You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ELOPURA

( SEKOLAH BESTARI )
PETI SURAT 1091
90712 SANDAKAN
SABAH.
TEL. & FAKS : 089 – 533960
E-Mail : pentadbir@smkelopura.my

Rujukan :
Tarikh : 13 Januari 2020

MINIT MESYUARAT BIDANG KEMANUSIAAN KALI PERTAMA SESI 2020

Tarikh : 9 Januari 2020


Masa : 1.40 petang
Tempat : E Lab, SMK Elopura

Kehadiran :

1. En. Erwan bin Abd Jalil Ketua Bidang Kemanusiaan


2. Pn. Hazlina binti Kalimuddin Ketua Panitia Sejarah
3. En. Simin bin Jabbar Ketua Panitia Pendidikan Moral
4. En. Aslan bin Sellang Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual
5. En. Dasri bin Paddu Ketua Panitia Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan
6. Pn. Sutina binti Markus Ketua Panitia Kesusasteraan Melayu
7. Pn. Anny Lu Chai @ Aura Zulaikha Ketua Panitia Pendidikan Sivik Kewarganegaraan
8. Pn. Rozalina binti Mokhtar Ketua Panitia Perniagaan
9. Pn. Hairianti binti Tajudin Ketua Panitia Pendidikan Islam
10. Pn. Normaliza binti Abd. Azis Ketua Panitia Geografi
11. Cik Viviannie Longinus Ketua Panitia Pendidikan Muzik
.

Tidah hadir bersebab :

1. Pn. Norazura binti Sahak Ketua Panitia Prinsip Perakaunan (LPM)


2. Pn. Khalisah Husna binti Yunus Ketua Panitia Bahasa Arab & KAA (Cuti Bersalin)

Agenda Mesyuarat :

3.1 Ucapan alu-aluan Pengerusi.


3.2 Carta Organisasi.
3.3 Pengurusan Fail.
3.4 Pelan Taktikal tahun 2020.
3.5 Belanjawan Panitia tahun 2020.
3.6 Headcount.
3.7 Jadual Penyediaan Soalan.
3.8 Pemurnian RPT/RPH/DSKP.
3.9 Hal-hal lain.
1.0 Ucapan alu-aluan Pengerusi :
1.1 Pengerusi mengucapkan salam sejahtera dan terima kasih atas kehadiran guru-guru.
1.2 Pengerusi menyatakan setiausaha pada tahun ini ialah Pn. Hazlina binti Kalimuddin.

2.0 Carta Organisasi :


2.1 Pengerusi mengingatkan bahawa semua Ketua Panitia diminta untuk melantik jawatankuasa
terkini bagi tahun 2020 dalam panitia masing-masing terutama jawatan Setiausaha. Tujuannya
bagi membantu pengurusan fail panitia.
Tindakan : Ahli Mesyuarat

3.0 Pengurusan Fail :


3.1 Pengerusi memaklumkan kepada semua KP agar mengemas kini fail masing-masing kerana
pemantauan fail akan bermula pada 16 Januari 2020 oleh PK HEM. Fail panitia boleh diambil
di Bilik Kurikulum dan mengikut senarai semak yang sudah disediakan oleh Setiausaha
Kurikulum.
Tindakan : Ahli Mesyuarat

4.0 Pelan Taktikal tahun 2020:


4.1 Pengerusi menyatakan bahawa semua KP perlu melengkapkan dan melaksanakan semua Pelan
Taktikal dan Pelan Operasi panitia masing-masing.
4.2 Seterusnya, semua KP perlu menyiapkan dokumentasi selepas program dilaksanakan.

Tindakan : Ahli Mesyuarat

5.0 Belanjawan Panitia tahun 2020 :


5.1 Pengerusi mengingatkan bahawa belanjawan panitia tahun 2020 perlu dirancang dengan baik
dan sistematik. Hal ini penting agar segala perancangan program panitia berjalan dengan lancar.

Tindakan : Ahli Mesyuarat

6.0 Belanjawan Panitia tahun 2020 :


6.1 Pengerusi mengingatkan kepada semua KP agar mengemas kini dan melengkapkan headcount
semua tingkatan terutama headcount tingkatan 3 dan 5.
Tindakan : Ahli Mesyuarat

7.0 Jadual Penyediaan Soalan :


7.1 Pengerusi mengingatkan kepada semua KP untuk menyediakan jadual penyediaan soalan untuk
Penilaian Kendalian Sekolah (PKS) yang bermula bulan Februari. KP juga perlu mengingatkan
semua ahlinya agar menyediakan JSI semasa menghantar soalan untuk disemak sebelum
dicetak. Seterusnya, semua ahli perlu mematuhi dasar 2-1-0-1-2-3 dalam pelaksanaan PKS.

Tindakan : Ahli Mesyuarat

8.0 Pemurnian RPT/RPH/DSKP :


8.1 Pengerusi mengingatkan kepada semua KP untuk memastikan agar semua ahli sudah
mempunyai RPT dan DSKP yang lengkap dan terkini.
8.2 Pengerusi juga mengingatkan agar erph dihantar tepat pada waktunya iaitu hari Jumaat.
8.3 Seterusnya, pengerusi mengingatkan agar RPH PSK wajib dimasukkan sekali sebulan iaitu
minggu keempat setiap bulan bagi subjek yang terlibat iaitu Sejarah, Pendidikan Islam dan
Pendidikan Moral.
Tindakan : Ahli Mesyuarat
9.0 Hal-hal lain :
9.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ahli.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Disediakan Oleh : Disemak Oleh :

_____________________, __________________,
(Pn. Hazlina binti Kalimuddin), (En. Erwan bin Abd Jalil),
Setiausaha Bidang Kemanusiaan, Ketua Bidang Kemanusiaan,
SMK Elopura, Sandakan. SMK Elopura, Sandakan.

Minit mesyuarat ini dicadang untuk disahkan oleh :

Nama Pencadang : _______________________________________________________


Nama Penyokong : _______________________________________________________
Tarikh & Masa : _______________________________________________________

You might also like