You are on page 1of 10

KERTAS KONSEP

PERTANDINGAN SYARAHAN BAHASA MELAYU


SJKC DAN SJKT PIALA PERPADUAN PERDANA MENTERI
PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

ANJURAN

SEKTOR PEMBANGUNAN MURID

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK


KERTAS KONSEP PERTANDINGAN
SYARAHAN

PERTANDINGAN SYARAHAN

1.0 PENGENALAN

Syarahan ialah pengucapan umum yang memerlukan seseorang pengucap


menyampaikan idea-idea melalui pemikiran logik, menaakul, menganalisis dan
berhujah dengan baik untuk menjelaskan, menerangkan dan menghuraikan topik.
Penyampaian yang menarik semasa bersyarah memerlukan penguasaan nada suara
dan intonasi yang sesuai. Contohnya nada tegas dan bersemangat untuk menarik
perhatian, nada perlahan untuk merayu dan memujuk. Selain itu, gaya persembahan
yang matang, bersantun, bersahaja dan gaya bahasa yang menarik, dapat difahami,
memberikan kesan dan mampu menghuraikan dengan baik.

2.0 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN SYARAHAN

2.1 Setiap peserta dikehendaki menghantar Skrip Syarahan kepada penganjur


seperti format berikut:

2.1.1 Skrip syarahan mestilah ditaip dalam format Microsoft Word, Arial 11
dan jarak 1.5.

2.1.2 Skrip syarahan yang dihantar mestilah tertera nama penuh peserta dan
tajuk syarahan.

2.1.3 Skrip syarahan yang telah dihantar semasa pendaftaran merupakan


skrip MUKTAMAD.
2.2 Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa jua tuntutan
berkaitan plagiarisme terhadap peserta oleh mana-mana pihak.

2.3 Para peserta WAJIB berpakaian tradisional masyarakat Malaysia sebagai


imej perpaduan dan kebudayaan negara serta aspek markah khas.

2.4 Peserta syarahan dan pengacara majlis TIDAK DIBENARKAN


memperkenalkan diri, sekolah dan daerah masing-masing.

KERTAS KONSEP PSB 2023 | 7


3.0 MAKLUMAT PERTANDINGAN

3.1 Pertandingan syarahan dilaksanakan dalam DUA bahagian iaitu syarahan


bahagian pertama tidak melebihi lima (5) minit dan syarahan bahagian kedua
(spontan) tidak melebihi tiga (3) minit untuk peringkat kebangsaan.

3.2 Untuk peringkat negeri, pertandingan syarahan dilaksanakan dalam SATU


bahagian iaitu syarahan bahagian pertama tidak melebihi lima (5) minit.
Bahagian kedua iaitu syarahan (spontan- tidak melebihi tiga 3 minit) hanya
akan dilaksanakan untuk peserta yang mendapat tempat 5 teratas (Top 5)
sahaja.

3.3 Syarahan bahagian pertama yang dipersembahkan mestilah berdasarkan


tema perpaduan dan diperluas kepada isu-isu semasa tetapi masih
mempunyai nilai-nilai yang berkaitan dengan:

3.2.1 Perpaduan dan muhibah

3.2.2 Kesopanan dan kesusilaan

3.2.3 Integrasi kaum

3.2.4 Patriotisme

3.2.5 Kebudayaan kaum-kaum di Malaysia

3.3 Tajuk syarahan bahagian kedua (spontan) akan disediakan oleh pihak urus
setia pertandingan di sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. Tajuk
hendaklah berdasarkan tema yang terkandung dalam sukatan pelajaran
(DSKP) SJKC dan SJKT serta boleh diolah mengikut tema-tema tersebut.

4.0 FORMAT PERTANDINGAN

4.1 Bahagian syarahan pertama

4.1.1 Persembahan syarahan tidak melebihi lima (5) minit.

4.1.2 Peserta yang mengambil masa melebihi lima minit, markah akan
ditolak. Setiap 30 saat selepas minit yang diperuntukkan, satu (1)
markah akan ditolak daripada markah yang diperoleh.

