You are on page 1of 15

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHIKU 2

18300 GUA MUSANG, KELANTAN.

PERATURAN ASRAMA
1. BARANG LARANGAN

I. Sebarang bentuk alatan media elektronik dan apa jua jenis alat
komunikasi adalah tidak dibenarkan dibawa ke asrama dan
sekolah. (Contoh telefon bimbit)

II. Rokok,vape, pil-pil khayal, dadah, chewing gum, kuaci,


minuman keras, alat solek, barang kemas, cermin mata hitam,
pakaian mencolok mata, pakaian beraneka fesyen, baju T ala
rockers, seluar Jeans, bahan lucah, buku cerita berbentuk
hiburan, gambar / buku / majalah / novel berunsur negatif,
bahan- bahan/permainan berbahaya dan sebarang kenderaan
tidak dibenarkan dibawa ke asrama dan sekolah.

III. Bahan-bahan berbahaya seperti bahan letupan, mercun,


peralatan tajam dan peralatan pertukangan serta peralatan
yang mengancam keselamatan tidak dibenarkan dibawa ke
asrama dan sekolah.

2. HARTA PERSENDIRIAN

I. Menjadi tanggungjawab setiap pelajar menjaga harta benda


milik masing-masing.

II. Buku-buku persendirian, pakaian atau apa juga barangan hak


milik pelajar hendaklah ditulis nama sendiri dan dijaga dengan
bersih, cermat dan sempurna.
1
III. Wang dan barang-barang berharga tidak boleh ditinggalkan di
dalam dorm, kelas, atau tempat-tempat yang terdedah. Pelajar
hanya dibenarkan menyimpan wang sebanyak RM 20.00 pada
setiap masa. Wang selebihnya hendaklah disimpan oleh
warden / penyelia atau guru tingkatan.

IV. Sebarang wang atau benda-benda lain yang dijumpai


hendaklah diserahkan kepada warden bertugas, penyelia atau
exco asrama untuk diumumkan dan dipulangkan kepada
pemiliknya.

3. PERATURAN BERPAKAIAN

I. Setiap pelajar dikehendaki berpakaian kemas untuk ke


sekolah , semasa menghadiri kelas persediaan, pemeriksaan
dorm dan menghadiri sebarang acara rasmi sekolah atau
asrama.

II. Setiap pelajar mesti memakai pakaian rasmi asrama (batik)


dan kemas apabila keluar dari kawasan asrama seperti keluar
ke bandar, mengikuti rombongan dan pulang ke rumah.

III. Pelajar tidak dibenarkan menyimpan kuku, mewarnakannya


dan memakai kosmetik.

IV. Pelajar perempuan dikehendaki memakai tudung yang sesuai


semasa berada di dalam kawasan asrama.

V. Pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai baju lengan


pendek dan cardigan ketika berada di kawasan terbuka.

VI. Pelajar lelaki tidak dibenarkan memakai seluar di atas paras


lutut ketika berada di kawasan terbuka.

VII. Pelajar tidak dibenarkan memakai topi ketika berada di


kawasan asrama.
VIII. Ketika solat berjemaah di surau/masjid (Maghrib, Isyak dan
Solat Jumaat bagi pelajar lelaki) semua pelajar perempuan
dikehendaki memakai baju kurung manakala baju melayu
lengkap atau jubah dan seluar dengan songkok atau kopiah
bagi pelajar lelaki.(pelajar tidak dibenarkan memakai kain
pelikat)

4. MAJALAH DAN PENULISAN

I. Sebarang kegiatan untuk menerbitkan majalah asrama,


makalah, risalah, berita, pengumuman dengan menggunakan
surat atau bahan bercetak mestilah mendapat kebenaran
daripada Pengetua.

II. Semua tulisan yang bertujuan untuk disebar/dicetak dan


diedar hendaklah melalui guru penasihat untuk semakan.

III. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan


kepada pihak akhbar atau badan-badan lain tanpa
pengetahuan dan kebenaran Pengetua.

5. KELAS PERSEDIAAN

I. Semua pelajar diwajibkan menghadiri kelas-kelas persediaan


petang dan malam seperti yang telah ditetapkan.

