You are on page 1of 7

GARIS PANDUAN PENYERTAAN PERTANDINGAN

SENAMROBIK SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN


SEHEBAT 2019
Anjuran : Unit PJK Sehebat.

Bil. SENAMROBIK
1. Setiap kumpulan terdiri daripada 6 – 8 orang peserta dan 12 penyertaan terawal.
Terbuka Kepada Semua Pelajar SEHEBAT Tingkatan 1 – 6 Atas.
Kawasan Pertandingan : Disediakan – Dewan Sri Tawau ( Saiz : 9m x 9m )
Tarikh Pertandingan : 4 September 2019 ( Rabu )
Masa Pertandingan : 2.00 petang – 4.30 petang.
Tarikh Tutup Penyertaan : 30 Ogos 2019
Tarikh Cabutan Undi : 3 September 2019 ( 9.00 pagi / 3.00 petang )
Borang boleh dapatkan dari : Pn. Azizah Liew ( Pagi ) dan Pn. Suzaanah ( Petang ).

2. Masa yang di peruntukan untuk pertandingan adalah 5-8 Minit atau kurang.

3. 3 Fasa Wajib Persembahan :


 Streaching/ Dinamik Streaching,
 Warm-up
 Warm-down/ Cooling-down.

5 / 7 Pergerakan Wajib perlu ada :


 Marching (2x8)
 Knee lift (2x8)
 Step touch (2x8)
 V-step (2x8)
 Jumping jack (1x8)
 Side tap (2x8)
 Skip (2x8)

Lagu:
 Lagu WAJIB menggunakan lagu patriotik Malaysia sesuai dengan sambutan Bulan
Kemerdekaan.
 Pelbagai genre lagu disarankan (≥ 5 lagu @ lebih ).
 Rakaman lagu perlu diserahkan awal 1 hari sebelum pertandingan.

Muzik:
 5 – 8 minit bermula dari mula lagu dimainkan tanpa sambungan (non-stop muzik).
 Saranan beat lagu 134-140 bpm

Pakaian :
 Pakaian yang sesuai dan tidak menjolok mata. ( Pakaian sukan dan berkasut )

1
GARIS PANDUAN PENYERTAAN PERTANDINGAN SENAMROBIK SEMPENA
BULAN KEMERDEKAAN SEHEBAT 2019
Anjuran : Unit PJK Sehebat.

1. SYARAT-SYARAT AM KATEGORI :

 Penyertaan adalah terdiri dari pelajar SEHEBAT dan terbuka kepada


semua pelajar tingkatan 1 – 6 atas sahaja.

 Hanya 12 penyertaan terawal akan diterima.

 Setiap penyertaan kumpulan adalah terbuka sama ada semua peserta


lelaki, semua peserta perempuan atau campuran lelaki dan perempuan.

 Penyertaan pelbagai kaum adalah digalakkan.

 Semua pasukan kumpulan akan bertanding dan mempamerkan


persembahan sekali sahaja di dalam satu pertandingan. Pemenang
kumpulan akan dikira dari pungutan markah tertinggi.

2. PERTUKARAN NAMA
 Setiap pasukan tidak dibenar menukar nama peserta yang didaftar di Borang
Pendaftaran kecuali pada waktu kecemasan dengan sebab-sebab munasabah
dan boleh diterima oleh Pengerusi Teknikal.

 Sekiranya perkara ini berlaku, maka pasukan tersebut dikehendaki


menghubungi pihak teknikal dalam masa 24 jam secara lisan dan bertulis di
mana Pengerusi Teknikal akan menentukan sama ada pertukaran tersebut
diterima atau tidak.

3. SUSUNAN PERMULAAN
3.1 Cabutan Undi
 Giliran pasukan akan ditentukan melalui cabutan undi yang akan
dibuat semasa mesyuarat dan taklimat pengurus pasukan
sebelum pertandingan

3.2 Menarik Diri


 Sekiranya pengurus pasukan atau wakil tidak hadir pada taklimat
pertandingan, pihak jawatankuasa pengelola menganggap yang
mereka telah faham dan memenuhi semua peraturan serta syarat

2
termasuk perubahan (sekiranya ada) dan keputusan yang dicapai
dan dipersetujui semasa taklimat tersebut.

 Sekiranya sesebuah pasukan gagal berada di kawasan kejohanan


selepas 1 minit nama pasukan diumumkan, maka pasukan
tersebut adalah dianggap telah menarik diri dan penyertaannya
dibatalkan untuk pertandingan tersebut.

4. KEMUDAHAN FASILITI

4.1 Kawasan Latihan

Pihak penganjur tidak menyediakan kawasan latihan dan tiada


raptai akan dijalankan. Walau bagaimanapun peserta boleh
menjalankan latihan di tempat pertandingan sebelum pertandingan
berlangsung (diluar kawasan pertandingan).

4.2 Kawasan Menunggu

Kawasan untuk menunggu giliran akan disediakan di sisi “podium”


untuk menempatkan guru penasih dan peserta-peserta bagi dua
buah pasukan yang akan memberi persembahan seterusnya.

5. KAWASAN PERSEMBAHAN

5.1 Pentas
 Kawasan persembahan / pentas berukuran 9m X 9m akan disediakan
untuk pertandingan

5.2 Pembatasan
 Peserta dan guru penasihat pasukan tidak dibenarkan memasuki kawasan
menunggu dan kawasan pengadil kecuali dengan kebenaran daripada
Jawatankuasa Pengelola. Peserta dan guru penasihat dikehendaki
menunggu giliran sebagaimana yang ditetapkan dan menunggu isyarat
daripada Pengurus Pentas/Juruacara untuk memulakan persembahan.
Ketua Hakim berhak membatalkan penyertaan peserta sekiranya didapati
tidak memenuhi peraturan ini.

