You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA

PULAU PINANG

Tarikh Pendaftaran : 18 Mac 2024 (Isnin)


Tempat : Dewan TARP
Masa : 8.00 pagi – 12.00 tengah hari

1.0 Peringatan Sebelum Mendaftar

1.1 Murid yang mendaftar sebagai murid Sekolah Menengah Teknik TIDAK
boleh kembali semula ke sekolah menengah harian biasa. Sehubungan
dengan itu sila buat pertimbangan sewajarnya SEBELUM mendaftar
sebagai seorang murid Sekolah Menengah Teknik.

1.2 Murid mestilah warganegara Malaysia dan perlu membawa SEMUA dokumen
asal semasa datang mendaftar.

1.3 Dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa pendaftaran.

Bil. Dokumen Catatan


1 Kad Pengenalan Murid (fotostat depan & belakang 2 salinan
dalam 1 mukasurat, saiz A4)
2 Sijil Berhenti Sekolah 1 salinan
3 Surat tawaran ke SMT Cetak online
4 Borang-borang dari buku tawaran Cetak online & lengkapkan
5 Kad Pengenalan Ibu dan Bapa 1 salinan setiap satu
6 Sijil Lahir 1 salinan
7 Slip Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2 salinan
Tingkatan 3
8 Slip Pentaksiran Berasaskan Bilik Darjah (PBD) 2 salinan

8 Sijil PAJSK Tingkatan 3, tahun 2023 1 salinan


9 Borang Maklumat Murid APDM 1 salinan
10 Buku NILAM & Sijil NILAM
11 Surat pertukaran biasiswa dan buku akaun bank Pemegang biasiswa sahaja
12 Penyata Pendapatan terkini Ibu & Bapa/ Penjaga 1 salinan
(Borang J/ Kad Pesara/ Surat Pengesahan
Pendapatan bagi yang tiada penyata gaji)

1.4 Dokumen-dokumen salinan mesti disahkan.

1.5 Dokumen akan diserahkan kepada guru tingkatan masing-masing


2.0 Peraturan Sekolah
Peraturan-peraturan penting yang perlu diberi perhatian:

2.1 Peraturan Pemakaian

2.1.1 Murid Lelaki


Baju kemeja
- berwarna putih berlengan panjang

Seluar
- Jenis kapas warna hitam.
- Reka bentuk seluar mengikut pekeliling yang sedia ada.
- Seluar panjang sama seperti sekolah menengah biasa dan tidak terlalu
ketat atau longgar.
- Buka kaki hendaklah di antara 16 inci – 18 inci sahaja.
- Labuh seluar mestilah berukuran sehingga mata kaki (buku lali ).
- Pinggang seluar mesti di atas pusat. Jika ada ‘pleat’ mesti jenis biasa dan
tidak lebih daripada dua.
- Seluar bentuk ‘baggy’, ‘carrot look’ , ‘bell bottom’ dan yang menyerupai
jeans tidak dibenarkan.
- Hujung kaki seluar tidak boleh dilipatkan.
- Murid juga diingatkan supaya tidak mengecilkan seluar sama sekali.

2.1.2 Tali Pinggang (Lelaki)


- Jika bertali pinggang hendaklah jenis kanvas berwarna hitam dan berkepala
aluminum yang tidak berhias dan beranika bentuk.
- Tali pinggang seluar mestilah antara 1½ inci – 2 inci lebar dan panjang dari
kepala hingga hujung 400mm.

2.1.3 Murid Perempuan


- Baju kurung sekolah berwarna putih (mengikut pekeliling yang sedia
ada).
- Kain Sekolah berwarna hitam dan bersusun tepi.

2.1.4 Kasut Sekolah dan Kasut Sukan


- Semua murid diwajibkan memakai kasut kulit atau PVC berwarna hitam.
- Bagi murid lelaki kasut hitam bertali manakala bagi murid perempuan
kasut hitam tanpa tali.
- Kasut Sukan mestilah berwarna putih atau hitam dan bertali untuk
kegunaan aktiviti sukan dan riadah

2.1.5 Stokin (Lelaki dan Perempuan)


- Murid juga diwajibkan memakai stokin yang keseluruhannya berwarna
hitam.
- Stokin berwarna putih digunakan ketika aktiviti riadah atau sukan sahaja.
- Panjang stokin mesti melebihi buku lali.

