You are on page 1of 3

TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN MENULIS ESEI SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KOLEJ KOMUNITI ZON SELANGOR 2013

1. AM

1.1 Peraturan

ini

diterima

pakai

untuk

Pertandingan

Menulis

Esei

Bulan

Kemerdekaan 2013 1.2 Tafsiran peraturan ini adalah hak mutlak Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan 1.3 Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan mempunyai hak untuk meminda

sebarang peraturan pertandingan pada bila-bila masa sepanjang tempoh pertandingan sebagaimana yang difikirkan perlu

2. TAFSIRAN 2.1 Ketua Hakim dan Panel Hakim bermaksud individu yang dilantik oleh pihak Kolej Komuniti Klang untuk memegang jawatan-jawatan tersebut 2.2 Peserta bermaksud individu yang menyertai pertandingan ini.

3. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN 3.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar dan kakitangan Kolej Komuniti zon Selangor 3.2 Peserta dikehendaki memilih tajuk HANYA daripada senarai tajuk yang telah disenaraikan. 3.3 Setiap kolej boleh menghantar lebih daripada satu esei dengan menggunakan tajuk yang berlainan tetapi hanya layak memenangi satu hadiah sahaja 3.4 Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu esei, tetapi hanya satu esei yang terbaik sahaja akan dipilih untuk memenangi hadiah. 3.5 Esei yang hendaklah hasil nukilan peserta sendiri dan belum pernah disiarkan pada mana-mana bahan cetakan mahupun sumber daripada Internet. Sekiranya didapati karya diciplak atau diterjemahkan, dengan sendirinya penyertaan akan terbatal. 3.6 Jika menggunakan sumber rujukan (bibliografi), peserta perlulah menuliskannya di bahagian esei 3.7 Peserta dilarang sama sekali menyentuh hal-hal sensitif seperti bangsa, agama dan kaum 3.8 Kolej Komuniti berhak untuk menerbit, mencetak dan mempamerkan hasil karya peserta dan tidak terikat dengan apa - apa bentuk bayaran sekalipun kepada peserta. 3.9 Keputusan Panel Hakim adalah muktamad dan sebarang bentuk bantahan tidak akan dilayan.

4. FORMAT KARANGAN 4.1 Penulisan mestilah menggunakan kaedah ejaan baru mengikut Daftar Kata Bahasa Melayu (DKBM) yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 2003 dan cetakan semula 2008. 4.2 Panjang esei mestilah tidak kurang daripada 500 patah perkataan 4.3 Setiap esei perlulah ditaip menggunakan kertas bersaiz A4 berwarna putih ( font Ariel, bersaiz 12 dengan jarak langkau dua baris (double spacing) serta menggunakan muka hadapan sahaja. 4.4 Setiap helaian kertas esei perlulah mengandungi bilangan muka surat di bahagian bawah, sudut sebelah kanan kertas. 5. TAJUK TAJUK PENULISAN 5.1 GAGASAN 1MALAYSIA KE ARAH MELAHIRKAN MASYARAKAT BERBUDAYA 5.2 SATU BAHASA MENDAULATKAN NEGARA 5.3 PERANAN BELIA MEMPERKASA PERANAN 1MALAYSIA 5.4 PEMIMPIN BERBUDAYA RAKYAT TERBELA 5.5 1M4U - EVOLUSI AKTIVITI KESUKARELAWANAN MALAYSIA 5.6 SEMANGAT SUKARELAWAN MEMBENTUK SAHSIAH REMAJA 5.7 BELIA PENCETUS TRANSFORMASI NEGARA 5.8 ERTI MENJADI RAKYAT MALAYSIA YANG BERTANGGUNGJAWAB 5.9 TULISAN JAWI: SINAR IDENTITI BANGSA MELAYU 5.10 1MALAYSIA - TRANSFORMASI BERJAYA, RAKYAT SEJAHTERA

6. MAKLUMAT PENGARANG 6.1 Peserta perlulah menyertakan sekali maklumat beliau di akhir esei dengan menggunakan format berikut: NAMA PENUH (HURUF BESAR) NO KAD PENGENALAN NO MATRIK (SEKIRANYA PELAJAR) : NAMA KOLEJ KOMUNITI : 7. KAEDAH PENGHANTARAN 7.1 Pegawai HEP Kolej perlu mengumpulkan kesemua esei peserta dan menghantar kesemua esei penyertaan di dalam satu sampul, ke Kolej Komuniti Klang secara pos. Pihak urusetia tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan dan kerosakan esei yang dikirim kepada urusetia. 7.2 Pegawai HEP perlulah melengkapkan borang Lampiran 1, menyenaraikan kesemua maklumat peserta yang menghantar penyertaan. Tajuk penulisan yang dipilih oleh peserta juga perlu turut dicatat 7.3 Tarikh tutup penerimaan di pihak urusetia adalah : 02 September 2013 : :

8. PEMARKAHAN 8.1 Format pemarkahan adalah berdasarkan kepada perkara berikut : Penilaian Bahasa ( 30% ) Tatabahasa Gaya Bahasa : 15 markah : 15 markah

Penilaian Isi ( 70% ) Pendahuluan Isi Pertautan Isi : 10 markah : 40 markah : 10 markah

Penutup / Kesimpulan : 10 markah

You might also like