kuala Lumpur

BENDERA KADET REMAJA SEKOLAH


Warna Hijau melambangkan

a. Remaja yang masih boleh dibentuk.

b. Laluan hidup yang jelas untuk masa depan.

c. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS

COGAN KATA KRS/TKRS

’” ILMU IMAN AMAL” yang bermaksud;

ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS/TKRS.

IMAN : Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri.

AMAL : Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah

daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri.

LOGO KRS DAN PENGERTIANNYA


Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat.

Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia.

Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta
matang dan rasional dalam semua tindakan.

Buku yang terbuka dan rehat melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan
tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya
ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.

Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang
tercinta.

Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia.

Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.

LAGU KADET REMAJA SEKOLAH


Kadet Remaja Sekolah,
Menuju satu ikatan bersaudara,
Bersatu menjulang, keamanan Negara,
Menjayakan ilmu, iman dan amal.

Marilah kita membina peribadi,


Membentuk insan yang kereatif,
Kearah kecermelangan diri,
Sepanjang masa yang berterusan.

Remaja sambutlah cabaran,


Menjadi bangsa Malaysia,
Maju dan cemerlang, remaja berwawasan,
Jangan kita lupa kepada pencipta.

Remaja hayati budaya,


Ilmu, iman dan amal,
Tetapkan di hati dan jiwamu,
Wawasan Kadet Remaja Sekolah.

PAKAIAN RASMI KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)


LELAKI PEREMPUAN

Beret berwarna Sherwood Dark Green Beret berwarna Sherwood Dark Green.

Baju kemeja lengan panjang Sherwood Dark Baju kemeja labuh paras bawah punggung,
Green berlengan panjang dan warna Sherwood
Dark Green
Seluar panjang warna Sherwood Dark Green. Seluar panjang warna Sherwood Dark Green.
(Ukuran kaki 40 cm - 46 cm)
Spike boot. Spike boot.

Tali wisel merah Tali wisel merah

Tali pinggang kanvas warna hijau berkepala Tali pinggang kanvas warna hijau berkepala
emas dengan logo KRS. emas dengan logo KRS.

- *Pemakaian Telekung mini berwarna


Sherwood Dark Green
2.0 KRAF PERKHEMAHAN

JENIS-JENIS KHEMAH

Pengenalan
Khemah adalah satu element terpenting dalam aktiviti perkhemahan kerana memberi
perlindungan dari hujan,panas,sejuk,angin,binatang dan serangga.

Ciri-ciri khemah

 Ukuran

- Pilihlah untuk berdua, berempat atau berenamkerana ia menentukan keselesaan.

 Kalis air
-Untuk mengelakkan kebasahan di dalam khemahsemasa hujan.
 Tahan lasak
-Juga bergantung kepada penjagaan semasa dan selepas khemah diguna.
 Mudah dipasang dan dibuka

Komponen-komponen khemah

khemah biasanya mempunyai:

a) Tiang rangka

b) Pancang

c)Khemah

d)Beg khemah

e) Tali

f) Flysheet

g) Pole

Jenis-Jenis Khemah

Jenis-jenis khemah terdapat dalam pelbagai bentuk,saiz dan kegunaan iaitu

i. Ridge Tent
Mempunyai tiang yang melintang di sepanjang bumbung. Ia di perbuat dari bahan nilon
(nylon) yang ringan supaya mudah dibawa dan dilipat

ii. Dome Tent


Berbentuk gelembung dan menggunakan bahan yang sesuai serta fleksibel. Ianya
ringan,mudah dibawa dan sesaui digunakan untuk perkhemahan seperti disekolah dan
sebagainya.

iii. Frame Tent


Khemah jenis ini biasa digunakan untuk perkhemahan keluarga. Rangka khemah akan
dipasang terlebih dahulu kemudian barulah dipasang kanvas
iv. Bell Tent
Mempunyai satu sahaja tiang tinggi puncak khemah. Khemah jenis ini juga sudah jarang
diunakan dan digantikan dengan khemah jenis “Dome Tent”.