II. Sebarang pengecualian hendaklah mendapat kebenaran


daripada Pengetua, ketua warden dan warden bertugas.

III. Sewaktu kelas persediaan kegiatan bukan berbentuk


akademik tidak dibenarkan.

IV. Pelajar-pelajar juga tidak dibenarkan membaca majalah,


komik, menulis surat, berjalan-jalan atau berbual-bual kosong
atau tidur sewaktu kelas persediaan.

V. Pelajar-pelajar hanya dibenarkan menjalankan kelas


persediaan di tempat yang telah dikhaskan.
6. MAKANAN

I. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membawa makanan dan


minuman keluar dari dewan makan dan membawa makanan
basah ke dalam dorm.

II. Pelajar-pelajar tidak boleh menerima makanan basah daripada


ibu bapa dan pelawat.

III. Pelajar yang mempunyai alahan terhadap makanan tertentu


mestilah memaklumkan kepada penyelia asrama untuk
tindakan.

IV. Sebarang masalah yang berkaitan dengan makanan yang


disediakan oleh pihak dewan makan mestilah dilaporkan terus
kepada warden yang bertugas atau exco asrama untuk
tindakan susulan.

7. PERATURAN AM DORM

i. Di dalam dorm hendaklah sentiasa bersih dan kemas, tilam


hendaklah dipasang cadar asrama yang berwarna maroon.

ii. Kasut dan selipar mestilah diletakkan ditempat yang telah


disediakan dengan teratur. Kain atau baju TIDAK
DIBENARKAN bersidaian bukan ditempatnya.

ii. DITEGAH SAMA SEKALI memasang ubat nyamuk, lilin,


pemetik api dan peralatan elektrik di dalam dorm

iv. TIDAK DIBENARKAN mengada sebarang majlis di dalam


dorm seperti jamuan makan atau majlis harijadi dan
sebagainya.

v. Pelajar juga tidak dibenarkan memindah keluar/masuk apa-


apa perabut seperti katil/loker.

vi. Pelajar tidak dibenarkan menampal gambar/poster kecuali


dengan kebenaran warden.
8. PERATURAN KELUAR MASUK ASRAMA

I. Pelajar tidak dibenarkan keluar ke bandar kecuali bersama


ibubapa atas urusan tertentu dan mendapat kebenaran
daripada warden.

II. Setiap pelajar mestilah menyerahkan buku keluar masuk dan


menulis nama di pondok pengawal sewaktu keluar dan
mengambil buku keluar masuk semasa memasuki kawasan
asrama.

III. Kebenaran keluar asrama pada waktu lain hanya dibenarkan


untuk rawatan pesakit, kecemasan, atau sebab-sebab lain
yang wajar sahaja.

IV. Pelajar tidak dibenarkan keluar dari asrama tanpa kebenaran


Ketua Warden atau warden bertugas.
V. Permohonan untuk keluar bermalam selain daripada tarikh
yang telah ditetapkan oleh sekolah perlu mendapat kebenaran
warden bertugas.
VI. Pelajar tidak dibenarkan keluar mengikut penjaga pelajar lain
kecuali dengan surat kebenaran ibu bapa pelajar atas sebab-
sebab yang dinyatakan.
VII. Pelajar perlu kembali ke asrama sebelum jam 6.00 petang

9. IBADAT

I. Para pelajar diwajibkan solat berjemaah pada waktu Subuh,


Maghrib , Isyak dan masa-masa yang ditetapkan oleh pihak
asrama seperti solat sunat terawih dan majlis solat hajat.
II. Pakaian ketika solat mestilah mengikut peraturan berpakaian
di asrama.
III. Pakaian solat yang ditinggal di surau hendaklah diletakkan
dalam keadaan kemas dan menjadi tanggungjawab pelajar
untuk menjaganya.
IV. Qiamullail akan diadakan mengikut jadual yang ditetapkan oleh
pengurusan asrama.