KERTAS KONSEP PSB 2023 | 8


4.1.3 Peserta syarahan akan diadili dari segi pengutaraan tiga (3) idea/isi
yang bernas dan disokong dengan data/bahan yang tepat/logik

4.1.4 Peserta syarahan akan diadili dari segi bahasa jelas, baku (struktur
dan sebutan), gaya bahasa yang berkesan dan tepat dengan maksud
yang hendak disampaikan.

4.1.5 Peserta syarahan akan diadili dari segi persembahan yang lancar dan
meyakinkan, gaya yang menarik, matang, bersederhana,
bersahaja, santun dan susunan isi yang tertib. (Pergerakan tangan
yang keterlaluan akan MENJEJASKAN markah persembahan).

4.1.6 Intonasi dan nada yang sesuai. Nada suara yang tinggi, menjerit,
tempik, menyanyi, berlakon, dialog, bersyair, atau bercerita tidak
dibenarkan dan akan menjejaskan markah persembahan.

4.1.7 Peserta syarahan WAJIB memberikan ucap selamat dan kata alu-
aluan sebelum memulakan syarahan bahagian pertama dan
bahagian kedua.

4.1.8 Peserta yang membaca nota atau teks, menyentuh isu sensitif,
menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak sempat
membuat kesimpulan tidak layak untuk diumumkan sebagai
pemenang pertama, kedua, dan ketiga pada semua peringkat
peneguh huraiannya pertandingan.

4.1.10 Lima (5) markah maksimum akan dipotong jika peserta menyentuh
isu sensitif/menunjukkan perlakuan/ tutur kata yang kurang sopan.

KERTAS KONSEP PSB 2023 | 9


4.2 Bahagian dua (syarahan spontan)

4.2.1 Pertandingan syarahan secara spontan dijalankan selepas sahaja


selesai pertandingan syarahan bahagian pertama.

4.2.2 Persembahan syarahan spontan tidak melebihi tiga (3) minit.

4.2.3 Peserta akan menyampaikan syarahan masing-masing secara


spontan berdasarkan tajuk yang ditentukan oleh jawatankuasa
pertandingan.

4.2.4 Tajuk bertemakan perpaduan dan integrasi nasional tidak akan


lagi pada syarahan spontan.

4.2.5 Peserta dikehendaki memilih sampul yang mengandungi tajuk spontan


yang disediakan oleh jawatankuasa pertandingan.

4.2.6 Juruacara akan membaca tajuk spontan sebanyak dua (2) kali apabila
peserta telah bersedia berada di atas pentas.

4.2.7 Satu (1) minit bermula sebaik sahaja juruacara selesai membaca tajuk
syarahan spontan. Semasa persediaan di pentas, peserta tidak
dibenarkan mendapat bantuan oleh mana-mana pihak sama ada
menggunakan alat tulis, kertas catatan, alat komunikasi dan alat
elektronik.

4.2.8 Peserta akan memulakan syarahan spontan sebaik sahaja masa


persediaan telah tamat.

4.2.9 Peserta tidak dibenarkan memulakan syarahan spontan sebelum


tamatnya masa persediaan.

4.2.10 Permintaan bacaan tajuk semula oleh peserta selepas loceng


persediaan tamat dibunyikan tidak dibenarkan.

KERTAS KONSEP PSB 2023 | 10


5.0 PROSES PENILAIAN

5.1 Penilaian pada peringkat negeri akan menggunakan sistem markah


bersepadu.

5.2 Penilaian akan dilaksanakan oleh tiga (3) hakim yang dilantik oleh
pihak penganjur (JPN dan PPD).

5.3 Keputusan hakim adalah muktamad.

6.0 KRITERIA PENILAIAN

6.1 Peserta syarahan WAJIB memberikan ucap selamat dan kata alu-
aluan sebelum memulakan syarahan.

6.2 Lima (5) markah maksimum akan ditolak kepada peserta yang menyentuh,
membangkitkan, mengaibkan, menyebarkan, menyerang isu-isu sensitiviti
berkaitan politik, agama, bahasa, budaya, adat, sastera, individu, bangsa,
negeri, negara, nilai murni sejagat, dan hal-hal perkauman yang agresif,
negatif dan sensitif.

