You are on page 1of 10

Berikut adalah beberapa tips yang ingin saya kongsikan agar

bermanfaat kepada ada yang ingin melancong ke Turki:

1. Muat turun aplikasi TRAFI

Aplikasi TRAFI akan memudahkan anda menggunakan kenderaan


awam di Istanbul. Setiap negeri ada aplikasinya sendiri, tapi tidak
semua negeri ada, biasanya bandar-bandar besar sahaja, contohnya
Ankara, boleh muat turun EGO CEP’te.

2. Kad TnG

Setiap negeri ada kad ‘TnG’ sendiri. Contohnya di Istanbul-


istanbulkart, Antalya-ankarakart, mersin-mersin kentkart. Tapi,
tidak semua negeri ada tram, dolmus dan metro. Contohnya di
Isparta, kenderaan awam yang ada hanyalah Bas.
3. Makanan terkenal

Setiap negeri ada makanan terkenal tersendiri, contohnya Mersin-


tantuni kebab, Adana-Adana kebab,Bursa- Iskender kebab dan lain-
lain. Bukan makanan sahaja, setiap province jugak ada 1 simbolik
mereka, contohnya Denizli-ayam jantan. Isparta- bunga ros dan
lavender.

4. Mesti cuba street food

Mesti try makanan jalanan Turki seperti Gozleme, Tantuni, pide,


lahmacun, kofte, kumpir, cig kofte, balik ekmek, islak hamburger,
kestane, kokorec, midye dolma, simit, borek. Manisan pula, kunefe,
baklava, lokum, Turkish coffee dan dondurma, sahlep. Paling unik
bagi Mira ialah Kokorec.

5. Gunakan aplikasi couchsurfing

Couchsurfing di Turki sangat digalakkan! Boleh mendalami cara


hidup masyarakat Turki. Wajib cuba jika anda seorang backpacker!
pm for any tips.

6. Mesra ‘hitchhike’

Turki antara negara yang mesra hitchhike. Tapi, pastikan ada lelaki
sekurangnya seorang. Saya tidak cuba lagi ini di Turki sebab tiada
lelaki sewaktu melancong. Tapi kalau nak yang sah, boleh
hitchhike/carpool di https://www.blablacar.com/

7. Language barrier

Majoriti rakyat Turki tidak boleh berbahasa Inggeris walaupun di


kawasan tumpuan pelancong.

8. Mempunyai sedikit ilmu Bahasa Turki

Mesti tahu asas Bahasa Turki bagi memudahkan urusniaga.


Sekurangnya ucapan seperti Merhaba-hello. Teshekkurlar- thank
you, rija ederim-you are welcome, gule-gule-bye, abla-akak, aabi-
abang/pakcik, indirim-diskaun, bedava-free, kac lira-berapa lira?
nombor 1-10, 20,30,40
9. Berhati-hati

Wajib berhati-hati dengan pickpockets terutama di dalam tram di


Istanbul, metro dan dimana mana je lah kawasan tumpuan tourist.

10. Tempat pilihan membeli-belah

Kalau mahu membeli-belah pouch Turki kecil 1 lira itu, ada kedai
kat tengah antara aya sofya dengan bluemosque. Paling murah dah
tu 1lira. Pilihan pun banyak.

11. Elakkan membeli belah di Grand Bazaar

Elakkan shopping di Grand bazaar sebab mahal dan wajib tawar


menawar. Ada sahaja kedai yang murah disitu tapi sangat sukar
dijumpai(pintu 11). Kalau nak tengok-tengok boleh lah.
Disarankan membeli-belah kat tempat lain seperti di Taksim,
Eminonu, Bursa(tudung) dan Cappadocia, Isparta.

12. Lapangan terbang di Istanbul

Istanbul ni ada 3 airport, saya sarankan IST-Ataturk. Sebabnya


anda boleh menaiki metro di lapangan terbang, turun di stesen
Zeytinburnu dan naik tram ke city centre(sultan ahmet).
Airport SAW pula amatlah jauh kerana terletak di Asia Istanbul.
Jika anda turun disini dan ingin ke bahagian Eropah Istanbul,
jangan risau, ada shuttle bas ke Taksim bernama Havabus,
beli walk-in sahaja di lapangan terbang. Tambang pun murah 15tl
sehala ke Taksim dan 10tl ke Kadikoy (asia istanbul).