6. PAKAIAN
6.1 Profil

3
 Semua peserta dikehendaki berpakaian kemas, bersesuaian dengan
budaya negara, menjaga adat ketimuran dan penampilan bersih sepanjang
tempoh pertandingan.

 Peserta hendaklah memakai pakaian sopan dan tidak dibenarkan memakai


pakaian yang menjolok mata semasa pertandingan. 10 markah akan
dipotong sekiranya peserta melanggar syarat pakaian.

 Penyokongan yang sempurna wajib dipakai oleh lelaki dan wanita

 Kasut aerobik yang sesuai perlu dipakai dan tidak meninggalkan sebarang
kesan kepada lantai pertandingan.

 Tali kasut hendaklah diikat sempurna

 Rambut yang panjang mesti diikat dengan kemas

 Barangan kemas tidak dibenarkan dipakai dan mesti ditanggalkan sebelum


pertandingan.

7. MUZIK

7.1 Rakaman

 Satu atau lebih lagu boleh digabungkan dan hendaklah dirakamkan di


dalam satu pita rakam sahaja. Sambungan dari satu pita ke satu pita tidak
dibenarkan semasa persembahan. Pita/cakera padat ini hendaklah
dikemukakan kepada Jawatankuasa Pengelola semasa taklimat dan
mesyuarat pengurus pasukan.

 Perakam kaset / cakera padat hanya disediakan oleh Jawatankuasa


Pengelola semasa pertandingan. Perakam persendirian tidak dibenarkan.
Walau bagaimanapun, setiap pasukan digalakkan membawa radio kaset
sendiri untuk tujuan latihan.

 Pihak pengelola tidak akan bertanggungjawab terhadap mutu atau kualiti


bunyi pada setiap pita / cakera padat. Oleh itu, setiap pasukan hendaklah
memastikan mutu rakaman pita / cakera padat tersebut berkeadaan baik
dan bermutu tinggi.

7.2 Jangkamasa / Tempoh Persembahan

4
 Masa hanya akan dikira apabila muzik dimainkan dan bukannya pada
permulaan pergerakkan, melainkan kedua-duanya bermula serentak.
Tempoh persembahan mengikut Acara Pertandingan.

8. KELEWATAN
 Sekiranya kelewatan berlaku disebabkan oleh bencana alam atau
perkara-perkara di luar jangkaan seperti kerosakkan kenderaan
pengangkutan dan sebagainya, pasukan yang terlibat hendaklah
menghubungi Urusetia Pertandingan dengan seberapa segera dan
keputusan mengenai giliran persembahan diputuskan oleh Jawatankuasa
Teknikal.

 Undi giliran setiap pasukan tidak boleh ditukar. Semua persembahan


akan dijalankan mengikut giliran dan masa yang telah ditetapkan.

 Keputusan Jawatankuasa Pengelola adalah muktamad.

9. BANTAHAN

 Sebarang bantahan dan rayuan mengenai penganjuran dan keputusan


pertandingan TIDAK AKAN DILAYAN.

 Semua keputusan yang dibuat oleh Pengelola dan Ketua Hakim adalah
muktamad.

10. MAKLUMAT AM

 Pihak Jawatankuasa pengelola tidak akan bertanggungjawab dan tidak


boleh didakwa atas sebarang kecederaan atau kemalangan sebelum,
semasa dan selepas pertandingan.

 Jawatankuasa Pengelola adalah berkuasa untuk menambah dan


memutuskan sebarang perkara yang tidak dinyatakan di dalam peraturan
ini.

 Jawatankuasa Pengelola / Teknikal berhak memutuskan segala masalah


teknikal seperti eletrik pintas, podium atau gangguan di tempat
persembahan dan masalah lain yang tidak dapat dielakkan agar dapat
diuruskan dengan sempurna oleh Jawatankuasa Pengelola.

5
 Keputusan Jawatankuasa Pengelola adalah MUKTAMAD di dalam
segala keraguan mengenai peraturan yang telah ditetapkan.

11. LAIN-LAIN SYARAT

 Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang


kehilangan, kecedaraan, kematian yang menimpa sebelum, semasa dan
selepas pertandingan ini.

 Jawatankuasa Penganjur adalah bertanggungjawab dan mempunyai


kuasa untuk menambah dan memutuskan sebarang perkara yang tidak
dinyatakan di dalam peraturan ini.

 Keputusan Jawatankuasa penganjur adalah muktamad di dalam segala


keraguan mengenai peraturan dan syarat-syarat pertandingan yang telah
ditetapkan ini.

6
LAMPIRAN A

BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN SENAMROBIK MERDEKA


SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN SEHEBAT 2019

NAMA KUMPULAN : _____________________________ NO. GILIRAN : ______________

BIL. PERANAN NAMA JANTINA TINGKATAN

1 KETUA
KUMPULAN
2
PESERTA

3
PESERTA

4
PESERTA

5
PESERTA

6
PESERTA

7
PESERTA

8
PESERTA

# BORANG BOLEH DIPEROLEHI DAN DIKEMBALIKAN SEBELUM ATAU PADA


30 OGOS 2019 KEPADA:

1. PN. AZIZAH LIEW ( PAGI )


2. PN. SUZAANAH SIMON ( PETANG )

Tarikh Hantar : __________________________________________

Guru Terima Borang : _____________________________________

You might also like