You are on page 1of 16

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEPTEMBER /2014

HBMS3203
PENGAJARAN MUZIK V

NAMA

: WAN MAZLAN BIN WAN CHIK

NO. MATRIKULASI

: 641229025119001

NO. KAD PENGENALAN

: 641229025119

NO. TELEFON

: 0127162061

E-MEL

: wmazlan@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

: KELANTAN LEARNING CENTER

HBAE 3103
MUKA
SURAT

ISI KANDUNGAN

HBAE 3103
1.0.

PENGENALAN

1-3

1.1. STRUKTUR SEBUAH KUMPULAN KOIR

3-4

1.2. KATEGORI MENGIKUT LINGKUNGAN SUARA

4-6

1.3. KESERAGAMAN KOIR


2.0.

CIRI-CIRI PEMIMPIN KOIR YANG BAIK

7-8

2.1. KUPASAN PEMIMPIN KOIR YANG BAIK


2.1.1. Pengetahuan Muzik Yang Kukuh
2.1.2. Mempunyai Kemahiran Teknik Vokal

2.1.3. Teknik Memimpin Conducting Technique

2.1.4. Berpengetahuan Tentang Organ Atau Piano

2.1.5. Berpengetahuan Tentang Organ Atau Piano

9 - 10

2.1.6. Tidak Cepat Putus Asa


3.0.

4.0.

5.0

8-9

10

PERANAN PEMIMPIN KOIR

10 - 11

3.1. Merancang Penubuhan Kumpulan Koir

11

3.1.1. Pemilihan Ahli-ahli Koir

11 - 12

3.1.2. Menganalisa Skor Lagu

12 - 13

3.1.3. Membuat Latihan Merancang dan Melatih

13

3.1.4. Membuat Persembahan

14

3.1.5. Membuat Perancangan Peningkatan Kumpulan Koir

15

TEKNIK-TEKNIK PERMANASAN

15

4.0. TEKNIK-TEKNIK PERMANASAN

15 - 18

4.2. TEKNIK VOKAL: REGISTER

19 - 20

KESIMPULAN

20 - 21

RUJUKAN

22

HBAE 3103
1.0. PENGENALAN
Koir merupakan satu esemble muzik yang terdiri dari kumpulan penyanyi secara beramai.
Nanyian koir bukanlah nyanyian secara solo atau bersaing antara satu sama lain, tetapi
ianya merupakan nyanyian berkumpulan yang membentuk nyanyian berharmoni.
Perkataan esembel berasal dari dari perkataan Perancis yang membawa maksud
bersama-sama.
Menurut wikipedia, Koir adalah sebuah ensembel muzik para penyanyi yang menyanyi
beramai-ramai. Ia bukan sebuah kumpulan penyanyi solo yang bersaing antara satu sama
lain, malah sebagai sekumpulan penyanyi yang membentuk nyanyian berharmoni..
Selain daripada itu ianya juga dikenali sebagai korus (chorus).
Korus dan Chorale memberi maksud yang agak sama. Sebenarnya, kedua-dua
perkataan ini datang dari kata dasar yang serupa, namun disampaikan dari dua tamadun
berlainan iaitu dari Yunani lama dan Rom yang membentuk beberapa corak yang berbeza.
Perkataan koral (Choral) adalah satu kata sifat yang menggambarkan perbuatan untuk
koir, korus dan chorale. Dalam erti kata ringkas, nyanyian beramai-ramai koir, korus dan
chorale dipanggil muzik koral. Wikipedia.
Kumpulan koir boleh kita ertikan sebagai sebuah kumpulan yang kreatif. Ia adalah
sebuah organisasi yang diertikan oleh De Masi (2003) sebagai sebuah kumpulan kreatif
yang tiada penghujungnya atau penamat.
Menurut De Masi (2003) terdapat sesetengah organisasi yang mempunyai persamaan
dengan organisasi koir. Keperluan dan pengurusan di dalam koir adalah saling
memerlukan , ini telah dijelaskan oleh De Masi (2003):
The personal relationships are, mainly, horizontal, warm, informal, solidary andcentered
in the emotiveness. The recognition and the moral bonus are importantfor the individual
and for the group. A charismatic leadership prevails. Eachone is attentive to the thing that
should give to the other ones; each oneattributes a lot of importance to the interest, learns
the most possible, improves the quality of its own contributions; feels responsible; knows
1