JENIS-JENIS IKATAN DAN SIMPULAN


Pengenalan
Ikatan dan simpulan memainkan peranan penting dalam sesuatu kerja menyelamat.
Penggunaan tali sebagai medium penyelamatan adalah satu perkara yang terbukti
efektif. Pembelajaran tentang ikatan tidak tertumpu kepada proses penyelamat sahaja,
tetapi pembelajaran ikatan di dalam dunia rekreasi banyak tertumpu kepada pelbagai
bidang antaranya ialah di dalam Perkhemahan, Jungle Tracking, Survivor camp, dam
lain-lain.
Jenis-jenis ikatan dan simpulan
Terdapat tujuh ikatan asas yang biasa digunapakai di dalam rekreasi dan proses
menyelamat, antaranya ialah :

a) Ikatan Buku Sila / Reef Knot


b) Ikatan Bunga Geti / Common Bend
c) Simpulan Tindih Kasih / Bowline
d) Ikatan Simpul Manok / Clove Hitch
e) Ikatan Pengail / Fisherman’s Knot
f) Simpulan Angka 8 / Figure of 8

Bil Jenis Ikatan Fungsi Gambar Rajah


1 Ikatan Buku Ikatan Buku Sila digunakan untuk
Sila mengikat kain pembalut atau kain
anduh, menyambung tali yang sama
besar saiznya dan boleh digunakan
untuk mematikan sebarang ikatan.
Ikatan ini direka agar kedua-dua
punca atau hujung tali tersebut
senang dibuka semula.
2 Ikatan Bunga Ikatan Bunga Geti digunakan bagi
Geti menyambungkan tali yang tidak sama
besar saiznya. Contohnya bagi
menyambungkan tali perahu dengan
tali kapal.

3 Simpulan
Tindih Kasih Simpulan Tindih Kasih digunakan
untuk membuat gegelung tali yang
tidak terjerut atau mengikat leher
binatang supaya tidak terjerut. Jenis
ikatan ini juga boleh digunakan dalam
kerja-kerja menyelamat seperti
menyelamatkan mangsa yang
terjatuh ke dalam sungai.
4 Ikatan Simpul Ikatan Simpul Manok biasanya
Manok digunakan sebagai permulaan ikatan
ketika mula mengikat pada kayu atau
sebagainya
5 Ikatan Digunakan untuk mengikat tali pada
Pengail gelung besi, kayu dan pancang.
Ikatan ini kuat dan kukuh.
Sesuai digunakan untuk mendaki
bukit, abseiling dan rappelling

6 Simpulan Sebagai ikatan sementara dihujung


Angka 8 tali agar tidak terburai jika tali itu
pecah.
Untuk menahan tali tidak tercabut dari
Blok Takal. Malah, simpulan ini lebih
berguna kerana mudah dibuka.

KAWAD KAKI BAHASA HUKUMAN DAN PERGERAKAN KAWAD


KAWAD STATIK

1. MASUK BARIS

Hukuman : "Tiga Barisan Di hadapan Saya ............. Gerak"

Perbuatan :

Semua anggota hendaklah sedia, berlari dengan pantas, berbaris dalam tiga barisan
kira-kira 6 langkah di hadapan ketua/jurulatih iaitu setiap orang mestilah mengambil
tempatnya, barisan hadapan, barisan tengah dan barisan belakang. Jarak di antara satu
barisan dengan yang lain ialah 30 inci. Jarak di dalam barisan di antara seorang dengan
yang lain ialah sekadar satu tangan dan dalam keadaan sedia.

2. SEDIA

Hukuman : "Skuad ..............Sedia"

Perbuatan :

Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45 darjah dan hentak padat di sebelah kaki kiri
supaya terdengar satu bunyi sahaja. Kedudukannya ialah kedua-dua tumit rapat dan
sebaris; hujung kaki terbuka 30 darjah; kedua-dua lutut bertahan lurus; badan tegak;
timbang keberatan badan antara tapak kaki dengan tumit; kedua-dua bahu tarik ke
bawah dan ke belakang (supaya dada terbuka tanpa perlu dikeraskan) sama rata;
kedua-dua tangan lurus ke bawah; kedua-dua siku rapat ke badan ; pergelangan tangan
lurus; jari-jari genggam; belakang jari rapat ke paha, ibu jari lurus menghala ke bawah
dan rapat kepada telunjuk serta di belakang sedikit daripada penjahitan seluar; langut
kepala memandang terus ke hadapan.

