You are on page 1of 4

PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH RENDAH

PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2020

1 MATLAMAT

Memberi pendidikan asas seni tari kepada pelajar peringkat sekolah rendah serta
meningkatkan ilmu pengetahuan tentang nilai-nilai kesenian bangsa sebagai teras
pembentukan masyarakat berbudaya.

2 OBJEKTIF

2.1 Menggalak serta menarik minat murid mengenali dan mempelajari asas-asas seni
tari;
2.2 Mendedahkan murid kepada satu kaedah pembelajaran tari asli, inang, zapin, joget,
tarian etnik serta tarian rakyat dengan keunikan budaya masyarakat di Malaysia;
2.3 Menggalakkan murid bergerak aktif sebagai usaha menyemarakkan seni budaya;
2.4 Ke arah mewujudkan sebuah kumpulan tarian dalam kalangan murid
sekolah; dan
2.5 Sebagai alternatif mengisi masa lapang murid.

3 PERTANDINGAN

3.1 Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH RENDAH


PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2020 (RAMPAIAN TRADISIONAL DAN
TARIAN RAKYAT/ETNIK DI MALAYSIA)
3.2 Pertandingan ini bertujuan mempersembahkan keindahan gerak tari ke arah
mencintai seni bangsa yang perlu dinikmati oleh setiap generasi agar ia tidak luput
ditelan zaman.
3.3 Pertandingan ini adalah untuk menampilkan bakat dan kreativiti murid dalam seni tari
tradisional dan tarian rakyat/etnik di Malaysia.
3.4 Pertandingan ini dijalankan di peringkat daerah/bahagian, negeri dan kebangsaan.

4. KUMPULAN SASARAN PENYERTAAN

4.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid SEKOLAH RENDAH (Tahun 1 hingga
Tahun 6) sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.
4.2 Anggota pasukan boleh terdiri daripada lelaki/perempuan sahaja atau campuran.
4.3 Pasukan yang mempunyai pelbagai kaum adalah digalakkan
5 KONSEP TARIAN

5.1 Konsep persembahan terbahagi kepada 2 kategori :


5.1.1 Kategori A:
Rampaian Dua Tarian Tradisional (Asli, Inang, Zapin, Joget) Dan Bukan
Gerak Tari Kontemporari/Kreasi Baru

5.1.2 Kategori B:
Satu Tarian Rakyat Negeri Atau Satu Tarian Etnik Di Malaysia

5.2 Setiap kumpulan wajib mempersembahkan kedua-dua kategori tarian. (rampaian


tarian tradisional dan satu tarian rakyat atau etnik)
5.3 Persembahan kedua-dua kategori tarian tersebut wajib disertai oleh jumlah
peserta/artis yang sama seperti yang telah didaftarkan;
5.4 Persembahan Kategori A hendaklah tidak kurang dari 6 minit dan tidak melebihi
8 minit;
5.5 Persembahan Kategori B hendaklah tidak kurang dari 4 minit dan tidak melebihi
6 minit;
5.6 TIDAK DIBENARKAN membawa tarian yang berunsur spiritual dan yang
menggugat sensitiviti kaum dan agama; dan
5.7 Markah akan ditolak sekiranya persembahan kurang atau melebihi had masa yang
telah ditetapkan (kurang atau lebih 1 minit: markah akan ditolak sebanyak 5 markah
bagi setiap minit).

6 LAGU / MUZIK IRINGAN

6.1 Bagi Kategori A, lagu atau muzik iringan yang digunakan boleh terdiri daripada lagu
lama atau baru tetapi mestilah terdiri daripada lagu-lagu yang mengekalkan rentak
asal tarian yang ditarikan;
6.2 Bagi Kategori B, lagu atau muzik iringan yang digunakan boleh terdiri daripada
mana-mana lagu rakyat / etnik yang sedia ada;
6.3 Lagu atau muzik iringan hendaklah menggunakan PEN DRIVE SAHAJA
(Instrumental atau muzik yang mengandungi suara dibenarkan); dan
6.4 PEN DRIVE hendaklah diserahkan kepada pengelola pertandingan sehari sebelum
pertandingan dijalankan.
7 PAKAIAN / AKSESORI /PROPS

7.1 Pakaian dan aksesori penari-penari hendaklah bersesuaian dan sopan.


7.2 Props yang digunakan hendaklah bersesuaian dan tidak berbahaya

8 CARA PEMARKAHAN

Kategori A (Rampaian Tarian Tradisional)

o Teknik tari dan koordinasi muzik 30


o Koreografi 20
o Kesantunan dan keseragaman 20
o Pecahan tari dan pola lantai 15
o Busana dan tatarias 15
_______
MARKAH PENUH 100
_______

Kategori B (Satu Tarian Rakyat/ Etnik)

o Teknik tari dan koordinasi muzik 30


o Koreografi 20
o Kesantunan dan keseragaman 20
o Pecahan tari dan pola lantai 15
o Busana dan tatarias 15
_______
MARKAH PENUH 100
_______

*Markah keseluruhan adalah gabungan daripada markah kedua-dua kategori.

9 PENGHAKIMAN

9.1 Sistem Penghakiman dibawah penyelarasan Bahagian Sukan, Kokurikulum dan


Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia. (Seperti Lampiran)
9.2 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.
10 HADIAH/SIJIL

Johan : Sijil dan piala


Naib Johan : Sijil dan piala

Ketiga : Sijil dan piala

Anugerah Koreografi Terbaik KATEGORI A : Sijil

Anugerah Koreografi Terbaik KATEGORI B : Sijil

Anugerah Busana Terbaik KATEGORI A : Sijil

Anugerah Busana Terbaik KATEGORI B : Sijil

Anugerah Tatarias terbaik : Sijil

Anugerah Penari Lelaki Terbaik : Sijil dan piala

Anugerah Penari Perempuan Terbaik : Sijil dan piala

Anugerah Khas Juri : Sijil

11 TEMPAT DAN TARIKH PERTANDINGAN

11.1 Tarikh : 30 Mac 2020

11.2 Tempat : Kolej Vokasional Port Dickson

12 BANTAHAN
12.1 Bantahan hendaklah dibuat sebelum keputusan rasmi diumumkan.
12.2 Bantahan wajib disertakan dengan surat rasmi (bertulis tangan diterima) beserta
wang tunai RM100.00 (wang tidak dikembalikan)
12.3 Bantahan mestilah daripada pihak sekolah. Bantahan yang dibuat oleh ibu bapa,
penjaga, keluarga, jurulatih bukan guru, dan lain-lain pihak tidak akan diterima.

Disediakan oleh
Sub Unit kesenian
Unit Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan

You might also like