4.
10
PERATURAN ASRAMA
Peraturan Berpakaian a) b) c) Setiap pelajar dikehendaki berpakaian kemas semasa di sekolah, menghadiri kelas persediaan, pemeriksaan kamar dan menghadiri sebarang acara rasmi asrama atau sekolah. Setiap pelajar mesti memakai pakaian rasmi asrama/kemas apabila keluar dari kawasan asrama seperti keluar ke Bandar, mengikuti rombongan dan pulang ke rumah. Pelajar perempuan tidak dibenarkan menyimpan kuku, mewarnakannya dan memakai kosmetik.
Pakaian Sekolah Pelajar Lelaki a) Baju i) ii) iii) iv) b) Warna putih (cotton), lengan pendek, poket satu di kiri dan tidak tertutup. Butang putih di jahit dengan benang putih. Baju sentiasa dimasukkan ke dalam. Baju berlengang panjang dibenarkan dengan syarat dikenakan butang diperglangan tangan atau dilipat dengan kemas hingga ke paras siku.
Seluar i) Seluar panjang berwarna hijau tua/putih ii) Labuh seluar tidak melebihi tumit kasut dan paling singkat menutup buku lali apabila berdiri. iii) Potongan bell-bottom/kaki kecil (slim cut) dan keatat tidak dibenarkan. iv) Material dari jeans atau ala jeans tidak dibenarkan. Stokin i) Semasa berpakaian sekolah mesti memakai stoken berwarna putih. Kasut i) Kasut kanvas berwarna putih dipakai semasa waktu persekolahan, kasut kulit berwarna hitam (bukan kanvas) dipakai untuk acara rasmi. ii) Kasut tidak bertumit tinggi. iii) Kasut berbelang-belang, sandal, selipar, kasut trek tidak dibenarkan dipakai pada waktu persekolahan, acara rasmi, keluar ke Bandar atau mengikuti rombongan sekolah. iv) Kasut bertali mestilah diikat kemas. Tali pinggang i) Hanya tali pinggang kanvas berwarna hijau atau hitam dibenarkan.
c) d)
e)
Pakaian Sekolah Pelajar Perempuan a) Baju kurung dan kain atau pinafore sekolah (cotton) b) Telekung mini warna putih. c) Stokin berwarna putih dipakai semasa waktu persekolahan, acara rasmi, keluar ke Bandar atau mengikuti rombongan sekolah Rujuk buku panduan disiplin peraturan pakaian sekolah. Pakaian Kebangsaan a) Pelajar lelaki i) Pakaian kebangsaan berwarna putih atau berwarna pilihan asrama, potongan baju berbutang 5 atau 3. ii) Songkok hitam, berukuran tinggi 10 cm dan kain samping. Pelajar Perempuan i) Pakaian baju kurung berwarna putih atau berwarna pilihan asrama.
b)
Pakaian Sukan a) b) Seluar panjang permainan ( seluar trek ) berwarna biru gelap atau hitam. Hanya baju T berkolar, berwarna putih berlengan pendek atau panjang, kosong atau berlambang/bertulis yang berkaitan dengan identiti sekolah sahaja.
Pakaian Pengawas a) Tertakluk kepada tatacara berpakaian pengawas sekolah
Tanda Nama dan Lencana Sekolah a) Hendaklah dipakai bersama pakaian seragam sekolah.
Cermin Mata a) b) c) d) Tidak dibenarkan memakai cermin mata kecuali atas nasihat doctor. Cermin mata tidak boleh berbingkai besar atau terlalu kecil dan berwarna atau berfesyen. Cermin mata tidak boleh berwarna kecuali atas nasihat doctor Tidak dibenarkan memakai cermin mata hitam/gelap.
Topi/Songkok a) b) Dibenarkan memakai topi sekolah ketika menyertai, menonton sukan dan permainan atau acara sukan sekolah. Dibenarkan memakai songkok hitam sahaja.