3. SENANG DIRI
Hukuman : "Senang ..................Diri"

Perbuatan :

Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45 darjah dan hentak ke sebelah kanan sejauh
12 inci. Dalam masa yang sama kedua-dua tangan ke belakang dan letakkan belakang
tangan kanan rapat di atas tapak tangan kiri, ibu jari bersilang, empat-empat jari
bersusun lurus menuju ke bumi , siku lurus, dan keberatan badan di atas kedua-dua
kaki. Masa angkat kaki kanan, kaki kiri mesti tegap dan tidak bergerak.

4. REHATKAN DIRI

Hukuman : "Rehatkan ................Diri"

Perbuatan :

Dalam kedudukan senang diri, naikkan tangan dari punggung ke pinggang dalam satu
pergerakan dan rehatkan semua anggota badan ( 1 , 2 , rehat ) Kedudukan kaki tidak
berubah.

MEMBERI HORMAT

Hormat ialah satu cara bagi menghormati antara anggota-anggota pangkat rendah dengan
pegawai-pegawai atasan dan sebaliknya dalam pasukan. Dengan cara inilah terbentuknya
disiplin dalam pasukan. Hormat yang dilakukan dengan betul dan cergas. Pegawai yang
tidak mengambil berat tentang hormat akan merosakkan tatatertib. Maka menjadi
kewajipan anggota semua peringkat mengetahui segala peraturan itu.

1. HORMAT DALAM MASA BERHENTI

Hukuman : "Hormat , ke hadapan .... hormat "

Perbuatan :

Tangan kanan hendaklah diangkat ke hadapan dengan membengkokkan siku rapat ke


rusuk. Angkat tangan hingga hujung telunjuk kanan bersetentang dengan hujung kening
mata kanan. Tapak tangan kanan menghala ke bawah, jari-jari lurus dan rapat. Pangkal
lengan selari dengan bumi.
Dengan pantas turunkan tangan kanan ke rusuk kanan ikut jalan yang dekat sekali,
dengan menjatuhkan siku ke arah hadapan dan jari bergenggam, balik ke kedudukan
sedia.

2. MEMBERI HORMAT KETIKA BERJALAN

Memberi hormat dalam masa berjalan boleh dilakukan ke kiri, ke kanan atau ke
hadapan dan boleh dilakukan juga dalam cepat atau perlahan jalan.

HORMAT KE HADAPAN

Hukuman : "Hormat ke hadapan .......... hormat ."

Perbuatan :

Diberi serupa dengan hukuman " berhenti ", skuad hendaklah berhenti, hormat ke
hadapan, turun tangan kemudian hormat sekali lagi , turun tangan, pusing ke belakang,
berjalan dengan cepat jalan.

3. HORMAT SELAKU MENERIMA SIJIL

Hukuman : "Selaku terima sijil, Hormat ke hadapan .......... Hormat"

Perbuatan :

Diberi serupa dengan hukuman " berhenti", skuad hendaklah berhenti, hormat ke
hadapan, turun tangan satu langkah kaki kanan ke hadapan dan hentak kaki kiri di
sebelah kaki kanan seperti kedudukan sedia. Hulurkan kedua-dua tangan dalam
keadaan siku lurus. Tangan kanan atas tangan kiri, tekup (tidak ditepuk) dan tarik ke
dua-dua belah tangan ke sisi, kemudian langkah kaki kanan ke belakang hentak kaki kiri
di sebelah kaki kanan, hormat sekali lagi , turun tangan, pusing ke belakang, berjalan
dengan cepat jalan.

BERPUSING
Hukuman : Bergerak ke kanan, kanan......pusing ;

bergerak ke kiri, kiri ......pusing;

menghadap ke belakang, belakang .......pusing;

menghadap ke hadapan, belakang ......pusing ;

bergerak ke kiri, belakang ......pusing;

bergerak ke kanan, belakang......pusing;

menghadap ke belakng, kanan/kiri......pusing ;

menghadap ke hadapan, kanan/kiri......pusing

BERJALAN

Jarak langkah( ukuran dari tumit ke tumit )

