You are on page 1of 10

SAYEMBARA PUISI DAN LAGU SEKOLAH MENENGAH

PERINGKAT NEGERI
2022

KELOLAAN:
PPD PENSIANGAN
ANJURAN:
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH

1
SAYEMBARA PUISI DAN LAGU SEKOLAH MENENGAH

1.0 MOD PROGRAM

1.1 Pertandingan Peringkat Negeri;


1.2 Pertandingan secara berperingkat pemilihan ke peringkat negeri
melalui pemilihan di peringkat daerah;
1.3 Secara dalam talian (penghantaran video rakaman);
1.4 Video yang terpilih bagi mewakili PPD masing-masing perlu dimuatnaik
melalui pautan google drive oleh penyelaras PPD masing-masing;
1.5 Kos penyediaan video adalah ditanggung oleh pihak sekolah atau
peserta

2.0 KUMPULAN SASARAN PENYERTAAN

2.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah menengah


(Ting. Peralihan hingga Ting. 6) sekolah kerajaan / bantuan kerajaan;

2.2 Jumlah penyertaan setiap negeri adalah 7 orang sahaja:


2.2.1 Murid
 5 orang murid terdiri daripada deklamator, penyanyi dan
pemuzik

2.2.2 Guru Pengiring/Jurulatih


 2 orang

2.3 Jumlah penyertaan ke peringkat negeri dan penyertaan sekolah-


sekolah bagi penyertaan peringkat daerah adalah seperti berikut:

PERINGKAT DAERAH
Penyertaan sekolah untuk pemilihan di peringkat daerah adalah tiada had.
Setiap sekolah boleh menghantar lebih dari satu penyertaan untuk pemilihan
di peringkat daerah tetapi hanya SATU (1) penyertaan terbaik yang akan
dihantar ke Peringkat Negeri;

PERINGKAT NEGERI
Hanya SATU (1) penyertaan terbaik akan mewakili negeri untuk dihantar ke
peringkat negeri. Pegawai Penyelaras di PPD perlu memuatnaik video melalui
pautan google drive yang diberikan oleh pihak pengelola / JPN;

2.4 Anggota pasukan boleh terdiri daripada lelaki/perempuan sahaja atau


campuran.
2.5 Pasukan yang terdiri daripada pelbagai kaum adalah digalakkan.
2
3.0 FORMAT PERSEMBAHAN, PENYEDIAAN VIDEO RAKAMAN & SYARAT AM
PERTANDINGAN

3.1 Rakaman hendaklah dilakukan secara ‘live’. ‘Miming’ tidak dibenarkan.


Sekiranya terdapat unsur suntingan penyertaan akan dibatalkan.
3.2 Penyertaan peserta adalah melalui pautan google drive yang diberikan;
3.3 Rakaman persembahan mestilah dirakam dari satu sudut (pegun/statik)
sahaja mengikut kesesuaian pasukan masing-masing
3.4 Rakaman adalah dalam mod landskap.
3.5 Penghantaran hasil karya video kreatif hendaklah sesuai untuk diterbitkan
dan dipaparkan dalam pelbagai bentuk media video. Format yang
dibenarkan adalah AVI, WMV, MOV, FLV DAN MP4 dengan menggunakan
resolusi 1080HD;
3.6 Dilarang meletakkan nama sekolah atau daerah dalam video
persembahan. Walau bagaimanapun, nama pasukan boleh diletakkan;

3.7 Puisi

3.7.1 Puisi berbentuk sajak hendaklah karya asli peserta yang terlibat
dengan menggunakan Bahasa Melayu sahaja;
3.7.2 Tema puisi ialah “KELUARGA MALAYSIA” dan isinya mestilah
bersesuaian serta tidak menyentuh perkara-perkara sensitif seperti
agama, budaya dan kaum;
3.7.3 Karya puisi yang dicipta perlu dideklamasikan oleh seorang peserta
(1) dan bagi nyanyian lagu puisi boleh dinyanyikan secara solo atau
berkumpulan.
3.7.4 Hanya sedikit effect echo atau reverb dibenarkan untuk vokal
manakala bagi alat muzik juga boleh digunakan dalam kadar yang
rendah tanpa menghilangkan keaslian bunyi akustik alat-alat tersebut.