13. Ladang bunga

Buat pencinta rose, wajib singgah Isparta jika anda melancong pada
hujung APRIL-MAY. Bagi para pencinta lavender pula, silakan
photoshoot di lautan Lavender, yang ini pada JULY sahaja. Wow
sangat taw. siap boleh berenang dalam lautan kelopak bunga ros (di
Guneykent). ini serius! Saya sudah, anda bila lagi? Jika travel ketika
musim sejuk, tak usah lah singgah Isparta kerana tarikannya tiada
masa ni.

14. Perjalanan

Recommended route – Istanbul- Cappadociaflight- Konya-


Isparta(musim ros dan lavender sahaja), Pamukkale- Selcuk-Bursa-
Istanbul. Kalau suka alam semulajadi, boleh tambah Trabzon dalam
list.
15. Bajet

Bajet? Turki sangatlah murah bagi mira berbanding negara eropah


yang lain. Bawak 1,000 lira seorang untuk 1 minggu cukup sahaja
kalau jimat, tidak termasuk hot air ballon kat Cappadocia.

16. Study tentang Turki sebelum melancong

Kalau pergi sendiri, tanpa agen, digalakkan study dulu sikit-sikit


pasal Turki. Sebabnya bila sudah sampai kat sana, dijamin akan ada
masalah komunikasi dan salah faham kalau anda tak jelas mana
nak pergi.

17. Perkhidmatan bas ekspress

Servis bas ekspress kat Turki amatlah best, rasa seperti naik flight
pun ada. Sebabnya ada pelayan bas(lelaki) yang akan hidang snek
dan minuman dalam bas. Ada TV yang function dan paling best ada
wifi.

18. Kad muzium

Kat Turki teramat banyak muzium, kalau nak jimat beli kad
muzium. Ada dijual di
website https://www.muze.gov.tr/en/museum-card atau beli di
kaunter ticket museum

19. Tempat penginapan

Semasa di Cappadocia, saya menginap di Hotel Terra Vista, hanya


rm25tl/seorang termasuk sarapan pagi! p/s: Ini jika anda ingin
tinggal di hostel campur sahaja.

20. Kedai pakaian

Kedai pakaian yang famous kat Turki ialah LC Waikiki (cheapest)


dan De Facto.

21. Ski resort

Jika anda ingin main salji, tidak perlu pergi main kat Uludag
(bursa) sebab ianya overrated dan mahal. Jadi, main salji di negeri
lain sahaja. lagi murah dan best jugak. Setiap negeri ada ski resort
sendiri.
22. Penggunaan tandas

Tandas kat turki kebanyakkannya kena bayar, kat Konya je


tandasnya percuma kut. Paling murah 50sen (sangat rare untuk
dijumpai), standard 1lira. Paling mahal rasanya 2.50 lira kot.

23. Tempat solat

Musolla kat Turki ni merata, selang 100meter ada surau (ini di


Isparta). ada sesetengah surau, tiada tempat wudhu wanita. Kalau
ada pun, tempat wudhunya didalam tandas, nak masuk tandas pula
kena bayar. Jadi, bawa botol spray sahaja kalau nak jimat.

24. Berhati-hati dengan scammer

Antara taktik scam yang terkenal di Turki ialah, orang ajak minum
cay(teh), rompak di lorong tersembunyi, paksaan bayar dua kali
ganda (bila gilap kasut), menyamar polis/askar, sedekah, dan beri
dedak kat burung.

25. Pastikan bawa tisu selalu

Lepas ambil wudhu, pastikan anda lap tangan dan kaki dengan tisu.
Dah kering baru masuk masjid/surau. Rakyat Turki dan tisu
berpisah tiada.

26. Mencuba kepelbagaian sup


Disarankan cuba sup(corba) yang ada di Turki seperti mercimek,
yayla, ozegelin, tarhana, iskembe, isirgan, badem, sultan, hamsi,
mantar, dan lebeniye.

27. Mencuba ayran

Wajib cuba Ayran (yogurt+air+garam). Bagi saya, ayran kat Isparta


yang warna hijau tu yang paling sedap!

