You are on page 1of 4

TERMA & SYARAT PERTANDINGAN - LANTAI CILIK SETIAWANGSA

PENDAHULUAN
Masyarakat Melayu dan pribumi negara kita amat kaya dengan warisan seni tarian kerana
tiap negeri mempunyai tarian tradisional dan juga tarian daerah dan negeri masing-masing.
Sungguhpun begitu, tarian yang menjadi keutamaan dan tumpuan pada sekolah rendah,
menengah dan institusi pengajian tinggi pada masa kini adalah tarian-tarian yang berunsur
kreasi, kreatif dan kontemporari.

Akibat dari ini, keaslian tarian tradisional negeri dan daerah kian hilang, terabai dan
semakin dilupakan. Bertekadkan untuk mengembalikan keaslian tarian-tarian tersebut,
maka inisiatif ini diambil untuk menganjurkan acara ini

A – PENGANJUR
Kelab Artis Cilik Setiawangsa, Kuala Lumpur

B - MAKLUMAT PERTANDINGAN
1. Nama pertandingan - LANTAI CILIK SETIAWANGSA
2. Tema pertandingan – KEMBALIKAN KEASLIAN
3. Matlamat pertandingan – Acara ini diharap akan membawa pencinta atau penggiat
seni mencari semula tarian lama, mengekalkan keaslian tarian tradisional negeri /
daerah masing-masing serta diperkenalkan pada generasi muda terutamanya
kanak-kanak diperingkat sekolah rendah.
4. Tarikh pertandingan – 1 hb Disember, 2022
5. Masa Pertandingan – 9.00 pagi – 5.00 ptg
6. Lokasi pertandingan – Pusat Komuniti Setiawangsa, Kuala Lumpur
7. Jenis tarian – Tarian tradisional negeri dan tarian daerah
8. Kategori pertandingan – Kumpulan tarian kanak2 usia 13 tahun kebawah.
9. Pertandingan terbuka untuk kumpulan tarian di seluruh Malaysia
10. Tarikh tutup pertandingan – 15 hb November 2022

C - MAKLUMAT HADIAH
1. Johan menerima RM3,000, Piala dan sijil
2. Naib Johan menerima RM2,000, Piala dan sijil
3. Tempat ketiga menerima RM1,000, Piala dan sijil
4. 5 hadiah saguhati menerima RM300, sijil serta cenderahati
5. Selain dari pemenang diatas peserta akan terima sijil dan plague
D. SYARAT PENYERTAAN
1. Kumpulan tarian hendaklah mewakili sekolah kebangsaan, SJK atau swasta.
2. Kumpulan tarian dari kelab kebudayaan atau milik persendirian hendaklah
berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) atau Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM). Sijil pendaftaran perlu disertakan
3. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM300 untuk satu pasukan
4. Yuran hendaklah dibayar sebelum 15hb November 2022 dengan cara memasukkan
ke akaun Kelab Artis Cilik Setiawangsa KL, Maybank No 5621 8833 3209.
5. Yuran penyertaan juga boleh dibayar secara online
6. Penyertaan adalah terhad kepada 30 kumpulan terawal sahaja.
7. Semua kos perbelanjaan untuk sertai pertandingan ini adalah tanggungan sendiri

E. CARA PENYERTAAN
Pasukan yang ingin menyertai pertandingan, hendaklah mengirimkan SEMUA butir
dibawah dalam format excel ke email penganjur – arcisagirls@gmail.com sebelum 15 hb
November, 2022

a- Nama kumpulan
b- Nama negeri
c- Bilangan penari
d- Nama ketua kumpulan
e- No telefon untuk dihubungi
f- Nama dan no mykids penari
g- Nama tarian
h- Sinopsis tarian
i- Sijil ROS atau SSM (pasukan bukan sekolah)

