You are on page 1of 1

*NO FAIL KNE CEK SEMULA GUNA FAIL APDM

Ruj. Kami : 09021-16/01( )


Tarikh : Februari 2021

Semua Pengetua
Sekolah- Sekolah Negeri Terengganu

Tuan,

PENGOPERASIAN SESI PERSEKOLAHAN SECARA BERSEMUKA BAGI CALON


PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA DAN SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA
TAHUN 2020

Dengan hormatnya saya diarah merujuk surat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
KPM.100-1/3/1Jld.4(76) bertarikh 4 Febuari 2021.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pengoperasian sesi persekolahan secara bersemuka


bagi calon peperiksaan SPM dan SVM 2020 akan berakhir pada 9 Febuari 2021. Ini adalah bagi
memberi ruang kepada murid untuk membuat persediaan kendiri sebelum peperiksaan bermula
pada 22 Febuari 2021.

3. Sehubungan dengan itu, bermula 10 Febuari 2021 proses kemaskini kehadiran


tidak perlu lagi dilakukan oleh pihak sekolah dalam APDM sehingga mendapat makluman
terkini daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Pegawai yang menguruskan
perkara ini ialah Encik Abdul Sham bin Ahmad, Penolong Pengarah HEM, Sektor
Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan boleh dihubungi di
talian 09-6213323 atau 019-9597472.

Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.

Sekian.

“Mendepani Pendidikan Global”


“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(MOHD SHARIFF BIN AB LATIF) *KENA CEK EJAAN


Timbalan Pengarah Pendidikan
Sektor Pembangunan Murid
b.p Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu

s.k

Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu - Untuk makluman tuan


Semua Pegawai Pendidikan Negeri Terengganu - Untuk makluman tuan

You might also like