You are on page 1of 1

Ruj.

Kami :
Tarikh :

Kepada :
Semua Ibu Bapa / Penjaga
Semua Murid Perniagaan Tingkatan 5

Tuan,
MAKLUMAN KERJA PROJEK MPEI : PERNIAGAAN KERTAS 3
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Penilaian Kerja Kursus SPM akan bermula
tahun ini.
2. Penilaian kerja kursus ini akan bermula pada bulan April ini dan berakhir pada awal
bulan Julai bagi murid-murid Tingkatan 5 Cendekia dan 5 Efektif.
3. Skor yang diperolehi murid akan direkodkan dan dimasukkan dalam Sijil Peperiksaan
Malaysia (SPM). Pihak sekolah akan mengeluarkan sijil yang berasingan, khas untuk kerja
projek tersebut.
4. Untuk makluman, pihak sekolah berharap pihak Tuan/ Puan dapat memantau
kehadiran dan perjalanan kerja projek Perniagaan anak-anak jagaan Tuan berjalan mengikut
tarikh yang telah ditetapkan berdasarkan jadual yang dilampirkan. Dengan ini, kehadiran
anak-anak jagaan Tuan adalah penting agar tidak ketinggalan apabila pentaksiran sedang
dijalankan.
5. Segala keprihatinan dan kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan
terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan.
Sekian, Terima Kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,

…………………………..
(JULIA BINTI HAMZAH)
PENGETUA,

You might also like