You are on page 1of 2

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TARIAN

1. TEMA
“TARIAN KREATIF MALAYSIA”

2. MATLAMAT
Memberi pendidikan dan pendedahan berkenanan Kebudayaan dalam Malaysia disamping mempromosikan kepelbagaian
Kebudayaan yang ada melalui element Tarian kepada pelajar Pusat Tingkatan Enam khususnya dan masyarakat amnya.

3. Bertujuan
Meningkatkan ilmu pengetahuan tentang nilai-nilai kesenian bangsa sebagai teras pembentukan masyarakat berbudaya.

4. OBJEKTIF
1. Mendedahkan keunikan dan kepelbagaian Kebudayaan yang ada dalam malaysia.
2. Menggalakkan penyertaan para pelajar pusat tingkatan enam tanpa mengira usia untuk bergerak aktif sebagai usaha
menyemarakkan seni budaya.
3. Mengekalkan kesinambungan Seni Tari sebagai medium untuk mempertahankan kekayaan budayaan masyarakat
malaysia untuk generasi akan datang.
4. Sebagai altenatif berfeadah pembabitan pelajar pusat tingkatan enam dalam aktiviti sihat dan seterusnya melahirkan
masyarakat Malaysia cintakan budaya melalui Tarian.

5. SYARAT PENYERTAAN
1. Pertandingan ini terbuka kepada pelajar pusat tingkatan enam sahaja yang mempunyai tawara tingkatan enam.
2. Tempoh persembahan oleh setiap kumpulan minumum 6 minit dan maksimum 8 minit. (markah akan
ditolak jika persembahan kurang atau melebihi tempoh yang telah ditetapkan)
3. Pertandingan ini adalah berbentuk kumpulan yang dianggotai minimum 10 orang (atas pentas) (jumlah peserta
lelaki dan perempuan ditentukan oleh kontinjen masing-masing yang penting tidak kurang 10 orang sahaja).
4. Anggota pasukan boleh terdiri daripada lelaki/perempuan sahaja atau campuran. Digalakkan penglibatan peserta dari
pelbagai kaum.
5. Lagu atau muzik iringan semasa persembahan boleh terdiri daripada lagu lama atau baru yang telah diolah secara
kreatif (Instrumental atau muzik yang mengandungi suara dibenarkan).
6. Pakaian/busana dan aksesori penari penari hendaklah bersesuaian dan sopan.
7. Pengunaan muzik pengiring adalah dalam bentuk CD atau Pendrive galakkan).
8. Setiap kumpulan dibenarkan membawa alat bantu (props) yang bersesuaian dengan persembahan, tetapi
penggunaan alat (props) yang membahaya adalah dilarang sama sekali.
9. Gerak tari yang berunsur negatif dan lucah adalah dilarang.

1
10. Sebarang kerosakan atau kehilangan barang-barang, kecederaan atau kemalangan peserta semasa dan selepas
tamatnya pertandingan adalah tidak ditanggung oleh pihak penganjur.
11. Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan pasukan yang melanggar peraturan-peraturan yang telah
dinyatakan dan keputusan pihak penganjur adalah muktamad.
12. Walau bagaimanapun, segala perubahan peraturan akan dimaklumkan kemudian oleh pengelola.

KRITERIAPEMARKAHAN
1. Panel hakim akan dilantik oleh pihak penganjur.
2. Pecahan permarkahan:
ITEM YANG DINILAI MARKAH
Koreograf (kreaviti berdasarkan tema) 40
Koordinasi muzik dan gerakan 15
Pecahan tari dan pola lantai 15
Kesantunan 15
Busana dan tatarias 15
JUMLAH MARKAH 100

You might also like