28. Kad debit boleh digunakan

Tidak perlu tukar duit lira banyak-banyak di Malaysia. Tukar


sekadarnya dulu sahaja pun boleh. Nanti boleh menggunakan atm
di Turki untuk keluarkan duit jika tidak mencukupi. Digalakkan
bank-Ziraat bankasi kerana caj terendah berbanding bank lain. Kat
sana, mereka memang lebih suka pembayaran tanpa tunai. Jadi,sila
bawak kad debit anda.

29. Tour di Cappadocia

Green Tour- Goreme panorama, Derinkuyu underground city,


ihlara Valley, selime monastery.-33euro. Red Tour- Red valley,
famous rock- cut churches, Güllüdere valley, Çavuşin village, pigeon
valley, Kaymaklı underground city.-25 euro. Devrent Valley,
paşabağ (Monk’s Valley), Avanos, open air museum, natural castles
at Uçhisar-28euro.
Antara 3 ni, saya cadangkan green tour sebab jauh dan berbaloi.
Red tour pula, pergi sendiri jalan kaki pun boleh, dekat sahaja
dengan city centre goreme.

30. Belon udara panas

Hot air balloon/ belon udara panas- jika musim bunga- 130 euro.
tapi ada pakej kalau nak skali dgn tour. dpt lah diskaun sikit.

31. Jangan takut dengan anjing

Anjing di Turki sangat-sangat jinak. Siap nak bermanja-manja


dengan kita. Jauh beza dengan anjing di Malaysia.

32. Tips bulan Ramadhan

Jika melancong waktu bulan Ramadhan, pastikan anda merasa


Ramazan Pide. Hanya ada pada bulan ramadhan, dan anda juga
boleh mencuba sertai solat teraweh kat Turki, dimana berlainan
ketika berada di Malaysia, setengah jam boleh habis 20 rakaat (di
Isparta). Untuk pengetahuan anda, mereka solat 4 rakaat 1 salam.
Ada moreh macam kita tapi cuma minum cay sahaja.

33. Bawa sos cili

Rakyat Turki dan teh berpisah tiada tidak kira musim apa pun. Oh
ya, kat sana tiada susu pekat. Sos cili ada tapi rasanya macam sos
tomato. Jadi, sila bawa sos cili untuk dimakan bersama kebab.

34. Makanan tradisional

Antara makanan traditional Turki, sarma (nasi yang dibalut dengan


daun anggur), manti, menemen(telur+tomato dan dihancurkan,
gullac(manisan), dolma (nasi dan daging yang diletak dalam cili
benggala). Semua makanan ni jarang dijual direstoran terutama
sarma dan dolma. Kena menginap di rumah masyarakat turki,
dan requestlah pada mereka untuk buatkan untuk anda rasa.

35. Lokasi pilihan

Sejujurnya, seminggu tidak cukup melancong ke Turki sebab jarak


dari 1 tempat ke 1 tempat amat jauh. Jadi, jika anda ada masa
semingu sahaja dan ingin trip yang santai, saya
rekemen cover Istanbul-Cappadocia-Pamukkale sahaja. Naik flight
ya. jimat masa.

36. Kedai runcit

Jika di Malaysia, kedai runcit pilihan ialah 99speedmart, mydin,


diTurki pula, kedai runcit pilihan ramai ialah Sok market, BIM,
Migros, A.101.

37. Susu segar

Susu segar di Turki amat murah iaitu 1 litre, 2.5lira sahaja.

38. Borong tudung

Shawl di Turki amatlah lawa dan memang rambang mata,


serendah ₺5 sahaja anda boleh dapat shawl yang cantik!Saya
borong tudung di Isparta sahaja sebab murah. Kalau kat Bursa,
boleh shopping kat Kozahan-tingkat atas.

39. Bunga ros

Isparta ini dikenali sebagai banda bunga ros dan


merupakan supplier ros kedua terbesar di dunia dimana yang
pertama adalah Bulgaria. Untuk yang nak membeli-belah kosmetik
dan produk kecantikan dari ros, memang inilah syurganya. Bagi
anda yang pertama kali berkunjung ke sini pastinya akan teruja.
Jika anda memerlukan tips lain yang tiada diatas. Boleh hubungi
saya dengan lebih lanjut.

You might also like