You are on page 1of 21

PPPM KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN TINGKATAN 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PANDUAN PERKEMBANGAN
PEMBELAJARAN MURID
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN
TINGKATAN 2



Cetakan 2014



Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia 2014












Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengubah mana-mana bahagian, artikel,
ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun
tanpa mendapat keizinan bertulis daripada Pengarah Peperiksaan, Lembaga
Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.


0
KANDUNGAN


BIL PERKARA MUKA SURAT
1 PENDAHULUAN 1
2

3
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

MATLAMAT MATA PELAJARAN
2

3
4 OBJEKTIF MATA PELAJARAN 3
5 OBJEKTIF PENTAKSIRAN 4
6 TAFSIRAN 5
7 KERANGKA STANDARD PRESTASI 6
8 PENYATAAN STANDARD KHB PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN 7
9 PEMETAAN 8
10 STANDARD PRESTASI KHB PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN 9










1
PENDAHULUAN

Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan merangkumi komponen Reka Bentuk dan Teknologi serta
Perdagangan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran wajib Tingkatan 1 hingga 3 di Sekolah Menengah Rendah. Mata pelajaran ini
yang digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan pengetahuan dan
kemahiran teknologi serta keusahawanan dalam usaha membangun modal insan melalui program pendidikan yang berkualiti dan holistik.

Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran ini merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh
buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan penyataan standard prestasi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan mengikut
tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Pentaksiran Sekolah dalam bentuk pentaksiran formatif
dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir proses pembelajaran.

Dokumen Standard Prestasi (DSP) bagi mata pelajaran ini dibina dengan komponen teras iaitu Reka Bentuk dan Teknologi dan komponen
elektif iaitu Perdagangan dan Keusahawanan sebagai panduan untuk guru membimbing murid dan seterusnya mendapatkan maklumat
tentang perkembangan individu serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal insan.

Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang Pentaksiran Rujukan Standard bagi
mata pelajaran dalam memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang
berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani dan intelek.














2
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.





















3
MATLAMAT MATA PELAJARAN
Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi
serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

OBJEKTIF MATA PELAJARAN
OM1 Mengamalkan kreativiti, inovasi dan berdaya usaha dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk daripada pelbagai bahan seperti
kayu, papan lapis dan bahan komposit.
OM2 Mengamalkan sikap peka terhadap masalah sekeliling dan mendapatkan idea daripada pelbagai sumber untuk mereka bentuk dan
menghasilkan produk.
OM3 Menterjemah idea-idea kreatif dan inivatif melalui lukisan teknik.
OM4 Mengenalpasti hidangan dan mengurus sajian.
OM5 Memilih bahan, alatan dan perkakas serta menggunakannya dengan teknik yang betul.
OM6 Mengenal pasti bentuk dan jenis perniagaan dalam negeri dan antarabangsa.
OM7 Mengenal pasti cabaran dan kejayaan usahawan serta menilai potensi diri dalam bidang keusahawanan.
OM8 Mengenal pasti dan merekod urus niaga secara sistematik.
OM9 Mengumpul, memproses dan mendokumentasikan maklumat secara sistematik dan menggunakannya dengan bijak dalam membuat
keputusan rekaan dan penghasilan projek.
OM10 Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.






(Dipetik daripada Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 2. (2005). Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pelajaran Malaysia. )

4
OBJEKTIF PENTAKSIRAN

Berdasarkan matlamat dan objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, berikut ialah Objektif Pentaksiran (OP) mata pelajaran yang
dikenal pasti untuk mentaksir penguasaan murid dalam mempamerkan;

OP1 Kebolehan berdikari dalam menjalankan kerja buat sendiri.
OP2 Kenal faham terhadap teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.
OP3 Kenal faham terhadap ekonomi untuk kehidupan harian.
OP4 Kebolehan mengaplikasikan kemahiran bagi menghasilkan sesuatu projek / produk.
OP5 Kebolehan bagi mengaplikasikan kreativiti untuk mereka bentuk dan menghasilkan sesuatu produk / projek.
OP6 Mengamalkan cara bekerja yang sistematik, bijaksana dan dengan teknik yang betul dengan yakin diri.
OP7 Kebolehan mendokumentasikan maklumat secara bersistem.


















