You are on page 1of 2

Ruj.

Kami:SMKCJ -600-6/3/2( )
Tarikh : 11 Oktober 2021

Kepada:
Ibu Bapa / Penjaga Calon SPM 2021

Tuan,

MAKLUMAN BERKENAAN PENGOPERASIAN MATA PELAJARAN DENGAN


PENTAKSIRAN PUSAT SPM TAHUN 2021

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Calon sekolah wajib melaksanakan peperiksaan Kertas 1, Kertas 2 dan Kertas 3 (Kerja
Kursus) sekiranya mendaftar mata pelajaran dengan pentaksiran pusat Tingkatan 4 atau
Tingkatan 5. Sekiranya calon tidak melaksanakan kerja kursus (Kertas 3), markah ‘T‘ akan
dimasukkan kedalam Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian (SPPAT). Simbol ‘T‘ akan
terpapar dalam slip keputusan SPM calon bagi mata pelajaran tersebut walaupun calon hadir
peperiksaan bertulis untuk Kertas 1 dan Kertas 2.

3. Mata pelajaran yang terlibat adalah seperti berikut :

1 Bahasa Melayu 6 Pendidikan Islam


2 Bahasa Inggeris 7 Sains Komputer
3 Bahasa Cina 8 Pendidikan Seni Visual (PSV)
4 Bahasa Tamil 9 Sains Sukan
5 Prinsip Perakaunan 10 Perniagaan

4. Tarikh mula dan akhir kerja kursus dimaklumkan oleh guru mata pelajaran dari masa ke
masa kepada calon sepanjang proses menyiapkan tugasan kerja kursus berkenaan.

5. Mohon kerjasama pihak ibu bapa/ penjaga sentiasa cakna tugasan kerja kursus anak/anak
jagaan tuan/puan dengan memastikan mereka melaksanakan dan menyiapkan tugasan dalam
tempoh yang telah ditetapkan oleh guru mata pelajaran bagi mengelak keputusan ‘T‘ terpapar di
slip keputusan SPM calon bagi mata pelajaran tersebut.

...1/2.
MAKLUMAN BERKENAAN PENGOPERASIAN MATA PELAJARAN DENGAN
PENTAKSIRAN PUSAT SPM TAHUN 2021
_______________________________________________________________________________
....

Kerjasama daripada pihak tuan/puan amat kami hargai dalam memastikan kejayaan anak/ anak
jagaan tuan/ puan ditahap yang optimum.

Sekian , terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………

...2/2

You might also like