HBAE 3103
how its personalcontribution is used for; and doesnt discharge its own responsibilities on
theother ones. The discipline comes from personal interest, attraction exercised bythe
leader, adhesion to the mission, dedication to the work, faith, generosity, participation in
the game [...]. Obviously I emphasized the positive aspects,although, in fact, the impact
is not rare in creative groups and in organizationswithout lucrative ends that cross
disorientation and identity crises.
Koir pada asalnya merupakan satu kumpulan penyanyi yang kebiasaannya membuat
persembahan di gereja. Kebanyakan nyanyian kumpulan koir ini adalah berunsurkan
keagamaan kristian.
Dalam nyanyian koir setiap lapisan suara dinyanyikan lebih daripada seorang, samada
dengan iringan atau tanpa iringan alat muzik. Muziknya mungkin dalam bentuk
monofoni, seperti dalam Gregorian Chant (Zaman Pertengahan) atau berbentuk polifoni
(dengan beberapa lapisan suara). Ianya mungkin dipersembahkan oleh lebih daripada 12
orang penyanyi atau kurang, atau dalam satu kumpulan yang besar yang mengandungi
beberapa ratus penyanyi.
Sebuah kumpulan koir yang baik akan dapat menghasilkan satu nyanyian yang
berharmoni. Dalam sesebuah kumpulan koir setiap penyanyi akan menyanyikan koir
dengan secara berkumpulan bukannya secara solo dan bersaing antara satu sama lain.
Dalam sebuah kumpulan koir yang baik, terdapat empat kumpulan suara iaitu kumpulan:
i.
ii.
iii.
iv.

Soprano (S) (suara perempuan tinggi)


Alto (A) (suara perempuan rendah)
Tenor (T) (suara lelaki tinggi)
Bass (B) (suara lelaki rendah)

Kesesuaian kumpulan suara bergantung kepada penyanyi dalam kumpulan mengikut


umur, jantina dan kesesuaian lagu.

HBAE 3103
Contohnya bagi kumpulan koir kanak-kanak biasanya hanya terdiri daripada dua
gabungan suara iaitu alto dan soprano kerana suara kanak-kanak lelaki lebih kurang suara
kanak-kanak perempuan.
Di sekolah, satu kumpulan koir selalunya terdiri daripada 45 orang atau lebih penyanyi
kumpulan nyanyian yang terdiri daripada 45 orang atau lebih. Kebiasaanya kumpulan ini
ditubuhkan bagi memenuhi kehendak masyarakat bagi tujuan persembahan atau
pertandingan atau sebagai satu aktiviti ko-kurikulum. Koir dapat memberi penekanan ke
arah pembentukan kualiti diri dan sahsiah pelajar merangkumi aspek perasaan, kreativiti,
nilai sosialisasi, esteika dan etika. Di samping sebagai pendorong yang berfungsi sebagai
penggerak minda untuk memikir dengan lebih ke arah peningkatan diri, penglibatan
dalam aktiviti koir memerlukan komitmen dan disiplin diri yang tinggi. Aktiviti koir ini
juga dapat mencungkil bakat pelajar yang sekaligus membina keyakinan kental dalam
diri.
Koir dalam bentuk pertandingan atau pun persembahan, merupakan aktiviti yang popular
dijalankan di sekolah-sekolah berbanding dengan lain-lain aktiviti muzik. Ini adalah
kerana aktiviti koir tidak memerlukan perbelanjaan yang besar dari segi peralatan muzik
dan juga lebih mudah mendapatkan penyertaan pelajar di samping keperluan masa latihan
yang agak singkat.
Sebuah kumpulan koir kebiasaannya diketuai oleh seorang pemimpin koir atau juga lebih
dikenali sebagai konduktor muzik (sama seperti orkestra). Konduktor untuk koir kadangkala dipanggil pengarah koral,

pemimpin korus, atau pemimpin koir, terutamanya

kepada koir-koir yang bersekutu dengan sesebuah orkestra.


