0% found this document useful (0 votes)
48 views5 pages

Surat

Dokumen ini memberikan maklumat penting mengenai peraturan dan prosedur untuk penghuni asrama di SMK Dato' Syed Ahmad, termasuk bayaran yuran, kebenaran pulang, keperluan peribadi, dan disiplin. Penghuni perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan mengenai pakaian, alat permainan, dan wang saku, serta mendapatkan kebenaran untuk keluar dari kawasan asrama. Ibubapa dan penjaga juga diminta untuk berhubung dengan pihak pentadbiran asrama untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan anak-anak mereka.

Uploaded by

Aqilah Nasuha
Copyright
© © All Rights Reserved
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as DOC, PDF, TXT or read online on Scribd
0% found this document useful (0 votes)
48 views5 pages

Surat

Dokumen ini memberikan maklumat penting mengenai peraturan dan prosedur untuk penghuni asrama di SMK Dato' Syed Ahmad, termasuk bayaran yuran, kebenaran pulang, keperluan peribadi, dan disiplin. Penghuni perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan mengenai pakaian, alat permainan, dan wang saku, serta mendapatkan kebenaran untuk keluar dari kawasan asrama. Ibubapa dan penjaga juga diminta untuk berhubung dengan pihak pentadbiran asrama untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan anak-anak mereka.

Uploaded by

Aqilah Nasuha
Copyright
© © All Rights Reserved
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as DOC, PDF, TXT or read online on Scribd

ASRAMA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ SYED AHMAD

06300 KUALA NERANG


Tel: 7866125 (As)
7866217 (sek)
MAKLUMAT UNTUK PENGHUNI/IBUBAPA/PENJAGA

1. BAYARAN YURAN ASRAMA

1.1 Kadar bayaran yuran makan dan yuran khas asrama mengikut bulanan dan penggal
dilampirkan (sila rujuk).
1.2 Yuran asrama perlu dibayar pada tarikh yang ditetapkan.
1.3 Setiap bayaran perlu menerima resit rasmi.
1.4 Ibubapa/penjaga digalakan membayar sendiri yuran asrama.
1.5 Penghuni yang gagal menjelaskan yuran asrama selama 2 bulan tanpa sebarang sebab
boleh digantung dari tinggal di asrama.
1.6 Sedikan wang secukupnya ketika membuat pembayaran.

2. KEBENARAN PULANG BULANAN


2.1 Penghuni asrama hanya dibenarkan pulang sekali sahaja setiap bulan.
2.2 Jadual pulang bulanan dilampirkan. (sila rujuk)
2.3 Ibubapa/penjaga tidak dibenarkan membawa pulang anak/jagaan selain dari tarikh
yang dinyatakan kecuali jika ada kecemasan (sakit tenat atau kematian) dan mesti
mendapat kebenaran dari warden bertugas terlebih dahulu.
2.4 Ibubapa /penjaga diminta menyemak dan menandatangani Buku Keluar /Pulang .
2.5 Ibubapa /penjaga digalakan menjemput sendiri anak/jagaan masing-masing pada
tarikh mereka dibenarkan pulang.

3. ALATAN KEPERLUAN PENGHUNI


3.1 Pelajar boleh membawa alat-alat permainan sukan sendiri untuk kegunaan di asrama.
3.2 Seluar panjang atau baju potongan “grovy” atau menjolok mata tidak dibenarkan
dibawa ke asrama. Seluar dan baju jenis “jeans” diharamkan sama sekali
dibawa/dipakai di asrama/ sekolah. Sekiranya didapati akan dirampas dan tidak
dikembalikan.
3.3 Semua alatan mesti ditanda dengan nama yang ditulis dengan besar dan terang sama
ada ditulis dengan marker, dakwat india atau dijahit.
3.4 Pakaian yang dibekalkan kepada anak/jagaan tuan/puan janganlah terlalu banyak
kerana tempat menyimpan pakaian adalah terhad.
3.5 Penghuni perempuan dilarang memakai sebarang barang-barang perhisan terutamanya
barang kemas kecuali jam tangan untuk keselamatan diri dan mengelak dari
kehilangan dan kecurian.
3.6 Semua penghuni wajib memakai pakaian rasmi asrama (baju batik) dan seluar
panjang hitam bagi penghuni lelaki , Maklumat bayaran akan dimaklumkan kelak.
3.7 Penghuni-penghuni dikehendaki menyediakan sendiri keperluan ubatan asas untuk
kegunaan peribadi di asrama.
3.8 Semua penghuni puteri diwajibkan memakai tudung kepala / ‘skaf’ ketika makan di
dewan makan.