~ Perlahan dan cepat jalan- setiap satu langkah 30 inci

~ Panjangkan langkah- setiap satu langkah 33 inci

~ Pendekkan langkah- setiap satu langkah 21 inci

~ Berlari- setiap satu langkah 40 inci

BERHENTI

Hukuman : Skuad, skuad...... henti

SENARAI SEMAK KEPERLUAN PERKHEMAHAN


BIL PERKARA TINDAKAN
(/)

1. Pakaian Seragam Uniform KRS

2. T-Shirt berkolar

3. Seluar Trek

4. Pakaian Tidur & bantal kecil

5. Tuala Mandi

6. Stoking

7. Kasut Trek / Kasut sukan

8. Selipar

9. Tali Nylon ( 2 meter ) / yang sesuai untuk latihan ikatan

10. Alat Tulis,Buku Log,Pen dan Pensel

11. Kain Sarung

12. Alatan Pengurusan Diri


-Berus Gigi
-Ubat Gigi
-Sabun
-Tuala Wanita (perempuan sahaja)
- Shampoo rambut & Conditioner
13. Alatan Makan
-Pinggan Plastik
-Cawan Plastik
-Sudu Garfu

14. Lampu Suluh


15. Khemah

16. Alatan Keselamatan/Ubatan


-Panadol
-Plaster luka
-Ubat gastrik
-Minyak angin

17. Kain anduh


18. Pakaian dalam
19 Baju sejuk
20. Makanan sampingan (Biskut / roti)

ETIKA PERKHEMAHAN
1. Semasa perkhemahan, tuan/puan hendaklah menjalinkan silaturahim, kenal- mengenali dan
hormat-menghormati antara satu sama lain
2. Peserta diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di surau pada waktu yang ditetapkan oleh
kem komandan.

3. Semua peserta diwajibkan menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program

4. Menjaga segala peralatan yang disediakan . Dilarang merosakkan atau memindahkan


peralatan ke tempat lain.

5. Semua pihak yang terlibat dalam perkhemahan dilarang merokok dalam kawasan
perkhemahan dan membuang sampah di merata-rata tempat.

6. Dilarang menebang atau merosakkan pokok-pokok yang terdapat dalam kawasan


perkhemahan.

7. Tidak dibenarkan memberi sebarang makanan kepada binatang-binatang.

8. Lelaki tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan demikian juga
sebaliknya tanpa kebenaran.

9. Hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan tidak boleh memakai selipar atau kain pelikat
sama ada ke dewan makan atau keluar daripada kawasan perkhemahan

10. Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali .

11. Setiap peserta, tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah masing-masing, selepas jam
12.00 tengah malam.

12. Tidak dibenarkan memancing, berburu dan menangkap binatang tanpa kebenaran semasa
perkhemahan.

13. Peserta yang melanggar peraturan keselamatan ini akan dikenakan tindakan oleh
Jawatankuasa Keselamatan/Urusetia.

14. Tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman dari luar semasa perkhemahan.

15. Tidak dibenarkan keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa aktiviti rasmi.

16. Penjagaan diri/peralatan/harta persendirian perlu diberi keutamaan.

17. Aktiviti penggunaan air dan api perlu dijalankan di bawah penyeliaan/pengawasan dan

mendapat kebenaran dari pihak berkenaan.

18. Penggunaan peralatan berbahaya hendaklah di bawah penyeliaan dan pengawasan pihak
bertanggungjawab.
19. Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran dari pihak penganjur.

20. Tempat sampah

21. Mesti bawa balik semua sampah yang digunakan dikawasan perkhemahan.

22. Adakah senaman sebelum memulakan aktiviti.

23. Rehat & tidur mestilah cukup.

SURVIVAL MASAKAN RIMBA


Masakan rimba, sebut saja semua pun tahu. Setiap orang yang mendaki gunung mahupun
berkhelah dalam hutau pasti mahir dalam masakan atau manu atau cara masakan dalam rimba

Dalam entri kali ini kita akan berkongsi sedikit sebanyak cara dan kaedah memasak dalam rimba
dengan peralatan asas yang minima ( SURVIVAL )
Pelbagai cara boleh digunakan antaranya menggunakan buluh, buah-buahan tertentu,batu,
aluminum foil, lumpur , tanah dan sebagainya.