10. PENGGUNAAN AIR DAN ELEKTRIK

I. Pelajar hendaklah berjimat dalam menggunakan air dan


elektrik.
II. Pelajar tidak dibenarkan mencuci pakaian lebih dari pukul
11.00 malam dan tidak boleh merendam pakaian di dalam
sinki / baldi.
III. Pakaian basah tidak dibenarkan disidai di dalam dorm tetapi
mestilah disidai ditempat yang telah disediakan.
IV. Pelajar tidak dibenarkan menggosok pakaian di dalam dorm.
V. Sambungan elektrik tanpa kebenaran adalah dilarang .
VI. Pelajar mesti menjaga kebersihan tandas dan bilik air.
VII. Pelajar mesti menjaga keselamatan dan tidak merosakkan
sebarang sistem pendawaian di asrama.

11. KEGIATAN KOKURIKULUM

I. Semua pelajar diwajibkan mengambil bahagian dalam


kegiatan kokurikulum sekolah / asrama seperti persatuan,
permainan dan sukan.
II. Semua pelajar wajib mengosongkan dorm pada waktu riadah
asrama.
III. Penglibatan dalam aktiviti kokurikulum di dalam atau di luar
kawasan asrama hendaklah mengikut peraturan yang
ditetapkan.
12. STOR PERMAINAN

I. Di bawah tanggungjawab warden bertugas/ Biro Sukan.


II. Penyelenggaraan adalah di bawah tanggungjawab Biro Sukan.
III. Merekod alat-alat permainan yang dipinjam dan dibawa keluar
dari stor permainan.

IV. Melapor kerosakan atau kehilangan dan menjaga kebersihan


stor.

13. BILIK RAWATAN

I. Di bawah tanggungjawab warden bertugas/exco kebajikan.


II. Biro Kebajikan bertanggungjawab dalam penyelenggaraan
bilik ini dan menjaga kebersihan.
III. Biro Kebajikan boleh berada bersama pesakit.

IV. Pesakit boleh tinggal di bilik rawatan pada waktu persediaan


setelah diberi surat kebenaran sakit.

V. Pelajar yang sakit akan dihantar ke hospital.

VI. Dilarang masuk ke bilik rawatan bagi pelajar yang tidak sakit.

14. KEBERSIHAN DAN KESIHATAN

Kebersihan Diri :-

I. Kebersihan diri hendaklah dijaga.


II. Pemeriksaan kebersihan/kesihatan diri pelajar akan
diadakan dari semasa ke semasa.
III. Sebarang kesakitan dan kemalangan hendaklah
dilaporkan SEGERA kepada warden atau melalui ketua
dorm/exco kebajikan.
IV. Pelajar-pelajar yang disahkan mengidap penyakit
berjangkit/merbahaya perlu diasingkan atau dibenarkan
pulang ke rumah.

Kebersihan bangunan dan kawasan asrama:-

I. Bilik(dorm), dewan makan, bilik bacaan, bilik air/tandas


dan lain-lain tempat di asrama hendaklah sentiasa dijaga
dan diawasi kebersihannya.

II. Sampah sarap hendaklah dibuang ke dalam tong


sampah yang disediakan untuk diangkat, ditanam atau
dibakar.

III. Jadual bertugas dan gotong-royong yang diadakan


hendaklah dipatuhi dan disertai oleh semua pelajar.

15. KAWASAN LARANGAN ASRAMA

I. Semua pelajar tidak dibenarkan berada di kawasan larangan


yang telah ditetapkan

II. Pelajar lelaki tidak dibenarkan masuk ke kawasan pelajar


perempuan, manakala pelajar perempuan tidak dibenarkan
masuk ke kawasan pelajar lelaki.

III. Pelajar tidak dibenarkan berada di dorm semasa waktu


persekolahan, persediaan atau ketika sebarang program
sedang dijalankan yang melibatkan semua pelajar.

IV. Pelajar tidak dibenarkan berada di padang pada waktu malam

V. Pelajar tidak dibenarkan ke blok akademik/sekolah selepas


waktu persekolahan kecuali dengan kebenaran warden dan
juga untuk menghadiri kelas tambahan.
VI. Pelajar tidak dibenarkan ke kawasan tangki air dan juga
kawasan kumbahan.

VII. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke kawasan dapur / ruang


memasak dewan makan asrama.

