You are on page 1of 4

SMK TAMAN DESA TEBRAU

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU BIL. 1/TAHUN 2019

TARIKH : 31 DISEMBER 2018

MASA : 10.30 PAGI HINGGA 12.00 TENGAH HARI

TEMPAT : PERPUSTAKAAN SMK TAMAN DESA TEBRAU

KEHADIRAN : ORANG

TURUT HADIR : TIADA

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI


1.1 Encik Mohd Yunus selaku pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua guru ke
Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu kali pertama bagi tahun 2019. Tuan pengerusi
mengucapkan terima kasih kepada semua guru atas PdPc yang baik sepanjang
tahun 2018 dan berharap semua guru bersedia bagi menjalankan tugas untuk tahun
2019 serta sedia bekerja secara berpasukan untuk meningkatkan kecemerlangan
subjek bahasa Melayu.
Tindakan: Makluman

2.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT


2.1 Tiada

3.0 FOKUS MESYUARAT


3.1 PELANTIKAN AJK
Pengerusi telah melantik beberapa orang guru sebagai penyelaras bagi setiap
tingkatan. Penyelaras-penyelaras tersebut adalah seperti berikut:

Perkara Guru
Penyelaras PBS tingkatan 1 Pn. Nor Akhma Hidayah
Penyelaras PBS tingkatan 2 Pn. Siti Zaleha
Penyelaras tingkatan 3 Ym Raja Azudeen / Kamarina
Penyelaras tingkatan 4 Pn. Maisarah
Penyelaras tingkatan 5 En. Muhamad Yunus
Penyelaras ULBS (SPM) En. Muhamad Yunus/Pn Maisarah
Penyelaras Peralihan En. Wan Azrul Iswady
Tindakan: Makluman

3.2 AGIHAN BELANJA MENGURUS/KEWANGAN


Pengerusi memberitahu bahawa perbelanjaan panitia akan diuruskan olehnya.
Pembelian barang-barang keperluan untuk pdpc akan dilakukan berdasarkan
perancangan yang telah dilakukan. Sekiranya guru-guru mempunyai keperluan
untuk membeli buku, sila buat senarai dan serahkan kepada En. Mohd Yunus.
Tindakan : Ketua Panitia
3.3 POST-MORTEM PT3
3.3.1 En Raja membentangkan keputusan Peperiksaan PT3 bagi tahun 2018. Terdapat
Peningkatan dari segi peratusan kelulusan. Pengerusi mengucapkan terima kasih
kepada En Raja kerana membentangkan Post Mortem PT3. Pengerusi juga berharap
guru-guru akan berusaha dengan lebih gigih agar mencapai keputusan yang lebih baik
pada masa depan.

3.4 PELAN STRATEGIK 2019


3.4.1 BULAN AKADEMIK

En. Mohd Yunus memaklumkan bahawa Bulan Akademik akan


dilaksanakan pada bulan Mac. Oleh itu, semua guru diharapkan dapat
menjalankan segala aktiviti yang dirancang dengan baik.

Tindakan: Makluman

3.4.2 BENGKEL TEKNIK MENJAWAB BM


Bengkel teknik menjawab bahasa Melayu untuk pelajar-pelajar
tinkatan 3 dan 5 pada tahun ini akan diadakan lebih awal untuk
memberi pendedahan yang lebih awal kepada pelajar. Penanda PT3
dan SPM akan dijemput bagi memberikan ceramah kepada para
pelajar.
Tindakan: Guru terlibat
3.4.3 Program PINCH perlu dijalankan bagi pelajar-pelajar yang lemah
dalam penguasaan 3M bagi semua tingkatan. Senarai nama murid perlu
dikenal pasti oleh guru yang berkenaan.

3.4.4 Program Citra Bahasa perlu dilaksanakan dengan lebih baik pada tahun
ini. Program Citra Bahasa akan dilaksanakan pada setiap minggu
sewaktu perhimpunan dengan penggiliran setiap panitia. Jadual untuk
penyedia bahan bagi program Citra Bahasa akan disediakan dan guru-
guru perlu mengikut jadual yang ditetapkan.

Tindakan: Semua guru

3.5 PENYEDIAAN RPT


En. Mohd Yunus membahagikan tugas untuk penyedia RPT dan RPH bagi tahun
ini. Guru penyedia RPH dan RPT juga perlu menyediakan ringkasan rancangan
pelajaran. Senarai nama penyedia RPT dan RPH adalah seperti berikut:

Bil Tingkatan Guru


1 Peralihan En. Azhari
2 Tingkatan satu Pn. Nor Akhma Hidayah
3 Tingkatan Dua Pn. Siti Zaleha
4 Tingkatan Tiga Cik Kamarina
5 Tingkatan Empat Pn. Maisarah
6 Tingkatan Lima En. Muhamad Yunus

3.6 BUKU REKOD MENGAJAR

Guru-guru diingatkan agar menyiapkan buku rekod mengajar dan


menghantarkannya kepada penyemak masing-masing mengikut ketetapan seperti
yan telah ditetapkan.
Tindakan : Semua Guru

3.7 PENETAPAN BUKU LATIHAN

Buku-buku tulis yang perlu disediakan oleh pelajar adalah seperti berikut:

Tingkatan 4 dan 5 : Karangan – 1 buku besar


Rumusan – 1 buku besar
Tatabahasa – 1 buku kecil
Komsas/novel – 1 buku kecil

Tingkatan 1, 2 dan 3 : Karangan/ringkasan – 1 buku besar


Seni Bahasa – 1 buku besar
Tatabahasa – 1 buku kecil

Tindakan: Semua guru

3.8 AGIHAN LATIHAN

En. Mohd Yunus mengingatkan guru-guru agar menyediakan latihan kepada


pelajar seperti yang telah ditetapkan. Jadual penetapan jumlah latihan akan
disediakan dan akan diberikan kepada semua guru mengikut tingkatan.

Tindakan: Semua guru

3.9 SEMAKAN LATIHAN

3.2.1 En. Muhamad Yunus Bin Salleh mengingatkan guru-guru agar menghantar
buku latihan pelajar mengikut takwim yang telah ditetapkan oleh pihak
sekolah untuk semakan pentadbir.

Tindakan: Semua guru

4 HAL-HAL LAIN
Tiada

5 PENUTUP
5.2 Pengerusi berharap agar segala perancangan yang telah dibuat untuk tahun 2019
dapat dilaksanakan dengan jayanya. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12 tengah
hari.

DISEDIAKAN OLEH,
URUS SETIA
Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Bil 1/2019
Tarikh: 31 Disember 2018

You might also like