You are on page 1of 1

Kepada:

Ibubapa/ Penjaga
Murid Tingkatan 4 dan 5
SMK Sri Andalas

Tuan/Puan,
MAKLUMAN KES “T” DALAM KEPUTUSAN SPM BERIKUTAN DENGAN MATA PELAJARAN YANG
TERLIBAT DENGAN PENTAKSIRAN PUSAT SPM 2024
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman tuan/ puan, semua guru-guru mata pelajaran melaksanakan pentaksiran
bagi mata pelajaran berikut secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)
sepanjang tahun. Mata pelajaran ini termasuklah yang melibatkan kerja kursus (kertas 3) iaitu
Perniagaan, Prinsip Perakaunan, Sains Sukan, Sains Komputer dan Pendidikan Seni Visual.

3. Calon sekolah wajib melaksanakan kertas 1, kertas 2 dan kertas 3 bagi mata pelajaran yang
melibatkan kerja kursus Pentaksiran Pusat Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Sekiranya calon tidak
melaksanakan kerja kursus (kertas 3), simbol ”T” akan terpapar dalalm slip keputusan SPM bagi mata
pelajaran tersebut walaupun calon hadir peperiksaan bertulis untuk kertas 1 dan kertas 2. Kes ”T”
dalam keputusan SPM calon dianggap Tidak Hadir.

4. Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa
Melayu adalah diwajibkan kepada semua murid Tingkatan 4 dan 5 manakala Bahasa Cina dan Bahasa
Tamil adalah khas untuk murid yang mengambil mata pelajaran tersebut sahaja. PAFA dan UTQH
adalah diwajibkan kepada semua murid Islam. Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) Sains SPM dan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dijalankan secara berterusan dan berkala semasa proses
pengajaran dan pembelajaran PdPc di Tingkatan 4 dan 5.

5. Ibu bapa/ penjaga diharapkan dapat memastikan anak jagaan tuan/puan menyiapkan semua
tugasan/ kerja kursus berkaitan pentaksiran yang disenaraikan mengikut tempoh masa yang
ditetapkan oleh pihak sekolah. Ibu bapa/ penjaga juga harus memastikan keselamatan dan
keberadaan anak sepanjang tempoh pelaksanaan kerja kursus.

6. Surat makluman kerja kursus yang lebih terperinci akan dikeluarkan oleh ketua panitia mata
pelajaran tersebut kepada ibu bapa/ penjaga sebelum kerja kursus mula dilaksanakan. Segala
kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan/ puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih

You might also like