16. YURAN

I. Semua yuran asrama hendaklah dijelaskan sebelum 10hb


setiap bulan yang berkenaan.

II. Surat peringatan akan dihantar kepada penjaga dengan


salinan ke pihak sekolah bagi pelajar yang gagal menjelaskan
yuran dalam masa yang ditetapkan.

III. Pelajar yang gagal menjelaskan yuran setelah diberikan surat


peringatan boleh dikenakan tindakan gantung atau buang dari
asrama.

IV. Pembayaran yuran yang sah diakui penerimanya dengan resit


dan nombornya dicatitkan dalam buku rekod pendaftaran
asrama oleh penyelia asrama.

17. KESELAMATAN

I. Pelajar-pelajar bertanggungjawab di atas keselamatan diri


sendiri. Jangan melakukan perbuatan yang berbahaya diri dan
orang lain.
II. Alat-alat yang berbahaya seperti pisau/senjata TIDAK
DIBENARKAN dibawa ke asrama.
III. Pelajar-pelajar mesti mengetahui dan mengambil ingatan serta
mengamalkan keselamatan kebakaran, jalan raya dan
pertolangan cemas.

IV. Pelajar bertanggungjawab di atas keselamatan barang-barang


sendiri. Mereka dikehendaki menyimpan semua barang
ditempat selamat dan berkunci. Pelajar-pelajar hendaklah
segera melaporkan kepada warden kejadian kemalangan,
pencerobohan orang luar atau kerosakan
bangunan/pejabat/peralatan yang boleh mengancam
keselamatan penghuni asrama.

V. Pelajar-pelajar tidak boleh menyalahgunakan harta benda


sekolah/asrama seperti lampu, kerusi, meja, tilam, katil, loker,
alat pemadam api dan sebagainya..
VI. Pengawal keselamatan adalah bertanggungjawab ke atas
keselamatan asrama keseluruhannya.

18. PERATURAN MELAWAT

I. Masa melawat adalah ditetapkan seperti berikut :-


Jumaat : 3:00 petang – 6:00 petang
Sabtu : 10:00 pagi – 6:00 petang
* Tertakluk kepada aktiviti sekolah dan asrama.

II. Pelawat terlebih dahulu perlu menunjukkan kad pelawat di


pejabat warden sebelum dibenarkan untuk bertemu dengan
pelajar.

III. Masa kecemasan atau hal-hal lain yang mustahak, ibu bapa
atau penjaga boleh melawat dengan kebenaran Pengetua /
Ketua Warden / Warden bertugas.

IV. Semua pelawat hendaklah dilayan di tempat yang disediakan.


Pelawat dilarang masuk ke dalam dorm dan kawasan-kawasan
larangan yang lain.

V. Pelajar perempuan tidak dibenarkan menerima tetamu lelaki


kecuali bapa atau saudara lelaki yang memegang kad pelawat.
VI. Semua pelawat mestilah mempunyai kad pelawat dan
memenuhi syarat-syarat yang tercatat pada kad pelawat
tersebut.

VII. Pihak pengawal/warden berhak menahan pelawat-pelawat yang


tidak mempunyai kad pelawat atau yang diragukan
kesahihannya.

VIII. Pelawat tidak dibenarkan bertemu dengan pelajar sebelum


sesuatu aktiviti yang sedang dijalankan tamat.

IX. Pada waktu persekolahan, sekiranya ada kecemasan atau hal


yang penting, pelawat mestilah terlebih dahulu mendapatkan
kebenaran Pengetua.

X. Pelawat tidak dibenarkan pergi ke bilik belajar/kelas untuk


bertemu pelajar.

XI. Pakaian pelawat mestilah sopan dan beradab.

KATEGORI KESALAHAN MURID

(a) KES KESALAHAN BERAT

i) Menyimpan, membawa, memgambil atau mengedar


dadah.

ii) Menghisap, menyimpan atau membawa rokok atau vape.