(Dipetik daripada dokumen format pentaksiran Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan. (2005).
Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.)

5
TAFSIRAN

o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan
pelaporan individu.
o Standard ialah satu penyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi
gambaran holistik tentang individu.
o Standard Prestasi ialah penyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan
menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada
dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Perkembangan murid dijelaskan dengan satu
atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.
o Deskriptor ialah penyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir
dan dicapai.
o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian
secara lisan, demonstrasi dan ujian amali.
o Pentaksiran Sekolah merupakan pendekatan pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah berdasarkan tugasan, instrumen pentaksiran,
peraturan dan penskoran yang dibangunkan oleh sekolah merujuk kepada Dokumen Standard Prestasi yang dikeluarkan oleh Lembaga
Peperiksaan.











6
KERANGKA STANDARD PRESTASI

























1
2
3
4
5
6

Tahu Faham Boleh Buat dengan Beradab

Tahu


Faham Tahu


Boleh Buat Faham Tahu

Tahu
Boleh Buat dengan Beradab
Terpuji

Faham

Tahu
Boleh Buat dengan Beradab
Mithali

Faham

7
PENYATAAN STANDARD KHB PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN

BAND PENYATAAN STANDARD
6
(Tahu, Faham dan Boleh Buat
dengan Beradab Mithali)
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi serta
perdagangan dan keusahawanan secara kreatif dan inovatif.
5
(Tahu, Faham dan Boleh Buat
dengan Beradab Terpuji)
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi serta
perdagangan dan keusahawanan secara berinisiatif.
4
(Tahu, Faham dan Boleh Buat
dengan Beradab)
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi serta
perdagangan dan keusahawanan secara sistematik.
3
(Tahu, Faham dan Boleh Buat)
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi serta
perdagangan dan keusahawanan.
2
(Tahu dan Faham)
Menerangkan tentang reka bentuk dan teknologi serta perdagangan dan keusahawanan.
1
(Tahu)
Menyatakan tentang reka bentuk dan teknologi serta perdagangan dan keusahawanan.










8




































PANDUAN
PERKEMBANGAN
PEMBELAJARAN MURID
KHB PERDAGANGAN DAN
KEUSAHAWANAN
TINGKATAN 2



9
BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR
REKA BENTUK
DAN TEKNOLOGI
1. Reka Bentuk dan
Penghasilan Projek
B1
Menyatakan tentang reka bentuk dan penghasilan projek dengan
menyenaraikan lima alatan tangan.
B2
Menerangkan tentang reka bentuk dan penghasilan projek dengan
menjelaskan lima alatan tangan dari segi fungsinya.
B3
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan
penghasilan projek dengan menggunakan alatan tangan untuk kerja
mengukur, menanda dan memotong.
B4
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan
penghasilan projek dengan menggunakan alatan tangan untuk kerja
mengukur, menanda dan memotong dengan mengikut prosedur
1
.
B5
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan
penghasilan projek dengan menggunakan alatan tangan untuk kerja
mengukur, menanda dan memotong dengan daya usaha
1
.
B6
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan
penghasilan projek dengan menggunakan alatan tangan untuk kerja
mengukur, menanda dan memotong dan membimbing
1
.
prosedur
1
: Kaedah dan teknik yang betul.
daya usaha
2
: (i) Hasil kerja kemas dan betul.
(ii) Mengamalkan peraturan keselamatan diri dan alatan.
membimbing
1
: (i) Menjadi contoh dari segi tingkah laku dan hasil kerja.
(ii) Boleh memberi tunjuk ajar kepada murid yang lain.











