You are on page 1of 3

3.

TAMAN TEMA DAN PUSAT BELIBELAH

Terdapat banyak tarikan-tarikan yang menarik di Genting Highlands di mana


pelancong dapat merasai pelbagai jenis hiburan. Bukan sahaja dewasa, mahupun kanakkanak mereka juga dapat mengumpul pengalaman dan merasakan keseronokan daripada
Taman Tema Genting. Antara tarikan-tarikan yang terdapat di Taman Tema Genting ialah:
THE SNOW WORLD
Rumah salji ini merupakan salah satu tarikan yang menarik di Genting Highlands,
terutamanya kepada kanak-kanak yang berhajat untuk bermain dalam salji. Tempat ini
merupakan satu tarikan yang menyeronokkan kepada kanak-kanak. Pelawat dapat merasai
kesejukan yang berada di takat -6C selama 30 hingga 40 minit. Mereka akan dapat
pengalaman untuk bermain di rumah salji dalam keadaan yang sangat sejuk di Genting
Highlands. Tarikan ini amat sesuai untuk kanak-kanak yang tinggal di kawasan tropika yang
tidak pernah ke negara-negara cuaca sejuk seperti Eropah dan Amerika.
THE AWANA SKYWAY
Awana Skyway merupakan mercu tanda yang terkenal di Genting Highlands dan merupakan
kereta kabel yang terpanjang di Asia Tenggara dengan panjang sebanyak 3.4 kilometer. .
Kebanyakan pelancong ingin menaiki kereta kabel kerana mereka dapat melihat keindahan
alam seperti hutan dan bukit-bukit sepanjang Banjaran Titiwangsa.
GO KART RACING
Tarikan ini sesuai kepada sesiapa yang menyukai kelajuan dan berlumba. Go Kart
merupakan sebahagian daripada outdoor theme park. Panjangnya trek ini ialah satu
kilometer satu pusingan. Ini mengambil anggaran 10 minit untuk sekali main.
MONORAIL
Monorail dapat membawa pelancong untuk melihat pemandangan luar Genting Highlands
dan ulang-alik antara dua stesen, pertama di First World Plaza, dan kedua, di outdoor
theme park stesen. Pelancong dapat mengambil gambar di luar dan di dalam Genting. Satu
perjalanan mengambil masa selama 10 minit.
MUZIUM RIPLEYS BELIEVE IT OR NOT!
Muzium ini mengandungi pelbagai jenis artifak yang amat pelik kepada mata pelancong.
Semua artifak di muzium ini dikumpulkan oleh Robert Ripley. Beliau mengumpul semua
artifak yang pelik semasa beliau menjelajah seluruh dunia. Seseorang akan mengambil
masa selama 45-60 minit untuk berjalan di dalam muzium ini.
CHIN SWEE CAVE TEMPLE
Kuil ini dibina oleh mendiang Tan Sri Lim Goh Tong dan sekumpulan kawan-kawannya, yang
kebanyakkannya dari Anxi Clan, yang berasal dari Penglai, pada 1975. Beliau
mendermakan sebahagian tanahnya (28 ekar) untuk mebina Kuil Chin Swee. Selain itu,
syarikatnya menderma sebanyak RM8.1 juta untuk pembinaannya. Tempat ini dibuka pada
29 Mac 1994 dan dirasmikan oleh Tun Dr. Ling Liong Sik, Menteri Pengangkutan pada masa
itu. Pelawat akan merasa tenang dan sejuk disebabkan awan yang berada di sekeliling kuil
ini. Untuk penganut Buddha, mereka akan dapat melihat pelbagai patung arca, seperti
patung arca mendiang Tan Sri Lim Goh Tong dan patung arca Kuan Yin.