6.3 Peserta yang melihat atau membaca nota atau tidak mengikut tema yang
ditetapkan, markah yang boleh diberikan ialah 5 markah maksimum sahaja.

6.4 Syarahan bahagian pertama, peserta akan dinilai berdasarkan kriteria yang
berikut;

i. Idea/Isi : 20 markah
ii. Bahasa : 30 markah
iii. Penyampaian : 50 markah

Jumlah : 100 markah

KERTAS KONSEP PSB 2023 | 11


6.5 Syarahan bahagian kedua (spontan), peserta akan dinilai berdasarkan kriteria
yang berikut;

i. Idea/Isi : 40 markah
ii. Bahasa : 30 markah
iii. Penyampaian : 30 markah
Jumlah : 100 markah

7.0 HADIAH DAN SIJIL


Pemenang akan mendapat pengiktirafan seperti berikut bagi setiap
kategori:

Johan : Hadiah + sijil pencapaian + sijil penyertaan


Naib Johan : Hadiah + sijil pencapaian + sijil penyertaan
Ketiga : Hadiah + sijil pencapaian + sijil penyertaan
Keempat : Hadiah + sijil pencapaian + sijil penyertaan
Kelima : Hadiah + sijil pencapaian + sijil penyertaan

Semua peserta akan menerima sijil penyertaan.

8.0 HAK MILIK VIDEO


Pihak JPN berhak menyiarkan rakaman video pertandingan dalam sebarang pelantar
bagi tujuan hebahan atau pendidikan.

9.0 HAL-HAL YANG TIDAK DINYATAKAN


Kertas konsep ini sah untuk tahun 2023 sehingga makluman atau semakan lanjut
daripada pihak JPN dan boleh digunakan di semua peringkat untuk pertandingan yang
dianjurkan oleh JPN. Pertandingan ini tertakluk pada peraturan di atas sahaja.
Penggunaan atau penyesuaian oleh mana-mana entiti di luar kementerian memerlukan
kebenaran terlebih dahulu. Hak cipta terpelihara KPM.

KERTAS KONSEP PSB 2023 |12


BORANG PERMARKAHAN
SYARAHAN PIALA PERPADUAN SJKC & SJKT 2023
Bahagian Pertama: 5 minit Peserta : ..................
Idea/Isi (20 markah) Bilangan Idea/Isi Huraian Contoh/Data Jumlah
Idea/Isi (2 markah) (3 markah) (1 markah)

Peserta akan diadili dari segi: Idea/ Isi 1


-idea/ isi yang bernas
-huraian yang jelas Idea/Isi 2
-data / contoh yang tepat/logik
-maksimum 3 idea/isi Idea/Isi 3

Takrifan tajuk Markah maksimum (2 markah)

Jumlah markah idea/isi dan takrifan


Bahasa (30 markah)

Peserta akan diadili dari segi; Tatabahasa (10 markah)


-bahasa yang jelas & kemas
-sebutan baku Gaya bahasa yang berkesan (10 markah)
-gaya bahasa yang berkesan/ tepat
Sebutan baku (10 markah)

Jumlah markah bahasa

Penyampaian, persembahan, adab dan bonus


(50 markah)

Peserta akan diadili dari segi; Kepetahan, kelancaran, dan intonasi suara (10 markah)
-kepetahan
-kelancaran
-intonasi suara Penyampaian/persembahan yang menarik (10 markah)
-gaya yang menarik/berkeyakinan
-dapat mempengaruhi/menarik perhatian audiens Susunan idea/isi (10 markah)
-susunan idea/isi
Adab Berkeyakinan, dapat mempengaruhi dan menarik perhatian
Peserta akan dipotong 5 markah maksimum jika; audiens (10 markah)
-menyentuh isu sensitif
-menggunakan bahasa yang kurang sopan Adab (5 markah)
-tidak sempat membuat kesimpulan
Bonus: Keterampilan imej
Keterampilan imej & nilai budaya (5 markah)
Peserta akan diadili dari segi nilai budaya dan
keterampilan imej (busana tradisional)
Jumlah markah penyampaian, persembahan, adab dan
keterampilan imej

Jumlah Markah Keseluruhan: 100 %

Disahkan oleh,

Tandatangan :……………………………………….