10
BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR
REKA BENTUK
DAN TEKNOLOGI
2. Elektronik
B1
Menyatakan tentang asas elektronik dengan memberikan tiga simbol
komponen elektronik.
B2
Menerangkan tentang asas elektronik dengan menjelaskan tiga komponen
elektronik dari segi fungsinya.
B3
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik
dengan menterjemah semua komponen
1
dalam lukisan skematik kepada
lukisan bergambar.
B4
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik
secara sistematik dengan menterjemah semua komponen dalam lukisan
skematik kepada lukisan bergambar mengikut prosedur
2
.
B5
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik
secara sistematik dengan menterjemah semua komponen dalam lukisan
skematik kepada lukisan bergambar dengan daya usaha
2
.
B6
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik
secara sistematik dengan menterjemah semua komponen dalam lukisan
skematik kepada lukisan dan membimbing
1
.
semua komponen
1
: Minimum empat jenis [Perintang, suis, LED, kapasitor, transistor atau pembaz (buzzer)]
prosedur
2
: Komponen dilukis mengikut kedudukan dan kekutuban yang betul.













11
BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR
REKA BENTUK
DAN TEKNOLOGI
3. Lukisan teknik
B1
Menyatakan tentang asas lukisan teknik dengan memberikan empat alatan
tangan lukisan teknik.
B2
Menerangkan tentang asas lukisan teknik dengan menjelaskan empat alatan
lukisan teknik dari segi fungsinya.
B3
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas lukisan teknik
dengan melukis unjuran ortografik.
B4
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas lukisan teknik
secara sistematik dengan melukis unjuran ortografik mengikut prosedur
1
.
B5
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas lukisan teknik
secara berinisiatif dengan melukis unjuran ortografik dengan daya usaha
3
.
B6
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas lukisan teknik
secara berinisiatif dengan melukis unjuran ortografik dan membimbing
1
.
daya usaha
3
: (i) Ukuran dan penyambungan garisan objek tepat (had terima + 1 mm)
(ii) Garisan binaan dan garisan objek dilukis dengan betul.
(iii) Hasil lukisan betul dan bersih.

















12
BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR
REKA BENTUK
DAN TEKNOLOGI
4. Masakan
B1 Menyatakan tentang masakan dengan mengenal pasti jenis-jenis minuman.
B2
Menerangkan tentang masakan dengan mengenal pasti bahan yang sesuai
untuk jenis minuman.
B3
Mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman tentang masakan dengan
menghasilkan minuman menyegarkan/berkhasiat.
B4
Mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman tentang masakan dengan
menghasilkan minuman menyegarkan/berkhasiat dengan mengikut
prosedur
3

B5
Mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman tentang masakan dengan
menghasilkan minuman menyegarkan/berkhasiat dengan daya usaha
4.
B6
Mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman tentang masakan dengan
menghasilkan minuman menyegarkan/berkhasiat dan membimbing
1
.
prosedur
3
: Mengikut langkah kerja yang betul
daya usaha
4.
: (i) Menghias
(ii) Hasil kerja kemas
(iii) Mengamalkan peraturan keselamatan diri dan alatan














13
BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR
REKA BENTUK
DAN TEKNOLOGI
5. Tanaman hiasan

B1
Menyatakan tentang tanaman hiasan dengan mengenal pasti dua ciri
tanaman hiasan dalam bekas yang perlu pemasuan semula.
B2
Menerangkan tentang tanaman hiasan dengan menjelaskan dua ciri
tanaman hiasan dalam bekas yang perlu pemasuan semula.
B3
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tanaman hiasan
dengan membuat pemasuan semula tanaman hiasan.
B4
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tanaman hiasan
dengan membuat pemasuan semula tanaman hiasan dengan mengikut
prosedur
3
.
B5
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tanaman hiasan
dengan membuat pemasuan semula tanaman hiasan dengan daya usaha
2.
.
B6
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tanaman hiasan
dengan membuat pemasuan semula tanaman hiasan dan membimbing
1
.



















14













BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR
PERDAGANGAN
DAN
KEUSAHAWANAN
6. Pengenalan kepada
perniagaan

B1
Menyatakan tentang pengenalan kepada perniagaan dengan memberikan
tiga jenis perniagaan runcit besar-besaran.
B2
Menerangkan tentang pengenalan kepada perniagaan dengan menjelaskan
tiga jenis perniagaan runcit besar-besaran.
B3
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang pengenalan kepada
perniagaan dengan membezakan perniagaan runcit kecil-kecilan dengan
besar-besaran.
B4

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang pengenalan kepada
perniagaan dengan membezakan perniagaan runcit kecil-kecilan dengan
besar-besaran dan mengenal pasti aktiviti perniagaan antarabangsa.
B5
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang pengenalan kepada
perniagaan dengan menjelaskan sebab negara perlu mengeksport dan
mengimport.
B6
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang pengenalan kepada
perniagaan dengan membezakan perniagaan dalam negeri dengan
perniagaan antarabangsa.

