You are on page 1of 5

KERTAS KONSEP

PELAKSANAAN PERTANDINGAN SYARAHAN


&
UJIAN BERTULIS
BAHASA MELAYU SJKT

PIALA PERPADUAN PERDANA MENTERI

PERINGKAT DAERAH HULU LANGAT


2021

ANJURAN:

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL AMPANG


PELAKSANAAN PERTANDINGAN SYARAHAN BAHASA MELAYU SEKOLAH JENIS
KEBANGSAAN TAMIL PIALA PERPADUAN PERDANA MENTERI PERINGKAT DAERAH HULU
LANGAT 2021

1.1 SYARAT PERTANDINGAN

1.2 Secara umumnya objektif dan syarat pertandingan masih berdasarkan Kertas Konsep Utama
Pertandingan Syarahan Bahasa Melayu SJKC dan SJKT yang disediakan oleh Jawatankuasa
Teknikal Syarahan Kebangsaan, Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian
Pendidikan Malaysia edisi semakan 2021.

1.3 Penyertaan terbuka kepada semua murid warganegara Malaysia yang bersekolah di Sekolah
Jenis Kebangsaan Tamil dari Seluruh Malaysia.

1.4 DUA ORANG PESERTA dari setiap daerah yang boleh menyertai pertandingan pada
peringkat negeri.

1.5 Format pertandingan syarahan yang dijalankan di peringkat daerah hanya dalam SATU
bahagian sahaja iaitu Bahagian Pertama (Rakaman Video). Manakala Bahagian Kedua
Spontan (Secara Dalam Talian) TIDAK dijalankan.

1.6 Tajuk Syarahan Bahagian Pertama [5 minit]


1.6.1 Tajuk bertemakan PERPADUAN dan diperluas kepada isu - isu semasa tetapi masih
mempunyai nilai-nilai yang berkaitan dengan:
Perpaduan dan muhibah
Kesopanan dan kesusilaan
Integrasi kaum
Patriotisme
Kebudayaan kaum-kaum di Malaysia

1.6.2 Markah maksimum sebanyak 30% sahaja akan diberikan oleh setiap juri kepada peserta
yang TIDAK menggunakan tajuk bertemakan PERPADUAN pada syarahan Bahagian
Pertama.

1.7 Kupasan isi syarahan pada bahagian Pertama TIDAK BOLEH menyentuh, membangkitkan,
mengaibkan, menyebarkan, menyerang isu-isu sensitiviti berkaitan politik, agama, bahasa,
budaya, adat, sastera, individu, bangsa, negeri, negara, nilai murni sejagat, dan hal-hal
perkauman yang agresif, negatif dan sensitif.
1.8 Syarat dan Peraturan Penyertaan;

1.8.1 Setiap peserta dikehendaki menghantar;


1.8.1.1 Satu salinan sijil lahir atau mykid atau mykad
1.8.1.2 Satu skrip pertandingan yang disertakan
i. dalam format PDF
ii. nama penuh peserta dan tajuk syarahan
1.8.2 Skrip yang telah dihantar semasa pendaftaran merupakan skrip MUKTAMAD.

2.1 PERATURAN RAKAMAN VIDEO


2.2 Persembahan adalah dalam bentuk video yang dirakam mesti asli tanpa sebarang ubah suai suara
dengan bantuan alat elektronik dan berlatar belakang. Saiz video: AVI atau MP4 dengan resolosi
1080P/720P.

2.3 Rakaman video penuh secara melintang yang menampakkan peserta dari bahagian kepala hingga
ke pinggang.

2.4 Rakaman video tidak melebihi 5 minit termasuk dengan permulaan paparan nama penuh peserta
dan tajuk syarahan sahaja. Seterusnya persembahan pusingan pertama.

2.5 Tidak boleh meletakkan maklumat atau identiti sekolah, daerah dan negeri pada paparan video dan
skrip pertandingan.

2.6 Rakaman video dijalankan mengikut tempat yang bersesuaian dan tidak melibatkan ramai orang
berkumpul serta mematuhi SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia.

2.7 Video tidak boleh diedit dan tiada sokongan latar belakang seperti gambar, muzik dan
sebagainya. Latar belakang yang digalakkan warna putih.

2.8 Para peserta WAJIB berpakaian sekolah..

2.9 Pihak peserta perlu menghantar video dengan memuat ke Google Drive yang telah ditetapkan
oleh pihak penganjur pada peringkat daerah.

2.10Video peserta tidak akan dinilai oleh juri/hakim sekiranya gagal mematuhi syarat rakaman video.
3.1 MASA PERTANDINGAN

3.2 Tarikh muat naik video pertama : 25 Ogos 2021


3.3 Penjurian video (Pilih 2 video terbaik) : 27 Ogos 2021
3.4 Majlis Perasmian Penutupan : 27 Ogos 2021

4.1 HADIAH

4.2 Johan : Piala dan Sijil Pencapaian


4.3 Naib Johan : Piala dan Sijil Pencapaian
4.4 Tempat Ketiga : Piala dan Sijil Pencapaian
4.5 Semua peserta yang menyertai pertandingan diberi Sijil Penyertaan.

5.1 PANDUAN KEPADA PANEL JURI/HAKIM

5.2 Peserta syarahan setiap bahagian akan diadili dari segi isi/idea, bahasa dan persembahan.
5.3 Panel juri/hakim diingatkan agar tidak memilih peserta syarahan yang membaca
nota/teks, menyentuh isu sensitif, menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak
sempat membuat kesimpulan (semua kesalahan tersebut/mana-mana satu
daripadanya) sebagai pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga.
5.4 Panel juri/hakim perlu membuat keputusan MENGGUNAKAN SISTEM MARKAH.
5.5 Bayaran panel Juri Rayuan RM50.

6.0 Keputusan panel Hakim adalah MUKTAMAD.

7.0 UJIAN Bertulis


- Dikendalikan oleh MGB Selangor

8.0 HAL - HAL LAIN


8.1 Segala peraturan ini tertakluk kepada perubahan oleh Jawatankuasa Teknikal
Syarahan Pertandingan Peringkat Negeri.

8.2 Sebarang pertanyaan boleh menghubungi EN

You might also like