Nama Hakim :………………………………………. Tarikh :..........................


BORANG PERMARKAHAN
SYARAHAN PIALA PERPADUAN SJKC & SJKT 2023

BAHAGIAN KEDUA: 3 minit Peserta: ...............

Isi (40 markah) Bilangan Idea/Isi Huraian Contoh/Data Jumlah


Idea/isi (5 markah) (10 markah) (4 markah)

Peserta akan diadili dari segi: Isi 1


-idea/ isi yang bernas
Isi 2
-huraian yang jelas
-data / contoh yang tepat/logik Takrifan tajuk Markah maksimum (2 markah)
-maksimum 2 idea/isi
Jumlah markah idea/isi dan takrifan

Bahasa (30 markah)

Peserta akan diadili dari segi: Tatabahasa (10 markah)


-bahasa yang jelas & kemas
-sebutan baku Gaya bahasa yang berkesan (10 markah)
-gaya bahasa yang berkesan/ tepat
Sebutan bahasa (10 markah)

Jumlah markah bahasa

Penyampaian, persembahan, adab dan bonus


(30 markah)
Peserta akan diadili dari segi;
-kepetahan Kepetahan, kelancaran nada, intonasi suara (5 markah)
-kelancaran
-intonasi suara Gaya yang menarik (5 markah)
-gaya yang menarik/berkeyakinan
-dapat mempengaruhi/menarik perhatian audiens Isi yang tertib (5 markah)
-susunan idea/isi

Adab Penyampaian isi yang tersusun atau teratur (5 markah)


Peserta akan dipotong 5 markah maksimum jika;
-menyentuh isu sensitif Adab (5 markah)
-menggunakan bahasa yang kurang sopan
-tidak sempat membuat kesimpulan
Istimewa (5 markah)
Istimewa
Peserta akan diadili dari segi persembahan Jumlah markah persembahan, penyampaian, adab dan
keseluruhan, kesopanan dan penampilan diri istimewa

Jumlah Markah Keseluruhan: 100 %

Disahkan oleh,
Tandatangan ………………………………………….

Nama Hakim : ………………………………………..

Tarikh :.................................................................
BORANG PERSETUJUAN DAN PELEPASAN

Saya (nama ibu/bapa/penjaga) ..................................................................................................... kepada


(nama anak) ........................................................................................................…................…………..
No. Kad Pengenalan/Surat Beranak ...........................................................................……. dari sekolah
..........................................................................……………Negeri .............................................. untuk
menyertai aktiviti .........................................……………………………………………………………………
….…………………………………………………………………………………………………………………..
Saya faham bahawa segala langkah keselamatan telah dan akan diambil oleh pihak penganjur.
Walaupun demikian, saya mengaku bahawa anak saya perlu mematuhi peraturan-peraturan dan arahan
sepanjang program dijalankan.

Saya juga dengan ini memberi kebenaran kepada pihak penganjur untuk merakam imej dan/atau suara
dan menggunakan karya seni dan/atau karya bertulis anak/jagaan saya, pada rakaman video, pada
filem, pada gambar, dalam media digital dan dalam apa jua bentuk medium elektronik atau cetak dan
untuk mengedit atau merekod mengikut budi bicara mereka.

Nombor telefon saya untuk dihubungi ialah

(HP) …………………………………….. (R)……………………………. (P) ………………………………….

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………………………….
(Nama: )
No KP : ……………………………………… Tarikh :
__________________________________________________________________________________
Pengesahan Pengetua/ Guru Besar

………………………………………………..
(Nama : )

Cop Jawatan : Tarikh :

Cop Sekolah:

You might also like