4. WANG SAKU
4.1 Ibubapa /penjaga dinasihatkan jangan membekalkan wang saku yang berlebihan.
Paling banyak RM 20.00 untuk sebulan.
4.2 Penghuni yang dibekalkan dengan wang yang banyak bagi tujuan membayar yuran
hendaklah membayar yuran dengan segera. Simpanan wang yang banyak dalam
loker tidak digalakkan bagi mengelak kehilangan/kecurian. Wang tersebut boleh
disimpan sementara pada warden asrama.
4.3 Semua penghuni dinasihatkan menjaga peralatan masing-masing termasuk wang
supaya tidak berlaku kehilangan/kecurian.
4.4 Sekiranya anak/jagaan tuan/puan meminta wang berlebihan tanpa alasan yang
meyakinkan,sila hubungi pihak asrama/sekolah.

5. BALIK KE RUMAH / KELUAR KAWASAN


5.1 Penghuni yang balik ke rumah atau keluar kawasan mestilah memakai pakaian rasmi
asrama yang lengkap.
5.2 Kebenaran pulang ke rumah pada tarikh-tarikh ditetapkan tidak perlu mendapat
kebenaran warden (sila rujuk lampiran).
5.3 Pulang ke rumah atau keluar kawasan selain dari tarikh-tarikh tersebut perlu
mendapatkan kebenaran Ketua warden/warden.
5.4 Penghuni yang hendak balik ke rumah mesti meminta kebenaran terlebih dahulu dari
Ketua warden. Setelah diluluskan/dibenarkan hendaklah direkodkan dalam Kad
Keluar Kawasan dan Buku Pulang..
5.5 Penghuni yang hendak balik keluar kawasan mesti meminta kebenaran terlebih dahulu
dari warden bertugas.Setelah diluluskan/dibenarkan hendaklah direkodkan dalam
Kad Keluar Kawasan dan Buku Keluar Kawasan
5.6 Ibubapa/ penjaga diminta memberi kerjasama mengawasi dan menasihati sekiranya
anak/jagaan masing-masing didapati pulang atau balik ke asrama tanpa berpakaian
rasmi asrama kerana perbuatan ini menyalahi Peraturan Asrama.
5.7 Sila semak Kad Pulang/Keluar Kawasan setiap kali anak/jagaan tuan/puan pulang ke
rumah kad yang telah ditandatangani oleh warden, bererti anak/jagaan tuan/puan
telah mendapat kebenaran. Sekiranya anak/jagaan tuan/puan pulang tanpa
membawa kad atau tidak ditandatangani, bererti anak/jagaan pulang tanpa
kebenaran dan ini merupakan satu kesalahan berat yang boleh dibuang dari asrama.
Sila tandatangan Buku Keluar/Pulang yang dibawa pulang.

6. HUKUMAN / TINDAKAN DISIPLIN


6.1 Semua penghuni asrama adalah tertakluk kepada peraturan asrama dan sekolah secara
bertulis atau lisan.
6.2 Penghuni yang melakukan kesalahan boleh dikenakan hukuman, nasihat/teguran,
dirotan, digantung dari asrama atau dibuang dari asrama.
6.3 Ibubapa/penjaga yang menerima sebarang rungutan penghuni mengenai pentadbiran
asrama diminta menghubungi Pentadbiran Asrama untuk mendapatkan penjelasan.
6.4 Ibubapa/penjaga adalah digalakkan agar sentiasa berhubung dengan pihak pentadbiran
asrama bagi sama-sama menyelesaikan masalah penghuni.
6.5 Sila tandatangan Surat Peristiharan/Pengakuan Ibu/Bapa/Penjaga (dilampirkan)

7. LAWATAN KE ASRAMA
7.1. Asrama adalah kawasan larangan. Oleh itu ibubapa/penjaga perlu
mendapat kebenaran pentadbir asrama sebelum membuat lawatan
7.2 Sila hubungi guru/pegawai berikut untuk memohon kebenaran melawat:

Haji Abdul Aziz b A. Lateh Penolong Kanan HEM 7866723


En. Harun b Idris Ketua Warden 7866949
Ustaz Anuar b Abdul Rahman Warden
En. Azmy b Ibrahim Warden 7867150
Cik Halimatun Saadiah Ramli Warden
Cik saadiah Mat Saman Warden
Pn. Noraini bt Ahmad Penyelia Asrama
En Omar b Jusoh Penyelia Asrama

7.3 Ibubapa/penjaga dilarang masuk ke kamar penghuni. Sebarang urusan


hendaklah dibuat di Bilik Rehat Tetamu
7.4 Ibubapa/penjaga dilarang memasuki kawasan asrama puteri
7.5 Waktu lawatan yang dibenarkan :
Pagi : 8.30 pagi hingga 10.30 pagi
Petang : 4.00 petang hingga 6.00 petang

