You are on page 1of 2

PERATURAN PERTANDINGAN SORAKAN DAN PERSEMBAHAN ULTRAS 2020

1. AM

Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Sorakan dan Persembahan Ultras 2020

2. PENGELOLA

Pertandingan ini dikelolakan oleh Jawatankuasa Kejohanan Balapan dan Padang 2020

3. PERATURAN

3.1 Peserta terdiri daripada:

i) Ketua pasukan sorak

ii) Anggota pasukan (minimum 30 orang dan maksimum 40 orang)

3.2 Masa yang diperuntukkan ialah 5 minit bermula daripada permulaan masuk perbarisan/kumpulan
persembahan. Markah akan mula ditolak daripada Kriteria Teknik (Koordinasi) sekiranya persembahan
peserta melebihi 6 minit (leeway period: satu minit).

3.3 Penggunaan muzik dibenarkan.

4. FORMAT PERLAWANAN DAN KIRAAN MATA

4.1 Kriteria dan jumlah markah yang akan diberi adalah seperti berikut:

i) Imej/Pakaian-30 markah

ii) Teknik sorakan/persembahan-50 markah

iii) Keceriaan-20 markah

4.2 Jumlah-100 markah.

5. SYARAT PERTANDINGAN

5.1 Pemarkahan diambil kira dari permulaan masuk perbarisan/kumpulan kontijen masing-masing

5.2 Pasukan sorak perlu membuat persembahan sorakan tanpa berhenti dihadapan pentas utama.
Pasukan lain yang menganggu persembahan pasukan lain akan ditolak markah dari markah Kriteria
Keceriaan (Personaliti Peserta).

5.3 Setiap pasukan perlu menyediakan kontinjen masing-masing.

5.4 Persembahan/sorakan perlulah menjaga tatasusila dan tidak mempamerkan unsur lucah atau
penghinaan terhadap mana-mana pihak.

5.5 Hanya peserta LELAKI dibenarkan menyertai pertandingan ini

5.6 Penggunaan muzik dibenarkan dan setiap rumah perlu berurusan dengan urus setia di khemah
urus setia

5.7 Pakaian para peserta hendaklah sopan dan menjaga aurat.

6. CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN PEMENANG


6.1 Kontingen yang mendapat markah tertinggi akan dikira sebagai pemenang. Sekiranya terdapat
jumlah markah yang sama, penentuan pemenang adalah berdasarkan markah tertinggi yang
diperoleh mengikut Kriteria Teknik Sorakan/Persembahan.

7. BANTAHAN DAN RAYUAN

7.1 Sebarang bantahan dan rayuan tidak akan dilayan oleh pihak penganjur melainkan atas sebab-
sebab yang munasabah berdasarkan perbincangan AJK dan juri berkaitan.

Peraturan/Kriteria Pemarkahan Pertandingan Sorak & Persembahan Ultras 2020

1)Imej/Pakaian (30 markah)

-Hiasan pakaian yang dipakai pasukan ultras-15 markah

-Imej yang ditonjolkan (Kesesuaian dengan tema)-15 markah

2) Teknik Sorakan/Persembahan (50 markah)

-Lirik/Persembahan yang dinyanyikan- 10 markah

-Kreativiti sorakan/persembahan-20 markah

-Koordinasi sorakan/persembahan-20 markah

3) Keceriaan (20 markah)

-Personaliti peserta- 10 markah

-Peralatan yang digunakan (Props)-10 markah

You might also like