3.8 Ciptaan lagu puisi

3.8.1 Melodi lagu hendaklah ciptaan asal murid dengan bantuan guru.
Keaslian ciptaan adalah diutamakan.
3.8.2 Ciptaan
3.8.3 lagu tidak boleh diciplak dari mana-mana pertandingan yang telah
dijalankan sebelum ini.

3
3.9 Instrumentasi
3.9.1 Instrumentasi adalah bebas (sesuai dengan konsep puisi dan lagu).
3.9.2 Penganjur peringkat Negeri hanya menyediakan:
i) sebuah guitar amplifier
ii) sebuah bass guitar amplifier
iii) sebuah keyboard amplifier
iv) lima mic
v) lima mic stand

4.0 MASA PERSEMBAHAN

4.1 Masa persembahan yang diperuntukkan untuk setiap pasukan ialah


minimum 5 minit dan maksimum 8 minit.

5.0 ETIKA PAKAIAN

Peserta hendaklah berpakaian sopan dan bersesuaian.

6.0 PEMARKAHAN

6.1 Pemberatan Markah


Puisi : 45 %
Lagu : 45 %
Penghasilan Video : 10%

6.1.1 Puisi

Ciptaan : 50 markah (keindahan bahasa, diksi, tema)


Deklamasi : 40 markah (sebutan, keterampilan, penghayatan)
Muzik iringan : 10 markah (keseimbangan bunyi, kesesuaian lagu)

6.1.2 Lagu Puisi

Keaslian Melodi : 40 markah (Susunan, gubahan Melodi)


Nyanyian : 30 markah (Pic, ton suara, tempo, harmoni, imbangan)
Muzik Iringan : 30 markah (Tempo, kesesuaian rentak, imbangan)

6.1.3 Penghasilan Video


Kualiti video dan audio : 100 markah

4
7.0 KAEDAH PENJURIAN PERINGKAT NEGERI

7.1 Penyelarasan penjurian peringkat negeri akan dilaksanakan seperti


berikut:
i) Pusingan Separuh Akhir (Secara dalam talian)
Melibatkan penilaian atau penjurian video secara dalam talian bagi 24
pasukan di mana 24 penyertaan mewakili PPD seluruh Sabah

8.0 PENGHAKIMAN

8.1 Lantikan panel juri di bawah penyelarasan daerah pengelola selaku tuan
rumah dengan mendapatkan pandangan dan nasihat dari Sektor
Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
8.2 Keputusan panel juri adalah muktamad.

9.0 HADIAH/SIJIL

BIL PERKARA CATATAN


1 Johan Hadiah berupa trofi dan sijil
2 Naib Johan Hadiah berupa trofi dan sijil
3 Tempat ke-3 Hadiah berupa trofi dan sijil
4 Tempat ke-4 Hadiah berupa trofi dan sijil
5 Tempat ke-5 Hadiah berupa trofi dan sijil
6 Anugerah Ciptaan Puisi Terbaik Hadiah berupa trofi dan sijil
Anugerah Ciptaan Gubahan / Susunan Lagu
7 Hadiah berupa trofi dan sijil
Terbaik
8 Anugerah Deklamator Terbaik Hadiah berupa trofi dan sijil
9 Anugerah Persembahan Terbaik Hadiah berupa trofi dan sijil
 Cadangan hadiah tambahan atau anugerah tambahan bergantung kepada budi
bicara tuan rumah yang dilantik.

5
10.0 GARIS MASA

TARIKH PERKARA TINDAKAN


Hebahan kertas konsep negeri PT Negeri /
14 Jun 2022 kepada semua PPD Penganjur
Penghantaran video kepada
17 Ogos 2022 penganjur ( Tarikh Tutup Peringkat Sekolah/PPD/JPN
Negeri )
Penjurian video rakaman peringkat
19 – 21 Ogos 2022 negeri Sabah Penganjur