Kebiasaannya kumpulan koir mengandungi empat bahagian, namun jumlah pada
hakikatnya bahagian ini adalah tidak terhad. Selain daripada empat bahagian, bilangan
bahagian kumpulan nyanyian di dalam satu-satu persembahan koir yang paling biasa
adalah tiga, lima, enam dan lapan.

HBAE 3103
2.0. PEMILIHAN AHLI-AHLI KOIR DI SEKOLAH
Perancangan yang baik perlu dilakukan oleh guru atau pemimpin koir sekolah sebelum
menubuhkan sebuah kumpulan koir yang baik. Terdapat beberapa pekara yang perlu
diberi perhatian khusus dalam menentukan kejayaannya, antaranya ialah :
1. Saiz kumpulan
2. Jenis Kumpulan 2, 3, atau 4 suara
3. Jumlah atau bilangan penyanyi
4. Pemuzik Iringan
5. Alat Muzik Iringan
6. Keupayaan Guru.
7. Tempat Latihan
8. Jadual Latihan
9. Surat menyurat
10. Skor atau gubahan-gubahan lagu.
Faktor-faktor ini akan memudahkan lagi prosedur yang seterusnya dan membolehkan
segala urusan berjalan dengan lancar.
Sebelum sesebuah kumpulan koir ditubuhkan pemilihan ahli kumpulan adalah perlu.
Pemimpin koir tidak boleh hanya mengambil ahli tanpa sebarang tapisan kerana ianya
akan memberi impak kepada kumpulan koir itu sendiri. Uji bakat perlu diadakan bagi
memilih ahli-ahli kumpulan. Uji bakat adalah satu sesi penting bagi guru atau pemimpin
koir untuk memilih ahli-ahli koir bagi memenuhi kumpulan koir yang hendak ditubuhkan
sama ada kumpulan koir tradisional, patriotik, show choir atau lain-lain.
Uji bakat ataupun audition mungkin akan menakutkan peserta atau sesiapa saja yang
ingin menjadi ahli koir kerana mengganggap ia satu sesi yang sukar dengan pelbagai
ujian teknikal berkaitan dengan vokal yang mungkin pada jangkaan peserta ianya akan
menjadi sukar atau di luar kemampuan peserta. Bagi mengelakkan rasa kurang
berkeyakinan peserta uji bakat untuk mengambil bahagian dalam sesi uji bakat ini, poster
mengenai ujibakat dan perkara-perkara keperluan yang ada pada peserta disertakan dan
memperluaskan lagi penyertaan uji bakat ini secara terbuka.
Perancangan yang baik perlu dilakukan oleh guru atau pemimpin koir sekolah sebelum
menubuhkan sebuah kumpulan koir yang baik. Oleh itu guru atau pemimpin koir perlulah
merancang apa yang perlu dilakukan sebelum sesi ujibakat dijalankan iaitu:
4