Rambut a) Pelajar Lelaki i) Rambut mesti sentiasa pendek dan tidak mencecah kolar baju. Bahagian belakang tidak tebal dan ekor pipit 2 cm sahaja. ii) Rambut mesti disikat kemas dan bersih. iii) Membotakkan kepala adalah dilarang iv) Rambut yang berfesyen atau berwarna adalah dilarang. v) Misai, janggut dan jambang tidak dibenarkan. Pelajar Perempuan i) Rambut hendaklah pendek. Jika panjang mestilah diikat/didandang dengan reben hitam/putih/biru. ii) Rambut tidak boleh menutupi bahagian muka. iii) Rambut yang berfesyen dan berwarna adalah dilarang. iv) Rambut mesti kemas dan bersih. v) Bulu kening tidak boleh dicukur atau dicabut.
b)
Majalah dan penulisan i) ii) iii) iv) Sebarang kegiatan untuk menerbitkan majalah asrama, makalah, risalah, berita, pengumuman dengan menggunakan surat atau bahan cetak mestilah mendapat kebenaran daripada Pengetua/ GuruBesar. Semua tulisan yang bertujuan untuk disebarkan/dicetak dan diedarkan hendaklah melalui guru penasihat untuk semakan. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan kepada pihak akhbar atau badan-badan lain tanpa pengetahuan dan kebenaran Pengetua. Segala perkara yang berhubung dengan penerbitan majalah, risalah adalah tertakluk kepada peraturan sekolah ( rujuk pekeliling tentang Majalah Sekolah 1958) dan pindaan-pindaannya.
Surat Menyurat i) ii) iii) Semua surat yang diterima dan dikirim mesti ada nama dan alamat pengirim. Pihak pentadbir asrama berhak menapis semua surat jika dirasakan perlu. Penerima surat berdaftar mesti membawa kad pengenalan dan mengambil surat berdaftar di pejabat selepas waktu sekolah.
Harta Persendirian i) Menjadi tanggungjawab setiap pelajar menjaga harta benda milik masingmasing
ii) iii)
iv)
Buku-buku persendirian, pakaian atau apa juga barangan hak milik pelajar hendaklah ditulis nama sendiri dan dijaga dengan bersih, cermat dan sempurna. Wang dan barang-barang berharga tidak boleh ditinggalkan di dalam kelas, kamar atau tempat-tempat yang terdedah. Pelajar hanya dibenarkan menyimpan wang sebanyak RM10.00 pada setiap masa. Wang selebihnya hendaklah disimpan oleh warden atau bank. Sebarang wang atau barang-barang lain yang dijumpai hendaklah diserahkan kepada pengawas, guru disiplin, guru bertugas harian atau warden untuk diumumkan dan dipulangkan kepada pemiliknya.
Barang larangan i) ii) Radio, telefon bimbit dan alat-alat elektrik/elektronik/muzik tidak dibenarkan dibawa ke asrama. Rokok, chewing gum, kuaci, minuman keras, alat solek, barang kemas, pakaian berharga, cermin mata hitam, pakaian menjolok mata, pakaian beraneka fesyen, baju T ala rockers, seluar jeans, bahan lucah, buku cerita berbentuk hiburan, album bergambar, buku/majalah berunsur negative, bahan-bahan/permainan berbahaya dan sebarang kenderaan tidak dibenarkan dibawa ke asrama. Bahan-bahan berbahaya seperti bahan letupan, mercun peralatan tajam dan peralatan yang mengancam keselamatan tidak dibenarkan dibawa ke asrama.
iii)
Kawasan larangan i) ii) Pejabat sekolah dan bilik guru kecuali ada urusan tertentu sahaja. Bilik makmal atau Bilik Tayang , Bilik Kemahiran Hidup, Bilik Lukisan, Gimnasium, Bilik Komputer, Bilik Gerakan, Bilik Tetamu dan Bilik professional kecuali pada waktu persekolahan atau menjalani aktiviti persatuan dengan kehadiran guru penasihat persatuan. Dewan makan kecuali waktu makan/minum atau operasi pembersihan. Dapur dan tangki air Kawasan ibu sawat elektrik dan tempat menyimpan kenderaan sekolah. Kawasan rumah Pengetua/Guru Besar, Penolong kanan rumah guru dan rumah pekerja Kawasan asrama pada waktu persekolahan rasmi, waktu riadah, solat jemaah, aktiviti petang atau persatuan dan waktu kelas persediaan. Pada waktu malam yang tiada kelas persediaan, pelajar mesti berada di kawasan asrama sahaja kecuali dengan kebenaran. Kawasan asrama puteri menjadi kawasan larangan pelajar putera dan sebaliknya.
