You are on page 1of 4

PERTANDINGAN ESEI HADIAH RAHIM & IBRAHIM 2021

ANJURAN

MAKLUMAT AM, FORMAT PENULISAN DAN SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

MAKLUMAT AM

1. Terbuka kepada (3 kategori) :


• Kategori A : Darjah 4 hingga Darjah 6
• Kategori B : Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3
• Kategori C : Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5

2. Panjang Esei:
• Kategori A : Tidak melebihi 300 patah perkataan
• Kategori B : Tidak melebihi 1000 patah perkataan
• Kategori C : Tidak melebihi 2000 patah perkataan

3. Semua esei hendaklah dihantar melalui tulisan komputer sahaja dan dihantar dalam
bentuk PDF.

4. Format tulisan “Arial/ Calibri 12 poin” sahaja yang dibenarkan bagi penulisan esei,
dalam jarak langkau dua (double spacing).

5. Esei hendalah ditulis dalam Bahasa Melayu sahaja.

6. Untuk menjadikan penceritaan yang lebih dramatik, peserta boleh menggunakan idea
latar tempat, latar masa dan watak yang menarik.

7. Pertandingan ini akan dinilai oleh panel juri yang telah dilantik. Penilaian adalah
berpandukan kepada keberkesanan isi, imaginasi penceritaan dan teknik olahan yang
bertepatan dengan tema yang diberikan.

8. Tajuk Esei:

• Kategori A : Penjagaan Alam Sekitar di Tempat Tinggal


• Kategori B : Ke Arah Pewujudan Masyarakat Mesra Alam Sekitar
• Kategori C : Cabaran-Cabaran Penjagaan Alam Sekitar
PERTANDINGAN ESEI HADIAH RAHIM & IBRAHIM 2021
ANJURAN
SYARAT PENYERTAAN
1. Penyertaan adalah PERCUMA dan terbuka kepada Pelajar Warganegara Malaysia
sahaja.
2. Butiran perlu diletakkan sebagai header pada setiap helaian esei (Nama, Nombor Kad
Pengenalan, Nama Sekolah, Tajuk Esei).
3. Penyertaan hendaklah dihantar ke emel yayasanwibaprima@gmail.com
4. Penyertaan dan borang yang diterima selepas tarikh tutup penerimaan esei tidak akan
dinilai.
5. Sebarang penyertaan yang tidak mengemukakan salinan esei secara softcopy dengan
borang penyertaan yang lengkap akan DIBATALKAN.
6. Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja.
7. Esei hendaklah merupakan penulisan asli, idea sendiri dan belum pernah disiarkan
oleh mana-mana bahan bercetak. Karya ciplak, plagiat atau terjemahan tidak akan
diterima dan penyertaan akan terbatal sama sekali.
8. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak menepati syarat-syarat
pertandingan.
9. Pihak penganjur mempunyai hak cipta sepenuhnya dan berhak untuk mengedit,
mencetak dan menerbitkan karya-karya esei hasil daripada pertandingan ini.
10. Pihak penganjur berhak membuat pindaan terhadap terma dan syarat pertandingan.
11. Keputusan panel juri untuk pertandingan ini adalah muktamad.
12. Tarikh tutup penyertaan adalah pada Ahad, 13 Jun 2021.
13. Sijil penyertaan akan diberi kepada setiap peserta.
14. Pemenang akan diumumkan pada Sabtu, 26 Jun 2021* di laman Facebook Yayasan
WIBA PRIMA (*tertakluk kepada perubahan).

HADIAH PERTANDINGAN
1. Kategori A : Darjah 4 hingga Darjah 6
• Tempat Pertama : RM 200
• Tempat Kedua : RM 100
• Tempat Ketiga : RM 50

2. Kategori B : Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3


• Tempat Pertama : RM 300
• Tempat Kedua : RM 200
• Tempat Ketiga : RM 100

3. Kategori C : Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5


• Tempat Pertama : RM 500
• Tempat Kedua : RM 300
• Tempat Ketiga : RM 150
PERTANDINGAN ESEI HADIAH RAHIM & IBRAHIM 2021
ANJURAN

BORANG PENYERTAAN

1. Peserta dikehendaki mengemukakan:


i. Borang Penyertaan yang diisi dengan lengkap;
ii. Salinan kad pengenalan peserta;
iii. Esei dalam SATU (1) salinan softcopy
secara emel ke yayasanwibaprima@gmail.com dengan tajuk emel Pertandingan
Esei Hadiah Rahim & Ibrahim 2021 – Kategori A/ B/ C (pilih satu).

2. Peserta diwajibkan untuk mengisi semua butiran di dalam borang penyertaan dengan
lengkap.

3. Borang pencalonan dan esei yang telah lengkap hendaklah diterima oleh sekretariat
pertandingan ini selewat-lewatnya pada Ahad, 13 Jun 2021. Borang pencalonan yang
diterima selepas tarikh ini tidak akan dinilai.
PERTANDINGAN ESEI HADIAH RAHIM & IBRAHIM 2021
ANJURAN

BORANG PENYERTAAN

Untuk kegunaan sekretariat sahaja


KATEGORI : ____________ Tarikh Terima:

Tajuk Esei:

1. Nama Penuh Peserta :


2. No. Kad Pengenalan Peserta :
3. Nama & Alamat Penuh Sekolah :

4. E-mel Peserta :
5. No. Telefon Bimbit Peserta :
6. Nama & No. Telefon Bimbit :
a) Ibu :
b) Bapa :

PENGESAHAN PESERTA
Tandatangan Peserta :
Tarikh :
Tandatangan Ibu/Bapa Peserta :

___________________________________________________________________________

*Sila lengkapkan borang ini dengan jelas dan terang. Kegagalan mengisi borang penyertaan dengan betul serta kegagalan
mematuhi syarat-syarat permohonan boleh menyebabkan permohonan TERBATAL.

You might also like