HBAE 3103
Menentukan tarikh uji bakat
Penentuan tarikh untuk uji bakat perlu dirancang dengan teliti agar setiap pelajar
yang berminat berpeluang menjalankannya. Proses ini akan dapat membantu
mendapatkan pelajar yang terbaik dikalangan pelajar.
Melaksanakan uji bakat
Melaksanakan uji bakat bertujuan mendapatkan pelajar-pelajar yang berpotesi
dalam nyanyian koir. Dalam hal ini guru perlu ingat jumlah penyanyi yang
diperlukan dalam setiap kumpulan. Jumlah penyanyi akan mempengaruhi bunyi
yang dihasilkan nanti. Ia akan memudahkan proses keseimbangan bunyi sesebuah
kumpulan koir. Guru-guru juga perlu ingat bahawa uji bakat ini bertujuan mencari
penyanyi secara kumpulan bukan secara solo.
2.1. Cara pemilihan ahli koir
Berbagai cara uji bakat boleh dijalankan oleh guru, diantaranya adalah seperti berikut:
1. Dijalankan secara individu.
2. Dijalankan dalam kumpulan-kumpulan kecil dan seterusnya dalam kumpulan
peserta yang lebih besar.
3. Dilakukan di dalam satu bilik sahaja.
4. Dilakukan di dalam beberapa bilik berasingan oleh pemimpin koir dan ahli-ahli
lama

yang

berpengalaman.

Sekiranya

bagi

sekolah

rendah

guru-guru

berpengalaman yang terlibat akan mengadakan sesi uji bakat ini.


Sebelum melakukan ujibakat guru atau pemimpin koir perlu melakukan beberapa
persedian bagi memastikan sesi ujibakat akan berjalan dengan lancar. Walaupun tujuan
ujibakat ini adalah untuk memilih ahli yang boleh menyanyi dengan tetapi guru perlu
menetapkan beberapa kriteria penting.

Antara kriteria-kriteria tersebut adalah:


a. Jenis koir yang akan dipersembahkan.
i. Koir patriotik atau Koir tradisional.
5

HBAE 3103
ii. Umur peserta.
b. Jumlah ahli untuk dipilih.
i. Jumlah ahli mengikut jenis koir untuk dipersembahkan.
ii. Jumlah ahli atas kehendak syarat pertandingan.
c. Jumlah vokal untuk mengimbang dalam kumpulan koir.
i. Jumlah ahli lelaki dan perempuan untuk sekolah rendah.
ii. Kumpulan SATB untuk kumpulan koir remaja.
d. Kualiti suara.
Kualiti suara adalah penting, ianya akan memberi impak kepada keharmonian dan
kemerduan keseluruhan persembahan.
e. Kebolehan muzikal.
Guru perlu mengetahui kebolehan setiap ahli dalam muzik. Ini kerana ianya
berkait dengan memahami konsep dan elemen muzik seperti pic, irama, melodi
ekspresi dan sebagainya.

2.2. Prosuder pemilihan


2.2.1. Nyanyian
Guru atau Pemimpin koir perlu memilih peserta yang berbakat, berminat, mempunyai ton
suara yang berkualiti serta bersikap positif. Kebolehan kemahiran membaca skor juga
amat membantu.
Menentukan renj suara
Menentukan renj yang tepat bertujuan membahagikan pelajar berdasarkan jenis suara
saperti suara soprano, alto , tenor dan bes. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah dengan
meminta pelajar menyanyi not terendah dan tertinggi yang termampu. Tetapi ia dapat
dilakukan secara lebih sistematik menggunakan alat muzik saperti kibod/piano/gitar
misalnya: mainkan satu nada sederhana dan minta pelajar tersebut turut . Proses ini
dilakukan dengan menaikkan not atau turunkan not ikut turutan bagi mendapatkan not
tertinggi dan terendah yang boleh dicapai oleh setiap individu . Proses ini memudahkan
guru menentukan jenis suara serta kumpulan yang sesuai dengan setiap individu.
Suara soprano kebiasaannya mempunyai lingkungan suara dari C tengah (C4) hingga
ke A atas (A5) untuk muzik koir. Perkataan soprano secara umumnya merujuk
kepada penyanyi yang bersuara tertinggi dalam lingkungan suara wanita.
6

HBAE 3103

Manakala alto pula kebiasaanya meliputi di antara G di bawah C tengah hingga ke E


sepuluh di bawah C tengah (G3-E5). Ini merupakan lingkungan suara terendah bagi
wanita.

