You are on page 1of 3

SYARAT, PERATURAN DAN KRITERIA PEMILIHAN TOKOH NILAM

DAERAH KOTA TINGGI 2019

1. Penilaian ini dibuka kepada murid-murid yang memasuki sekolah kerajaan, termasuk Sekolah
Berasrama Penuh dan Sekolah Agama Kerajaan dan telah berjaya menjalankan aktiviti NILAM
di peringkat sekolah.
2. Setiap sekolah hendaklah menghantar calon-calon yang layak mewakili sekolah mengikut
kategori berikut :
2.1 Anugerah NILAM Bahasa Malaysia Sekolah Rendah
2.2 Anugerah NILAM Bahasa Inggeris Sekolah Rendah
2.3 Anugerah NILAM Bahasa Malaysia Sekolah Menengah
2.4 Anugerah NILAM Bahasa Inggeris Sekolah Menengah
3. Semua calon Anugerah Tokoh NILAM hendaklah dipilih berdasarkan tahap berikut :
i. Murid Tahun 6 (Sekolah Rendah)
ii. Murid Tingkatan 5 (Sekolah Menengah)
4. Calon yang dipilih mestilah boleh berhujah dan berdebat dengan lancar.
5. Setiap calon perlu mendaftar secara online pada 18/02/2019 hingga 25/02/2019.
6. Setiap calon yang dipilih hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa terlebih
dahulu dengan mengisi borang kebenaran ibu bapa (BTP/BSP-NILAM03) dan dihantar pada
hari pertandingan akhir nanti.
7. Calon-calon juga hendaklah memberikan :
i. Profil Peribadi berbentuk folio mengikut format yang disertakan (BTP/BSP-NILAM04) yang
mengandungi :
a) Salinan kad pengenalan.
b) Salinan sijil-sijil akademik dan kokurikulum terutamanya salinan sijil penyertaan aktiviti
NILAM dan pengiktirafan lain. (5 aktiviti terbaik sahaja)
c) Buku asal rekod bacaan NILAM
ii. Semua salinan dokumen berkenaaan hendaklah ditandatangani oleh Pengetua atau Guru
Besar berserta cop sekolah calon. Profil berbentuk folio ini perlu diserahkan kepada urusetia
pendaftaran pada hari pertandingan akhir. Folio tidak perlu dihias cantik.
TATACARA PEMILIHAN DAN PENILAIAN DIADAKAN

Ujian Lisan
1. Ujian Lisan diadakan mengikut kategori (BMSR/BMSM/BISR/BISM) dan terbahagi kepada 2
ujian lisan iaitu ujian lisan individu dan ujian lisan berkumpulan.
2. Soalan Lisan berkumpulan akan diberikan awal sebelum hari pertandingan.
3. Calon perlulah bersedia dengan semua soalan yang diberikan mengikut kategori masing-masing.
4. Hanya 5 soalan lisan berkumpulan akan diberikan untuk calon bersedia mengikut tema seperti
berikut:
✓ ESTETIK, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
✓ EKONOMI, KEWANGAN & KEUSAHAWANAN
✓ ISU SOSIAL
✓ PERTANIAN
✓ KESELAMATAN
✓ KEKELUARGAAN
✓ PERPADUAN
✓ KEBERSIHAN DAN KESIHATAN
✓ SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
✓ PATRIOTISME, JATI DIRI DAN KEWARGANEGARAAN

A. Ujian Lisan Individu


❖ Menyediakan 5 judul buku yang paling digemari samada daripada bahan bercetak atau
bukan bercetak
❖ Catatkan jumlah sebenar bahan yang telah dibaca
❖ Penilaian hakim
- Penglibatan murid dalam aktiviti di sekolah (kokurikulum dan ko-akademik)
- Soalan berkaitan bahan bacaan yang disenaraikan seperti pengarang, watak,
pengajaran, nilai, pendapat murid tentang bahan bacaan dan soalan pengetahuan am.
❖ Masa 10 hingga 15 minit
❖ Markah penilaian menggunakan borang penilaian individu
B. Ujian Lisan Berkumpulan
❖ 5 orang satu kumpulan
❖ 5 soalan perbincangan akan diberi sebelum penilaian
❖ Semasa penilaian setiap kumpulan perlu memilih sampul soalan dan berbincang tentang
tajuk yang dipilih
❖ Masa 15 minit
❖ Markah penilaian menggunakan borang penilaian kumpulan

5. Perlakuan tatasusila juga diberikan penekanan seperti berpakaian kemas, duduk sopan, bahasa
yang sopan (tidak kasar), memberi salam atau selamat sejahtera kepada hakim dan menunjukan
personaliti yang baik sepanjang pertandingan diadakan.
6. Ketepatan masa menyumbang sebahagian markah penilaian. Diharapkan Guru Pengiring dapat
membawa calon Tokoh Nilam ketempat pertandingan tepat pada masanya dengan selamat.
7. Keputusan panel hakim anugerah NILAM adalah muktamad.

PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi urus setia pertandingan:
PKG Bandar Mas, Felda Sungai Mas, 81900 Kota Tinggi, Johor. (07-8236728)

Hjh. Ummu Aiman Binti Hj. Akim (019-5500800 / 07-8834575)


Mohd Kamal Iskandar Mohd Shafri (012-7259255 / 07-8278720)
Buang Bin Bujang (07-8236728)

You might also like