You are on page 1of 11

LAPORAN

IHTIFAL ANUGERAH
KECEMERLANGAN
MAAHAD AL-UMMAH 2023
SEDERAP BERTEKAD MENCIPTA KECEMERLANGAN

jkdokumentasi_laporan
Pengenalan Matlamat

Ihtifal Anugerah Kecemerlangan merupakan agenda Memberi penghargaan kepada pelajar yang
tahunan sekolah yang merupakan satu medium bagi 2.1 cemerlang serta berpotensi dalam bidang
pihak sekolah meraikan dan memberikan akademik, azhariah, hafazan dan kepimpinan
penghargaan kepada pelajar-pelajar yang
menunjukkan potensi dalam bidang akademik dan Memupuk emosi yang sihat dalam kalangan pelajar
kesungguhan untuk mencapai kecemerlangan diri. 2.2 agar berazam ingin maju, mempunyai keupayaan
bersaing secara sihat merebut kejayaan
Penghargaan ini merupakan satu pengiktirafan yang
akan menjadi motivasi kepada semua pelajar supaya
dapat meningkatkan kualiti pencapaian akademik Membantu membina budaya sekolah yang
2.3
cemerlang melalui aktiviti yang positif
mereka dengan lebih baik pada masa akan datang.

Mengeratkan kerjasama antara ibu bapa dan penjaga


2.4 murid dengan pihak pentadbiran sekolah dan guru-
guru

Membina dan memupuk semangat berdisiplin,


2.5 bekerjasama, berketrampilan dan bersatu padu
dalam kalangan pelajar-pelajar
jkdokumentasi_laporan
Objektif Umum Tempat / Tarikh

Matlamat program ini bertujuan untuk memberikan motivasi


dan kesedaran di kalangan pelajar yang berpotensi supaya Tarikh 25 Ogos 2023
sentiasa meningkatkan daya usaha dan kecemerlangan ke arah
mencapai sasaran yang ditetapkan dalam peperiksaan.
Dewan
Tempat Maahad Al-Ummah
Objektif Khusus
08.30 pagi -
Memberi penghargaan kepada pelajar atas daya usaha
Masa 12.00 tengah hari
mereka.
Menggalakkan pelajar terus belajar, bermotivasi dan
bertekad mencipta kecemerlangan.
Membuka peluang kepada pelajar, guru, ibu bapa dan
pentadbir berinteraksi antara satu sama lain
Mendorong semangat kerja berpasukan dalam kalangan
guru, pentadbir dan ibu bapa
jkdokumentasi_laporan
Sasaran Penyertaan Kriteria Penganugerahan
Semua pelajar yang mendapat anugerah penghargaan
Pelajar Terbaik SPM 2022 (5A ke atas)
Akademik, SPM dan STAM
Pelajar Terbaik STAM 2022 (Jayyid Jiddan dan Mumtaz)
Semua guru Maahad Al-Ummah Pelajar Terbaik Kelas Kemahiran Quran (KKQ) dan Tahfiz Menengah
Wakil WADAH (Perasmi) Rendah dan Menengah Atas.
Wakil Jemaah Pengurusan Sekolah (JPMU) / Wakil Pelajar Terbaik Ujian Akhir Sesi 2022/2023 bagi Tingkatan 1,2 dan 3
PIBG / Wakil KPIP Pelajar Terbaik Peperiksaan Akhir Tahun 2022 bagi Tingkatan 4
Semua Ibu bapa / Penjaga pelajar yang terlibat Pelajar Terbaik PBD setiap Tingkatan 2022
Panitia Mata Pelajaran Terbaik SPM 2022 / STAM 2022
Peratus Kelulusan 100%
Gred Purata Mata Pelajaran ( GPMP ) Tertinggi
Jumlah Peserta Pencapaian Melepasi Sasaran
Lompatan Saujana (GPMP meningkat >1.0)
Konsisten 100% 3 Tahun berturut-turut
80 orang pelajar Anugerah Tokoh Pelajar
Anugerah Pelajar Sahsiah Terpuji / SUMUR
70 orang guru Maahad Al-Ummah, wakil PIBG, wakil JPMU Anugerah Pelajar Kepemimpinan Karismatik
Anugerah Pelajar Akademik Gemilang
100 orang tetamu jemputan Anugerah Pelajar Harapan
jkdokumentasi_laporan
Majlis Ihtifal Anugerah Kecemerlangan kali
ini amat meriah kerana di serikan dengan
kehadiran tetamu Kehormat yang terdiri
daripada barisan Jemaah Pengurusan
Sekolah, Pengerusi WADAH, wakil Sektor BPI,
YDP PIBG, wakil Pengetua / Guru Besar
Institusi ABIM, wakil KPIP, semua guru
Maahad Al-Ummah, ibu bapa penerima
anugerah, penerima anugerah serta
individu yang terlibat secara langsung
mahupun tidak langsung dalam menjayakan
Majlis Ihtifal Anugerah Kecemerlangan
Tahun 2022/23.