Suara tenor pula meliputi B3 ke atas sehingga G4.

Suara bes pula dalam lingkungan suara F2 hingga ke E4 tetapi boleh menjadi seluas Eb2
hingga F4. Suara penyanyi bes berubah dari suara dada hingga ke pertengahan suara di
sekitar A3 atau Ab3 di bawah pertengahan C dan berubah kepada daftar suara utama pada
sekitar D4 atau C#4 di atas pertengahan C. Suara rendah penyanyi bes adalah kekuatan
mereka manakala suara tinggi ialah kelemahan mereka.

Pemilihan ahli yang betul perlu kerana ianya akan memudahkan guru atau pemimpin
mengkategorikan nyanyian koir mengikut lingkungan suara seperti berikut:

Koir campuran (mengandungi suara penyanyi lelaki dan wanita) jenis ini adalah
corak kumpulan koir yang paling kerap dibuat, mengandungi penyanyi-penyanyi
soprano, alto, tenor dan bes yang dikenali dengan nama singkat sebagaiSATB.
7

HBAE 3103
Jika suara-suara ini dibahagi kepada dua bahagian, nama pendek yang digunakan
ialah SSAATTBB, manakalaSATBSATB jika kumpulan koir tersebut terbahagi
kepada dua separa bebas empat bahagian koir. Sekiranya suarabariton digunakan,

istilah pendek yang digunakan adalah SATBarB.


Koir lelaki menggunakan istilah pendek SATB yang serupa dengan koir
campuran namun S merujuk kepada soprano kanak-kanak lelaki manakala alto
dinyanyikan oleh lelaki dewasa dengan penggunaan falseto, kerap juga dipanggil
sebagai kauntertenor. Format ini adalah amat biasa digunakan di dalam koir

katedral British.
Koir wanita mengandungi suara soprano dan alto sahaja, menggunakan

singkatan SSAA atau SSA


Koir kanak-kanak sering dibuat dalam dua bahagian SA (soprano; alto) atau tiga
bahagian SSA atau kadang-kala mengandungi lebih banyak suara.

Setelah suara diuji setiap ahli akan ditempatkan mengikut kategorikan nyanyian koir
mengikut lingkungan suara. Kemudian, barulah skor lagu diedarkan berdasarkan kepada
kumpulan suara masing-masing.
2.2.2. Menepuk corak irama.
Selain daripada ujian suara, ujian tepukan perlu juga dijalankan bagi memastikan
kebolehan peserta menyanyi mengikut "beat" serta tempo dengan betul. "Beat"
merupakan sesuatu yang amat penting kerana elemen muzik bergerak mengikut kelajuan
tempo yang telah ditetapkan. Amatlah penting bagi seseorang penyanyi dapat menyanyi
dengan corak irama yang betul dan tepat temponya mengikut "beat".
Terdapat pelbagai cara untuk menguji peserta ujibakat bagi menepuk corak irama.
Antaranya ialah peserta boleh membaca skor dengan semerta dan melakukan tepukan.
Tetapi cara ini tidak bersesuaian kerana ianya memerlukan peserta yang mempunyai
pengetahuan yang kukuh. Cara yang lebih mudah ialah, guru boleh meminta peserta
mengajuk dengan melakukan tepukan setelah guru memainkan irama. Cara ini
merupakan cara yang paling mudah dan cepat.