7.6 Ibubapa/penjaga tidak dibenarkan melawat pada hari persekolahan kecuali jika ada kes-
kes kecemasan sahaja.
Kerjasama dari ibubapa/penjaga dan semua penghuni sangat-sangat diharapkan.
Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

…………………………………
(ABDUL WAHAB BIN HARUN)
Pengetua
SMK Dato’ Syed Ahmad
06300 Kuala Nerang , Kedah.

s.k 1. Pengarah Pendidikan Kedah


Jabatan Pendidika Kedah Darul Aman (Unit HEM)

2. Pegawai Pendidikan Daerah,


Padang Terap / Pendang

3. Yang Dipertua PIBG,


SMK Dato’ Syed Ahmad
SENARAI KELENGKAPAN DAN BARANG-BARANG KEPERLUAN PENGHUNI

1. TATACARA SEMASA MELAPORKAN DIRI:

1.1 Menepati tarikh dan tempoh masa yang telah ditetapkan.


1.2 Berpakaian lengkap sekolah/asrama dan kemas
1.3 Berambut pendek (pelajar lelaki)
1.4 Menyediakan wang yang secukupnya untuk memudahkan proses pembayaran
1.5 Membawa surat tawaran asrama dan dokumen-dokumen pelajaran

2. PELAJAR/PENGHUNI LELAKI

2.1 Dua pasang pakaian sekolah yang lengkap termasuk dua pasang kasut sekolah
2.2 Sehelai cadar berwarna putih ukuran 275cm x 168cm
2.3 Sehelai cadar bewarna “Cream” ukuran 275cm X 168 cm (didapati di Asrama)
2.4 Sehelai sarung bantal berwarna putih ukuran 68cm x 46cm
2.5 Sehelai sarung bantal berwarna “cream” ukuran 68 cm X 46 cm (didapati di asrama)
2.6 Satu biji bantal
2.7 Dua pasang baju melayu warna putih dan sehelai sampin warna biru muda (rujuk
asrama)
2.8 Songkok hitam
2.9 Sepasang kasut kulit warna hitam
2.10 Sepasang seluar panjang warna hitam (pakaian rasmi asrama)
2.11 Dua helai kain sarung(kain pelikat)
2.12 Dua helai seluar sukan (black bottom)
2.13 Dua helai pakaian sukan (t-shirt) warna putih sahaja
2.14 Senaskah Al-Quran dan Surat Yassin
2.15 Kasut selipar dan kasut sukan
2.16 Kain selimut (sebarang warna)
2.17 Kelambu warna putih (jika perlu)
2.18 Timba, cebok mandi, penyangkut baju dan kelip (12unit) serta kunci mangga
2.19 Alatan keperluan diri, alatan bersukan dan ubatan
2.20 Gambar warna terbaru ukuran pasport (4 keping)

3.PELAJAR/ PENGHUNI PEREMPUAN

3.1 Dua pasang pakaian sekolah yang lengkap termasuk dua pasang kasut sekolah
3.2 Sehelai cadar berwarna putih ukuran 275cm x 168cm
3.3 Sehelai cadar bewarna “pink” ukuran 275cm X 168 cm (didapati di Asrama)
3.4 Satu helai sarung bantal berwarna putih ukuran 68cm x 46cm
3.5 Sehelai sarung bantal berwarna “pink” ukuran 68 cm X 46 cm (didapati di asrama)
3.6 Satu biji bantal
3.7 Kain telekung
3.8 Senaskah Al-Quran dan Surat Yassin
3.9 Sepasang kasut kulit bewarna hitam
3.10 Dua helai kain batik
3.11 Dua pasang baju kurung (sebarang warna)
3.12 Dua helai pakaian sukan (black bottom)
3.13 Dua helai pakaian sukan (t-shirt) warna putih sahaja berlengan panjang
3.14 Sepasang kasut sukan dan kasut selipar
3.15 Kain selimut (sebaranga warna)
3.16 Kelambu warna putih (jika perlu)
3.17 Timba, cebok mandi, penyangkut baju dan kelip (12unit) serta kunci mangga
3.18 Alatan keperluan diri, alatan bersukan dan ubatan .
3.19 Gambar warna terbaru ukuran pasport (4 keping).

4. ALATAN/ BARANG/ JENIS PAKAIAN YANG DILARANG DIBAWA KE


ASRAMA

4.1 Sebarang alatan atau senjata merbahaya.


4.2 Sebarang alatan muzik atau alatan elektronik berbentuk hiburan.
4.3 Seluar ‘jean’ dan sebarang pakaian ‘grovy’ yang menjolok mata.
4.4 Dilarang membawa kasut, pakaian dll yang mahal dan berjenama.
4.5 Penghuni perempuan dilarang membawa barang-barang kemas kecuali jam tangan .
4.6 Kenderaan seperti kereta, motosikal dan basikal.

You might also like