iii) iv) v) vi) vii) viii) ix)
Kelas persediaan
i) ii) iii) iv)
Semua pelajar diwajibkan menghadiri kelas-kelas persediaan petangdan malam yang telah ditetapkan. Sebarang pengecualian hendaklah mendapat kebenaran daripada ketua warden atau warden bertugas. Sewaktu kelas persediaan kegiatan bukan berbentuk akademik tidak dibenarkan. Pelajar-pelajar juga tidak dibenarkan membaca surat khabar, majalah, komik, menulis surat, membuat lukisan , berjalan-jalan atau berbual-bual kosong.
Makanan i) ii) iii) 4.11 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman keluar dari dewan makan. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membawa makanan basah ke dalam domitori. Pelajar yang sakit atau tidak berupaya berjalan, makanan boleh dibawa ke bilik rawatan.
PERATURAN KELUAR MASUK i) ii) iii) iv) v) Pelajar dibenarkan keluar ke Bandar mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak asrama Setiap pelajar mestilah menyerahkan kad pelajar/kad keluar masuk di pondok pengawal/warden sewaktu keluar dan mengambilnya semula semasa memasuki kawasan asrama. Kebenaran keluar asrama pada waktu yang lain hanya diberikan untuk rawatan pesakit, kecemasan atau sebab-sebab lain yang wajar sahaja. Pelajar tidak dibenarkan keluar dari asrama tanpa kebenaran ketua warden atau warden bertugas. Pelajar yang keluar ke Bandar dilarang membawa beg atau bungkusan yang berisi pakaian dan seumpamanya.
4.12
PERATURAN MELAWAT i) Masa melawat adalah ditetapkan seperti berikut: Sabtu/Ahad Kelepasan Am ii) iii) : 10.00 pagi 6.00 petang : 10.00 pagi 6.00 petang
Masa kecemasan atau hal-hal lain yang mustahak, ibu bapa/penjaga boleh melawat dengan kebenaran Pengetua/Penolong Kanan HEM/warden bertugas. Semua pelawat hendaklah dilayan di tempat yang disediakan. Pelawat dilarang masuk ke dalam kamar dan kawasan larangan yang lain.
iv) v) vi) vii) viii) ix) x) 4.13
Pelajar perempuan tidak dibenarkan menerima tetamu lelaki kecuali bapa atau adik-beradik lelaki. Semua pelawat mestilah mempunyai kad pelawat dan mematuhi syarat-syarat yang tercatat pada kad pelawat tersebut. Pihak pengawal/warden berhak menahan pelawat-pelawat yang tidak mempunyai kad pelawat atau diragukan kesahihannya. Pelawat tidak dibenarkan bertemu dengan pelajar sebelum sesuatu aktiviti yang sedang dijalankan tamat. Pada waktu persekolahan, sekiranya ada kecemasan atau hal yang penting, pelawat mestilah terlebih dahulu mendapat kebenaran pengetua. Pelawat tidak dibenarkan pergi ke bilik pelajar untuk bertemu dengan pelajar. Pakaian pelawat mestilah bersopan dan beradab.
PEMERIKSAAN ASRAMA i) ii) Pemeriksaan pada setiap hari persekolahan dijalankan oleh pengawas sebelum sarapan pagi untuk mempastikan tempat tidur pelajar dalam keadaan kemas dan bersih. Pemeriksaan pada setiap hari persekolahan hendaklah dijalankan oleh warden bertugas bagi memastikan:-