15
BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR
PERDAGANGAN
DAN
KEUSAHAWANAN
7. Penubuhan dan
pengendalian perniagaan
B1
Menyatakan tentang penubuhan dan pengendalian perniagaan dengan
memberikan empat jenis bantuan perniagaan.
B2
Menerangkan tentang penubuhan dan pengendalian perniagaan dengan
menjelaskan empat jenis bantuan perniagaan dari segi kepentingannya.
B3
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang penubuhan dan
pengendalian perniagaan dengan menjelaskan peranan utama bantuan
perniagaan.
B4
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang penubuhan dan
pengendalian perniagaan dengan membezakan antara bantuan perniagaan
perbankan islam dan perbankan konvensional.
B5
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang penubuhan dan
pengendalian perniagaan dengan membezakan antara bantuan perniagaan
perbankan islam dan perbankan konvensional serta membezakan antara
insurans islam dan insurans konvensional
B6
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang penubuhan dan
pengendalian perniagaan dengan membezakan antara bantuan perniagaan
perbankan islam dan perbankan konvensional serta membezakan antara
insurans islam dan insurans konvensional seterusnya membimbing
2
.
membimbing
2
: (i) Boleh memberi tunjuk ajar kepada murid yang lain.













16
BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR
PERDAGANGAN
DAN
KEUSAHAWANAN
8. Asas keusahawanan
B1
Menyatakan tentang asas keusahawanan dengan mengenal pasti ciri
usahawan.
B2
Menerangkan tentang asas keusahawanan dengan menjelaskan ciri
usahawan.
B3
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas
keusahawanan dengan mengenal pasti kelebihan menjadi usahawan
berbanding makan gaji.
B4
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas
keusahawanan dengan mengenal pasti kelebihan menjadi usahawan
berbanding makan gaji dan bidang kegiatan usahawan.
B5
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas
keusahawanan dengan membuat perkaitan kerjaya yang ingin murid ceburi
dengan bidang keusahawanan.
B6
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas
keusahawanan dengan membanding diri dengan ciri usahawan.
















17
BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR
PERDAGANGAN
DAN
KEUSAHAWANAN
9. Simpan kira
B1
Menyatakan tentang simpan kira dengan memberikan dua jenis aset, dua
jenis liabiliti dan dua prinsip sistem catatan bergu.
B2
Menerangkan tentang simpan kira dengan mengelaskan butiran bagi aset,
liabiliti, ekuiti pemilik, hasil dan belanja.
B3
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang simpan kira dengan
merekod 15 urus niaga tunai dan 10 urus niaga kredit mengikut sistem
catatan bergu serta 15 urus niaga ke dalam buku tunai dua ruangan.
B4
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang simpan kira secara
sistematik dengan merekod 15 urus niaga tunai dan 10 urus niaga kredit
serta 15 urus niaga ke dalam buku tunai dua ruangan mengikut prosedur
4
.
B5
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang simpan kira secara
berinisiatif dan sistematik dengan merekod 15 urus niaga tunai dan 10 urus
niaga kredit serta 15 urus niaga ke dalam buku tunai dua ruangan dengan
daya usaha
5
.
B6
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang simpan kira secara
berinisiatif dan sistematik dengan merekod 15 urus niaga tunai dan 10 urus
niaga kredit serta 15 urus niaga ke dalam buku tunai dua ruangan dan
membimbing
1
.
prosedur
4
: Betul dari segi format dan pengiraan.
daya usaha
5
: Tepat dari segi jawapan.












18





























Lembaga Peperiksaan,
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, 2, 5 15, Blok E11,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

Tel. : 03-88843787
Faks : 03-88843783

Web :http://www.moe.gov.my/lp
e-mel : weblpm@moe.gov.my

You might also like