HBAE 3103
Guru juga boleh meminta peserta melakukan tepukan sambil melakukan gerakan bebas,
seperti menari atau sebagainya mengikut irama yang dimainkan. Ini penting untuk guru
mengenal pasti bakat peserta yang mana ianya dapat membantu sekiranya guru bercadang
untuk menubuhkan koir persembahan.
2.2.3. Mengecam melodi dan meter
Kepentingan ujian ini adalah untuk menentukan keupayaan peserta dalam menyanyikan
lagu dengan tepat dan mengikut tempo yang betul.
Semasa pemilihan guru boleh menguji peserta dengan meminta peserta mengajukkan
melodi yang dimainkan oleh guru dengan peringkat yang mudah kepada peringkat yang
lebih sukar.
Melodi-melodi yang dimainkan boleh dinyanyikan dalam "la", "ma", "ha" atau lain-lain
bunyi vokal yang sesuai.
Guru juga perlu memastikan latar belakang peserta seperti bangsa dan sebagainya. Ini
disebabkan peserta melayu, cina dan india tidak akan mempunyai persamaan dalam
nyanyian.

3.0. ANALISIS KOIR


Kumpulan Koir :

SK Convert Bukit Nenas 1


Johan Pertandingan Koir Peringkat Negeri (Wilayah Persekutuan)
Tahun 2013

Lagu

Budi Bahasa Budaya Kita

Lirik

Habsah Hassan

Lagu

Suhaimi Mohammad Zain (Pak Ngah)


9

HBAE 3103
Penyanyi asal

Dato' Siti Nurhaliza binti Tarudin

Irama
Irama ialah gabungan pelbagai not muzik yang berbeza yang akan menghasilkan not
irama yang berbeza. Ukuran masa atau tempo pada muzik, serta panjang pendek bunyi
yang teratur, turun naik bunyi yang teratur pada lagu akan menghasilkan irama yang
berbeza. Irama merangkumi faktor detik, meter, rentak, tempoh masa dan tempo.Irama
terbentuk daripada sesuatu susunan bunyi.
Dalam persembahan koir ini, nyanyian kumpulan ini mengikut detik dan beat yang stabil.
Semasa nyanyian kumpulan ini menyanyikan dengan beat yang betul.
Rentak
Rentak digunakan untuk mengiringi muzik nyanyian atau permainan alat muzik.
Corak irama rentak memberi identiti kepada sesebuah lagu sebagai lagu berentak
Mac, Waltz, Inang, Masri, Asli, Sumazau dan Joget. Rentak lagu yang dinyanyikan
oleh kumpulan ini ialah rentak Mac. Piano mengiringi kumpulan ini dimainkan
dengan baik. Gabungan not / beat dalam persembahan ini berbentuk corak irama yang
berlainan.
Tempo
Tempo adalah unsur yang berkaitan dengan kelajuan detik dalam sesebuah lagu.
Setiap lagu mempunyai tempo yang berbeza sama ada cepat, sederhana atau lambat.
Antara jenis-jenis tempo ialah:

ALLEGRO (Rancak, Cepat)


AN DAN TE (Sederhana Cepat)
ALLA MARCIA (March, Patriotik)
DAL CAPO (D.C)

10

HBAE 3103
Irama diulang lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan ini iaitu lagu "Budi Bahasa
Budaya Kita" adalah digolong dalam jenis tempo ALLA MARCIA, iaitu sederhana
cepat. Tempo ini digunakan untuk lagu "Budi Bahasa Budaya Kita" kerana ia dapat
mewujudkan suasana yang riang. Tempo ini sesuai dinyanyi dan digemari oleh kanakkanak.
Meter
Meter ialah kiraan masa dalan sesuatu muzik. Ia dikumpulkan dalam kumpulan 2,3,4
dan seterusnya. Terdapat pelbagai kiraan masa dalam muzik. Biasanya jumlah detik
adalah sama banyak dalam setiap bar. Dalam persembahan kumpulan ini kiraan meter
bagi persembahan mereka adalah