I. MEMASAK DENGAN MENGGUNAKAN BULUH

Sebut saja buluh pastinya dalam dunia perkhemahan ia adalah antara bahan yang banyak
digunakan dalam membuat gajet dan pancang khemah

Dalam teknik memasak dalam buluh ini ia sama dengan cara memasak lemang

II. MEMASAK DENGAN MENGGUNAKAN BUAH KELAPA


Nasi juga boleh di sediakan menggunakan buah kelapa
Potong bahagian atas buah kelapa dengan cermat kerana ia akan d gunakan sebagai
penutup atau lubangkan seperti gambar di bawah dan air kelapa jangan di buang
masukan beras yang sudah di cuci bersih dan sukatan air hendaklah sama tinggi dengan
beras, tutup dengan rapi dan masak kelapa tersebut di atas api sehinnga nasi masak.
III. MEMASAK MENGGUNAKAN ALUMINUM FOIL
Seperti semua sedia maklum aluminum foil banyak digunakan dalam penyedian
makanan. Selalunya aluminum foil ini akan di bawa dari rumah ketika berkhemah
mahupun mendaki gunung. Anda boleh masak ikan atau bahan-bahan lain seperti daging
atau ayam yang di bersihkan dan di bungkus rapi kemudian di panggang cermat di atas
api.
IV. MEMASAK MENGGUNAKAN UBI KENTANG
Siapa sangka ubi kentang juga boleh di gunakan sebagai medium memasak jika tiada
mestin atau bahan-bahan asas lain
Caranya potong ubi dengan cermat korek isinya sehingga muat untuk sebiji telur bahagian
yang di potong tadi perlu di gunakan semula sebagai penutup dan di sematkan dengan
lidi buluh agar tidak terbuka ketika di masak di atas api
PERTOLONGAN CEMAS/BANTU MULA

DEFINISI BANTUAN KECEMASAN

Bantuan kecemasan ialah bantuan awal atau pertolongan serta-merta yng diberikan kepada
orang yang sakit atau orang yang cedera (dipanggil pesakit) sebelum ketibaan ambulans atau
pakar kelayakan.

OBJEKTIF

i. Untuk menyelamatkan nyawa.


ii. Jika tidak sedarkan diri (pengsan) pastikan bahawa saluran udaranya tidak terganggu.
iii. Pastikan bahawa pesakit bernafas.
iv. Hentikan pendarahan.
v. Bantuan kecemasan kepada lain-lain kecederaan mengikut keutamaan.

UNTUK MENGELAKKAN KECEDERAAN MENJADI BERTAMBAH TERUK


i. Alihkan pesakit sekiranya keadaan membahayakan, elakkan sebarang kecederaan
daripada berlanjutan.
ii. Berikan lindungan daripada kesejukkan, berikan kehangatan sekiranya pesakit dalam
kesejukan (basah atau lembap).

MENDAPAT BANTUAN KECEMASAN


i. Dapatkan bantuan seseorang untuk memanggil ambulans dengan kadar segera yang
boleh.
ii. Pastikan anda sentiasa di sisi pesakit sehingga bantuan sampai.

LUKA-LUKA DAN PENDARAHAN


Luka-luka terjadi disebabkan pecahnya di bahagian dalam kulit selepas sesuatu kecederaan.
Luka terbahagi kepada dua iaitu:

1. LUKA TERBUKA

Pengaliran darah daripada luka melalui kulit.

a) Luka Terhiris

- Darah keluar terlalu banyak kerana saluran pembuluh darah telah terpotong dan amat sukar
untuk bercantum semula.
b) Luka Terkoyak

- Aliran darah kurang kerana saluran pembuluh darah terkoyak dan akan lebih cepat bercantum.
Darah beku akan kelihatan mengenangi pinggir-pinggir luka yang tercarik dan senang tercemar.

c) Luka Tusukan

- Luka dalaman yang serius. Senang terdedah kepada jangkitan kerana kuman yang terbawa
bersama kedalaman luka itu.

d) Calar Balar

- Kelihatan biru kehitaman kerana darah terkumpul di bawah kulit. Hanya saluran bawah kulit
telah pecah disebabkan terjatuh, tergelincir, hentakan atau berlaga. Kehitaman mata/lebam juga
termasuk calar balar.

