You are on page 1of 3

Tentatif Majlis Apresiasi Prasekolah SK Bukit Belimbing 2022-2023

2.00 ptg Kehadiran dan Pendaftaran Tetamu


2.30 ptg Ucapan Alu-aluan Pengacara Majlis
Bacaan Doa
Nyanyian lagu Negaraku
Nyanyian lagu Negeri Selangor
Ucapan Perasmian (tuan Guru Besar)
3.00 ptg Persembahan Prasekolah Pelangi
(Malam Pesta Muda Mudi)
Persembahan Prasekolah Suria
(Pantomin : Gembala Kambing Yang Nakal)
4.00 ptg Penyampaian Sijil Prasekolah (Pra Pelangi)
Penyampaian Sijil Prasekolah (Pra Suria)
Penyampaian Anugerah Khas Prasekolah
4.30 ptg Pengisytiharan Penutupan Sessi Pembelajaran dan Penilaian Prasekolah
sessi 2022-2023
sessi bergambar
Jamuan
5.00 ptg Bersurai

ANUGERAH KHAS PRASEKOLAH

Anugerah Khas Prasekolah diwujudkan untuk mengiktiraf kecemerlangan yang ditunjukkan oleh murid-
murid Prasekolah SK Bukit Belimbing. Anugerah ini mengambilkira setiap aspek perkembangan kanak-
kanak bukan sahaja daripada aspek perkembangan akademik malahan aspek-aspek perkembangan yang
lain. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menggariskan tentang keperluan untuk memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Oleh yang demikian, 5 Anugerah
diwujudkan untuk mengiktiraf kecemerlangan murid mengikut kelima-lima aspek yang digariskan dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Anugerah Kecemerlangan Murid (Jasmani)
Anugerah ini dianugerahkan kepada murid yang menunjukkan kecemerlangan dalam aspek jasmani dan
kecergasan. Murid menguasai kemahiran-kemahiran asas motor halus dan motor kasar disamping
menunjukkan prestasi yang tinggi dalam aspek fizikal, penjagaan kebersihan, kesihatan dan
keselamatan. Anugerah Kecemerlangan Murid (Jasmani) 2022-2023 dianugerahkan kepada :
MUHAMMAD HAZIQ YAFIK BIN MOHD HAMKA ARIF

Anugerah Kecemerlangan Murid (Emosi)


Anugerah ini dianugerahkan kepada murid yang menunjukkan kecemerlangan dalam mengenali dan
mengurus emosi sendiri disamping mempunyai kemahiran untuk mencapai emosi yang positif seperti
membina konsep kendiri, membina semangat dan sikap yang positif, membina keyakinan diri dan
berkebolehan mengawal diri. Anugerah Kecemerlangan Murid (Emosi) 2022-2023 dianugerahkan
kepada:
SOFIA SYARIFA PUTRI BINTI ISMAIL

Anugerah Kecemerlangan Murid (Rohani)


Anugerah ini dianugerahkan kepada murid yang menunjukkan kecemerlangan dalam aspek-aspek
kerohanian dan moral. Murid memahami konsep-konsep asas dalam akidah, ibadah, akhlak dan sirah
selain mengamalkan nilai-nilai moral yang baik dalam kehidupan. Anugerah Kecemerlangan Murid
(Rohani) 2022-2023 dianugerahkan kepada:
MUHAMMAD REEZMAN HAZIQ BIN RIZAL

Anugerah Kecemerlangan Murid (Intelek)


Anugerah ini dianugerahkan kepada murid yang menunjukkan kecererlangan dalam aspek intelek dan
akademik. Murid ini menguasai kemahiran-kemahiran asas Bahasa Malaysia dan Inggeris disamping
memahami dan menguasai konsep-konsep dalam Matematik dan Sains. Murid juga menunjukkan
penggunaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam penyelesaian masalah. Anugerah Kecemerlangan
Murid (Intelek) 2022-2023 dianugerahkan kepada:
NUR FATHIYYAH ALEESA BINTI MOHD RIZAL

Anugerah Kecemerlangan Murid (Sosial)


Anugerah ini dianugerahkan kepada murid yang menunjukkan kecemerlangan dalam membina
kemahiran sosial. Murid memahami keperluan, perasaan dan pandangan orang lain dan bijak
menggunakan kemahiran-kemahiran sosial dalam interaksi sama ada dengan masyarakat sekolah,
keluarga ataupun masyarakat luar. Anugerah Kecemerlangan Murid (Sosial) 2022-2023 dianugerahkan
kepada:
MUHAMAD RAIYAN SYAHMI BIN MOHD RIDZAL
Anugerah Kehadiran Terbaik
Anugerah ini dianugerahkan kepada murid yang menunjukkan komitmen dan kesungguhan yang tinggi
dalam kehadirannya ke sekolah. Murid ini mencatatkan peritus kehadiran ke sekolah yang tertinggi
sepanjang sessi persekolahan 2022/2023 ini.

Penerima Anugerah Kehadiran Terbaik Prasekolah Pelangi ialah :


1. SIRINESAN A/L GOWALAN
2. MUHAMMAD ARSYAD BIN MOHAMAD AZHAR

Penerima Anugerah Kehadiran Terbaik Prasekolah Suria ialah :


1. NUR FATHIYYAH ALEESA BINTI MOHD RIZAL
2. NUR ZUYYIN ZULAIKHA BINTI ABU ZARRIN

Anugerah Bintang Harapan Prasekolah 2022-2023


Anugerah Bintang Harapan dianugerahkan kepada murid yang dilihat menguasai kemahiran-kemahiran
yang ditekankan di prasekolah disamping menunjukkan potensi yang tinggi untuk terus maju. Murid ini
diharapkan dapat menjadi contoh dan memimpin rakan-rakan lain agar terus maju dan berjaya.

Anugerah Bintang Harapan Putera 2022-2023 dianugerahkan kepada :


MUHAMMAD HARRAZ SYAWAL BIN MOHD SHAIFUDIN

Anugerah Bintang Harapan Puteri 2022-2023 dianugerahkan kepada :


SITI NUR NABIHAH BINTI BAKHTIAR

You might also like