You are on page 1of 2

Tan Sri Lim Goh Tong (Lahir 1918,daerah Anxi, wilayah Fujian, China)

Tan Sri Lim Goh Tong merupakan seorang usahawan Tionghoa yang terkaya di
Malaysia dan Asia pada tahun 2005 hingga dia meninggal dunia, dengan harta sebanyak
RM421.60 bilion. Beliau merupakan Pengasas dan presiden seumur hidup Kumpulan
Genting.

Kekayaan
Menurut majalah Forbes Asia, Lim merupakan orang yang paling kaya di Asia dengan
jumlah aset US$42.2bil (RM160.6bil).pada tahun 2006 hingga beliau meninggal dunia.

Kumpulan Genting yang diasaskan pada 1965 kini menjalankan pelbagai kegiatan
termasuk perladangan, pembuatan kertas, penjanaan tenaga, minyak dan gas,
perdagangan elektronik,pelancongan,pelayaran dan pembangunan teknologi maklumat.

Lim memiliki hotel yang terbesar di dunia, Genting (First World Hotel, 6 300 bilik),
kasino 24 jam yang dikunjungi lebin 14 juta orang setahun. Beliau juga memiliki syarikat
kapal pelancongan Star Cruises, syarikat kapal pelayaran ketiga besar di dunia. Beliau
juga terlibat dalam perniagaan gas dan minyak di Asia Dan Eropah. Beliau bermula
daripada kontraktor kecil.Beliau telah mendapat hak membangunkan Genting pada tahun
1964 di bawah pentadbiran Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia.

Lim datang ke Malaysia daripada Fujian, China ketika umurnya 19 dengan hanya
RM175, bekerja sebagai tukang rumah dengan pakciknya, menyimpan wang dan
akhirnya memiliki syarikatnya sendiri, Kien Huat. Beliau menpunyai idea membina
genting semasa di cameron highlands

Anak beliau, Lim Kok Thay telah mengambil alih pegangan dan pengurusan Genting
Berhad.

Kematian
Tan Sri Lim Goh Tong, 89, meninggal dunia pada 23 Oktober 2007 jam 11.20 pagi di
Pusat Perubatan Subang Jaya kerana sakit tua. Beliau meninggalkan balu Puan Sri Lee
Kim Hua, dan enam anak mereka bersama 19 cucu.

Seramai 20,000 orang telah menziarahi beliau di kediamannya, Goh Tong Villa, Gohtong
Jaya dan telah dikebumikan di Gohtong Memorial Park, Genting Highlands pada 29
Oktober 2007. Tun Mohamed Haniff Omar berkata Taman Tema dan Kasino ditutup
pada hari pengkebumian itu bermula pukul 6 pagi hingga 12 tengahari.

You might also like