You are on page 1of 3

2.

PERTANDINGAN HIWAR
2.1

Definisi
2.1.1 Hiwar ialah perbualan di antara tiga peserta secara seimbang dari segi soal
jawab, isi dan masa tentang sesuatu topik. Ia berbeza dengan lakonan, drama
atau forum.
2.1.2

Berikut ialah perbezaan antara hiwar, lakonan dan forum :

Hiwar

Lakonan

Pergerakan

sederhana

Forum

Pergerakan

melampau

Duduk

statik

tanpa

dan tidak melampau

seperti melompat, berlari

Mempunyai

dan sebagainya
Mempunyai

banyak

Tiada

sahaja
Mempunyai banyak dialog

babak
Mempunyai

kurang

Berbentuk soal jawab

(aksi

dialog

satu babak

hanya

sekadar

pergerakan

(mengutamakan

sehala

menghidupkan dialog)
Melibatkan tiga watak

aksi)
Melibatkan ramai watak

Melibatkan pengerusi

sahaja
Kurang menggunakan alat

Banyak

forum dan ahli panel


Tidak menggunakan

sokongan (hanya untuk

alat sokongan sehingga

menghidupkan watak)

mengabaikan dialog

2.2

menggunakan

alat sokongan

Peraturan Pertandingan Hiwar


2.2.1

Pertandingan ini terbuka kepada semua murid tahap 2 (tahun 4, 5 dan 6).

2.2.2

Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar 1 pasukan.

2.2.3 Bilangan peserta dalam satu pasukan adalah tiga orang, terdiri daripada murid
lelaki sahaja atau perempuan sahaja (campuran tidak dibenarkan).
2.2.4 Pertandingan hiwar akan dilaksanakan dalam 1 pusingan.
i.

Setiap pasukan bebas memilih tajuk yang sesuai berdasarkan


sukatan Bahasa Arab KSSR / KBSR.

ii.

Setiap pasukan diberikan masa 8 minit sahaja. Loceng pertama


akan dibunyikan sekali pada minit keenam dan loceng kedua
akan dibunyikan pada minit kelapan menandakan waktu telah
tamat.

iii.

Masa dikira apabila loceng permulaan dibunyikan setelah


peserta berada di atas pentas.

iv.

Markah isi tidak diberikan kepada peserta setelah loceng tamat


dibunyikan.

v.

Markah persembahan akan dipotong jika persembahan kurang


dari 6 minit atau melebihi 9 minit.

vi.

Tiga salinan Skrip Hiwar yang akan dipersembahkan hendaklah


diserahkan kepada urusetia pertandingan semasa pendaftaran.
Salinan skrip hendaklah ditaip dengan font Arabic Traditional 18
langkauan 1.5. Kegagalan menyerahkan skrip akan dipotong 5
markah dari markah isi.

vii

Johan adalah kumpulan yang memperolehi markah purata


tertinggi.

2.2.5

Kritikan terhadap isu-isu sensitif berkaitan agama, bangsa, kebudayaan dan


keperibadian seseorang adalah dilarang

2.2.6

Peserta hendaklah menggunakan Bahasa Arab fushah dengan terang dan


nyata. Penggunaan Bahasa Arab ammiah atau darijah adalah dilarang.

2.2.7

Peserta dikehendakki memakai pakaian rasmi sekolah / pakaian mengikut


tema persembahan.

2.2.8

Tidak dibenarkan

peserta lelaki

melakonkan watak

perempuan

dan

sebaliknya.
2.2.9

Penggunaan alat-alat muzik adalah dilarang.

2.2.10 Sebarang unsur nyanyian, qasidah, sajak dan seumpamanya adalah dilarang.
2.2.11 Pengerusi

atau

jawatankuasa

pertandingan

berhak

menegur

atau

membatalkan penyertaan mana-mana pasukan yang didapati melanggar


syarat-syarat pertandingan.
2.3

Penghakiman
2.3.1 Setiap pasukan akan diadili dalam bidang-bidang berikut :
a)

Mesej 30 markah
Hiwar akan diadili dari aspek :
i.

Pengutaraan mesej yang tepat (mengandungi fakta-fakta, datadata, nas-nas dan contoh-contoh yang bersesuaian)

ii.

Kesesuaian mesej dengan tajuk.

iii.

Susunan isi yang berurutan.

iv.

Mengandungi empat isi dan huraian.

v.

Markah bonus kepada pasukan yang memenuhi semua kriteria


di atas.

b)

Bahasa 30 markah
Hiwar akan diadili dari aspek :
i.

Bahasa yang jelas dan mudah difahami.

ii.

Tatabahasa (nahu & saraf) yang tepat.

iii.

Bahasa

yang

digunakan

hendaklah

sesuai

dengan

isi

perbualan.
c)

Gaya Persembahan 40 markah


Hiwar akan diadili dari aspek :

2.3.2

2.3.3

i.

Kelancaran

ii.

Kesesuaian nada

iii.

Sebutan yang fasih

iv.

Gaya yang menarik

Bilangan Hakim
i.

Ketua Hakim (dari kalangan hakim)

ii.

Hakim Isi

iii.

Hakim Bahasa

iv.

Hakim Penyampaian

Cara pemberian dan pemotongan markah


i.

Hanya isi yang menepati tajuk hiwar sahaja yang akan diberi markah.

ii.

Tiap-tiap satu kesilapan dalam bahagian bahasa dan penyampaian


hendaklah ditandakan dalam borang markah satu huruf alif di ruang
berkenaan.

iii.

Tiap-tiap lima kesilapan dalam bahagian bahasa dan persembahan


dipotong satu markah dari markah penuh yang ditetapkan.

iv.

Dua markah persembahan akan dipotong jika peserta membaca nota


atau teks semasa persembahan.

v.

Borang-borang markah yang telah diisi oleh hakim hendaklah


ditandatangani sebaik sahaja selesai penghakiman. Borang tersebut
hendaklah diserahkan lepada ketua hakim.

vi.

Jika terdapat persamaan markah, maka markah gaya persembahan


akan dirujuk terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan markah mesej
seterusnya markah bahasa.

2.3.4

Keputusan hakim adalah muktamad.

You might also like