4
.
4

Pic
Pic adalah berkaitan dengan aras sesuatu bunyi sama ada bunyi tinggi atau bunyi rendah.
Susunan pic tinggi dan rendah serta mendatar menghasilkan satu aliran garisan
dinamakan kontur melodi. Terdapat kontur melodi melompat dan bertangga. Susunan
bunyi bertangga dinamakan skala/ skel/ tangga nada. Dalam lagu dalam persembahan ini,
Susunan picnya ialah bertangga, melompat dan mendatar.
Pada minit 1:24 hingga 1:29 dalam video, nyanyian lagu dalam pergerakan bertangga,
dan pertukaran kepada pergerakan melompat berlaku pada minit 1:30 hingga 1:40.
Gabungan pergerakan mendatar juga dapat didengar pada minit 1:51 sehingga 2:00.
Secara keseluruhan kumpulan ini telah menyanyikan dengan pic yang betul dengan
baiknya. Walau bagaimanapun pic bagi suara kedua pada minit 3:26 dinyanyikan agak
kurang sempurna. Tetapi ianya tidak dapat dikesan sebab harmoni dalam kumpulan amat
baik.
Intonasi dan Kualiti Ton Suara
Kumpulan ini mempunyai intonasi dan kualiti ton suara yang baik. Ini adalah disebabkan
guru pandai menyusun penyanyi dengan keupayaan masing-masing yang mana
11

HBAE 3103
menghasilkan keharmonian dalam nyanyian. Susunan kumpulan mengikut kumpulan renj
suara dilakukan dengan baik dan mengakibatkan hasil nyanyian cemerlang.
Dalam nyanyian kumpulan ini, intonasi suara mengikut kesesuaian lirik dapat didengar
dengan jelas seperti contoh nyanyian pada minit yang ke 1:26 hingga 1:32 iaitu "Saudara
terdekat, jiran tetangga.." Intonasi nyanyian menunjukkan perasaan kasih sayang.
Kumpulan ini mempunyai kualiti ton suara yang baik. Nyanyian oleh ahli-ahli kumpulan
ini sangat bertenaga.
Sebutan
Tiada sebarang kesalahan dalam sebutan yang dilakukan oleh kumpulan ini walaupun
kumpulan ini terdiri daripada berbilang kaum. Ini mungkin disebabkan latihan nyanyian
yang mencukupi.
Attack dan Release

RUJUKAN
Anderson, M. William., Lawrence, E. Joy. (2001). Elementary Classroom 5th Edition.
United States of America: Wadswoah Thomson Learning
Benjamin, Thomas., Melson, Robert. (2008). Techniques And Materials Of Music 7th
Edition. United States Of America: Thomson Schirmer
12

HBAE 3103
Christy, Van A. (1990). Foundations In Singing: A Basic Textbook In Vocal Technique
And Song Interpretation (2nd Edition). WM.C.Brown Publishers
Hackett, Patricia. (1988). The Musical Classroom Background Models And Skills For
Elementary Teaching. New Jersey, United States of America: Prentice Hall Inc.
Herrold, M. Rebecca. (2001). New Approaches To Elementary Classroom Music (3rd
Edition). United States of America: Prentice Hall
McRae, W.Shirley. (1991). Directing The Childrens Choir. New York: Schirmer Books
Phillips, H. Kenneth. (1996). Teaching Kids To Sing. New York: Schirmer Books
Schmidt, Jan. (1989). Basics Of Singing 2nd Edition. New York: Schirmer Books
Soewito, M. (1996). Teknik Termudah Olah Vokal Dan Lagu. Jakarta: Titik Terang
Turner, J. Clifford. (1976). Voice And Speech In The Theatre. Pitman Publishing
Welch, Graham., Murao, Tadahiro. (1994). Onchi And Singing Development: A CrossCultural Perspective. Great Britain: The Roehampton Institute
Koir
http://Ms.Wikipedia.Org/Wiki/Koir
Resepi Muzik Saya
http://janecheahblogger.blogspot.com/2011/11/nyanyian-harmoni.html
Sejarah Muzik
http://duniamuzzikku.blogspot.com/p/sejarah-muzik.html

13

You might also like