You are on page 1of 1

SYARAT DAN PERATURAN

PENILAIAN ANUGERAH NILAM DAERAH MUAR 2023

1. Penilaian ini dibuka kepada murid-murid sekolah kerajaan, termasuk Sekolah Berasrama
Penuh dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan telah berjaya menjalankan aktiviti NILAM
di peringkat sekolah.

2. Setiap sekolah boleh menghantar seorang calon yang layak mewakili sekolah bagi setiap
kategori berikut :

i. Sekolah Rendah Bahasa Melayu


ii. Sekolah Rendah Bahasa Inggeris
iii. Sekolah Menengah Bahasa Melayu
iv. Sekolah Menengah Bahasa Inggeris

3. Semua calon Anugerah NILAM yang akan dipilih perlu memenuhi kriteria berikut:
3.1 Murid Tahun 5 pada sesi persekolahan 2022/2023 (Sekolah Rendah) yang telah
membaca lebih daripada 360 buah buku.
3.2 Murid Tingkatan 4 pada sesi persekolahan 2022/2023 ( sekolah Menengah) yang
telah membaca lebih daripada 288 buah buku.
3.3 Penglibatan yang aktif dalam kokurikulum dan koakademik.
3.4 Telah menyertai pelbagai aktiviti galakan membaca, mempunyai ciri-ciri kepimpinan
dan minat membaca yang terserlah serta kebolehan untuk membimbing dan menarik
minat rakan lain untuk membaca
3.5 Calon yang dipilih mestilah boleh berhujah dan berdebat dengan lancar.

4. Setiap sekolah perlu mengisi Borang Pencalonan yang boleh dimuat turun dari pautan
https://bit.ly/dokumenANDMuar2023 dan menghantar borang bersama pautan video calon
di YOUTUBE sebelum jam 5.00 petang, 8 Disember 2022 di t.me/norazilawatihusin
5. Ujian saringan akan diadakan dengan menilai video persembahan yang dihantar oleh
sekolah.

6. Panduan Penyediaan Video Calon.


6.1 Video persembahan perlulah mengandungi 1 minit pengenalan diri dan 4 minit
persembahan.
6.2 Video persembahan tidak perlu diubahsuai (cut and edit)
6.3 Video tersebut perlulah dimuatnaik ke laman “YouTube” atau muat naik terus ke
alamat t.me/norazilawatihusin
6.4 Video yang dihasilkan perlu mengikut kategori yang dipertandingkan. Contoh
Penghasilan video dalam Bahasa Melayu jika menyertai Kategori Bahasa Melayu
dan sebaliknya.
6.5 Kriteria Penghasilan video :
6.5.1 Pengenalan diri (1minit)
- Nama, Sekolah , jawatan di sekolah dan lain-lain yang bersesuaian.
6.5.2 Wacana buku/ resensi Buku (4 minit)
- Satu judul buku yang pernah dibaca (tunjukkan buku)
- Nyatakan perihal buku tersebut ( Nama pengarang, penerbit, tahun buku
diterbitkan) dan sinopsis ringkas buku tersebut.
- Nilai murni, motivasi, pengajaran yang diperolehi daripada bahan
tersebut
-
7. Seramai 5 calon dari setiap kategori akan dipilih ke peringkat akhir dan calon tersebut akan
dihubungi oleh pihak urusetia program.

Augerah NILAM Daerah Muar

You might also like