2.1.6 Tali leher


- Tali leher sekolah sahaja dibenarkan.
- Murid wajib membeli tali leher daripada koperasi sekolah.
2.1.7 Rambut
Murid Lelaki
- Tiada murid lelaki boleh berambut panjang.
- Murid-murid lelaki hendaklah sentiasa berambut pendek, kemas dan tidak
menyentuhi kolar baju sepanjang masa bersekolah di sekolah ini.
- Tiada murid bolah menyimpan ”side burns", misai, janggut dan
menggunakan gel rambut
- Murid juga tidak dibenarkan mewarna rambut.
- Untuk mengelakkan daripada kelewatan ketika pendaftaran, murid
lelaki perlu pastikan rambut pendek dan kemas sebelum datang
mendaftar.

Murid Perempuan
• Tudung
- Murid-murid Islam wajib memakai tudung sekolah berwarna putih (tanpa
sulaman dan manik) dengan ukuran bahagian tepi tudung hendaklah
berada 10cm di bawah paras kedua-dua bahu dan bahagian hujung sebelah
hadapan tudung hendaklah labuh sehingga ke paras pusat.

• Tidak bertudung
- Rambut hendaklah disikat kemas. Murid yang berambut panjang hendaklah
diikat dengan memakai reben yang berwarna biru (turquoise), hitam atau
putih. Sebarang hiasan rambut adalah tidak dibenarkan.
- Murid juga tidak dibenarkan mewarna rambut.

2.1.8 Lencana sekolah


- Lencana sulam sekolah wajib dijahit di sebelah kiri bahagian atas uniform
sekolah.

2.1.9 Perhiasan Diri


Murid Lelaki
- Pemakaian sebarang jenis perhiasan diri adalah dilarang.

Murid Perempuan
• Pengunaan ‘Make-Up’
Tidak dibenarkan sama sekali.
• Barang Kemas
Tidak dibenarkan memakai barang kemas dan sebarang perhiasan diri.

2.2.0 Kuku (Lelaki dan Perempuan)


- Semua murid lelaki dan perempuan tidak dibenarkan menyimpan kuku
panjang atau mewarnakan kuku dengan sebarang pewarna termasuk inai.

2.2.1 Beg Sekolah


- Beg sekolah tiada contengan.
3.0 Keperluan Sekolah dan Asrama
Berikut ialah senarai keperluan sekolah yang perlu disediakan SEBELUM
hari pendaftaran oleh semua murid dan keperluan asrama bagi murid yang
ditawarkan tempat asrama sahaja.

Jantina
Bil. Barang Keperluan
(L / P)
Stokin hitam dan putih (tanpa tanda jenama,panjang stokin
1 L&P
melebihi buku lali)
2 Kasut Sekolah Warna Hitam (kulit atau PVC) L&P
3 Tudung sekolah warna putih (murid Islam) P
4 Kasut Sukan Warna Putih atau Hitam L&P
5 Selipar Getah, Tuala Mandi L&P
6 Baju Tidur L&P
7 Sudu, garfu, pinggan, mangkuk dan gelas L&P
8 Surah Yasin (murid Islam) L&P
9 Pakaian Melayu Lengkap Warna Putih (murid Islam) –
L
tanpa sampin
10 Kain Sarung (murid Islam) L
Songkok Hitam (murid Islam) L
11
12 Keperluan Pencuci Pakaian L&P
13 Tudung sarung warna hitam P
14 Telekung (murid Islam) P
15 Bantal L&P

Bil. 1 hingga 4 : Semua Murid Bil. 5 hingga 15 : Murid Asrama Sahaja

4.0 Tatacara Pendaftaran


Proses pendaftaran murid tingkatan empat (4) akan dilangsungkan
mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Semua murid yang
mendaftar sebagai seorang murid SMT TAR Putra perlu melalui proses
pendaftaran berikut :

4.1 Semakan dokumen


4.2 Pendaftaran Kursus/Kelas
4.3 Pendaftaran Asrama (bagi murid yang ditawarkan asrama)
4.4 Urusan Koperasi Sekolah
4.5 Pengambilan Gambar

5.0 Khidmat sokongan proses pendaftaran


5.1 Kaunter pertanyaan akan disediakan bagi membantu murid dalam proses
pendaftaran.
5.2 Urusan pengambilan gambar untuk semua dokumen sekolah akan diurus
pihak sekolah.

You might also like