You are on page 1of 11

SK ASAM KUMBANG

34000 TAIPING
PERAK DARUL RIDZUAN.

MODUL PDPR
PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 6
UNIT 3
MENGHAYATI MUZIK – NOBAT & GAMELAN

Modul : 3.0 Apresiasi Muzik

TEMPOH MASA : SATU (1) MINGGU

ISNIN – JUMAAT
(17 – 21 MEI 2021)

DISEDIAKAN OLEH :

ENCIK ZAMIR BIN JAAPAR


GURU MUZIK
SK ASAM KUMBANG
Modul :
3.0 Apresiasi Muzik

Standard Kandungan :
3.1 Menghayati Muzik daripada Pelbagai Repertoir

Standard Pembelajaran :
3.1.1 Memberi pendapat tentang muzik yang didengar atau ditonton
menggunakan terminologi muzik secara berpandu.
Ciri muzik:
- Alat Muzik (contoh: alat bertali, alat muzik tiupan, alat perkusi)

Objektif Pembelajaran :

Pada akhir PdPc, murid Tahun 6 akan dapat :

Mengenal pasti dan membezakan muzik Nobat dan Gamelan.

Kriteria Kejayaan :
1. Murid menyatakan perbezaan antara muzik Nobat dan Gamelan dari
segi alat muzik yang digunakan.
2. Murid menyatakan fungsi muzik Nobat dan Gamelan dengan betul.

STANDARD PRESTASI

TAHAP TAFSIRAN
PENGUASAAN
1 Mengecam jenis muzik yang didengar atau ditonton

Menyatakan cara persembahan muzik atau mengenal pasti alat


2
muzik sesuatu ensemble.

Menyatakan cara persembahan muzik dan mengenal pasti alat


3
muzik sesuatu ensemble.

Membicarakan muzik yang didengar atau ditonton daripada aspek


4
alat muzik dan persembahan.

Membicarakan muzik pilihan sendiri yang didengar atau ditonton


5
daripada aspek alat muzik dan cara persembahan.

Membuat penilaian muzik pilihan sendiri yang didengar atau ditonton


6
dan mengenal pasti identiti utama muzik tersebut
ARAHAN 1.
BACA PETIKAN MUZIK NOBAT DAN FAHAMKAN.

Nobat merupakan salah satu warisan kesenian Melayu yang masih kekal
sehingga kini. Nobat adalah muzik yang berfungsi di istana sebagai seni
persembahan istana Diraja Melayu. Antara negeri-negeri Melayu yang masih
mengekalkan muzik Nobat adalah negeri Perak, Kedah dan Terengganu.

Muzik Nobat adalah sejenis pancaragam Diraja yang hanya dimainkan


di istana dan pemain muziknya pula terdiri daripada orang-orang tertentu
sahaja. Kebiasaannya, pemain Nobat akan diwarisi dari satu generasi ke satu
generasi.

Nobat mempunyai beberapa keistimewaan yang tersendiri. Antaranya


ialah Nobat hanya dimainkan ketika majlis-majlis tertentu di istana seperti adat
istiadat pertabalan, menyambut kelahiran baru di istana dan lain-lain lagi.

ARAHAN 2.
LIHAT GAMBAR KUMPULAN NOBAT DAN JENIS ALAT MUZIK YANG DIGUNAKAN.
ARAHAN 3.
BACA PETIKAN MUZIK GAMELAN DAN FAHAMKAN.

Muzik Gamelan berasal dari Indonesia yang banyak ditemui di berbagai


daerah negara itu. Muzik Gamelan terdapat di Pulau Jawa, Madura, Bali
dan Lombok.

Perkataan gamelan berasal daripada Bahasa jawa “gamel” yang


bermaksud memukul atau menabuh. Gamelan mempunyai erti sebagai
satu kesatuan alat muzik yang dimainkan bersama.