Pengumuman Keputusan Peringkat


23 Ogos 2022 Negeri Sabah Penganjur

Penghantaran video kepada


1 September 2022 penganjur ( Peringkat Kebangsaan ) JPN/BSKK

Penjurian video rakaman peringkat


7 – 9 September 2022 JPWPKL
kebangsaan
Pengumuman keputusan 5 terbaik
12 September 2022 JPWPKL
negeri SM ke peringkat kebangsaan
Penjurian Peringkat Kebangsaan
5-6 Oktober 2022 JPWPKL
(secara bersemuka)
Pengumuman Keputusan Peringkat
7 Oktober 2022 JPWPKL
Kebangsaan (Majlis Gala)

11.0 TARIKH TUTUP PENYERTAAN

PERINGKAT DAERAH
Tertakluk kepada perancangan pelaksanaan PPD masing-masing. Peserta
dimohon untuk menghubungi pegawai di Unit Pembangunan Bakat Murid PPD
masing-masing untuk keterangan lanjut.
(Borang penyertaan ada dilampirkan)

PERINGKAT NEGERI
Tarikh PPD hantar penyertaan : 17 Ogos 2022
Tarikh Penjurian Video : 19-21 Ogos 2022
Pengumuman Keputusan : 23 Ogos 2022

12.0 KEPUTUSAN PERTANDINGAN


6
12.1 Setiap penyertaan karya akan dinilai keaslian, isi kandungan,
konsep dan kreativiti serta kualiti produksi oleh panel juri yang
dilantik oleh pihak penganjur.
12.2 Keputusan panel juri adalah muktamad dan sebarang bantahan
tidak akan dilayan.

13.0 KETERANGAN LANJUT


Sebarang pertanyaan sila hubungi:
ENCIK RAMDY JAIMIS
Pegawai Teknikal Negeri (Sayembara Puisi dan Lagu )
H/P: 011-26075779

LAMPIRAN A
7
SENARAI SEMAK PENGHANTARAN DOKUMEN PENYERTAAN
SAYEMBARA PUISI & LAGU SEKOLAH MENENGAH
PERINGKAT NEGERI 2022

JPN PENYELARAS :

ADA TIADA
BIL. PERKARA
() (x)
SURAT RASMI PENYERTAAN PPD DENGAN TANDATANGAN
1.
PEGAWAI PPD (SCAN PDF & DIMUATNAIK)
BORANG PENYERTAAN
2.
(SCAN PDF & DIMUATNAIK)
SALINAN KAD PENGENALAN PESERTA YANG TELAH
3. DISAHKAN
(SCAN PDF & DIMUATNAIK)
i. PESERTA 1 (PENDEKLAMATOR)
ii. PESERTA 2
iii. PESERTA 3
iv. PESERTA 4
v. PESERTA 5
BORANG KARYA PUISI / LIRIK LAGU YANG TELAH
4. DISAHKAN
(SCAN PDF & DIMUATNAIK)
PAUTAN VIDEO PERSEMBAHAN PASUKAN SAYEMBARA
5.
PUISI & LAGU WAKIL JPN

Catatan:
1) Borang penyertaan dan salinan kad pengenalan pelajar perlu disahkan sebelum
dimuat naik.
2) Borang Puisi/lirik lagu perlu disahkan sebelum dimuat naik.
3) Semua dokumen penyertaan perlu dimuatnaik ke pautan seperti berikut pada atau
sebelum 17 Ogos 2022.

8
LAMPIRAN B
SAYEMBARA PUISI DAN LAGU SEKOLAH MENENGAH
PERINGKAT NEGERI 2022

BORANG PENYERTAAN
NEGERI
PEGAWAI TEKNIKAL
DAERAH

ALAMAT SEKOLAH

NO. TEL. SEKOLAH


NO. TEL. BIMBIT
MAKLUMAT PESERTA
KAUM JANTINA DEKLAMATOR/
BIL. NAMA PESERTA NO.KP / SB PENYANYI/
M C I LL L P PEMUZIK
1

3
4
5
MAKLUMAT GURU PENGIRING
BIL. NAMA PESERTA NO.KP SEKOLAH NO. TEL

1
2

9
LAMPIRAN C

SAYEMBARA PUISI DAN LAGU SEKOLAH MENENGAH


PERINGKAT NEGERI 2022

BORANG KARYA PUISI/LIRIK LAGU

PPD :
TAJUK :

10

You might also like