F . SYARAT PERTANDINGAN
1. Kumpulan hendaklah dianggotai oleh minima 8 penari atau maksima 12 orang
2. Anggota pasukan boleh terdiri dari lelaki atau perempuan sahaja atau campuran
3. Kumpulan yang mempunyai campuran jantina atau bangsa akan mendapat markah
bonus pengadil
4. Tiada saringan perlu dibuat diperingkat negeri untuk menyertai pertandingan ini
5. Tiap negeri boleh diwakili oleh lebih dari satu pasukan
6. Tiap pasukan boleh membawa tarian dari lain negeri
7. Tempoh tarian hendaklah tidak kurang dari 4 minit dan tidak lebih 6 minit
8. Pakaian bersesuaian tarian menggunakan aksesori dan peralatan
9. Hanya tarian asli tradisional negeri / daerah diterima untuk pertandingan ini
10. Tarian berbentuk spiritual atau menganggu sensitivi kaum tidak dibenarkan
G. – JENIS TARIAN
Tarian negeri atau daerah seperti yang dinyatakan di bawah ATAU yang tak dinyatakan
dibawah tetapi diperakui sebagai tarian negeri atau daerah

PERLIS - Tarinai, Canggung, Ayam Didik. Inang Renek


KEDAH - Cinta Sayang, Hadrah, Tarian Payang, Mek Mulung, Masri
PERAK - Dabus, Bubu Menari, Gambus, Lenggok
TERENGGANU - Rodat, Tarian Balai, Ulik Mayang, Embun Soksek
KELANTAN - Tarian Asyik, Makyong, Cik Siti Wau Bulan, Tarian Hala
PAHANG - Gamelan, Tarian Labi Labi, Anak Indung, Tempurung
SELANGOR - Tarian Poja, Tarian Sewang
MELAKA - Teracap Inai, Tarian Joget, Tarian Asli
JOHOR – Ceracap Inai, Kuda Kepang, Zapin, Samrah
NEGERI SEMBILAN - Tarian Endang, Tarian Lilin
NEGERI SABAH - Tarian Daling-Daling, Sumazau, Tarian Magunatip
NEGERI SARAWAK - Ngajat, Datun Julud, Tarian Koncong

TARIAN TIDAK BOLEH MENGANDUNGI GERAKTARI KONTEMPORARI ATAU KREASI

H - LAGU / MUZIK IRINGAN


1. Boleh guna lagu lama atau baru dengan mengekalkan rentak asal tarian.
2. Lagu atau muzik berserta suara adalah dibenarkan
3. Hendaklah diserahkan dlm bentuk Thumbdrive sehari sebelum pertandingan

I - MARKAH
Permarkahan dibuat mengikut perkara seperti berikut
i- Koreografi dan keaslian tarian 3o
ii- Koordinasi muzik dan gerakkan 20
iii- Pecahan tari dan pola lantai 15
iv- Kesantunan 10
v- Busana dan tatarias 20
vi- Markah Bonus campuran jantina/bangsa 5

J – JURI PENGADIL
Penghakiman dibuat oleh juri-juri yang dilantik dari
i. Jabatan Kebudayaan & Kesenian Ibu Pejabat (JKKN)
ii. Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA)
iii. Jabatan Kebudayaan & Kesenian Dewan Bandaraya KL
iv. Bhg Sukan, Kokurikulum & Kesenian, Kementerian Pendidikan
v. Juri Jemputan yang berkelayakkan
K - LAIN-LAIN HAL
1. Penganjur tidak bertanggungjawab dan membayar ganti rugi keatas segala
perbelanjaan peserta sekiranya berlaku sebarang perubahan akibat dari perkara-
perkara yang tidak dapat dielakkan seperti bencana alam sebelum dan semasa
pertandingan.
2. Penganjur juga tidak bertanggungjawab keatas keselamatan barang-barang milik
peribadi atau pasukan semasa pertandingan. Sebarang kerosakkan atau
kehilangan, tidak akan diganti.
3. Penganjur akan kembalikan yuran penyertaan jika pertandingan ditunda atau
dibatalkan.
4. Yuran penyertaan tidak dipulangkan jika peserta menarik diri selepas tarikh tutup
pertandingan.
5. Keputusan pengadil adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan

L – PERTANYAAN
Untuk pertanyaan atau sebarang masaalah, sila hubungi penama berserta nombor talian
seperti dibawah

1 - En Nazari 013 258 2668


2 - Pn Farah 011 1551 0750
3 - Pn Noorhayati 012 382 8789

You might also like