FIRST WORLD PLAZA


Tempat ini adalah syurga kepada sesiapa yang amat suka untuk membeli-belah. First World
Plaza menyediakan pelbagai jenis kedai untuk membeli-belah, di samping mengadakan
beberapa variasi pertunjukan seperti tarian, akrobatik dan silap mata. Kesemua pertunjukan
berlaku di Times Square di mana terdapatnya Statue Of Liberty di tengahnya. Terdapat
enam kawasan di First World Plaza iaitu Perancis, Amerika Syarikat, Itali, Britain, China dan
Malaysia. Di sini, pelancong boleh berehat dengan makan pelbagai jenis makanan dan
minuman yang disediakan, di samping boleh membeli-belah secara sakan.
THE INDOOR THEME PARK
Indoor Theme Park terletak di dalam First World Plaza. Pelancong boleh berseronok dengan
menaiki tarikan-tarikan yang disedia di taman tema ini.Terdapat enam kawasan yang
bertema seperti Champs Elysee (Perancis), London (Britain), Venice (Itali), Times Square
dan Universal Walk (Amerika Syarikat), Swiss Alps (Switzerland), dan Genting Walk
(Malaysia). Ada banyak tunggangan ria yang pelawat boleh berseronok bersama keluarga
mereka pada waktu cuti.
THE GONDOLA RIDE
Tarikan ini berada di tengah-tengah First World Plaza berdekatan dengan bar Patio. Lokasi
gondola adalah di Venetian Grand Canals. Masa yang diambil ketika menaiki gondola
adalah selama empat minit bagi satu pusingan, melalui Taman Tema Genting. Perjalanan
menaiki gondola adalah amat selesa dan terdapat Gondolier yang mekanikal. Tarikan
gondola sangat sesuai kepada sesiapa yang ingin merehatkan diri selepas menaiki
tunggangan ria di taman tema. Pelawat akan merasakan yang mereka menaiki gondola
yang sebenar seperti di Itali. Selain itu, gondola ini sesuai kepada pasangan yang baru
sahaja berkahwin dan berbulan madu di Genting Highlands
THE FLYING COASTER RIDE
Tarikan ini juga merupakan salah satu tunggangan ria yang menyeronokkan di outdoor
theme park. Tunggangan ini hampir sama seperti menaiki roller coaster, tetapi pelawat akan
diangkat ke udara secara melintang. Sebelum itu, pelawat harus bersedia sebelum
menaikinya, dan tunggangan ini tidak sesuai kepada sesiapa yang menghidapi penyakit
yang kronik seperti sakit jantung. Tunggangan ini mengambil masa selama tiga minit.
VIDEO GAMES PARK
Terdapat dua bahagian dalam Video Games Park iaitu Vision City dan Funtasy World.
Lokasi Vision City adalah d Genting Grand manakan Funtasy World adalah di First World
Plaza. Di sini, penggemar-penggemar permainan video dapat bermain dengan gembiranya,
kerana terdapat pelbagai jenis permainan yang disediakan di kedua-dua tempat ini.
Berikut merupakan tarikan-tarikan yang menarik di Genting Highlands yang boleh
memberikan pelbagai jenis pengalaman kepada semua pelancong dari seluruh pelosok
dunia. Walaupun tarikan-tarikan tersebut amatlah menyeronokkan, terdapat beberapa impak
negatif yang timbul yang berkait dengan tarikan-tarikan berikut.
i.

Pembuangan Masa

Tunggangan-tunggangan ria di Taman Tema Genting amat menyeronokkan, tetapi


kita seharusnya jangan terleka dengan permainan-permainan tersebut. Jika seseorang itu
leka, pasti mereka akan lalai dan lupa akan masa. Kemungkinan juga mereka akan terlepas
untuk melakukan sesuatu yang penting apabila mereka menaiki tunggangan-tunggangan ria
tersebut, sebagai contoh, meninggalkan solat fardu.

Seseorang juga akan lalai apabila membeli-belah di kedai-kedai yang terdapat di


First World Plaza, terutamanya kepada sesiapa yang amat menyukai aktiviti membeli-belah.
Di samping itu, pembaziran masa akan berlaku kepada pengunjung-pengunjung yang
menggunakan masa mereka untuk melepak di Video Games Park. Sepatutnya, masa yang
ada di dunia ini haruslah digunakan dengan sebaiknya, dan untuk perkara-perkara yang
berfaedah.
ii.

Pembaziran Wang

Pembaziran wang berlaku secara berleluasa di Taman Tema Genting. Kos


perbelanjaan untuk digunakan di Taman Tema Genting adalah tinggi, sebagai contoh, RM30
untuk tiket Indoor Theme Park, dan ini baru sahaja satu tiket. Tidak termasuk kos makanan
dan penginapan, yang mungkin mencecah sekurang-kurangnya RM100 satu malam.
Selain itu, harga-harga barangan yang terdapat di pusat membeli-belah di First
World Plaza juga amatlah mahal, kerana terdapat pelbagai jenama yang terkenal seperti
Bonia, Pierre Cardin dan Lazo Diamond. Perempuan, terutamanya yang memang suka akan
membeli-belah pasti akan rambang mata melihat kesemua jenama tersebut dan akan
membeli barangan berjenama tersebut. Seeloknya, wang yang kita miliki harus dibelanja
dengan sebaiknya dan secara berhemah.
iii.

Berlaku kemaksiatan yang berleluasa

Tempat-tempat ini sesuai kepada pasangan-pasangan yang muda dan belum ada
ikatan yang sah terhadap satu sama lain untuk berpacaran dan melakukan perkara-perkara
yang tidak sepatutnya dilakukan, seperti berpelukan dan berpegangan tangan. Di sini amat
susah untuk mereka untuk mengawal diri daripada nafsu dan suasana yang sebenarnya
menggalakkan mereka untuk melakukan zina terhadap satu sama lain. Contohnya di rumah
salji, di mana mereka merasakan mereka boleh berpegangan antara satu sama lain kerana
mereka memakai pakaian salji dan sarung tangan. Sepatutnya, kita sebagai umat Islam
haruslah menjauhi diri daripada melakukan perkara maksiat.
Walhal terdapat beberapa impak negatif yang boleh didapati daripada penggunaan
taman tema dan pusat membeli-belah, ini bukan bermaksud kita menjauhi diri daripada
melakukan perkara-perkara tersebut. Sebaliknya, kita haruslah mengawal diri dan
mengunjungi tempat-tempat ini dengan batasan dan berhemahnya.

You might also like