You are on page 1of 5

SYARAT CIPTA LAGU PATRIOTIK 2010 ANJURAN JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA ( KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI DAN

KEBUDAYAAN MALAYSIA ) 1. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN 1.1 Setiap peserta hanya boleh menghantar SATU (1) lagu sahaja untuk dihakimi.

1.2 Penyertaan adalah TERBUKA kepada semua warganegara Malaysia SAMADA

AMATUR ATAU PROFESSIONAL.


1.3 Warga kerja, kakitangan tetap, kontrak dan pensyarah sambilan serta keluarga Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaaan Malaysia ( KPKK )

TIDAK DIBENARKAN menyertai pertandingan ini.


1.4 Hasil karya hendaklah asli yang dan BELUM pernah diterbitkan oleh syarikat rakaman dan syarikat penerbitan. 1.4 Borang penyertaan yang lengkap diisi hendaklah dihantar kepada pihak penganjur sebelum atau pada tarikh tutup iklan. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan jika borang penyertaan yang diisi tidak lengkap. 1.5 Setiap borang penyertaan hendaklah disertakan dengan :

(i) Salinan/cetakan lirik lagu berserta skor muzik dan ; ii) Muziknya hendaklah dirakam di dalam bentuk CD.
Syarat Cipta Lagu Patriotik 2010 1

1.6 Bagi komposer yang berjaya ke peringkat akhir ( finalis ) hendaklah memberi kebenaran untuk Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara ( JKKN ) melalui Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia ( KPKK ) bagi mengubahsuai lirik mengikut kesesuaian, mencetak serta menerbit hasil ciptaan bagi tujuan kempen atau acara rasmi Jabatan atau Kementerian. Komposer ( finalis ) juga hendaklah memberi kebenaran kepada JKKN untuk penerbitan, pendokumentasian, rujukan, jualan dan edaran CD,VCD atau DVD malam peringkat akhir Cipta Lagu Patriotik 2010. Sebarang siaran atau penggunaan lagu oleh KPKK dan JKKN ini TIDAK akan dibayar royalti.

1.7 Pihak penganjur akan menyediakan penyanyi untuk pertandingan peringkat akhir dan segala kos adalah di bawah tanggungan komposer. Walaubagaimanapun, komposer berhak untuk memilih sesiapa sahaja penyanyi yang difikirkan sesuai untuk menyanyikan lagu yang dipertandingkan dan segala kos adalah di bawah tanggungan komposer. 1.8 Komposer peringkat akhir perlu mengikuti jadual latihan dan raptai yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur dan pihak penganjur berhak untuk

MEMBATALKAN penyertaan jika melanggar jadual latihan yang telah


disediakan.

2.

LAGU DAN LIRIK mampu menarik minat semua golongan, bermutu tinggi, bernilai komersil serta memberi nafas baru dalam genre irama patriotik.

2.1 Setiap hasil karya lirik dan lagu hendaklah mempunyai kriteria lagu yang sesuai dan

2.2 Senikata lagu dan lirik hendaklah menggunakan BAHASA MALAYSIA.

Syarat Cipta Lagu Patriotik 2010

2.3 Lirik lagu hendaklah melahirkan rasa cintakan terhadap Negara dan bangsa tanpa menyentuh sensitiviti perkauman agama dan politik. 3. MUZIK One yang telah dibuat rakaman semula studio secara profesional dan diserahkan kepada Urus Setia Cipta Lagu Patriotik 2010.

3.1 Peserta yang layak ke peringkat akhir hendaklah membawa satu salinan Minus

3.2 Setiap lagu hendaklah tidak melebihi 4

MINIT.

3.3 Pihak penganjur hanya akan menyediakan pemuzik iringan di peringkat akhir, manakala muzik muzik tambahan yang dicadangkan oleh pihak komposer adalah dibawah tanggungan sendiri. Diantara muzik yang akan disediakan oleh pihak penganjur ialah : 3.3.1 Drum 3.3.2 Percussion Set 3.3.3 Bass Gitar 3.3.4 Rhythm Gitar 3.3.5 Lead Gitar 3.3.6 Akustik Gitar 3.3.7 Keyboard 1 3.3.8 Keyboard 2 3.3.9 Flute / Sexaphone 3.3.10 Trompet ( 2 Unit ) 3.3.11 Violin ( 2 Unit ) 3.3.12 Viola ( 2 Unit )

Syarat Cipta Lagu Patriotik 2010

4. PROSES PENGHAKIMAN 4.1 Setiap penyertaan akan melalui proses penghakiman di peringkat saringan dan hanya lapan (8) lagu akan dipilih ke peringkat akhir. Peserta akhir perlu

menyediakan penyanyi untuk menyanyikan lagu yang dipertandingkan dan


segala kos adalah di bawah tanggungan komposer. 4.2 Penghakiman adalah berdasarkan kualiti lagu dan lirik sahaja. Panel hakim berhak untuk membuat penilaian berdasarkan kepada susunan muzik, susunan melodi dan lirik lagu. 4.3 Penilaian juga akan diberikan kepada aspek kreativiti melodi yang bermutu, bernilai komersil dan menepati konsep serta mampu menarik minat semua golongan. 4.4 Peserta yang berjaya ke peringkat akhir seramai (8) lapan komposer akan dimaklumkan melalui surat menyurat. Sekiranya tidak mendapat sebarang maklumbalas dari pihak Urus Setia Cipta Lagu Patriotik 2010 selepas 1 bulan dari tarikh tutup penyertaan dianggap tidak berjaya. 4.5 JKKN berhak melantik panel juri yang layak dan tidak boleh dipertikaikan di mana mana forum dan dengan apa cara sekalipun.

4.5 Keputusan

hakim adalah MUKTAMAD.

5. YURAN PENYERTAAN 5.1 Penyertaan adalah

PERCUMA.
Syarat Cipta Lagu Patriotik 2010 4

6. HADIAH i) ii) iii) v) vi) Johan Naib Johan Ketiga Saguhati (5) Persembahan Terbaik : : : : : RM 10,000.00 RM 8,000.00 RM 6,000.00 RM 1,000.00 RM 1,000.00

7. PENYERAHAN LAGU DAN LIRIK 7.1 Segala urusan penghantaran dan pengeposan hasil ciptaan adalah dibawah tanggungan peserta. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab diatas kehilangan, kerosakan dan kelewatan hasil ciptaan. 7.2 Sebarang penyertaan dan penyerahan hasil ciptaan hendaklah diserahkan kepada : Urus Setia, Cipta Lagu Patriotik 2010, Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Tingkat 28, Bangunan MAS, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur. (u/p : WAN DIN BIN WAN MUHAMMAD ) Tel : 03 20523600 ext : 3747 Fax : 03 20523728

TARIKH

TUTUP

PENYERTAAN

PADA

15

NOVEMBER 2010.

Syarat Cipta Lagu Patriotik 2010

You might also like