2. LUKA TERTUTUP

- Pendarahan hanya berlaku di dalam tubuh dan boleh menyebabkan kesakitan dan renjatan.
Kadang-kala darah mungkin keluar melalui hidung, mulut, telinga, najis, air kencing atau pun
muntah. Kadang-kala kelihatan lebam dan ada kalanya tanda luaran langsung tidak kelihatan.

MENGHENTIKAN PENDARAHAN
i. Jika darah hilang terlalu banyak (tumpahan darah) dari tubuh, pesakit mungkin akan mati.
Pembebatan digunakan untuk menutup luka bagi menghentikan pendarahan dan
menggelakkan luka daripada tercemar.
ii. Jika pecah salur nadi, darah akan keluar memancut. Jika pecah pembuluh, darah akan
keluar meleleh.
iii. Apa yang harus dilakukan:
a. Basuh tangan anda sebelum dan selepas memberikan bantuan. Jika ada,
gunakan sarung tangan. Selesakan dan yakinkan pesakit.
b. Bersihkan luka daripada kekotoran.
c. Hentikan pengaliran darah dengan menekan kemas atas luka. Letakkan kain
bebat sucihama (sterile dressing) yang tebal dan tekan kemas-kemas selama 10
minit. Seboleh-bolehnya terlentangkan pesakit. Jangan guna pelapik basah di atas
luka yang terbuka.
d. Tinggikan bahagian yang cedera. Jika darah masih mengalir meresapi pada
pembebatan pertama, tambahkan selapis lagi kain bebat tanpa mengalihkan kain
bebat yang pertama tadi.
e. Luka tusukan perlu menggunakan pelapik cincin. Jangan buang benda asing pada
luka.
f. Elakkan jari terkena bahagian pelapik bagi menjauhkan daripada dihinggapi
kuman.

LIPATAN ANDUH

i. Anduh Leher dan Pergelangan Tangan (Collar and Cuff Sling)


ii. Anduh Besar
iii. Anduh Tiga Segi (Elevation Sling)
iv. Balutan siku atau bahu (Knee or Elbow Bandage)
JAWATANKUASA KRS KUMPULAN 2

Penasihat 
Pensyarah  En.Abu Bakar
Pengerusi  Ahmad Hafiz Bin Rozlan
Naib Pengerusi  Noramisah Binti Amsie Bohri
Setiausaha  Nancy Anak Kuak
Pen. Setiausaha  Nuramalina Bt Jamali
Bendahari  Amzar Bin Matsah
Pen. Bendahari  Rollfina Meya Anak Jambai
Ajk Protokol  Christina Caroline Anak Lebik
Ajk Kawad  Wan Mohd Firdaus Bin Wan Japar
Ajk Publisiti  Wan Fareez
Ajk Kerohaniaan  Liza Thomas Bugi
 Rafik Bin Murni
Ajk Kraf Perkhemahan  Noreda Binti Sa'adi
 Nursyuhada Binti Mohd Aris
 Nur Liyana Binti Bakar
Ajk Kembara  Farah Syamimi Binti Basrol
 Nurhassekeen Binti Jeman
Ajk Kebudayaan  Josephen Lijai Ak Kendawang
 Kastini Binti Mohamad
Ajk Sajian  Azlyn Izzati Adinie
 Noor Afiqah Binti Ramli
 Nurulhuda Binti Indi
Ajk Keusahawanan  Noor Afiqah Binti Ramli
 Siti Saharah Binti Ali
Ajk Khidmat Masyarakat  Mohammad Faizul Bin Mohmud
 Marsha Sharron Tan
Ajk Bantu Mula  Noorhaiza Binti Drahman
 Donald Anak Jimba
 Dayang Jami'ah Nuruldinah Binti Awang Jemat
Ajk Ikhtiar Hidup  Mathew Madau Anak Yok
 Maslina Binti Harun
Ajk Logistik  Ahmad Taupik Bin Wahab
 Fredinand Lineker Ak Manggie
 Norhani Binti Haji Ismail
 Noor Maziah Binti Jumahat
Ajk Tugas Khas  Haziena Binti Hamid
 Ledia Binti Matan@Henry
 Fatin Nurasmira Binti Anuar
Ajk Kebersihan  Jenny Dio
 Nicholas Jinshamsudin
 Liyana Binti Amit

You might also like