Gamelan Pahang diperkenalkan ketikan zaman pemerintahan Sultan


Ahmad Muadzam Shah yang digiatkan oleh Tengku Ampuan iaitu Wan
Fatimah. Pada tahun 1915, Tengku Ampuan Mariam, anakanda kepada
Sultan Ahmad Muadzam Shah mempunyai set gamelan dibawah jagaannya
di Pahang dan dibawa ke Istana Maziah Terengganu bagi melatih rakyat
Terengganu untuk bermain dan menari gamelan.

ARAHAN 4.
LIHAT GAMBAR KUMPULAN GAMELAN DAN JENIS ALAT MUZIK YANG
DIGUNAKAN.
LATIHAN 1.
Senaraikan 3 alat muzik yang dimainkan dalam muzik Nobat dan Gamelan.

ALAT MUZIK NOBAT ALAT MUZIK GAMELAN

1 1

2 2

3 3

LATIHAN 2.

Tuliskan MUZIK NOBAT atau MUZIK GAMELAN pada gambar alat muzik
berikut.
SK ASAM KUMBANG
34000 TAIPING
PERAK DARUL RIDZUAN.

MODUL PDPR
PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 6
UNIT 5 – CIPTA CORAK IRAMA

Modul : 2.0 Penghasilan Muzik

TEMPOH MASA : SATU (1) MINGGU

ISNIN – JUMAAT
(24 – 28 MEI 2021)

DISEDIAKAN OLEH :

ENCIK ZAMIR BIN JAAPAR


GURU MUZIK
SK ASAM KUMBANG
Modul :
2.0 Penghasilan Muzik

Standard Kandungan :
2.1 Menghasilkan Idea Muzikal Kreatif

Standard Pembelajaran :
2.1.2 Mencipta Corak Irama Mudah - Meter

Objektif Pembelajaran :

Pada akhir PdPc, murid Tahun 6 akan dapat :

Mencipta 2 jenis corak irama dengan menggunakan pelbagai nilai not dan
tanda rehat.

Kriteria Kejayaan :
1. Murid menyatakan jenis not dan tanda rehat serta
menyebutkan nilai not dan tanda rehat dengan betul.
2. Murid menepuk corak irama ciptaan sendiri dengan
betul.

STANDARD PRESTASI

TAHAP TAFSIRAN
PENGUASAAN
1 Mengajuk corak irama dan melodi yang didengar

2 Mengenal pasti kesan bunyi yang didengar

Menghasilkan kesan bunyi atau mencipta corak irama


3
atau melodi mudah.

Menghasilkan kesan bunyi dan mencipta corak irama atau


4
melodi mudah

Menghasilkan kesan bunyi, mencipta corak irama dan


5
melodi mudah.

6 Mencipta karya muzik untuk mengiringi persembahan.


LANGKAH-LANGKAH MENCIPTA CORAK IRAMA.

LANGKAH 1

1) Lihat meter lagu yang digunakan. Fokus untuk modul ini ialah meter lagu

2) Meter lagu bermaksud 4 kiraan / detik dalam 1 bar.

3) Cara mudah mengingat berapa kiraan untuk meter lagu ialah lihat
nombor di bahagian atas meter lagu itu.

Nombor di bahagian atas meter lagu ini ialah 4.


Jadi, bilangan kiraan / detik ialah 4.

LANGKAH 2
Rujuk jadual notasi berikut :

1) Pilih not yang kamu suka. Kamu boleh gabungkan not dan tanda rehat.
2) Corak irama yang cantik dan mudah untuk dimainkan menggunakan 1
tanda rehat dalam 1 bar.

3) Walau bagaimana pun, kamu tidak perlu letak tanda rehat dalam setiap
bar. Ikut kesesuaian dan kreativiti kamu.
4) Contoh corak irama sebagai rujukan kamu :

LATIHAN 1.
Cipta 2 corak irama mudah pada tempat yang disediakan.

CORAK IRAMA 1

CORAK IRAMA 2

UNIT 3 – MENGHAYATI MUZIK NOBAT & GAMELAN

1 2 3 4 5 6
TP

UNIT 5 – CIPTA CORAK IRAMA

1 2 3 4 5 6
TP

You might also like