.
iii) Mencuri/merosakkan harta benda sekolah/asrama, guru-
guru, pekerja atau murid-murid lain dengan sengaja.

iv) Mencabar atau mengancam serta menggunakan


kekerasan terhadap guru-guru, pekerja atau murid-murid
lain dengan sengaja.

v) Menjadi ahli dalam pertubuhan haram dan menyimpan


senjata berbahaya yang boleh digunakan untuk tujuan
jahat.
vi) Menceroboh ke asrama puteri bagi putera atau
sebaliknya.

vii) Pertemuan antara putera dan puteri atau dengan individu


lain yang berlainan jantina di tempat-tempat yang
tersembunyi, gelap atau yang boleh mendatangkan syak
wasangka.

viii) Sengaja menimbulkan perkara-perkara yang sensitif


dengan tujuan menimbulkan kacau bilau dan
pergaduhan.

ix) Meninggalkan kawasan sekolah/asrama tanpa


kebenaran dengan cara memanjat pagar, menumpang
kenderaan dan sebagainya.

x) Ponteng kelas/sekolah, tidak menyiapkan kerja sekolah,


menipu dan membantah arahan warden/guru.

xi) Membantah keputusan atau arahan pihak pengurusan


asrama seperti penyelia asrama, warden, guru disiplin,
penolong kanan/pengetua walaupun telah diberi
beberapa kali amaran.

xii) Menunjukkan sifat bongkak dan menghina pengawas


sekolah/asrama, warden, guru dan kakitangan
sekolah/asrama.

xiii) Membawa telefon bimbit ke asrama.

(b) KES KESALAHAN SEDERHANA

i. Menyalahgunakan ilmu seni mempertahankan diri seperti


silat, karate atau taekwondo dan sebagainya.

ii. Melakukan kesalahan-kesalahan ringan secara berturut-


turut walaupun telah diberi amaran dan membuat
perakuan bertulis.
(c) KES KESALAHAN RINGAN

i. Tidak menepati masa yang telah ditetapkan dalam


peraturan sekolah dan asrama.

ii. Tidak mengikut peraturan berpakaian yang ditetapkan


dan tidak berpakaian kemas.

iii. Tidak mematuhi arahan-arahan daripada pengawas dan


ketua dorm.

iv. Berambut panjang, tidak dijaga dengan kemas atau tidak


dipotong/disikat secara yang dibenarkan.

v. Tidak menghadiri perjumpaan / aktiviti yang telah


ditetapkan.

vi. Berkelakuan kurang sopan / membuat bising /


mengganggu ketenteraman umum atau murid lain di
asrama /sekolah /padang / gelanggang semasa
menonton perlawanan sukan/semasa dalam rombongan
dan sebagainya.
TATACARA TINDAKAN DISIPLIN ASRAMA

KES KES KES


TINDAKAN KESALAHAN KESALAHAN KESALAHAN
RINGAN SEDERHANA BERAT

Kesalahan 1 Amaran pertama Amaran pertama Gantung Asrama


Makluman kepada Makluman kepada 1 minggu
ibu/bapa/penjaga ibu/bapa/penjaga Makluman kepada
ibu/bapa/penjaga

Kesalahan 2 Amaran kedua Amaran kedua Gantung Asrama


Makluman kepada Makluman kepada 2 minggu
ibu/bapa/penjaga ibu/bapa/penjaga Makluman kepada
ibu/bapa/penjaga
(Dirujuk kaunselor)

Kesalahan 3 Amaran ketiga Gantung Asrama Buang Asrama


Makluman kepada 1 minggu Makluman kepada
ibu/bapa/penjaga Makluman kepada ibu/bapa/penjaga
ibu/bapa/penjaga
(dirujuk kaunselor)

Kesalahan 4 Gantung Asrama Gantung Asrama


1 minggu 2 minggu
Makluman kepada Makluman kepada
ibu/bapa/penjaga ibu/bapa/penjaga
(Dirujuk kaunselor) (Dirujuk kaunselor)

Kesalahan 5 Gantung Asrama Buang Asrama


2 minggu Makluman kepada
Makluman kepada ibu/bapa/penjaga
ibu/bapa/penjaga
(Dirujuk kaunselor)

Kesalahan 6 Buang Asrama


Makluman kepada
ibu/bapa/penjaga

You might also like