Sebelum semua tetamu kehormat


menyantuni majlis masuk ke dewan utama,
mereka sempat meneliti buku gerak kerja
pembinaan dewan terbuka yang disediakan
lengkap oleh Tuan Haji Abdul Aziz bin Musa,
Pengetua Cemerlang sebagai satu langkah
hebahan bagi mengumpulkan dana
Majlis dimulakan dengan
nyanyian zikir Asmaul Husna,
Lagu Negaraku, Lagu Perak dan
Lagu Perjuangan. Diimarahkan
lagi dengan bacaan Doa oleh
Saudara Mohd Shauqi bin
Zaaba, tingkatan 4 Khaldun dan
bacaan Qiraat Sab’ie Bittaranum
oleh Saudari Nurin Iffah bin
Zuwairi, tingkatan 4 Sina.
Majlis di teruskan dengan ucapan aluan serta penyampaian amanat bermula daripada Tuan Haji
Abdul Aziz selaku Pengetua Cemerlang Maahad Al-Ummah, ucapan daripada Yang DiPertua PIBG,
Tuan Haji Ahya Arip bin Ngah Abdullah, ucapan ketiga daripada Pengerusi Jemaah Pengurusan
Sekolah iaitu Ir Ts Dr Haji Razak bin Ali serta ucapan perasmian oleh Tuan Haji Mohd Nasir bin
Kamaruddin.
Majlis di teruskan dengan paparan aktiviti / program
yang telah dijalankan sepanjang sesi persekolahan sama
ada di hujung minggu mahupun melibatkan sesi
persekolahan atas inisiatif Panitia Mata Pelajaran
mahupun Kaunselor Sepenuh Masa menerusi montaj
yang disediakan oleh murid tingkatan 4.
Melalui paparan montaj ini, semua tetamu yang
hadir dapat melihat usaha secara sederap oleh warga
Maahad Al-Ummah terutamanya guru dalam
memastikan kemenjadian murid khususnya dalam
peperiksaan.
“Bulat Air Kerana Pembentung, Bulat Manusia
Kerana Muafakat” impaknya adalah kejayaan murid
hasil sepakat yang berkat.
Usai sahaja paparan video montaj, majlis di teruskan dengan sesi penyerahan
anugerah mengikut kategori yang telah ditetapkan. Acara ini merupakan acara
kemuncak dan dinanti-nantikan oleh ibu bapa mahupun penerima anugerah
kerana ia merupakan kenangan terindah atas segala usaha dan penghargaan
pihak sekolah akan kejayaan yang diperoleh. Penganugerahan ini disampaikan
oleh Perasmi Majlis iaitu Tuan Haji Mohd Nasir bin Kamaruddin. Ibu bapa tidak
ketinggalan untuk merakamkan saat anak tercinta naik ke pentas menerima
hadiah dengan rakaman video serta mengambil gambar. Terserlah
kegembiraan dengan ukiran senyuman ceria daripada wajah mereka. Tahniah
diucapkan.
Penganugerahan turut diberikan kepada guru-guru dan Panitia yang
mencapai tahap pencapaian GPMP terbaik dalam SPM dan STAM 2022/23.
Anugerah ini sebagai tanda penghargaan buat guru yang telah berusaha
bertungkus-lumus tanpa mengira masa, waktu dan tenaga dengan kelas
berfokus, seminar dan teknik menjawab soalan serta kelas bimbingan dan
sebagainya untuk memastikan kejayaan anak-anak Maahad Al-Ummah.
Berbaloi segala penat lelah guru-guru tatkala anak-anak yang dibimbing
memperoleh kejayaan.

Semoga warga pendidik Maahad Al-Ummah terus melakar kejayaan


dengan sokongan padu daripada barisan pentadbir yang berwibawa.

You might also like