You are on page 1of 3

PANDUAN PENILAIAN ANUGERAH NILAM

PERINGKAT NEGERI PERAK


TAHUN 2023

Kategori : SR/SM

1.0 Pengenalan

Anugerah NILAM Peringkat Negeri merupakan pengiktirafan tertinggi KPM


dalam usaha membina tabiat membaca dalam kalangan murid selaras
dengan hasrat negara melahirkan masyarakat bermaklumat,
berpengetahuan, berfikiran kritis dan kreatif apabila Malaysia menjadi
sebuah negara maju.

Seramai 48 peserta Anugerah NILAM Peringkat Negeri 2023 akan terlibat


dalam sesi pemilihan secara bersemuka, melalui pencalonan oleh Pejabat
Pendidikan Daerah.

2.0 Tatacara Penilaian Anugerah NILAM 2023

2.1 Penilaian Individu

2.1.1 Penilaian Individu diadakan selama 20-30 minit bagi


setiap orang calon.
2.1.1 Calon diminta untuk menghujahkan pembacaan salah
sebuah buku daripada lima pilihan. (Peserta pilih satu
bahan bacaan sahaja). Peringatan penghujahan bahan
bacaan yang dibaca tidak melebihi 10 minit.
2.1.2 Soalan terbuka. Penilai juga akan kaitkan soalan dengan
isu semasa dengan bahan bacaan yang disampaikan
oleh calon. Calon akan bersoal jawab dengan para
hakim.
2.1.3 Penilaian bermula pada pukul 8.30 pagi. Penilaian murid
akan dibuat mengikut jadual yang ditetapkan. Murid perlu
bersedia 30 minit lebih awal daripada masa penilaian
tersebut.

2.2 Penilaian Kumpulan

2.2.1 Penilaian kumpulan diadakan selama 20-30 minit bagi


setiap kumpulan.
2.2.2 Kumpulan terdiri daripada 4 orang calon dari setiap
negeri bagi semua kategori
2.2.3 Calon berkumpulan akan diberi lima soalan bertema.
Soalan perbincangan akan diberi lima (5) hari sebelum
penilaian.
2.2.4 Penilai akan memberikan lima tema. Murid akan pilih satu
sampul. Murid-murid akan memberikan hujah berkaitan
tema yang telah dipilih.
2.2.5 Penilaian bermula pada pukul 8.30 pagi. Penilaian
kumpulan akan dibuat mengikut jadual yang ditetapkan.
Calon perlu bersedia 30 minit lebih awal daripada masa
penilaian tersebut.
2.3 Murid diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah.
3.0 Skema Pemarkahan

3.1 Pemarkahan Individu

Item Markah

Isi Kandungan dan Pengolahan (20%)

Penggunaan Bahasa (10%)

Penyampaian/ Keupayaan Komunikasi (15%)

Ketokohan dan Profil Murid ( 5%)

4.0 Pemarkahan Kumpulan

Item Markah
Isi Kandungan dan Pengolahan (20%)
Penggunaan Bahasa (10%)
Penyampaian/ Keupayaan Komunikasi (10%)
Interaksi dan kesepakatan dalam
(10%)
komunikasi berkumpulan

You might also like